728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Ahad, 12 Oktober 2014

Kambeh? Kambas?

Petang semalam jiran sebelah rumah telefon minta saya tunggu dekat pagar. Hehehe 'tunggu dekat pagar' tu catchphrase yang digunakan apabila dia nak beri something

"Makan kambeh tak?" Jiran saya yang berpangkat nenek tu tanya pada saya. Kambeh?! Laju saya berfikir. Almaklumlah, area kejiranan saya ni ada orang Minang, ada orang Jawa. So, puas juga search dalam otak, cari vocab yang relevan. Rasanya bukan bahasa jawa. Kambeh...kambeh...dialek minang kalau tukar.... 

"Kambas?" Saya tanya balik. Masih tak ada sebarang klu, kambas tu apa. Percubaan saya untuk intai-intai bekas di tangannya tak mendatangkan sebarang hasil sebab bekas tu bukan lutsinar. Tak nampak apa-apa.

"Ha ah. Kambas."

"Err,..kambas tu apa, nek?" Tak tahu kena tanya. Malu bertanya sesat jalan.

Rupa-rupanya kambas tu peria! Menurut jiran saya tu, kalau peria yang kecil dipanggil peria katak. Peria yang besar, dipanggil kambas. Ohhhh,...baru tahu!

Masuk rumah, sambil jeling-jeling lauk kambas diberi (saya memang suka makan peria). Saya capai Kamus Dewan. Kambas atau kambeh, bermaksud peria, memang istilah Minangkabau yang diterima pakai. 

Belajar sesuatu yang baru ;) Teringat pada arwah atuk saya. Arwah selalu pesan pada saya, 'It is never too late to learn.' Pada usia melebihi 3 dekad ni baru saya tahu yang kambas tu peria heheheh


Nota Senyum: Good Luck untuk Pak Cik S, yang selalu saya dan keluarga gunakan khidmatnya jika perlukan teksi. Pak Cik S sibuk buat mutala'ah. Persediaan untuk peperiksaan. Walaupun dah berusia, beliau gigih meneruskan pengajian peringkat sijil di sebuah institusi pengajian tempatan.


33 ulasan:

  1. waahh...bagus gak akak teka kambas...kalau Nad dah blurrrr terus..heheheh
    Best tu neighbourhood akak ada lagi kirim-kirim lauk...
    Orang sekarang dah jarang buat dah ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe agak-agak je, Nad :)
      Alhamdulillah, akak duduk area kampung,..so amalan beri-memberi ni ada lagi,..

      Padam
  2. kalau nenek tu tanya sis mmg lopong dua2 perkataan tu x pernah dgr..kalau dia cakap PERIA..ahaa..baru tahu...suka jgk mkn peria ni...walaupun pahit tapi sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu saya tak suka tau Sis JM. Sekarang memang dah jadi favourite!

      Padam
  3. Kita pon baru tahu kambeh tu peria..kalau awak tak share smpi sudah tak tahu..ahaha..

    BalasPadam
  4. hebat jugak kak bahasa minang...err jawa err
    peria katak tu tau...peria kambas baru tahu hehehe

    peria katak ni kadang-kadang best jugak layan.
    Bila arwah mak masak saya layan ja lauk yang ada.
    bila ditanya ok tak lauk....saya jawab ok ja....(wlaupn tak brapa minat peria huhu)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, aRz. Akak kalau yang besar tu akak panggil peria besar jelah!
      Peria antara kenangan aRz dengan arwah mak ye. Air tangan emak memang terbaik. Benda pahit pun jadi sedap!

      Padam
  5. Seronoknya ada jiran pemurah macam tu..bestla akak

    BalasPadam
  6. Ahaha.. Kalau peria katak tu, akak takde la panggil peria katak.. Just panggi piyo.. hehe.. Kalau kambas tu memang akak panggil kambeh..

    Piyo ni pahit sikit tapi kalau masak lemak cili api dengan udang, terangkat jari.. hehe.. Siapa ada kencing manis, elok makan piyo ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cutenya nama, kak. Piyo! Peria katak saya suka buat jus. Memang baik untuk kawal gula dalam badan.

      Padam
  7. yang saya tau kalau jawa peria tu panggilannya pa-ray. kalau gambas tu petola. haha. saya pon dah pening. sebab komen kena tulis so agak limited la kan nak sembang topik kambas ni. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kelakarlah budak ni. Jangan pening2 sangat. Panggillah apa saja janji kita paham ;)

      Padam
  8. heee.. ayu lgsung xde idea kak farrah...
    dah la peria tu pon ayu xmakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak makan peria ye. Tak apa, at least kita tahu nama lain bagi peria ;)

      Padam
  9. akak Farrah
    baru sempat siapkan hahaha

    http://www.arzmoha.com/2014/09/liebster-award-tagged-by-famf-tower.html

    BalasPadam
  10. wow kat kawasan akak minang ada jawa pun ado..? beretnik sungguh. nenek CT kalo mula sembang ngan kawan kawan dia bahasa minang memang tak paham dah. nak menjawab kalo nenek nenek tanya memang lama nak fikir.. tapi kalau nenek nyembang ngan kami cucu cucu dia tau nak modenkan words dia. jadi tak ada masalah komunikasi hihi..

    dulu tak makan peria and petola..(owh smpai skarang still conpius) sejak masuk hostel kan makcik dewan selesa ske masak sup peria. yelaaa makan tak boleh memilih. telan ajelah.. eeeh sedap jugak ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang CT. Akak kalau berbual dengan orang2 tua di sini, berpusing2 otak nak selaraskan vocab...
      orak eneng,...wes....sinun...sagan...kdg2 confius sendiri.

      Padam
  11. Peria rupanya. Awal2 tu ingat kambing. Hehe. Peria memang sedap. Peria celup tepung!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peria celup tepung? Tak pernah rasa sebelum ni, Azie. Kena cuba nih!

      Padam
    2. Saya pun masa teka-teka tu terlintas gak kebab ngan kambing :D

      Padam
  12. baru tahu psal perkataan tu.. memang Ros panggil peria tu peri aje. tak de istilah lain dah. ni yang best berblog ni. dapat tahu benda baru.. eh peria celup tepung memang sedap. tak pahit.. hihi.. dia goreng garing-garing!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh, peria celup tepung goreng garing! Bunyi pun dah tempting!
      Betul cakap, Ros. Akak pun banyak belajar & dapat info dr rakan2 blogger :)

      Padam
  13. ohh, hahaha. peria katak? wuut~ macam-macam istilah yee~ huhu. new info. hehe.

    BalasPadam
  14. bagusnya pesanan arwah atuk akak :) betul selagi terdaya, belajarlah...

    ooooo, kalau besar dipanggil kambas rupanya... kalau saya yang ditanya, mau lagi terkulat-kulat kat situ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe akak pun terkulat-kulat je masa jiran cakap 'kambeh', Amy :)

      Padam
  15. ayah kite suke peria katak. kite? no no no, pahitttt

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...