Sabtu, Januari 03, 2015

Ingin Jadi 'Ikhwan' yang Dirindui oleh Rasulullah

Assalamu'alaikum,
Selamat berhujung minggu.
Kita bertuah di minggu pertama tahun ini. Selain dapat berehat, kita juga berpeluang meraikan sambutan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Ada yang terlibat dengan perarakan tak hari ini?


Semoga dengan ada sambutan sebegini saban tahun, kita sebagai satu ummah dapat terus mengenang baginda, menyanjungi baginda dan menjadikan baginda Rasulullah sebagai role model kita. Bukan pada hari ini sahaja kita perlu mengingati baginda, malah tiap-tiap hari. 

Saya terpanggil untuk kongsi petikan kisah menarik ini.

Pernah suatu hari, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berbual-bual dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan beberapa sahabat yang lain, baginda menyuarakan hasratnya.

“Wahai Abu Bakar, aku amat rindu untuk bertemu dengan saudara-saudaraku (ikhwan).”

“Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?” soal Saidina Abu Bakar kepada baginda.
“Bukan,” jawab Rasulullah. “Kamu adalah sahabat-sahabatku."

Kemudian, baginda menerangkan, "Saudara-saudaraku (ikhwan) ialah mereka yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintaiku lebih daripada kecintaannya kepada anak dan orang-orang tua."

Bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Saya ingin berada dalam kalangan ikhwan (or ikhwah) yang dirindui oleh Rasulullah. Kalau boleh biarlah ahli keluarga, saudara mara, kenalan dan sahabat handai juga tergolong dalam kumpulan yang sama. Bagaimana? Kita mulakan dengan sesuatu yang berskala kecil tetapi dengan istiqamah. Antaranya:

  • Biasakan lidah mengucapkan 'Sallallahu 'alaihi wassalam' setiap kali mendengar nama baginda. Lentur kelaziman ini pada anak-anak sejak mereka kecil lagi.
  • Banyakkan berselawat ke atas nabi.
  • Adakan perhiasan atau objek (Contohnya bingkai nama Nabi Muhammad, carta salasilah keluarga baginda) di rumah/sekolah/pejabat yang boleh mengingatkan kita kepada Rasulullah. Setiap kali terpandang perhiasan atau objek ini, berselawatlah sebagai tanda ingatan kepada baginda.
  • Amalkan sunnah-sunnah Rasulullah. Saya ada seorang teman yang meletakkan target untuk belajar satu sunnah Rasulullah setiap hari. Kemudian cuba mengamalkannya bersama amalan sunnah lain yang telah diketahui.
  • Baca buku-buku mengenai riwayat hidup Rasulullah dan perjuangan baginda. Terapkan sifat-sifat mulia baginda dalam diri kita, anak-anak dan ahli keluarga.

Harap perkongsian tidak seberapa ini bermanfaat buat kita semua :)


52 ulasan:

  1. Salam maulidur rasul kak farah.


    Thanks atas perkongsian yg bermanfaat..")

    BalasPadam
  2. perkongsian ilmu kak farah pada hari ini pasti memberi manfaat buat semua.. :)

    salam maulidur rasul kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Wana. Mudah2an. Akak pun kena selalu ingatkan diri buat perkara2 kat atas tu.

      Padam
  3. salam maulidur rasul kak farrah. sama sama kita memperingati Nabi Muhammad s.a.w :D

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah perkongsian yang saya kira hebat. Dapat banyak idea macamana nak jadi ikhwan Rasulullah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, kita sama2 cuba buat mana mampu ye, Shikin.

      Padam
  5. salam maulidur rasul sis, marilah kita bersama-sama berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W

    BalasPadam
  6. selawat ke atas Nabi Muhamad S.A.W..dan terima kasih Farrah atas perkongsian ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga kita sentiasa mengingati Junjungan Mulia ini :)

      Padam
  7. Nak jadi ikhwan jugak.. Semoga tergolong dikalangan tersebut...

    BalasPadam
  8. smoga kita juga mnjadi ikhwan / ikhwah baginda kan kak farah.
    salam maulidur rasul kak farah :)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak Farrah :) salam Maulidur Rasul.. Alhamdulillah, Ros sihat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam. Alhamdulillah, suka dengar ros sihat. Salam Maulidur Rasul.

      Padam
  10. salam perkenalan.. dan salam maulidurrasul.. perkongsian yang baik.. tengkiu.. =)

    BalasPadam
  11. salam maulidur rasul akak.. alhamdulillah masjid2 banyak berselawat ke atas nabi sebelum azan. in shaa allah kita pun akan selalu berselawat :) nice sharing akak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya mudah sangat untuk kita tunjukkan kasih sayang pada Rasulullah. Antara ingat utk buat ataupun tidak je ... :)

      Padam
  12. gud sharing akak...

    salam maulidur rasul...

    BalasPadam
  13. nice sharing akak...bab target tu Nad suka :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Target tu interesting kan,..akak pun nak cuba :)

      Padam
  14. salam maulidur rasul. terbaik entri ini kak farrah.

    Teringat saya akan kata-kata seorang ustaz

    " kita jangan jadi seperti abu lahab, sambut maulidur rasul tapi tentang apa yang nabi sampaikan"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon dijauhkan lah ye...moga kita sentiasa mencontohi baginda dalam setiap aspek hidup :)

      Padam
  15. marilah banyakkan selawat kepada junjungan Nabi SAW. peringatan untuk CT gak ni.. tahu benda elok tapi liat.. brapa kali ajela selawat dalam sehari huurm T.T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, CT. Kita sama2 cuba buat apa yang termampu :)

      Padam
  16. beli buku bio baginda..harga mahal sbb biasa hard cover,tapi berbaloi utk belajar salahsilah baginda dan keluarga. sunnah2 baginda pun banyak,semua senang nak dibuat cuma antara nak atau tak nak ja.. :) selamat beramal.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus, Nana. Mahal tak pe...boleh buat koleksi peribadi. Kita kadang2 terlalu sibuk dengan life sampai lupa nak mengenal baginda Rasulullah. Sama2 kita beramal ye.

      Padam
  17. nice sharing kak
    jujurnya baru ni saya ketahui hal ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah share utk sama2 kita buat. sambil tu ingat2kan diri :)

      Padam
  18. Salam maulidur rasul sis.
    Nice sharing ;-)

    BalasPadam
  19. bertuahnya siapa dapat bersama dengan Rasulullah. masha ALLAH :')

    BalasPadam
  20. alhmdullilah
    terima kasih atas perkongsian ni kak farrah

    BalasPadam
  21. Saya pun nak jadi salah seorang ikhwan Rasulullah. Jom berselawat :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.