Jumaat, Jun 04, 2021

Kad Hari Lahir Burung Flamingo

Assalamualaikum. 

Saya buat satu lagi kad flamingo. Seronok sebenarnya apabila sekali-sekala ada tempahan kad bertemakan burung flamingo. Warna merah jambunya mengundang ceria. 😁 Nama flamingo datang dari perkataan latin 'flamenco' yang bermaksud flame (fire atau api), merujuk kepada warna terang bulu dan pelepahnya. Burung yang punya tabiat berdiri dengan satu kaki ini sering dikaitkan dengan perkara dan perlambangan positif seperti keberanian, keseimbangan dan sikap terbuka. Tidak hairanlah jika kita jumpa banyak quotes (kata-kata menarik) yang dikaitkan dengan flamingo.


Berbalik kepada kad ucapan tadi, saya pernah buat rekaan yang sama sebelum ini. Jenis kad yang sama (bridge card) menggunakan material yang sama. Tuan yang menempah memang minta design tersebut. Kebetulan bahan-bahan yang diperlukan ada dalam stok, tiada masalahlah. Cuma ada sedikit penambahan yang dibuat supaya lebih menarik.

Rabu, Jun 02, 2021

Happy June

Assalamualaikum. Salam 2 Jun. 😊


Diam tak diam, tahu-tahu dah hampir setengah tahun kita dalam 2021. Mudah-mudahan hari-hari mendatang untuk bulan baharu ini indah dan baik-baik buat kita semua. Paling penting, semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari jangkitan wabak ini.

Sarapan 1 Jun. Lempeng oat dan pisang. 

Isnin, Mei 31, 2021

Nasi Goreng Ikan dan Gajus

Asalnya, hajat hati hendak buat nasi goreng nanas. Entah mengapa tekak teringin makan hidangan nasi goreng Thai ini.  Dah lama tak makan kot. Waktu mula hendak ‘berkencak’ di dapur, baru perasan macam ada bahan yang tidak cukup.

Guess what? Nanas! Nanas tak ada! Bising mulut saya mencari nanas. Rupanya nanas masih di kedai lagi. Masa inilah jelas terbayang tindakan saya pilih-pilih nanas … angkat … letak … angkat letak … tiba-tiba nampak jambu batu, saya tinggalkan sahaja nanas saya di situ. Tak bawa pergi timbang dan bayar pun. 😅

Scratch the plan. Tak ada rezeki. Kena buat nasi goreng lain. Buka peti ais, kebetulan ada lebihan lauk ikan kukus. Kita buat nasi goreng ikan dengan sentuhan ala Thai. Maka, terhasillah nasi goreng ikan dan gajus.


Untuk menyediakan hidangan nasi goreng ini, hanya perlu perisikan ikan yang telah direbus, dikukus atau digoreng. Macam saya cerita tadi, ikan yang saya guna ikan lebihan lauk semalam. Jadi, dah jimat satu langkah di situ. Saya hanya cincang halus beberapa ulas bawang putih dan sedikit parutan halia sebagai ramuan tumis. Halia saya simpan di peti dingin beku. Saya parut setiap kali hendak guna. Lebih mudah. Lihat cara menyimpan halia agar tahan lebih lama di sini.

Jom Atasi Kelesuan Pandemik

Semalam baca di Facebook Public Health Malaysia tentang kelesuan pandemik. Hakikatnya, memang betul. Kita semua sudah keletihan. Sudah lesu dan kurang bertenaga untuk terus berperang melawan wabak ini. Kelesuan inilah yang mendorong sesetengah pihak untuk memberontak dan tidak lagi membenakan SOP. Pakat langgar sahaja! 


Sukar untuk fokus dan tidur mencukupi tetapi masih rasa penat tu saya alami! Bercinta hendak siapkan satu satu kerja. Namun, saya masih kuat semangat tabahkan diri untuk duduk rumah dan patuh setiap SOP. 😅