728 x 90

Isnin, 20 Oktober 2014

Bukan Hadiah GA Tau!

Tengah hari tadi, saya terima kunjungan daripada Aunty N, kenalan lama Cekebon saya. Dah lama tak jumpa Aunty N. Anak-anak aunty N ni semua merasa belajar dengan saya. Sekarang dah besar-besar, dah kahwin dan berkeluarga. (Aikk,..apsal tiba-tiba rasa diri macam dah tua bebenar nih?) Anak gadisnya yang bongsu, Dihah (sekarang Tingkatan 2) paling lama berguru dengan saya. Tuisyen kat dewan,..home tuition,..group tuition semua dia pernah rasa heheh.

Aunty N dan keluarganya sangat mesra dan friendly. Bayangkanlah jika saya datang mengajar si bongsu di rumah mereka, ada sahaja yang dibekalkan untuk dibawa pulang. Sekiranya ketika itu ada ahli keluarga yang masak sesuatu di dapur, saya akan turut dapat share semangkuk/sepinggan. Sampai naik segan pula saya tengah-tengah mengajar disajikan dengan makanan. Paling tidak, akan ada air panas yang disediakan buat saya ("Sebab Teacher asthma, elok untuk dada."). Touching, kan?!

Hari ini, Aunty N datang bukan dengan tangan kosong. Aunty N bawa nasi lemak kegemaran saya (Aunty N memang pandai masak!) dan hadiahkan saya sepasang kain potong.

Warna kegemaran saya!
Gembira+teruja+tersentuh dapat hadiah! Alhamdulillah. Terima kasih, Aunty N. Thanks so much,  Dihah. Susah-susah je belikan saya hadiah. Rasanya sepanjang mengajar anak-anak Aunty N, dah macam-macam hadiah saya terima. Malah dah beberapa tahun jugalah saya tak perlu risau fikirkan baju/tudung raya dek kerana pemberian-pemberian Aunty N. Hanya Allah dapat membalas kebaikan dan keluhuran budi kalian. Semoga Allah memurahkan rezeki Aunty N dan keluarga, mengurniakan mereka dengan kebahagiaan berpanjangan dan kehidupan yang penuh barakah.




30 ulasan:

  1. Alhamdullilah. Murah rezeki akak. hehe

    BalasPadam
  2. wahh tak yah pikir beli baju ye...
    alahaiii beruntungye kak farrah
    rezeki jgn ditolak ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu dik.
      akak ni malas gi kedai beli kain
      bila dapat tu memang 1000 rahmat :)

      Padam
    2. Tp ayu suke masuk kedai kaen kak..cume bile dah masuk tu jadi blur nal beli kaen ape nknkaen corak cmne...
      Kuar dgn tangan kosong jugak...
      Last2 beli baju siap

      Padam
    3. Hahahah Masuk kedai kain boleh rambang mata tau!!!

      Padam
  3. alhamdulillah...rezeki tu :)

    BalasPadam
  4. Waahh dapat hadiah, untung untung.. Alhamdulillah, murah rezeki :)

    BalasPadam
  5. musuh jangan dicari, hadiah jangan ditolak. hehe ^_^

    BalasPadam
  6. Bestnya k.Farrah, dapat macam2 hadiah.
    Semoga Auntie N tu dimurahkan rezeki lagi.
    Nanti boleh bagi banyak hadiah lagi.
    Hehe


    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah, Shikin. Bila dapat gifts macam ni,..secara tak langsung hati kita pun tergerak nak memberi :)

      Padam
  7. Baiknyaa dorang. Heee~ murah rezeki akak. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baik kan,..mereka ni memang tak berkira, Aina :)

      Padam
    2. Seronok jumpa orang macam ni. Heehe. ^^

      Padam
  8. The more you give , the more you get.. :)

    BalasPadam
  9. syiok nye dapat kain.. hihi CT pun dapat selai dari kawan balik dari vetnam hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Kain dr vietnam cantik2 kan...

      Padam
  10. Buat baik banyak2, buat jahat jangan buat. Tahniah kak dapat rezeki :)
    Alhamdulillah.

    BalasPadam
  11. cantik jugak kak kainnye.. untung akk.. rezeki :)

    BalasPadam
  12. fav colour akak apa? biru ka?
    macam2 warna saya nampak..hehe..
    alhamdulillah rezeki dpt kain..seronok tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, dik. Suka biru & ungu. Hehe mmg macam2 colour ;)

      Padam
  13. cantik kain tu kalau di buat baju.. bila agaknya dpt tgk jd baju. murah rezeki akak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, jadi baju tu tak sure lagi...akak ni pemalas sikit nak pergi cari tailor ukur baju bagai... :)

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...