Memaparkan catatan dengan label Kongsi Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kongsi Info. Papar semua catatan

Isnin, Februari 17, 2014

Cara untuk Clear History & Clear Cookies & Data pada i-Pad

Untuk  Clear History & Clear Cookies & Data pada i-Pad kalian, mudah sahaja. Ikut langkah-langkah di bawah ye.

  1. Pergi ke 'Settings'. Cari ikon 'Safari' pada panel sebelah kiri.
  2. Klik pada ikon dan lihat menu. Pada bahagian bawah, cari butang 'Clear History' atau 'Clear Cookies & Data'. Klik butang yang berkenaan.
  3. Satu paparan akan muncul untuk pengesahan. Pilih 'Clear'. Selesai.

Ahad, Februari 02, 2014

Cara untuk Uji Tahap Kesegaran Telur Ayam


Kebiasaannya apabila membeli telur ayam, kita tidak dapat pastikan telur yang dibeli itu telur segar atau telur lama. Walaupun kadangkala ada tarikh luput yang diletakkan di bekas telur tu, kalau dah namanya tak ada rezeki, ada jugalah sebiji dua yang rosak.

Dapat pula tengah-tengah kemas stok barang dapur/bersihkan peti sejuk, tiba-tiba terjumpa beberapa biji telur yang kita sendiri tak ingat bila masanya kita beli. Nak buat macam mana?

Di bawah ini ada tips untuk kita kenalpasti sama ada telur ayam dalam simpanan kita tu masih segar dan boleh digunakan ataupun sudah tiba masanya untuk dibuang!

Kredit Imej: gilerkentang.com

Langkah-langkah untuk Uji Kesegaran Telur Ayam

1. Ambil sebuah mangkuk, isikan dengan air setinggi lebih kurang empat inci.

2. Masukkan telur ke dalam mangkuk perlahan-lahan.

3. Perhatikan kedudukan telur. Jika:-
  • Telur jatuh hingga ke dasar mangkuk, telur ayam anda segar.
  • Telur dalam keadaan sendeng (salah satu bahagian hujungnya terjongket ke atas), telur masih segar tetapi perlu digunakan secepat mungkin.
  • Telur terapung, masa untuk kebooooshhhh! Buang! Telur ayam tu dah tak selamat untuk dimakan!

Isnin, Januari 20, 2014

Jus untuk Turunkan Kadar Gula dalam Darah


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 biji epal hijau
  • 1 batang saderi (celery)
  • 1 biji peria kecil
  • 1/2 biji timun
  • Jus daripada 1/2 biji lemon
Cara-cara Penyediaan:
Kisarkan semua bahan-bahan di atas. Hidangkan dengan ais atau sejukkan terlebih dahulu. Jika anda tidak gemar akan tekstur jus yang terlalu berserat, tapis jus sebelum diminum.

Jus di atas elok diamalkan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Moga-moga dengan menjaga pemakanan dan kerap minum jus ini kita dapat hindari penyakit diabetes. Kandungannya yang berserat juga elok untuk tubuh. Sebelum ini saya biasa amalkan buat jus peria dengan epal hijau atau peria dengan lobak merah. Sekarang, tukar selera buat jus ini pula. Bahan-bahannya pun mudah didapati dan kebiasaannya ada di rumah. Jus ini juga elok diamalkan oleh pesakit darah tinggi sebab ada celery dan epal hijau.

*Tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang yang perlu mengehadkan pengambilan potassium alam diet harian.

Rabu, Julai 10, 2013

Checklist Ramadhan

Alhamdulillah! Atas izin-Nya, bertemu lagi kita dengan satu lagi Ramadhan. Hari ini tak larat nak menulis panjang. Cuma mahu kongsikan sesuatu yang menarik untuk kita di bulan Ramadhan ini. 'Checklist Ramadhan' ini (klik pada gambar di bawah untuk paparan lebih besar) dikongsikan oleh Dr. Fadila Grine di akaun Facebooknya. Semoga Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada beliau atas perkongsian ini.

Senarai semak untuk Ramadhan ini boleh dijadikan sebagai panduan dan peringatan kepada kita untuk terus lakukan ibadah mulia di bulan penuh keberkatan ini.



Selamat  Berpuasa! Selamat Melaksanakan Ibadah-ibadah Ramadhan! Semoga Ramadhan kali ini lebih beerti buat kita berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jangan lupa baca doa harian Ramadhan. Klik di sini - Doa Harian untuk Sepanjang Ramadhan.

Sabtu, Oktober 20, 2012

Cara Mengurus Stok Barang 'Baking' @ Barang Dapur


Selamat berhujung minggu! Syoknya cuti! Hmm, hari ni saya nak kongsi cara untuk menguruskan barang-barang dapur atau 'ingredients baking' supaya lebih tersusun. Ini melalui pengalaman saya sendiri. Setiap kali nak 'bake' atau masak setiap kali itulah saya berperang di dapur. Punggah laci itu, buka almari ini untuk dapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Stok tepung bersepah sana-sini. Kadang-kadang dah buka dan guna tepung baru, baru perasan yang tepung lama masih ada berbaki.

Ada juga situasi saya dah beria-ia nak 'bake', tiba-tiba ada ingredient yang tak cukup. Aikkkk? Rasanya tepung custard ada lagi? Dah habis ke? Terus hilang mood!

So, saya pun lambakkan semua bahan yang saya ada atas meja. Aisy...sempat juga mengeluh kerana ada tepung yang bertaburan disebabkan plastiknya 'bertikaman' sesama sendiri huhuhu. Kebanyakan bahan-bahan yang saya ada dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, saya carilah bekas yang sederhana besar untuk muatkan apa yang patut :)

Okey, ini apa yang perlu dilakukan.

1. Sediakan bekas plastik/kotak sederhana besar. Asingkan bahan-bahan mengikut jenis.
Kumpulkan bahan-bahan yang sama jenis dalam 1 bekas. Contohnya, letakkan bijirin seperti oat dan nestum dalam 1 kotak. Tepung-tepung dalam satu kotak yang lain. Tuliskan kuantiti (dalam kg/pek) barang-barang tersebut.



2. Masukkan ke dalam kotak. Buat label senarai barang dan tampalkan di luar kotak.  Pastikan senarai ini mudah dilihat dan mudah untuk 'diedit' (apabila barang bertambah atau berkurang).

Tuliskan sekali tarikh luput bahan-bahan tersebut. Tidaklah nanti masa nak buat cookies baru perasan ada bahan yang dah 'expired'.


3. Susun kotak - kotak dengan label di bahagian hadapan.

Inilah hasilnya!

Selesai! Bolehlah kotak-kotak ini disusun atas rak/almari. Kucar-kacir bahan-bahan berjaya dibanteras!!! Heheheh kalau nak tengok satu-satu bahan tu ada atau tidak, rujuklah pada label yang dah dibuat. Bila ambil barang dari kotak atau ada pertambahan stok, jangan lupa 'update' pada label. Bahan yang nak expired boleh guna segera. Yang dah expired boleh buang. Jimat masa, jimat tenaga dan yang penting dapur kita lebih organized. 


Isnin, Oktober 15, 2012

Mari Makan Buah Dabai!


"Angah beli buah dabai, tapi tak tahulah nak makan macam mana?" 

Terpinga-pinga juga aku masa mula-mula nampak buah tu. Macam buah kurma pun ada, tapi keras. Angah bawa balik dari Kuching. Inilah pertama kali aku nampak buah dabai ni. Angah kata buah ni tak akan jumpa kat semenanjung, itu sebab dia beli. (Hehehe Angah memang ada kecenderungan untuk beli/cuba macam-macam food,...rasa pelik ke... sedap ke tidak belakang kira!)

OK, inilah rupanya buah dabai. Nama saintifiknya 'Canarium Odontophyllum'. Buah ni banyak di Sarawak, tapi berbuah ikut musim.

Cara nak makan buah ni senang je. Kita hanya perlu bersihkan dan kemudian rendam dalam air suam selama 15 - 20 minit. Once kita rendam, buah tu akan lembut, kemudian bolehlah dimakan. Rasa buah dabai ni lemak-lemak. Tapi agak 'bland'. Lagi 'ummmph' kalau dicicah dengan kuah yang masam-masam atau masukkan dalam sambal belacan.

Lepas makan, aku survey di internet. Rupanya di Sarawak, buah dabai ni dimakan dengan kicap atau dibuat jeruk. Hmmm...aku pun tiba-tiba decide nak makan 'dabai kicap' as supper.


Resepi Dabai Kicap
  • Beberapa biji buah dabai yang telah direndam dan ditus.
  • Kicap manis
  • Limau Kasturi

Gaulkan kicap dan perahan jus limau kasturi dengan buah dabai. Sedia dimakan.

Thanks so much, Cekengah! Berpeluang Along kenal dan rasa buah Dabai ni. Terima kasih juga untuk kek lapis Sarawak, terubuk masin, belacan, pes ikan bilis dan T-Shirt besau! I LOVE U!!!!!!

Isnin, April 02, 2012

Acar Lobak Putih & UTI

Resepi Acar Lobak Putih



  • Sebatang lobak putih (dihiris nipis-nipis)
  • 1 - 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu besar cuka Apple Cider (jika tak ada, guna cuka putih biasa pun boleh)
  • Beberapa biji cili api (jika suka pedas)

Caranya:
Satukan semua bahan-bahan di atas. Gaul sebati. Sedia untuk dihidang!

Aku buat acar ini untuk ibu. Ibu ada UTI (Urinary Tract Infection) sejenis jangkitan pada saluran kencing. So, ibu selalu amalkan makan lobak putih untuk bantu atasi masalah UTI nih. Kalau tak nak buat acar, buat air rebusan pun boleh. Lobak putih yang telah dibersihkan dan dihiris, dicampurkan dengan beberapa cawan air. Jerang hingga mendidih. Kemudian, minumlah airnya. 

Ada orang pernah cakap daun lobak putih pun boleh direbus sebagai penawar UTI. Tapi aku tak pernah cuba rebus lagi. Setakat ini, aku hanya buat acar atau rebus sahaja lobak putih tu. Alhamdulillah, nampaklah perkembangan positif pada penyakit ibu ni. Selamat Mencuba!

Jumaat, September 16, 2011

Keindahan Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Aku ingin kongsikan dengan korang semua bacaan dalam solat ketika duduk antara dua sujud. Pastinya kita tidak ada masalah dengan bacaan ini. Mudah dan ringkas, kan?


Tapi, mungkin ada di antara kita yang terlepas pandang akan maksud atau tafsiran seuntai doa ini.

Rabbighfirli - Wahai tuhanku, ampunilah segala dosa ku,

...warhamni - kasihanilah aku,
...wajburni - sempurnakanlah kekurangan ku,
...warfa’ni - angkatlah darjat ku,
...warzukkni - kurniakanlah rezeki kepada ku,
...wahdini - tunjuklah aku jalan yang betul,
...wa’afini - sihatkanlah badan ku,
...wa’fu ‘anni - maafkanlah kesalahan ku.




Subhanallah! Indah kan? Bacaan ini padat dengan doa-doa untuk kesejahteraan kita. Semoga selepas ini kita semua, dengan rendah diri - lebih menghayati bacaan duduk antara dua sujud kita. :)