Khamis, November 03, 2022

Ikan Pekasam Kicap untuk Mulut Payau

Dua tiga hari ini memang tidak lalu makan. Dahsyat juga penangan viral fever ni. Biasanya saya sihat ke sakit ke, makan tetap ON. Kali ini tak berselera. Mulut tu payau sepanjang masa.

Cakap dekat Bott, kita makan bubur ya sementara nak sihat. Buat satu periuk, tak tak selera pun kita telan je. 😂 Malam tadi sebelum tidur, saya masak bubur dalam slow cooker siap-siap. Bangun pagi nanti sarapan sudah sedia.

Resepi Bubur Ayam ala McD di sini.


Masalahnya, tekak hanya mampu telan sesudu dua sahaja. Saya pandang Bott, Bott pandang saya. Masing-masing buat muka terkulat-kulat.

Makanya …

Ikan pekasam kicap asam limau

November, Covid-19 dan Viral Fever

Assalamualaikum. Salam 3 November! Nampaknya, kita ada kurang dua bulan sahaja sebelum bertukar tahun ke 2023. Masa memang betul-betul pantas berlalu, kan?

November akan jadi bulan yang sibuk buat saya. Sibuk dengan kerja pada masa yang sama sibuk kemas barang untuk berpindah. Jika sebelum ini kotak-kotak untuk isi barang saya pandang dan jeling sebelah mata sahaja, bulan sebelas ini saya sudah kena berpijak pada realiti. Mahu tidak mahu, terpaksa kerah kudrat untuk berkemas. Aduhai, malasnya!

Happy November!

Selasa, November 01, 2022

Sabun Besi Daiso

Sabun Besi Daiso. Ada yang pernah jumpa sabun besi ini di Daiso? Stainless Steel Soap. Bentuk memang seperti sebuku sabun. Tetapi, tiada elemen sabun langsung. Tiada bau, tiada buih. Seketul besi semata-mata.

Daiso Stainless Steel Soap

Isnin, Oktober 31, 2022

Kopi Saigon dan Gerobak Sate

Dua tiga minggu ini saya banyak urusan di luar. Jadi, memang banyak makan makanan luar. Sampai rumah memang dah tak larat nak masak. Lazimnya, saya tapau sahaja apa-apa yang memikat selera dalam perjalanan balik. Tak pun, tunjuk-tunjuk tekan-tekan di Grab. 

Kali ini, sengaja manjakan tunas rasa dengan kopi Vietnam dan sate. Kopi Saigon dan Gerobak Sate menjadi pilihan.


Kopi Saigon dengan Rasa Premium

Memang sudah sekian lama teringin minum kopi Vietnam. Terbayang-bayang kopi susu pekat dengan cebisan cincau yang dingin lalu laju di anak tekak. Nikmatnya! Ada satu cawangan Kopi Saigon berhampiran rumah saya. Boleh kata hampir setiap hari lalu, tetapi belum pernah tergerak hati untuk  singgah dan buat pembelian.

It's time for Kopi Saigon!

Kopi Saigon kami 😊