Sabtu, Januari 10, 2015

Spoonerism Cik Mimie

Salam Jumaat semua!

Spoonerism? Apa tu? Pesanan khusus buat SS dan Zarul Farhana,...ini bukan sudu ye. Sudu kecil, sudu besar ke sudu teh ke tak masuk dalam topik. Jangan kalian berbalah kat sini pula nanti hehehe

Spoonerism, diambil sempena nama William Archibald Spooner yang terkenal dengan kesilapan percakapannya. Spooner kerap menukar dan terbalikkan susur atur dalam konsonan atau suku kata frasa yang dituturkan. Antara contoh paling popular adalah ketika beliau officiated sebuah perkahwinan:

It is now kisstomary to cuss the bride
(It is now customary to kiss the bride)

dan

to our queer old dean
(to our dear old queen)

Contoh-contoh lain:
  • fighting a liar (lighting a fire)
  • know your blows (blow your nose)
  • go and shake a tower (go and take a shower)
  • flutterby (butterfly) 
  • my zips are lipped (my lips are zipped)

Khamis, Januari 08, 2015

Stew Kubis Bunga dan Kentang

Stew Kubis Bunga & Kentang

Kali ni tukar selera, buat stew cauliflower dengan kentang. Boleh dijadikan lauk atau buat cicah dengan roti. Nyummm nyummm. Resepi? Boleh rujuk entri terdahulu saya - Stew Ayam dan Stew Kentang. Bolehlah bega-begakan apa yang patut. Kalau nak yang berkuah seperti di atas, guna resepi Stew Ayam. Tetapi kalau nak pekat sedikit, rujuk resepi Stew Kentang ye :)




2015 Book Challenge

Awal-awal tahun ni memang semangat nak buat macam-macam. Saya asyik ajak Bott je, "Kita buat challenge ni nak? Want to try this?" Bott angguk je. Heee,...harap api bara semangat tu berkekalanlah sampai ke hujung.

2015 Book Challenge @ Cabaran Membaca khusus untuk si ulat-ulat buku. Simple je. Sepanjang tahun ini,  kita kena cuba untuk cross out setiap satu yang ada dalam senarai tu. This Book Challenge by POPSUGAR. Sebelum ni ada jumpa satu cabaran membaca (Bookcafe tak silap), but this one nampak lebih menarik dan mencabar! (Hahaha nampak tak aura semangat yang berkobar-kobar tu - cabaran senang tak heranlah kononnya,..)

Jom tengok apa cabarannya,..