Khamis, November 12, 2020

Hiasan untuk Junk Journal

Sepanjang PKPB ini kebanyakan masa saya memang banyak dihabiskan dalam bilik kraf. Ada masa terluang sahaja masuk bilik kraf, buat embellishments, buat kad, tulis jurnal. Baiklah mengurung diri buat something crafty daripada dok menambah langkah ke dapur, buka almari, buka peti sejuk!

Sekarang ini saya sibuk buat hiasan untuk junk journal.  Jika kurang jelas apa itu junk journal, boleh lihat entri-entri saya sebelum ini. Selain untuk koleksi sendiri, adalah saya buat lebih sedikit untuk dijual di Carousell. Tetapi, sekarang ini sebab pergerakan terbatas hendak ke pejabat pos buat urusan pengeposan, semua transaksi saya di sana saya tangguhkan buat sementara waktu.

Kita buat je dulu, kemudian barulah masuk listing

Ini lebih kurang set junk journal untuk pemula. Terdapat hiasan-hiasan untuk ditampal pada halaman junk journal, tag, tali dan adhesive diamentes untuk menambahkan seri layout atau spread kita. Guna untuk scrapbooking pun cantik!


Selasa, November 10, 2020

Resepi Sambal Matah Bali

Assalamualaikum. 

Pernah dengar tentang sambal matah? Ini salah satu daripada variasi hidangan sambal yang terdapat di Bali. Sambal ini sangat mudah disediakan kerana pada dasarnya kita hanya perlu hiris bahan-bahan yang diperlukan sebelum dicurahkan dengan minyak kelapa. 

Lebih kurang beginilah rupanya. Tolong abaikan hirisan saya yang kasar-kasar boleh buat tampal seluar koyak tu heheheh. Waktu saya buat sambal ni, tengah nak kejar masa. Kebetulan, orang yang rajin hiris halus-halus dan cantik berseni (Bott) tiada. Tangkap muat sahajalah jawabnya asal sambal siap.