728 x 90

Khamis, 16 Oktober 2014

Resepi Mudah: Ikan Bilis Air Asam

Mari! Mari! Mari! Siapa-siapa yang suka makan ikan bilis tu, jom cuba buat resepi ni.

Ikan Bilis Air Asam

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Segenggam atau dua ikan bilis (buang kepala dan bersihkan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 batang cili hijau (hiris serong)
  • 7 batang cili api (hiris serong) *Kalau tak makan pedas, jangan letak.
  • 1 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah:
  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga rangup. Ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam lebih kurang dua sudu minyak. Tumis bawang besar, cili hijau dan cili api.
  3. Masukkan air asam jawa. Jangan terus tuang semua. Agak-agaklah kemasamannya. Perasakan dengan garam. Biarkan hingga mendidih. Siap dah!
  4. Untuk kekalkan kerangupan ikan bilis, masukkan ikan bilis ke dalam kuah asam hanya apabila lauk sedia untuk dihidangkan.

First time cuba resepi simple ni. Best!!! Licin-licau! Selama ni kalau buat ikan bilis goreng, saya tak letak air asam jawa. Hanya tumis dengan bawang besar dan cili hijau je. Nanti kalau dah cuba, jangan lupa share pendapat kalian di sini ye!


43 ulasan:

  1. alahai akak, wana rasa dah terliur sangat dah ni..rasa nak jugakkkk..huwaaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan sob-sob! Pergi buat cepat. Then makan dengan nasi panas :)

      Padam
  2. ni macam kerabu jgak kn..suka sngt mkn ikn bilis..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,..macam kerabu. Saya pun suka makan ikan bilis. Goreng rangup2,..ngappp! :)

      Padam
  3. Hehehehe..nak tau tak Cik Mimie panggil makanan ni apa..tyme blajar dulu slalu buat..Cik Mimie n kawan2 panggil sambal bodoh..heeee :D

    BalasPadam
  4. Ayu suke ikan bilis goreng ng bawang... nyumnyummm

    BalasPadam
  5. Haaa, -_- tengok pos akak pasal makanan baru teringat kenapa tadi buka laptop. cari resepi nak pergi masak. T_T Lols. hehehe. by the way, aina suka makan ikan bilis goreng kosong jee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aina masak apa? Hantar sikit kat akak :)

      Padam
  6. kak farrah kenapa licin kan? baru je nak tunggu depan pagar rumah. hehe. kena try pasni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Budak lambat sangat datang ;)

      Padam
    2. Lain kali nak masak miskol saya ye. Boleh bukak waze siap2. Haha. Nampak x penggunaan teknologi sgt penting?

      Padam
    3. Hahaha memang teknologi penting! Kan bagus kalau ada gadget yang boleh terus 'pos' makanan kat orang lain :)

      Padam
  7. Assalamualaikum tuan rumah ~FARAH~ : )
    sedapnyer menu nie, biasa saya masak tak letak air asam. nanti boleh laa cuba letak air asam mesti sedap sebab pedas lawan ngan rasa masam2 dan bilis yang ranggup yummy ; )

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Miesha.
      Nanti cuba tau. Memang sedap masam-masam-rangup makan dengan nasi :)

      Padam
  8. ehh resepi ni macam resepi fav ibu nadyya cuma.. cuma air asam tuu tukar air belacan (belacan+bancuh air biasa) fuhhhhh tetiba lapar ni kak -.-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh, itu confirm sedap tuh. Tapi akak allergic belacan. Kalau buat air asam pun, kosong je..tak masuk belacan.

      Padam
    2. nadyya pon allergic gak.. dah ibu nadyya tersangat suka letak belacan.. nak xnak masok jela.. huhu

      Padam
    3. Tapi itu yang sedap kan! Hehehe :)

      Padam
  9. simple dan menyelerakan..kalau sebut ikan bilis biasa buat sambal, idak pun bua nasi goreng kg ..belum pernah try resipi ni..apa lagi lepas ni nk try lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba tau, sis! Tengok suka ke idak,...

      Padam
  10. Balasan
    1. Silakan, Zumal. Tak ambil banyak masa pun nak sediakan :)

      Padam
  11. Eh, simple gilaaa. Hahah. Nak try lah giniii

    BalasPadam
  12. Sedapnya nampak. Biasa ikan bilis saya goreng makan dengan kicap atau sambal belacan je. Makan nasi panas. Fuh! Sedap!

    Ikan bilis air asam ni mesti lagi sedap, sebab saya suka masam-masam ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, kalau sis suka yang masam-masam, memang wajib try yang ini :)

      Padam
  13. simple ja.. xpernah buat lagii.. sesuai nie kalau buat resepi utk diet atkin nie... blik kg nnt kena try lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, Zarul. Mana tau kena dengan selera dan dietnya :)

      Padam
  14. Tak pernah makan lagi ni..
    (bukan tak pernah masak. Hehe..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shikin boleh request kat Ketua Chef, minta tolong masakkan :)
      Alah, mak Shikin masak lagi sedapppppppppp!

      Padam
  15. eh, x pernah lak try yang ni... air asam tu adik panggil air magic. hahaha.. xtahulah dah kenapa dia panggil gitu

    BalasPadam
  16. kalau tok CT kan Kak Farrah.. dia guna ikan bilis putih super rangup tu and goreng ngan bawang banyak banyak. then berminyak sikitlah.. tapi peeergh..!!

    BalasPadam
  17. Huih...resepi gini memang faveret Nad...bukan apa...mudah senang sedap..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Nad. Nak prepare senanf. Sekejap je dah boleh makan!

      Padam
  18. akk, buat sambal hitam pulak, kecur liurr bakhang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh sambal hitam! Itu kena tunggu pokok belimbing kat blkg umah akak berbuah!

      Padam
  19. Tambah sikit kicap manis...mesti sedap...Nad salu tak guna asam jawa..guna limau nipis + kicap...yang tu pun licin gak makan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun selalu buat macam Nad juga. Kicap + limau nipis + bawang,..memang tak pandang kiri kanan hahaha

      Padam
  20. Tak pernah pulak letak air asam jawa sebelum ni.. Menarik ni. Nanti boleh try.. Esok tak boleh lagi.. Sebab esok nak try spagethi tu dulu. Hihi

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...