Ahad, Mac 15, 2015

Runs in the family,.. ;)

Menghabiskan masa baca pelbagai majalah dan risalah yang ada kat hospital ni. This one is very funny!


Patient: The problem is that obesity runs in the family.
Doctor: No, the problem is that no one runs in your family.


:D :D :D



DIY Mudah daripada Bahan Terbuang

Dah seminggu lebih saya tak masuk bilik kraf. Rindu kertas, rindu my embellishments and punches,..sekarang ni balik je dari hospital, uruskan apa yang patut di rumah dan terus keboommmm! Hempas diri atas tilam. Penat mengalahkan orang sakit.

Hari ni kita intai beberapa DIY mudah menggunakan bahan terbuang/terpakai. Kertas, tissue papers rolls, paper cups,...jangan buang terus. Ada kegunaannya. Klik pada pautan di atas gambar ye.

Kertas Terpakai



Sabtu, Mac 14, 2015

A Reason to Smile and Laugh

Assalamu'alaikum. Salam hujung minggu! Pagi-pagi lagi Bott dah tunjuk gambar ni pada saya. Belakangan ni Bott dan Cekengah 'menggila' dengan Pinterest. Saya macam,...meh?! Korang ni ketinggalan keretapi betullah ;) err,..tapi usik-usik je. Anyway, this pin really caught my attention.

Credit to: Sara Jane

Tengok sekilas je saya dah gelak besar. Kelakar tengok expression kucing tu. Bertambah besar gelak saya bila memikirkan si tukang ambil gambar. Hahahaha! Ada masa dia paksa kucing dia stood still and adjust kedudukan spectacles tu banyak-banyak kali. Sometimes bila mengenangkan orang-orang begini, saya amazed sendiri. Bergeliga otak diorang ye. Ada je ideanya. Kalau saya ambil gambar, snap macam tu jelah ;)

Psst! Cekebon masih di hospital. Tolong titip doa untuk kesembuhan Cekebon ye. Oh, terima kasih sekali lagi atas doa dan kata-kata semangat yang dihulur. Ada rezeki, saya jejak kalian perlahan-lahan. Sebab sekarang ni, saya pula yang kepenatan lebih-lebih! Cekengah yang dah dua malam jaga Cekebon dan Uje yang hilir mudik uruskan hal-hal lain pun maintain gagah lagi.

Jumaat, Mac 13, 2015

Hmmmm,..nak buat apa ye...

Bersiaran dari hospital pagi ni. Cekebon saya masih dirawat di rumah sakit. Harap-harap keadaannya akan bertambah baik. Dah hari Jumaat?! Minggu ni minggu paling hectic buat saya dan adik-beradik. Pemergian arwah baba,...pada masa yang sama ibu admitted masuk hospital,..rasa macam tak cukup tanah nak berpijak.

Syukurlah keadaan dah bertambah baik. Duduk melanguk di lobi hospital ni, barulah saya perasan banyak urusan telah berjaya dilunaskan. Dah boleh bernafas dengan betul. Dah boleh berfikir dengan lebih tenang. Tinggal satu kelas je malam ni, then saya boleh ambil masa untuk rehat pada hujung minggu.

Hmmm, rasa pelik pula apabila dah tak ada benda sangat nak dibuat. So, buat house keeping untuk blog lah. Insya Allah, lepas ni secara berperingkat saya akan uruskan:



Terima kasih banyak-banyak, semua. Tetap datang bertandang jenguk-jenguk saya walaupun tower ni sunyi sepi. Terima kasih tidak terhingga juga atas setiap ucapan takziah dan titipan doa kalian. Semua tu amat berharga buat saya dan keluarga.

Selamat Hari Jumaat! Selamat berhujung minggu. Cuti sekolah pun dah tiba. Ada sebarang plan untuk anak-anak? Apapun, enjoy your weekend!