Jumaat, Jun 10, 2016

Mufin Coklat Tanpa Telur

[Scheduled Post: Masih tiada di tower.]


Ini resepi mufin coklat paling mudah, less messy dan yang penting super yummy! Resepi mufin coklat ini saya dapat dari blog Wana. Dah lama save, tapi tak terbuat-buat. Apa yang betul-betul pancing minat saya, resepi mufin ini tidak menggunakan telur.

Tutorial Kraf Kertas - DIY Kad Hari Raya Mudah

[Scheduled Post: Tuan tower tak ada sampai minggu depan.]

Assalamu'alaikum,
Hari ini entri tutorial kraf kertas. Kita buat kad raya ye. Hihihi walaupun baru masuk hari ke-4 berpuasa, kena up tutorial awal-awal. Bagi sesiapa yang berminat nak buat kad raya DIY, adalah ruang masa untuk kalian. Tidaklah nanti tergopoh-gapah nak sediakan barang,..nak siapkan kad,... nak kejar tarikh akhir Pos Malaysia lagi.

Kad raya DIY kali ini kita akan gunakan template di bawah dan bahan-bahan mudah. Save imej 'Salam Lebaran' di bawah, cetak di atas kad/kertas keras mengikut saiz pilihan. Hendak besar, cetak besar. Kalau suka yang kecil, cetaklah kecil.

Kord Gitar Adam - Faizal Tahir (Easy Chords)

Untuk aktiviti cuti sekolah kali ini, the kids sempat buat sesi sing-along nyanyi lagu Adam. Saya pun suka lagu ni. Soothing je dengar FT nyanyi and it's a good way untuk dedahkan si cilik tentang Nabi Adam. OK, ini kord gitar mudah untuk lagu Adam :)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Adam - Faizal Tahir

Inspirasi 25 Rasul

(Intro)
C F Am G

C F Am G
Adam adalah yang teristimewa
C F C G
Adam yang pertama menghuni syurga