Selasa, Oktober 13, 2015

Jom Cuba Nasib - Si Pakar Peribahasa

Assalamu'alaikum, 
Susulan kepada entri Jom Cuba Nasib - Peribahasa yang berlangsung sepanjang hujung minggu lepas.

Not bad! Ramai jugak yang sudi memerah otak jawab soalan peribahasa PT3. Seramai 9 orang berjaya menjawab dengan tepat! Yang lain-lain tu adalah selisih satu atau dua jawapan. Kebanyakannya keliru dengan soalan nombor satu dan nombor empat. 

Jawapan tepat untuk nombor satu ialah 'bertikam lidah', bukan 'lidah lebih tajam dari pisau' atau 'kerana pisau lidah terluka' (angkat kening Ziana Zain sambil pandang Arz) Yang pergi letak pisau dekat dengan lidah tu kenapa? ;)  Jawapan untuk soalan keempat pula ialah 'di mana ada gula, di situ ada semut', bukannya 'mati semut kerana gula'.

Isnin, Oktober 12, 2015

Terima Kasih, Yana Yani!

Entri permulaan minggu ni entri penghargaan buat adinda Yana Yani (YY). Alhamdulillah, akhirnya hadiah titipan YY selamat sampai ke tangan akak :)

Hadiah Penghargaan daripada Yana Yani (YY)


Sebenarnya, sudah lama pemilik blog Diari Seorang Mama kirimkan hadiah ni sebagai tanda penghargaan. Tetapi, lambat rezeki saya untuk menerimanya. Memang dah berbulan-bulan! YY siap dah bersedih berduka memandangkan rata-rata teman blogger lain dah dapat kirimannya, saya je masih dalam mode menunggu dan tertunggu-tunggu. Kiriman YY ni tumpang tidur rumah adik posmen barangkali ;)

Ini yang saya dapat!

Jom Cuba Nasib - Peribahasa

Kemas kini 12 Oktober 2015.

Assalamu'alaikum. Selamat memulakan minggu baru! Terima kasih pada yang sudi cuba nasib dengan soalan-soalan peribahasa di bawah ni. Nanti saya release jawapan dan siapa yang menang ye. Till then, have a majestic day!
-----------------



Assalamu'alaikum. Terima kasih banyak-banyak buat semua yang sudi datang ke mari, baca entri, tinggal komen. Buat masa ini, saya sibuk sedikit membantu anak-anak didik buat persediaan untuk PT3 dan peperiksaan hujung tahun. Jadi, blog memang agak terabai. Bagi yang ada bertanya soalan berkenaan guitar chords, kraf atau resepi tu, mohon bersabar. Saya akan reply secepat mungkin.

Sementara saya tiada di tower ni, jom cuba nasib dengan main teka peribahasa! Ini merupakan salah satu contoh soalan peribahasa untuk kertas BM, PT3. Melalui gambar yang diberi, kalian kena teka apakah peribahasa sesuai.

Ada berani?