Rabu, Jun 22, 2016

Hayati Peristiwa Nuzul Quran dengan Wahyu Pertama NowSeeHeart

Assalamu'alaikum,
Maaf beberapa hari belakangan ini tidak sempat membalas komen-komen kalian dan membuat kunjungan balas. Alhamdulillah, sedar tidak sedar dah separuh Ramadan kita lalui dan 17 Ramadan memetakan satu sejarah penting yang kita perlu hayati - Nuzul Quran.

Menyentuh tentang peristiwa Nuzul Quran, saya teringat sebuah lagu nasyid yang jadi kegemaran saya ketika belajar dulu. Actually, sampai sekarang saya suka lagu ni. Susunan muziknya, penceritaan melalui lirik, harmoni suara penyanyi-penyanyinya....ini antara lagu nasyid terbaik yang pernah saya dengar! Lagu yang saya maksudkan ialah Wahyu Pertama, dendangan kumpulan NowSeeHeart. Lagu ini merupakan salah satu lagu dalam album pertama mereka, Wahyu Pertama. Kiranya semasa di kampus, masa teman-teman lain sibuk sukakan Damai Yang Hilang, saya pasang Wahyu Pertama on repeat mode. Apa yang paling saya suka buat, ikut nyanyi part latar di bahagian korus ;)  Rasa macam grand sangat!

Isnin, Jun 20, 2016

Kertas Kraf Peddy

Hari ini nak tunjuk kertas kraf yang saya beli di Mr. DIY. Dah lama beli tetapi tak sempat nak update. Kertas Kraf Peddy ini berharga RM5.50 satu pek. Saya beli dua pek dengan design yang berbeza. Satu pek bertemakan pink stripes manakala satu lagi temanya yummm yummm, cupcakes and coffee :)


Kertas Kraf Peddy
Saiz: 6" X 6"
Berat kertas 160gsm
Kuantiti: 50 helai (10 designs

Pek yang pertama. Pinky pink! Sis JM dan Mummy Julia kalau tengok nih,... ;)


Pek kedua. Ini pek jatuh cinta pandang pertama saya! Memang dari jauh dah nampak. Terus berkenan dan grab. Kalau ikut hati, nak ambil 2 atau 3 pek sekaligus, tetapi Bott dah keluarkan amaran. "Kertas-kertas kat rumah tu?!" Itu ayat keramat buat saya beringat. Hihihi saya memang kena bawa Bott time shopping barang kraf. Selalu dia yang kena tadah telinga bila saya complain kertas saya banyak,..dah terlampau banyak,..oh dah habis duit banyak beli kertas! Bazir! Siap ingatkan Bott, jangan bagi saya beli kertas selagi kertas-kertas yang ada di rumah ni tak jadi kad atau scrap page ;)

Tapi, yang kat bawah ni cantik sangatttt!



Buat kad hari lahir bertema cupcakes. Cupcakes di luar, cupcakes di dalam.



Salivating just by looking at the card! ;)

Jadi, sesiapa yang berkenan bolehlah cuba dapatkan pek kertas ini di Mr. DIY. Secara peribadi, bagi saya kertas kraf Peddy ini sangat berbaloi dibeli. Harga murah, corak rekaannya cantik. Sesuai sangat untuk projek-projek kraf kertas!

Ahad, Jun 19, 2016

Resepi Biskut Cornflakes Kopi

Asalnya, ini resepi biskut cornflakes SOS saya. Kenapa SOS? Kalau tiba-tiba saya atau Bott craving nak makan biskut, memang saya akan bake biskut cornflakes ni. Sebab resepinya senang! Diulangi ... senang banget! Tak perlu pakai mixer, tak perlu masukkan telur. Kacau-kacau begitu sahaja, bakar ... siap!

Cuma baru-baru ni, saya melayankan Cekebon buat projek Ramadannya dengan serbuk kopi. Adalah lebihan stok serbuk kopi. Jadi, saya masukkan sedikit dalam adunan. Fuhhh! Aromanya masa dibakar ... asyikkk! Berebut-rebut satu rumah makan.


Resepi Biskut Cornflakes Kopi

(Ini adunan kecil. Jika hendak buat banyak, gandakan adunan.)