Ahad, Februari 14, 2016

Kord Gitar Catatanku - Melly Goeslow feat. Baim (Easy Chords)

Lagu ini sebenarnya lagu lama. Si cilik Baim yang pelat-pelat nyanyi berduet dengan Melly dah besar dah pun. Tetapi, lagu Catatanku kembali dapat perhatian sejak salah sebuah stesen televisyen, tak pasti TV3 atau TV9 ulang siar sinetron Buku Harian Baim. Mulalah inbox akak dijengah dengan permintaan nak chords mudah untuk OST Buku Harian Baim ni. For this piece, disarankan pluck. Lebih indah :)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Catatanku - Melly Goeslow feat. Baim (Easy Chords)

OST Buku Harian Baim
Ciptaan - Melly Goeslow


(Intro)
Am Dm F E

Am Dm F E

Melly:

Am
Awan awan menghitam
Dm                             C
Langit runtuhkan bumi
Dm            Am             Dm                E
Saat aku tahu kenyataan menyakitkan

Jumaat, Februari 12, 2016

Tutorial Kraf Kertas - Sampul Surat Paling Mudah untuk Kad Anda

Ini memang sampul surat paling mudah! Paling simple. Tidak perlu guna gam, corner rounder punch atau scoring board. Kita lipat-lipat sahaja. Untuk tutorial membuat sampul surat easy-peasy-pejam-sebelah-mata-pun-boleh-buat ni, saya gunakan kad mini bersaiz 7 cm X 7 cm sebagai contoh. Sebelum itu, boleh intai tutorial-tutorial membuat kad mini di pautan di bawah:

Sebenarnya, idea buat sampul surat sebegini terinspirasi melalui perkongsian di Pinterest. Teknik lipat-lipat selit yang saya kongsi di bawah pada asalnya digunakan untuk balut/simpan CD. Tak perlulah kita susah-susah nak beli sampul surat khas atau plastic casing. Bila tengok, terus terfikir,..betapa cool dan awesome-nya kalau kita buat sampul surat lipat untuk kad! Hanya dapatkan ukuran yang sesuai, tak perlu gam, tak perlu potong sana potong sini. Dapat pula time tengah nak cepat,..masa tulah nak potong kertas, terkial-kial nak buat sampul surat untuk kad ucapan,..thus, this is the best solution.

Khamis, Februari 11, 2016

Makoko Canapa

makoko canapa
egg in the hole
toad in the hole
bird in the nest
one eyed jack
egg in the frame


Inilah antara hidangan yang ada paling banyak nama julukan. Walhal, sebenarnya it's just toast and egg in the middle. Roti bakar dengan telur di bahagian tengah. Sekali-sekala, saya suka juga makan untuk sarapan. Pagi-pagi pancing selera dan mata dengan toast comel ini ok juga kan,..