Isnin, Julai 13, 2015

Popia Sambal Sedap

Ramadhan tahun ni, saya tak hairan martabak, kuih lopes atau onde-onde. Saya kemaruk makan popia sambal. Makan tiap-tiap hari pun tak jemu!

Popia Sambal Sedapppp

Popia ni beli dari kenalan Cekebon yang berniaga kuih-muih, So, setiap kali teringin memang Cekebon akan order. Nanti petang sebelum berbuka delivered to the doorstep. Saya suka dengan kerangupan popia yang krup krap krup krap diganding pula dengan sambal pekat manis-manis pedas! Ada taburan bijan pada bahagian atas popia. Kadang-kadang ditabur dengan kacang yang disangrai. Pun marvelous! Saya seorang je boleh makan sampai 6! Tapi tak makan straight la. Bawa sampai ke moreh :)

Lagi satu saya suka kerepek popia. Kulit popia tu digulung, kemudian dipotong serong dan digoreng. Lepas tu kita gaul dengan cili sira. Sedap! Makan memang tak ingat orang belakang punya. Emm… sendiri tulis sendiri terliur! Mana nak cari kerepek popia untuk raya nih?




Resepi Tart Nanas Cheddar

Kuih raya pertama yang saya buat untuk tahun ni. Mula-mula ingat tak nak buat. Cekengah rajin beli yang tunjuk-tunjuk dekat office. Then, dapat dari jiran dan kawan-kawan sebalang dua. Cukuplah tu. Tetapi, memandangkan tahun ni Cekebon semangat berkobar-kobar dan mood excited lebih sikit nak raya, (Alhamdulillah, tahap kesihatannya baik sepanjang Ramadhan ni), buat jugalah dua tiga jenis.

Memandangkan dah ada tart nanas gulung yang orang beri, saya buat tart tekap bunga. Ikut tekak sendiri. Hahaha! Personally, saya suka tart bunga begini kerana rasa jem yang dibakar, keras-keras sticky...sedap! Memang dari kecil kalau raya, saya cari tart bunga. Lagipun, dulu-dulu mana ada taet gulung, tart kelopak, tart jongkong, tart sekundang bagai.

...dan yang lebih yummy ... kita tambah keju Cheddar pada dohnya. Sewaktu dibakar, wangi semerbak satu rumah!

Terperap! Kad Raya & Gift daripada Qaseh Abadi

Aduhai! Bulan puasa ni sel-sel otak memang lambat, lemau,..complete semua. Saya terima kiriman daripada Syida a.k.a Qaseh Abadi awal bulan hari tu. Tetapi, asyik lupa nak buat entri khas untuk cik adik berkaca mata yang seorang ni.

Singgah blog SS baru teringat tak up entri. Bersungguh-sungguh buka laptop nak berblog. Tiba-tiba menyimpang buat urusan lain. Lupa lagi! Tadi masuk bilik kraf, pandang Bloggers' Board, baru teringat balik! Maafkan akak, Syida ye. Simptom-simptom lanjut usia tu makin ketara nampaknya ahaks. OK. Jom tengok kad raya + kad penghargaan daripada Syida.

Ahad, Julai 12, 2015

Kad Raya - Kanda SS

Scheduled Entry - Saya tak de di rumah hari ni :)

Antara kad raya terawal yang saya terima tahun ini dilayangkan jauh dari selatan. Siap pakai poslaju lagi! Sekarang ni, adik poslaju nak kejar apa tak tahulah,.. memang orang ada rumah ke,.. tak de rumah ke, dia dah siap-siap tulis slip poslaju, berhenti depan rumah dan letak dalam letter box. Style apa tah! Bukan sekali dua, dah banyak kali!

Bayangkan saya yang bersaiz 'sukar untuk tidak dinampak' ni memang tengah tercokoh depan rumah menyapu lantai. Dia selamba je turun van letak slip dalam letter box dan,...(guna ayat novel jap) BERLALU PERGI! Memanglah jarak antara rumah saya dan pagar agak jauh, tapi tak adalah sampai tak boleh nak deliver.