Memaparkan catatan dengan label Aktiviti untuk Anak-anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti untuk Anak-anak. Papar semua catatan

Selasa, April 28, 2015

DIY Gift Ideas untuk Hari Guru - Post-It Pad (Part 2)


Selamat memulakan minggu baru! Hari ini kita sambung hias Post-It Pad kita ye. Tak perlu dapatkan material kraf yang mahal-mahal. Kita nak buat gift yang ekonomi. Simple and nice. Antara bahan-bahan yang boleh dipertimbangkan ialah:

  • Reben
  • Washi Tapes
  • Butang
  • Sticker/Pelekat bergambar
  • Adhesive Diamentes
  • Cetakan ucapan 'Selamat Hari Guru' atau 'Happy Teacher's Day'
  • Marker Pen/ Gel Pen/ Sharpie Pen/Magic Pen

OK, inilah Post-It Pad yang sudah siap dihias.

Rabu, April 01, 2015

Wiggly Googly Eyes


Animal Foam Stickers with Wiggly Eyes

Sebenarnya ini untuk bahan aktiviti anak-anak didik saya. Tema haiwan. Foam stickers haiwan beli di Mr. DIY, RM1.80/pek. Wiggle eyes tu pula dari POPULAR. Tak silap saya harga sekitar RM4 - 5. Bukan jenis self-adhesive. Jadi, kena letak sapuan gam nipis untuk lekatkan pada foam.


Saranan aktiviti: 

Rabu, Januari 14, 2015

Siapkan MYVI

MYVI in the making :)

MYVI? Bukan kereta tu ye. Ini kependekan untuk 'My Vocabulary Index' yang saya guna dalam kelas Bahasa Inggeris bersama anak-anak murid. Saya buat sendiri indeksnya guna cap getah ABC (baca mengenainya di sini). Jimat sedikit berbanding beli buku indeks yang ada di pasaran. Apa itu MYVI dan apa fungsinya? Haaaa,...jemput baca di sini.

Psst! Siapa nak tolong saya main cop-cop? Ada dalam lebih kurang 25 buah buku lagi nak kena buat ni :)


Selasa, Disember 16, 2014

Tutorial Kraf Kertas - Memo Pad Mini daripada Kertas Terpakai

Hari ni saya nak tunjukkan satu lagi projek DIY ringkas dengan menggunakan kertas terpakai. Kertas-kertas yang belakangnya kosong tak bercetak/bertulis. Asingkan ye. Kita akan buat memo pad mini.

Saiz? Terpulang. Nak besar, potonglah kertas tu ikut besar mana yang kalian mahu. Luas sikit ruang untuk menulis. Di bawah ini, saya potong kertas mengikut saiz standard kad nama (name card/business card).


Material yang diperlukan:
  • Kad nama untuk cover hadapan
  • Kertas terpakai yang telah dipotong mengikut saiz kad
  • Kertas keras untuk cover belakang (Selalunya saya ambil bahagian belakang test pad. Boleh je potong kotak atau cover buku yang dah tak digunakan lagi.)
  • Gam (Jika boleh, guna yang strong bond - gam dalam botol besar yang ada tulis untuk office use & bookbinding.)
  • Berus lukisan
  • Beberapa keping kertas keras/card board sebagai pelapik
  • Klip kertas sederhana besar

Dah bersedia? Jom kita buat.

Jom Belit Lidah

Saya sedang sediakan aktiviti untuk the kids. Hari Rabu nanti ada kelas. This week for English mereka akan buat tongue twisters. Itulah sebab tajuk entri ajak belit-belit lidah :) Berlatih menyebut tongue twisters adalah cara yang baik untuk 'lembutkan lidah' dan baiki cara sebutan kita.


Let's try one of these tongue twisters. Cuba pronounce betul-betul setiap patah perkataan dan pada masa yang sama sebut dengan laju. Tak mau tergeliat lidah! Tergigit lidah lagilah mohon dijauhkan.

Sabtu, November 15, 2014

Mahir Bahasa Inggeris dengan MYVI (untuk Anak-anak & Kita juga,..)

Kekangan utama apabila membaca material Bahasa Inggeris ialah kita tidak faham maksud perkataan tertentu. Malas nak cari makna dalam kamus, kita akan cuba figure out makna sendiri. Then, as time goes by, kita lupa terus perkataan tu (tanpa betul-betul tahu makna sebenarnya).

So, here comes MYVI! MYVI ialah singkatan untuk My Vocabulary Index. Just a fun term yang saya dan pelajar guna untuk refer pada buku ini. Basically, My Vocabulary Index mempunyai indeks A, B, C - Z, mengandungi daftar perkataan baru yang kita pelajari berserta maksudnya sekali.


Cara untuk Sediakan MYVI:
  1. Sediakan 1 buku khas. Beli buku berindeks ABC yang sedia ada di pasaran. Kalau tak jumpa, buat sendiri. Belilah buku yang sesuai, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Guna test/examination pad pun boleh.
  2. Gunakan pen warna/ Cap getah ABC (lihat sini) untuk melabel bahagian atas muka surat dengan huruf-huruf. Peruntukkan muka surat tambahan bagi huruf-huruf yang menjadi pangkal banyak perkataan. Contohnya A, B, C, D, M, P dan W. Untuk huruf-huruf seperti X, Y dan Z, satu halaman dah mencukupi.
  3. Kamus mini/poket. Pastikan sentiasa diletakkan bersama dengan MYVI atau di tempat yang senang nak dicapai :)
Contoh My Vocabulary Index
Dalam gambar ni MYVI saya. Nak tunjuk MYVI anak-anak murid (yang comel + ceria sikit), tak dapatlah sebab diorang simpan :) Saya guna test pad biasa. Jika ada muka surat tertentu habis, tambah je yang baru. Then, simpan semuanya dalam fail.

Setiap kali jumpa perkataan baru, cari makna guna kamus dan masukkan ke dalam MYVI.

Contohnya:
  • ambiguous - bermula dengan huruf A, masukkan di bawah A 
  • flibbertigibbet- bermula dengan huruf F, masukkan di bawah F

Jangan lupa untuk tulis maksudnya sekali. Dalam kelas, untuk anak-anak sekolah rendah, saya benarkan mereka tulis makna perkataan dalam Bahasa Malaysia. Tetapi, bagi pelajar sekolah menengah, saya suruh mereka biasakan diri guna English to English Dictionary. Biar mereka faham terjemahan perkataan guna Bahasa Inggeris juga. Kalau masih tak faham, baru guna kamus dwibahasa.

Then, apabila ada masa terluang, selak balik perkataan-perkataan yang kita dah belajar. Pilih satu huruf, baca perkataan dan makna yang ada dalam halaman tersebut untuk refresh ingatan kita. Ibu bapa boleh luangkan masa dengan anak-anak untuk aktiviti ini. Boleh ajar mereka guna kamus. Buat pop quiz guna perkataan-perkataan yang mereka dah belajar.

Konsepnya mudah -  cari makna, masukkan dan baca semula. Kena rajin dan ada kesungguhan sikitlah. Insya-Allah, cara ni memang antara cara terbaik meningkatkan penguasaan kita terhadap perbendaharaan kata :)


Psst! Selamat beristirehat! Dua hari ni saya agak sibuk + banyak urusan di luar. Akan cuba curi masa untuk blogwalking. Kalau tak sempat jumpa minggu hadapan ye. Thanks sebab sudi singgah ke mari :)

Sabtu, Ogos 23, 2014

Spot The Differences - Activity with The Kids

Packaging iPad cover di bawah, asalnya saya nak guna untuk projek kraf lain. Tetapi, memandangkan bahagian hadapan yang berplastik tu masih cantik, saya decide buat display board@ game board @ activity board untuk students cilik saya.


Kebiasaannya, saya akan simpan apa saja aktiviti/games yang saya jumpa dalam majalah dan akhbar. Saya akan gunakan sebagai aktiviti tambahan di dalam kelas. Masalahnya, seorang dua sajalah yang berpeluang buat aktiviti berkenaan kerana salinannya terhad. Nak photostat warna, kos agak tinggi pula.

Jadi, timbul idea untuk buat display board ni.

'Spot The Differences' - Aktiviti sebegini bagus untuk rangsang perkembangan minda si kecil.

Saya masukkan lembaran aktiviti 'Spot The Differences' (yang ini from Astro View) ke dalam display board. Hias sikit sana-sini supaya nampak lebih menarik. Siapa-siapa yang siap tugasan tuisyen awal berpeluang buat aktiviti tu menggunakan whiteboard marker. Dah selesai, boleh padam.

Jadi, satu lembaran aktiviti boleh digunakan berulang kali. Kemudian, agak-agak mereka dah boring, next session tukarlah dengan aktiviti lain pula; cari benda tersembunyi ke, selesaikan maze ke,...

Dhia & Aliff, muka-muka yang siap kerja awal malam tadi :)

Cari,..cari...

Dsha teruja dapat cari kesemua 10 perbezaan dalam masa yang singkat.

Kita juga boleh guna bingkai gambar dan fail lutsinar untuk simpan lembaran aktiviti seperti ini. Kalau ada bajet lebih, laminate lagi bagus! Yang penting, sediakan whiteboard marker dan wet tissues :)


Sabtu, Ogos 09, 2014

Origami Rama-rama yang Mudah

Bersiaran dari bilik kraf sekejap ya ... 


Hari ni saya mengemas cebisan-cebisan dan lebihan kertas yang sebelum ni digunakan untuk buat kad atau buku skrap. Terfikir nak buat origami. Cuba origami rama-rama pula lah. Sebenarnya, ada pelbagai version origami butterfly yang boleh kita hasilkan. Bagi saya yang ini paling simple! Tidak terlalu banyak langkah-langkahnya dan tidak terlalu complicated. Jadi, kalau kita nak ajar anak-anak pun senang.

Kredit Imej: deschdanja.ch

Rama-rama ni comel sangat! Saya nak buat banyak-banyak untuk letak di atas meja belajar si cilik di kelas tuisyen saya. Selain itu, boleh juga dibuat sebagai party garland. Selamat buat origami!


Boleh cuba buat:

Rabu, Julai 09, 2014

Aktiviti Go Green with The Kids

Jumaat lepas, untuk kelas BM, murid-murid Tahun 3 belajar tentang alam sekitar. Mereka belajar konsep sayangi alam sekitar dan tindakan-tindakan mudah yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian untuk pelihara kesejahteraan bumi. Basically, amalan Go Green! bukan sesuatu yang baru dalam kelas saya. The kids sudah dibiasakan untuk:
  1. Guna semula kertas terpakai sebagai rough papers (untuk conteng jalan kerja Matematik atau buat rangka karangan).
  2. Tidak buang beg plastik sebaliknya simpan dalam kotak khas supaya boleh digunakan semula. (Anak-anak didik saya especially yang kecil-kecil, datang tuisyen macam pergi piknik! Bawa bekal dan jajan segala! So, masing-masing dah terbiasa. Sampah buang dalam tong sampah. Beg plastik masuk kotak. Nanti bila cikgunya rajin, cikgu akan lipat plastik-plastik tu supaya kemas.)
  3. Tin aluminium dan botol jus/air mineral dimasukkan ke tong kitar semula yang disediakan.

Selanjutnya, kami buat poster mini. Hanya perlukan:
  • Kertas kosong (guna kertas terpakai tau!)
  • Pensel warna
  • Ink Pad Hijau

The kids lukis sendiri batang pokok, akar dan ranting pada kertas . Kemudian, menggunakan cap jari dan ink pad hijau, mereka akan buat daun-daun pada pokok. Oh, jangan lupa sediakan wet tissues untuk aktiviti ini. Kalau tak, ada yang balik dengan muka yang penuh kesan cap jari :) Nak tengok hasilnya?

Finger prints tree. Cantik kan?

Sabtu, Jun 07, 2014

Penanda Buku Comel

Last night, anak- anak didik saya belajar buat penanda buku. Just something fun for them to do sempena cuti sekolah. Pada masa yang sama, dapat asah kreativiti si cilik dan tingkatkan tahap kemahiran kawalan motor halus mereka (melalui aktiviti menggunting, melukis/ melakar corak). 



Oh, untuk mata, kami gunakan eyes stickers. Teruja mereka apabila saya beri peluang pilih sepasang mata untuk hias penanda buku masing-masing. Tetapi, dalam banyak-banyak jenis mata, pilihan popular yang menjadi favourite diorang adalah yang hitam berkaca tu ;)





Ahad, Mei 18, 2014

Guna Semula Tag Roti

 
Bott selalu pelik setiap kali saya ambil tag roti dan simpan dalam kotak kecil. "Nak buat apa? Recycle?"
Heheheh kali ini bukan recycle, tapi reuse. Kita nak guna semula tag roti kat atas untuk cantikkan 'party favours' yang nak diberikan kepada budak-budak. 

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:
  • Tag roti (kena kumpul dululah ye...)
  • Permanent Colour Pen/Marker seperti Sharpie

 Cara-cara:
  1. Terbalikkan tag roti.
  2. Lukis mata, hidung dan mulut dengan pen/marker. (Boleh ajak anak-anak untuk lukis bersama anda. Guna kreativiti untuk lukis bulu mata, kening, pipi dan hidung.)
  3. Biarkan beberapa minit hingga kering. 

Haaa,..apabila dah kering, boleh digunakan untuk ikat pek gula-gula seperti dalam gambar di bawah.

The kids will be very excited to get this. Ada kelainan sikitlah,...selalu kita guna reben, kali ni guna tag roti. Selamat Mencuba!!!


Ahad, Mac 30, 2014

Washi Tapes untuk Kraf

'Masking tapes' untuk kraf berbeza dengan 'masking tape' biasa (yang macam plaster berwarna putih tu). 'Masking tapes' untuk kraf atau turut dikenali sebagai 'washi tapes' (yang diperbuat daripada kertas beras) didatangkan dalam pelbagai rekaan, warna dan corak. Pita ini boleh dikoyak dengan tangan dan mudah ditanggalkan semula. Of course, digunakan secara meluas dalam projek kraf dan D.I.Y seperti buat hiasan pada kad ucapan, cupcake toppers dan fridge magnets. Malah, 'masking tape' ini sesuai digunakan untuk aktiviti bersama anak-anak misalnya buat bekas pensel dan hias alat tulis seperti pensel, pen dan buku nota harian supaya lebih menarik!



Sebahagian daripada koleksi saya. Paling suka not muzik & biri-biri comel tu.


Kredit Imej



Saya baru nak berjinak-jinak dengan 'masking tapes'. Sekarang ini dalam proses untuk kumpul lebih banyak tapes yang cantik-cantik.

Setakat ini, saya guna 'masking tapes' untuk:

  • Buat tag hadiah (gift tag)/ kad


  • Photo Frames/Borders
'Photo Borders' Guna Washi Tapes

  • Hias Kad Ucapan
 
'Farewell Card'


Masking tapes yang bercorak cantik turut sesuai digunakan untuk menghias jurnal atau planner. 

Rabu, Mac 19, 2014

'Eye Stickers' untuk Kraf

Eye Stickers ini saya beli sebab nak buat projek kraf dengan students saya. Hujung bulan ni nak ajar mereka buat penanda buku bertemakan haiwan. Saya suka sebab ada banyak eye expressions yang comel-comel. Tengoklah,...ada mata berair berkaca, ada mata bentuk love ... ada mata tutup dengan bulu mata comel. Kawaiides! So, later kalau saya nak buat apa-apa projek kraf kertas lain, bolehlah guna sticker ni :)

 
'Eye stickers'


Kemas kini:

Di bawah ini saya kongsikan beberapa projek kraf yang saya buat menggunakan eye stickers di atas.


Thank You Tags / Mini Cards


Selain eye stickers kertas begini, kita juga boleh guna googly eyes untuk buat kraf. Baca mengenai googly eyes dan saranan aktiviti yang boleh dilakukan di sini.

Sabtu, Mac 15, 2014

Buat Tag Hadiah (Gift Tag) Semudah 1, 2, 3

Hari ini saya nak tunjuk bagaimana untuk buat gift tag@tag hadiah. Kebiasaannya, 'gift tag'/kad bersaiz kecil akan diletakkan pada hadiah pemberian kita kepada seseorang. Tidak kiralah sempena hari keraian istimewa, hari lahir atau tanda ingatan sempena musim perayaan.


Kalian boleh hasilkan sendiri 'gift tag' ini. Sangat mudah dan kos penyediaannya juga murah!

  1. Potong kad atau kertas tebal mengikut ukuran yang kalian kehendaki. Saya biasanya akan gunakan ukuran 11cm X 5.5cm. Kemudian lipat kad kepada dua bahagian supaya ukurannya menjadi 5.5cm X 5.5cm.
  2. Gunakan cap getah kraf (rubber stamp)  yang mempunyai gambar atau kata-kata ucapan menarik (Happy Birthday, Have A Nice Day, Just For You,...apa sajalah) dan cap di atas permukaan atas/hadapan kad.
  3. Hias dengan kemasan lain seperti reben atau 'masking tape'. Siap!

Kad kecil ini boleh dibuat dalam jumlah yang banyak sekaligus sambil isi masa yang terluang. Sesuai juga dilakukan bersama anak-anak. Jadi, kalau nak beri hadiah hari guru atau hadiah hari lahir untuk rakan-rakan, tak perlu susah-susah nak cari 'gift tag' lagi :)

Jumaat, Oktober 26, 2012

Buat Memo Pad @ Kertas Conteng Guna Kertas Terpakai


Hari ni saya nak kongsi satu aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak-anak/adik-adik menggunakan kertas terpakai. Tujuannya, kita nak set mind mereka supaya jangan suka bazir kertas!

Dulu-dulu masa kecil, setiap kali hujung tahun dan habis sekolah, ibu akan suruh kami kumpul semua buku tulis. Setiap buku akan diselak dan helaian muka surat yang masih kosong dan tidak bertulis akan dikoyakkan. (Err..untuk buku-buku tulis yang tidak digunakan lagi/tidak relevan untuk tahun akan datang saja tau...) Kemudian, kertas-kertas tu akan dikumpulkan satu tempat. Setiap kali nak buat Maths, kami akan guna kertas-kertas tu untuk conteng/buat jalan kerja. So, tidak perlulah kita guna buku tulis kosong yang baru semata-mata untuk buat kertas conteng :)

Kebanyakan anak-anak kita sekarang, semacam dah jadi habit - guna buku tulis yang baru semata-mata untuk jadikan 'Buku Conteng'. Conteng satu dua muka, ambil/beli buku baru pula. Jadi, di sinilah peranan kita untuk didik mereka. Setakat untuk conteng jalan kerja Matematik atau buat draft karangan, gunalah kertas-kertas terpakai. Buku yang baru biar guna untuk keperluan sekolah :)

OK, berbalik kepada kertas terpakai, hari ni kita nak buat memo pad. Kumpul sebanyak mana kertas terpakai yang belakangnya kosong. Pastikan juga tiada maklumat sulit pada kertas tersebut. Potong mengikut saiz yang kalian inginkan. Selain itu, kalian juga perlukan beberapa design cop yang menarik (boleh didapati di kedai alat tulis).


Untuk setiap helaian, copkan dengan satu/dua design. Sekadar hiasan agar helaian kertas tu nampak menarik. Let the kids do this part. They'll enjoy it :) Biarkan dakwatnya kering.

Cantik tak?
Setelah siap, bolehlah kumpul kertas-kertas tu dan letakkan dalam kotak yang sesuai. Boleh juga ambil dalam 7 ke 10 keping dan 'stapler'kan. Mudah untuk anakanak anda bawa dan guna di sekolah.

Yang penting, kertas-kertas tu dimaksimakan penggunaannya. Kita tak membazir & dapat selamatkan pokok-pokok! Let's GO GREEN!