Memaparkan catatan dengan label Kek dan Pastri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kek dan Pastri. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 10, 2016

Mufin Coklat Tanpa Telur

[Scheduled Post: Masih tiada di tower.]


Ini resepi mufin coklat paling mudah, less messy dan yang penting super yummy! Resepi mufin coklat ini saya dapat dari blog Wana. Dah lama save, tapi tak terbuat-buat. Apa yang betul-betul pancing minat saya, resepi mufin ini tidak menggunakan telur.

Sabtu, Mac 05, 2016

Resepi Mudah Guna Puff Pastry




Ohhh, ada yang cari resepi mudah guna puff pastry ye? Jangan risau,...jangan pening. Nah, saya belanja beberapa resepi simple-mudah-easy-peasy puff pastry yang dap dap dap! Apa yang penting, puff pastry-nya kena ada. Then, you're just a few steps away from making scrumptious treat. Puff pastry boleh beli di kedai menjual bahan dan peralatan kek atau cari di pasar raya. Kebiasaannya, saya guna jenama Kawan :) Terliur tak? Hmmm, kalau berminat nak buat, klik sahaja pada gambar yang berkenaan.

Rabu, Februari 24, 2016

Resepi Kouign-Amann Paling Simple

Salam Rabu!

Pernah dengar 'kouign-amann'? 'Kouign-amann' ialah sejenis kek yang berasal daripada Perancis. Tetapi, teksturnya lebih kepada roti sebab 'kouign-amann' dibuat menggunakan doh roti, kaya dengan mentega dan gula. Macam mana rasanya? OK, bayangkan roti croissant, luarnya rangup dan manis sebab ada gula yang caramelized di bahagian atas,... dalamnya lemak manis kerana doh 'kouign-amann' kaya dengan kandungan mentega dan lapisan gula.

Saya tengok di TV, terus teringin nak makan. Nama nak membuatnya dari mula, memang tak mampulah. Saya kalau resepi tu complicated, banyak sangat langkah-langkahnya,.. saya angkat senduk, lari pergi tengok TV. Jadi, kita guna shortcut ye. Ini resepi paling simple untuk 'kouign-amann'. Diulangi sekali lagi, paling simple. Bukan 'kouign-amann' yang betul-betul sempurna. Kita imitate je. Seperti biasa, apabila membuat hidangan pastri begini, saya akan guna kawan baik saya, puff pastry jenama Kawan :)

Jumaat, Februari 05, 2016

Macam pelik je ... tapi yummehhhh!

Assalamu'alaikum,
Salam Jumaat. Beberapa hari ni tak larat nak masuk blog, tulis entri, balas komen atau blogwalking. Penangan ubat batuk + ubat selesema = groggy! Hari ni pun, matahari dah meninggi masih lagi nak bermalas-malasan atas katil. Mata tu ruyup je. Tambah pula, lately cuaca di tempat saya sejuk-sejuk dingin. Tak panas terik membahang seperti dua tiga hari sebelumnya. Ergo, officially I am a slugabed!

So, kita buat entri throwback la ye. Throwback jengah entri-entri saya yang dahulu. Kali ni saya picked hidangan/treat yang sekali dengar rasa macam pelik,..tetapi apabila dinikmati, memang yummy super awesome-lah!



Ahad, Januari 31, 2016

Kek Lemon 90 saat

Susulan kepada entri Selera Sitrus beberapa hari lepas. Inilah resepi mudah-super-duper-simple kek lemon 90 saat saya. Rasa-rasa craving inginkan sesuatu yang manis dan segar, boleh cuba buat kek ni. Tak perlu kepakaran. Kalian hanya perlu sukatan bahan yang betul dan of course, sebuah microwave. Kalau pakai, dapur arang ke, pemanggang ajaib ke,..tak jadi ye. OK, jom tengok resepinya.


Kek lemon dalam mug Cekebon :)

Resepi Kek Lemon 90 Saat

Saiz hidangan: 1 mug/1 pax
Mug kat atas tu jenis yang besar gabak. Cekebon takut kek lemonnya melimpah keluar. Tetapi, kalau guna mug saiz biasa, cantik je kejadiannya 3/4 penuh mug.

Khamis, Januari 28, 2016

Selera Sitrus

Ni semua menu minggu lepas. Saya kurang sihat dijengah selesema dan sakit tekak. Jadi, mulut tu rasa payau. Teringin nak makan yang bukan-bukan je. Lagi-lagi yang masam-masam.

Kek Lemon 90 Saat

Pada mulanya tak berniat langsung nak buat kek microwave ni. Dalam pada tak ada mood nak buat kerja sebab air hidung asyik meleleh, saya parut kulit lemon dan perah jusnya. Nak simpan dalam freezer. Kat rumah ni stok lemon dah berlebih-lebih pula. Kebiasaannya, saya memang pastikan buah lemon sentiasa ada di rumah. Beli punya beli, tak sangka kat rumah ada beberapa plastik lagi yang belum digunakan. Jadi, sebelum lemon tu jadi ganyut dan kering jusnya, kita perahlah siap-siap. Masukkan dalam ice cube tray dan bekukan. Nanti nak guna senang :)

Dalam pada sibuk bergelumang dengan jus dan parutan kulit lemon, Cekebon masuk dapur.

Isnin, Oktober 26, 2015

Happy Graduation Muffin Gift Set

Seawal pagi Sabtu, saya dah menyibukkan diri di bilik kraf. Buat mortar board. Ala topi empat segi untuk convocation tu :)

Mortar board siappppp!

Sabtu, September 26, 2015

Resepi Mudah - Cheese Puff

Bersiaran lepas raya. Seperti yang dijanjikan, hari ni saya update resepi mudah untuk Cheese Puffs yang hanya guna 2 bahan tu.



Bahan-bahan:
  1. Beberapa keping kulit pastry puff. Saya guna Pastry Puff Square jenama Kawan.
  2. Parutan keju Cheddar

Rabu, Ogos 12, 2015

Resepi Mudah - Banana Puff

Satu hidangan pastri yang amat mudah untuk disediakan. Banana puff ni lebih kurang kacukan antara pastri dengan pie lah. Kebetulan di rumah ada tiga biji pisang yang dah mushy. Nak buat banana pie, rasa malas nak menguli crustnya. Kita guna pastry puff jelah.

Pastry puff yang saya gunakan jenama Kawan. Bersaiz empat segi. Satu pek ada 10 keping dan boleh dibeli di pasar raya. Saya kalau jumpa pastry puff Kawan memang akan beli satu atau dua pek. Jadikan sebagai stok. Senang nak buat treats untuk minum petang. 

Jom tengok resepi Banana Puff.

Resepi Banana Puff

Bahan yang diperlukan:

Sabtu, Julai 25, 2015

Kek Makan 3 Cara!

Hari ni nak cerita sedikit mengenai kek Chocolate Heaven, Le Trianon. Sesiapa yang gemar makan kek coklat, pasti akan suka dengan Chocolate Heaven. Keknya lembap, creamy dan yang paling best, dark chocolate ganachenya menyempurnakan rasa! Terbaik!

First time makan kek-kek Le Trianon ni masa sambutan birthday saya Februari lalu. Boleh baca di sini. Lepas tu terus jatuh chenta! A bit pricey but worth every bite! Berbalik pada kek Chocolate Heaven,...yessss. Boleh makan 3 cara!

1. Biarkan kek pada suhu bilik. Then, potong dan hidang. Kita akan enjoy makan kek yang moist dengan ganache yang smooth and silky. Yummy!

2. Dinginkan kek di dalam peti sejuk hingga ganache mengeras. Potong dan hidang. Kalau cara ni, kita akan nikmati kek dengan chunkiness of the ganache. Extra yummyyyy!

Chocolate Heaven served cold :)

3. Buat ala-ala chocolate lava cake. Panaskan beberapa saat dalam microwave. Serve with one large big scoop of vanilla ice-cream. Heaven yummmmmm!

Ini yang paling saya suka! :)
Sedappppp! Kalori kira kemudian hehehe. Le Trianon ni ada di Ikano Power Center (IPC) dekat underpass tu. Ada satu lagi branch di Citta Mall. Any celebration coming? Bolehlah consider Le Trianon :)


Jumaat, Mac 07, 2014

Chocolate & Peanut Butter Muffin

Cuaca panas + rumah tak ada air (kena catu) buat rasa craving saya terhadap benda-benda manis semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba petang ni teringinlah pula nak makan muffin coklat. Dah lama rasanya tak buat muffin. Cip coklat tak ada stok pula. Aisshhhh, tak syokkkk! Takkan nak buat muffin coklat kosong je (bukan main mengada-ngada pula 'taste-buds' saya hari ni). So, since cip coklat tak ada, saya guna peanut butter sebagai filling untuk muffin saya. Adalah rasa creamy+nutty sikit.


Guna mana-mana resepi muffin coklat yang kalian biasa guna. Kemudian, masukkan adunan muffin ke dalam 'muffin tray/muffin cups' separuh penuh. Letakkan satu sudu kecil mentega kacang jenama 'Lady's Choice' - saya gunakan peanut butter jenis yang 'creamy'. Tak pasti pula hasilnya bagaimana jika jika gunakan jenis yang 'chunky'. Tuangkan sedikit lagi adunan muffin untuk tutup permukaan mentega kacang tadi.

Saya memang sarankan guna 'Lady's Choice' atau mentega kacang lain yang teksturnya lebih kurang sama. Saya pernah guna mentega kacang yang lebih murah. 'Filling' tak menjadi. Mentega kacang yang diletakkan dalam adunan akan kering, pecah & 'merayap-rayap' keluar. Sungguh tidak cantik rupanya.

Isnin, November 21, 2011

Lemon Cupcakes

Hari Sabtu hari tu tetiba kepingin nak makan cupcake. Tak mahu cupcake yang cantek-cantek tu. Nak yang simple, gebu dan ringan je teksture nya. Kebetulan stok lemon ada di rumah, so, buatlah lemon cuppies!


Ini gambar lemon cupcakes yang plain. Ada 1 batch yang aku 'solek' dengan 'lemon creamcheese frosting' lebihan frosting aku buat butter cake beberapa hari lepas. Yang itu lupa pulak nak ambil gambar. Rasanya memang uummmphhh! Masa dalam oven, bau lemonnya semerbak satu rumah!

Resepinya aku tak pasti dari mana. Yelah, dulu-dulu zaman rajin carik resepi di internet,...main copy resepi dan save terus dalam komputer. Tak terfikir pun nak catat sumbernya.

Resepi Lemon Cupcake

A.
220gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

B.
180gm mentega 'unsalted'
150gm gula
2 biji telur saiz 'A'

1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar parutan kulit lemon 

C.
80ml susu segar
2 - 3 sudu besar jus lemon

Cara-caranya:
  1. Ayak bahan-bahan A. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan putih. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati. Masukkan esen vanila dan parutan kulit limau. 
  3. Masukkan tepung (Bahan A yang telah diayak) secara berperingkat. Selang-seli dengan susu dan jus lemon. Maknanya, masukkan tepung -- pukul hingga sebati -- susu dan jus lemon -- pukul hingga sebati -- tepung -- pukul hingga sebati -- susu dan jus lemon -- dan akhiri dengan tepung. Pastikan semuanya sebati tetapi jangan overbeat.
  4. Isi adunan ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 23 - 25 minit.

Selamat Mencuba!

Sabtu, November 19, 2011

Tuna Puff

Selamat Berhujung Minggu! Budak-budak sekolah dah mula 'cuti Jepun'. Semalam last day of school. Sure ada ibu bapa yang dah sibuk plan aktiviti untuk anak-anak. Hari ni aku spend time di Kuang. Ibu panggil adik-beradik semua balik Kuang. Makan-makan sikit.

Ibu suruh aku buat curry puff. Dia teringin nak makan. Tapi last minute kentang masih ada lagi dekat kedai hehehe. Tukar sikit menu. Kita buat Tuna Puff ye, Bu.

Tadddaaaaaa!!


Senang je nak buat. Yang penting kita kena ada pastry puff (bolehlah dapatkan di kedai menjual bahan buat kek). Kemudian, potonglah mengikut saiz yang dikehendaki.

Untuk inti tuna:
  • Isi ikan tuna secukupnya (aku guna tuna chunk dalam tin)
  • 1 labu bawang besar (potong dadu)
  • 3 sudu jagung/ 3 sudu mix-vegetables
  • 1- 2 sudu mayones
  • Sedikit garam dan lada sulah
Gaulkan semuanya sehingga sebati.


Cara-caranya:
  1. Ambil kepingan pastry yang dipotong tadi. Letakkan inti tuna secukupnya.
  2. Kelimkan pastry dengan hujung garpu. Susun di atas dulang pembakar (sapukan dengan sedikit mentega terlebih dahulu). 
  3. Campurkan 1 biji kuning telur dengan 1 sudu besar susu. Kacau sedikit hingga rata. Sapukan kuning telur ke atas puff. 
  4. Bakar pada suhu 190 darjah Celcius selama 20 - 25 minit.

Selamat Mencuba!

Isnin, November 07, 2011

Vanilla Muffin with Blueberry Filling

Mari cuba resepi mudah ni. Untuk fillingnya, boleh tukar ikut citarasa. Gantikan dengan rasberry/kiwi/mango fillings atau bagi penggemar coklat, gunakan Nutella :)


Bahan-bahan:
  • 125g mentega - suhu bilik
  • 100g gula
  • 3 biji telur saiz A
  • 1 1/2 sudu teh esen vanila

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
(3 bahan di atas diayak bersama)

  • 3/4 cawan susu
  • Blueberry filling/jam

Cara Penyediaan:
  1. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Kemudian, masukkan telur satu persatu diikuti dengan esen vanila. Pastikan semua bahan telah sebati.
  2. Masukkan campuran tepung dengan susu berselang-seli. Campuran pertama -- tepung, diikuti dengan susu dan mestilah diakhiri dengan tepung.
  3. Masukkan ke dalam cup atau muffin tray kira-kira 1/2 penuh. Masukkan 1/2 ke 1 sudu teh filling/jam. Kemudian tutup filling dengan adunan sehingga 3/4 penuh. 
  4. Bakar pada suhu 190 darjah Celsius dalam 20 - 23 minit.

Khamis, Oktober 06, 2011

Hari Dapur Kecoh

Hehehe tak adalah kecoh mana sebenarnya. Tapi, hari ni memang lama jugak duduk kat dapur. Mula-mula buat muffin ketot-ketot untuk beri pada jiran yang akan kenduri esok hari. Muffin ketot ni ibu yang order. "Nak yang kecik-kecik je Long biar sekali ngaapppp je."

First batch - siap susun dalam kotak supaya tak bergolek-golek :)

Sambil tu buat onde-onde. Jenuh jugalah menggentel adunan pulut ni sebab buat dalam 2 kilo. Untuk orang expert tak delah penat mana. Tapi untuk aku yang terkial-kial ni, sakit jugak pinggang dibuatnya! Ni untuk member yang order dari minggu lepas (tak sempat buat) + untuk jamu orang surau & masjid.

Sempat minum petang dengan onde-onde!


Last sekali, buat Chocolate & Walnut Brownies. Aku memang suka brownies dengan walnut tapi belum jumpa resepi yang betul-betul kawwwww dan kena dengan tekak. Setakat ni kalau buat brownies chocolate & walnut ni memang tak pernah jadik dengan sempurna. Percubaan kali ni dianggap separuh berjaya :( teksture tak cantik. Rasanya pun tak cukup 'chocolatey'....reject resepi nih! (Sambil pangkah besar-besar dengan pen merah) Fortunately masih 'edible' lagi lah. Tak pe, malam ni 'treat' budak-budak kat dewan. Sure diorang suka!

Brownies yang separuh jadik ahaks.

Ahad, Oktober 02, 2011

Cream Cheese Muffin

Rasanya, dah lama dah aku buat muffin ni. Baru hari ni sempat nak share resepinya. Itu pun lepas kemas kini gambar-gambar dalam laptop - jumpa gambar ni. Untuk penggemar cream cheese, muffin ni bakal tepati citarasa korang. Yang best tentang muffin ni,...kita akan nikmati double treat of cream cheese! Satu pada adunan muffin tu sendiri. Then, dalam muffin tu ada cream cheese filling. Sorry tak sempat nak 'bedah' muffin dan snap photo 'filling' kat dalam. Tapi percayalah, akan senyum sampai telinga :)



Resepi Muffin Cream Cheese
 A.
3 cawan tepung gandum/serba guna
1 sudu kecil garam halus
4 sudu kecil 'baking powder
1 cawan gula

B.
1/2 cawan mentega (cairkan dan biarkan sejuk)
2/3 cawan susu
3 biji telur

C.
250g cream cheese (dibiarkan pada suhu bilik)
1 cawan gula

Cara-cara:
  1. Ayak tepung. Kemudian, gaul hingga sebati bahan-bahan A di dalam mangkuk.
  2. Buat lubang di tengah-tengah mangkuk. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati (Jangan kacau terlalu lama).
  3. Pukul bahan-bahan C sehingga kembang dan gebu. Masukkan setengah daripada adunan cream cheese ke dalam bancuhan muffin di atas dan sebatikan. Selebihnya diasingkan.
  4. Masukkan bancuhan muffin ke dalam muffin tray hingga 1/2 penuh. Letakkan 1 sudu kecil lebihan cream cheese ke atasnya. Kemudian tutup lagi dengan bancuhan muffin hingga 3/4 penuh.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 - 25 minit (ikut kepanasan oven).