Sewaktu saya mula-mula berjinak dengan seni kraf kertas beberapa tahun dahulu, saya selalu ada masalah ketika nak membeli material kraf. Of course, we need to have basic things to start - basic cards, embellishments (hiasan untuk kraf), good sharp paper cutter, a few rubber or clear stamps ... and I always winced apabila tengok harga barang. Kebanyakan material dan peralatan kraf memang mahal kerana diimport dari luar negara. Bolehlah dikatakan hobi kraf kertas ni hobi yang memerlukan banyak kos. From there I set my mind - I want to explore this exciting new hobby, but I have to be frugal. Saya nak berkraf tetapi hanya dengan bajet yang sederhana.
Dari semasa ke semasa, cardmaking dan scrapbooking semakin diterima di negara kita. Orang ramai dah terdedah dengan nilai sentimental kad buatan tangan. Ada juga yang mula menyimpan memori-memori indah dengan membuat scrapbook Pengeluar mula menjual produk kraf dengan julat harga yang lebih murah dan mampu milik. Cuma kita tidak boleh mengharapkan kualitinya setanding dengan peralatan kraf yang diimport.