Ahad, Januari 16, 2022

Apa itu Cold Brew Coffee

Makluman: Ini entri lama yang secara tidak sengaja statusnya jadi draf.  Saya terbitkan semula. 

Pernah cuba cold brew coffee?

Kopi Bru Sejuk

Ini percubaan pertama saya. Selama ini, setiap kali teringin menikmati kopi bru sejuk (cold brew coffee), saya akan fikir dua tiga kali. Kononnya malas hendak menunggulah, kena ada kesabaran tinggilah ... Hahaha, jikalau hendak seribu daya, bukan? Okey, sebelum itu, mari kita belajar sedikit apa itu cold brew coffee dan mengapa proses bru yang ini berbeza dengan hot brew coffee.

Kebiasaannya, apabila kita hendak bancuh atau bru kopi kita akan guna air panas. Ini kita panggil hot brew. Haba panas yang kena pada serbuk kopi akan keluarkan minyak pada serbuk kopi tersebut. Dari situlah datangnya rasa pahit-pahit kopi. Sifatnya akan jadi berasid. Jadi, itulah sebabnya sesetengah orang alah pada kopi sebab tak tahan dengan keasidannya.

Cold brew coffee berbeza kerana kopi dibru menggunakan air sejuk atau air pada suhu bilik. Tetapi, proses penyediaan kopi bru sejuk mengambil masa lebih kurang satu hari satu malam! Kita bru kopi dalam tempoh 12 - 24 jam. Maknanya, kalau tiba-tiba rasa teringin cold brew coffee, bertindak segera rendam kopi hari ini supaya dapat minum pada esok hari.

Satu keistimewaan cold brew coffee ialah kadar keasidan yang rendah. Serbuk kopi tidak dibru dengan air panas malah rasanya lebih lembut. Kaedah cold brew ni sesuai untuk kopi-kopi yang ada perasa. Maksud saya, serbuk kopi yang dipanggang dengan flavour seperti karamel, kayu manis, vanila dan hazelnut. Rasanya akan lebih ketara.

Cold brew coffee BUKAN iced coffee atau kopi ais. Hati-hati ya, jangan terkeliru pula. Sebab kalau nak buat kopi ais, dua-dua kaedah - bru sejuk atau bru panas boleh guna.

Perbezaan Antara Kopi Bru Panas dan Kopi Bru Sejuk

Di bawah ini ada carta untuk menerangkan perbezaan antara kedua-duanya dengan lebih lanjut.

Credit


Cara Menyediakan Cold Brew Coffee (Kopi Bru Sejuk)

Untuk penyediaan kopi bru sejuk, sebaiknya guna serbuk kopi jenis coarse grind kerana jika guna medium atau fine, dikhuatiri 

(1) kopi akan terlebih infused menjadikan rasanya terlebih pahit dan 
(2) sisa kopi tidak dapat ditapis sepenuhnya kerana terlalu halus, akan terlepas masuk ke dalam larutan bru.

Dari segi komposisi air dan serbuk kopi, saya menggunakan sukatan cawan dan buat dalam satu jag besar untuk sepanjang minggu/beberapa kali minum. 


#1 Menggunakan sukatan cawan

  • 1 cawan serbuk kopi
  • 4 cawan air

*Saya beritahu awal-awal, larutan kopi bru ikut nisbah di atas agak pekat ya. Apabila hendak bancuh kopi, saya akan turut tambah sedikit air. Kemudian disusuli dengan susu atau pemanis.

Bilangan sukatan cawan kopi dan air boleh diubah mengikut kesesuaian.

#2 Menggunakan sukatan metrik

  • 100 gram serbuk kopi
  • 1 liter air

Larutan kopi bru mengikut sukatan di atas agak cair dan sesuai digunakan dalam penyediaan kopi sejuk. Tuang larutan kopi ke dalam gelas panjang, tambah susu dan pemanis pilihan untuk dapatkan bancuhan yang sesuai dengan cita rasa.


Kaedah penyediaan kopi bru sejuk amat mudah. Masukkan serbuk kopi di dalam jag atau botol berpenutup yang berisi air. Kacau sehingga larutan sebati. Tutup botol dan simpan di dalam peti sejuk semalaman, antara 12 sehingga 24 jam.

Setelah direndam kira-kira 12-24 jam, keluarkan. Tapis larutan kopi menggunakan penapis halus atau kain muslin. Sekali lagi, simpan kopi yang telah dibru di dalam jag atau botol yang bertutup. Pati kopi bru sejuk ini boleh bertahan sehingga hampir dua minggu di dalam peti sejuk.


Mudah, bukan?


Ingin bru kopi dengan lebih bergaya? Dapatkan Hario Mizudashi Cold Brew Coffee Maker di bawah.

Hario Mizudashi Cold Brew Coffee Maker



Pembuat kopi ini sudah sedia berpenapis. Jadi, masukkan serbuk kopi di ruangan yang disediakan. Masukkan air. Cukup masa, apabila hingga hendak nikmati kopi bru sejuk, tinggal tuang sahaja.


Selamat menyediakan kopi bru sejuk!
Selamat bereksperimen dengan pelbagai rasa kopi!




42 ulasan:

  1. ohh ada perbezaan antara keduanya.. kalau teringin nak minum cold brew coffer kena buat selewatnya sehari sebelum laa kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, ada beza,...kena rendam sekurang-kurangnya 12 jam :)

      Padam
  2. Hurmm baru faham... Thankz share info ni..

    BalasPadam
  3. salam..

    ohh baru tau..jado cold brew ni lagi sedap la kan..
    xpernah try lagi, ingat same je mcm ice coffee lain..
    nk kne try la len kli ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Cik Yaya,
      Memang cold brew ni lagi sedap dan berasa. Nanti ada kelapangan boleh cuba :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Salam Isnin by the time akak balas komen ni :)

      Padam
  5. ouh panjang lebar penerangan akak , boleh jadi pakar kopi..
    coffee lover sangat nih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi takla pakar sangat,...suka bangat sama kopi je :)

      Padam
  6. yana yalah yang keliru tu hehehehe ...
    nampak gambaq macam iced je

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe keliru mende kecik camni tak jadi hal lah :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Akak dah buat banyak kali dah. Nak tulis entrinya tu yang tak sampai seru lagi :)

      Padam
  8. SB ni penggemar kopi setia..sehari boleh minum hingga 3 cawan kopi O

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, SB. Saya kadang-kadang terpaksa bersusah-payah tahan diri supaya tak overdose minum kopi :)

      Padam
  9. kena ada tahap kesabaran yg tinggi ya..

    BalasPadam
  10. saya main minum je asal sedap. ahakss..

    BalasPadam
  11. Sambil tnggu semalaman, saya minum a cup of iced coffee dulu

    BalasPadam
  12. Haa bagus gak kalau buat camtu, boleh terus compare apa beza rasa

    BalasPadam
  13. Selama ni biasa minum iced coffee je, hehe malas nak buat beli kat kedai je

    BalasPadam
  14. Camner komposisi (ratio) jumlah gram kopi & air ? Blh share kan? 10gram serbuk kopi, berapa nisbah mililiter air?

    Kalau serbuk fine, medium dan coarse camner pulak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk cold brew, sebaiknya guna coarse grind kerana jika guna medium atau fine, dikhuatiri rasa kopi akan (1) terlebih infused menjadikannya over pahit dan (2) sisa kopi tidak dapat ditapis sepenuhnya kerana terlalu kecil, terlepas masuk ke dalam larutan brew.

      Dari segi komposisi, boleh cuba 1: 4. Saya gunakan sukatan cawan kerana buat cold brew dalam satu batch besar untuk sepanjang minggu/beberapa kali minum.

      #1
      1 cawan serbuk kopi
      4 cawan air

      Setelah direndam 12-24 jam, tapis dan simpan kopi di dalam jar atau botol bertutup. Pati kopi ini boleh bertahan sehingga hampir dua minggu tanpa rasa stale.

      Apabila hendak bancuh kopi, boleh dilute kopi yang telah dibrew dengan air atau susu dan pemanis utk dapatkan bancuhan yang sesuai dengan cita rasa.

      Padam
  15. Wah.. New info. Selama ni tau minum je. Nice. Boleh cuba dengan kopi 434.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan... silakan. Masa minum tu ingat akak tau hahah

      Padam
  16. ooo..baru tau. tq tq.. ingat kan brew coffee tu sama je cara penyediaannya but chilled. oooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. cold bru ni makan masa sedikit nak buat Ayu, tetapi hasil akhirnya memang marvelous!

      Padam
  17. faham.
    tq for sharing, farrah.
    ilmu baru.

    coffee ni all time favourite abah aida.
    but now, abah tak boleh dah num kopi o.
    masalah prostat. org tua, mcm2 alahan baru muncul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke... kena berpantang kopilah ye. Mudah-mudahan abah Aida kembali sihat sepenuhnya.

      Padam
  18. Faham faham..kena ambil masa larutan kopi nak larut dalam air sejuk. Memang kena prepare awal lah kalau nak minum kopi cold brew. huhu...
    Menarik gak coffee maker untuk cold brew tu dah siap penapis.
    Terima kasih share kak Farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik, kan? Akak pun tengah aim je jug cold brew tu. Tetapi sebab nak beli benda kopi yang lain, yang ini tangguh dulu.

      Padam
  19. baru nampak kat tiktok day before..ammi masa tu mcm ehhhh masak ke kopi tu pakai air sejuk pastu orang tu letak dalam fridge..sok pagi baru jadikan minuman.

    sedap rupanya ye...ammi nak cuba gaklah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, Ammi. Memang ada beza rasanya kopi yang guna air panas dengan kopi yang guna air sejuk.

      Padam
  20. Uwhh baru tahu ada beza. Selama ni tahu minum je 🤣🤣 patutla simpan kopi dlm peti ais lg sedap

    BalasPadam
  21. kena sabar bebetul ini.. tapi demi kopi, boleh dicuba.. hehehe

    BalasPadam
  22. Tumpang tanya boleh sis? Kan kita simpan kopi ni dalam 12-24 jam, slepas dari tu berapa lama pula dia boleh bertahan? Ada kemungkinan rosak atau basi atau rasa bertukar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya cold brew coffee boleh bertahan dalam 7-10 hari disimpan di dalam peti sejuk. Insya-Allah, tidak rosak dan rasa stale kopi tu tiada.

      Padam
    2. Sampai dua minggu pun boleh. Tetapi, lazimnya bagi yang gemar minum kopi… cold brew coffee tu tak sempat sampai seminggu dah habis 😊

      Ini antara kelebihan cold brew, kopi lambat stale.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.