Jumaat, Februari 06, 2015

Terima Kasih, Iqa! Ole-ole Oman Selamat Diterima.

Earlier - 31 Januari 2015

Alhamdulillah, semalam pagi-pagi lagi Dik Nana informed yang saya salah seorang pemenang GA anjuran Iqa. Thanks so much, Nana sebab beritahu akak! Punyalah excited! Kiranya ini GA pertama yang saya menang untuk 2015 :) 

Saya ni dahlah jarang masuk GA, kalau masuk pun GA yang senang-senang je syaratnya. (Akak tak larat kalau rules yang complicated, dik! Juling mata nak follow itu ini, klik sana sini.) Selalunya support GA & segmen kawan-kawan blogger, sekadar nak meriahkan suasana.

No. 14 :)
Suka! Suka! Suka! Merasa dapat ole-ole Oman. Iqa ni kiranya junior saya. Jap,... super super super more-than-a-decade-super-junior saya di Garden of Knowledge and Virtue. Apa tu? UIA lah. Tapi akak senior ganyut ni fakulti lain. Thanks, Iqa sebab jemput akak sertai GA ni. Thanking you in advance as well for the ole-ole.


Today - 6 February 2015
Dapat satu lagi bungkusan minggu ni. Buka-buka,...


Oh, ni hadiah saya menang GA Travelog Oman IIUM by Blog Iqa. Apa lagi, senyum sampai telingalah! Nak tahu saya dapat apa?




Taddaaaaaa!

Ole-ole dari Oman

Alhamdulillah, saya dapat sehelai T-shirt I LOVE OMAN. Hihihi macam tahu-tahu je akak suka kumpul T-shirt edisi I LOVE begini. Lagi-lagi yang kainnya 100% cotton. Terima kasih banyak-banyak ye, Iqa. Tahniah juga buat Iqa kerana berjaya anjurkan GA dengan jayanya. Sesiapa yang nak kenal-kenal dengan siswi IIUM ni, silalah bertandang ke Blog Iqa ye :)



Khamis, Februari 05, 2015

Mulakan hari dengan,...

Assalamu'alaikum, apa khabar semua?
Pagi ini saya mulakan hari dengan semangkuk mi sua tiram dan air teh lemon. Bott belanja :) 

Itu sahajalah yang saya ingat. Apa-apa yang berlaku for the rest of the day, semua jadi blur. Saya main ikut je jadual saya. Seharian di luar melunaskan urusan-urusan diri dan rumah. Petang ada home tuition, malam pula kelas di dewan. Pukul 10.30 malam baru sampai rumah, tarik nafas dan bertenang. Penatnya hari ni! Saya rasa inilah hari paling hectic saya. Kena atur balik jadual harian saya nampak gayanya. Tak boleh buat sekali harung macam ni. 

Oh,...terima kasih banyak-banyak buat sahabat-sahabat, adik-adik dan readers yang sudi datang berkunjung ke mari. Tinggalkan bukan satu dua,...tetapi banyakkkkkk komen-komen. Siap main berteka-teki lagi siapa pengirim poskad dari jauh tu hehehe. Sorry. Dah dua tiga hari tak dan nak berinteraksi dengan kalian. Bagi yang ada tanya soalan especially berkenaan kraf,gitar dan resepi tu, please give me some time. Akak bukan sombong bongkak pompous tak mau jawab tau, kudrat tak cukup. I'll get back to you later k.

Nite. Have a great day tomorrow!

Psst! Tengok mulut Doraemon senyum besar pada paper cup tu rasa nak senyum sama :)

Rabu, Februari 04, 2015

Lemau dalam Pejabat Pos

Haihhhhhh,...itulah hakikatnya. Lemau dalam pejabat pos! Hari ni hasrat hati nak uruskan hadiah Tetamu Hebat 2014 dan Tetamu Hebat Bulanan. Lama benar tertunda. Setakat ni hadiah Tetamu Hebat 2014, Shikin seorang je yang dah dapat. Itu pun sebab pos sekali dengan kad birthday dia last month.

So, alang-alang keluar beli barang dapur, singgahlah pejabat pos sekali. Hari ni ramai orang sebab 2 hari cuti kan,...dapat pulak line slow. Transactions slow, counters slow. Rezeki sayalah baca semua poster dan risalah kat dalam pejabat pos tu. Duduk sampai punggung kebas, berdiri sampai kaki lenguh. Tabah ni...tabah demi nak tunaikan janji hahaha. Muka dah kedut dan kemek sana sini  :(

Dah siap gi makan, gi toilet, gi solat,..nombor tak sampai-sampai lagi! Sekali pandang keadaan dalam dan sekitar pejabat pos tu dah macam pusat pemindahan mangsa banjir pula. Orang ramai yang menunggu dah naik renyah,.. gelimpang duduk atas lantai, bertinggung tepi pintu. Aishhh,..saya ada beli bahan basah tadi. Rosak pula ayam dan ikan tu nanti. 

Akhirnya, saya dan Bott ambil keputusan untuk balik je. Tak tahu urusan kami kalau diteruskan selesai pukul berapa. Tak mahu sangkut dalam trafik. Lagipun, saya kena buka dewan awal untuk pendaftaran students baru. Maaf ye adinda-adinda yang berkenaan. Kena postpone lagi. Akak akan hantar ASAP. Insya-Allah. Kat dalam beg ni kalian punya,...




Psst! Sis JM & Zarul punya je lepas buat hari ni. Tu pun sebab kirim pada orang lain pagi tadi.