Ahad, April 25, 2021

Sambal Uleg Finna

Assalamualaikum. Hari ini saya hendak bercerita tentang sambal uleg. Cerita kira-kira pertengahan Mac, tetapi baru nak tulis entri. 😅 Seorang teman lama menghubungi saya. Macam-macamlah yang kami bualkan memandangkan hampir dua tahun tidak bertukar cerita. Dalam pada sembang itu sembang ini, tertimbullah cerita saya dengan Sambal Uleg Finna saya. Suatu masa dahulu, saya memang tidak berenggang dengan sambal ini.

Dah berborak tentang Sambal Uleg Finna, terus kecur air liur dibuatnya. Lama dah saya tidak makan sambal uleg. 

Beberapa hari kemudian, saya dapat kiriman tidak dijangka yang berisi berpaket-paket Sambal Uleg Finna dengan ucapan berbaur usikan - ‘Sekarang semua bisa beli online!’

Alhamdulillah, rezeki! Gembira betul saya dibuatnya. Yalah, dalam pada rindu nak makan Sambal Uleg Finna, saya tak terfikir langsung untuk cari sambal Indonesia ni kat sini.

Okey, jom tengok dulu sambal uleg saya. Uleg atau ulek ni sebenarnya sejenis alat di Indonesia macam alu dan lesung batu kitalah cuma permukaannya lebih lebar. Pernah nampak, kan? Selalu kalau nak buat sambal, memang syok kalau cili dan ramuan lain dilumatkan guna ulekan.

Sambal Uleg Finna
Dari kiri: Sambal Terasi, Sambal Bawang, Sambal Ijo dan Sambal Pedas.

Jumaat, April 23, 2021

Terus - Simfoni feat. Ezad Lazim

Sudah dengar lagu terbaharu kumpulan Simfoni? Sebelum ini, lagu kumpulan Simfoni yang saya suka dengar ialah Talbiah yang dikeluarkan penghujung Julai tahun lalu. Lembut mendayu je menerjah indera dengar. Penyertaan mereka dalam Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI 2020) bersama Afad melalui lagu Rahsia Dari Langit pun best! Apabila tengok ada kolaborasi terbaharu Simfoni dengan Ezad Lazim, terus saya klik pautannya. Bertambah berminat untuk dengar lagu ini memandangkan lirik Terus ditulis oleh Ito Lara.

Apa yang cuba disampaikan melalui Terus sangat dekat dengan situasi semasa yang kita alami sekarang ini. Dengan pandemik yang melanda, banyak pihak yang terkesan. Ada yang hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan tidak dinafikan ramai yang kehidupan mereka berubah dan terpaksa bermula dari titik kosong demi meneruskan kelangsungan hidup. Perit mana pun, kita kena terus kuat tempuh kehidupan.

Antara bait lirik yang menjentik perasaan saya ialah:


Andai kepenatan kuasai diri

berehatlah tetapi bukan berhenti.

Khamis, April 22, 2021

Terima Kasih, Shida Radzuan

Assalamualaikum w.b.t.

Menulis entri ini dengan senyuman lebar hingga ke telinga. Gembira sebab dapat hadiah. Hadiah apa? Haa ... baru-baru ini saya ada sertai Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog. Alhamdulillah, apabila Shida umumkan pemenang giveaway, saya merupakan salah seorang daripada 7 pemenang hadiah cabutan bertuah. 

Rezeki Ramadan kali ini, saya dapat sebiji bantal kusyen Leyna dan sekeping kad raya SRB. ♪♩ Riang hatiku badan bertuah! ♪ ♪  Eh, ternyanyi pula!

Rabu, April 21, 2021

5 Hidangan Lazat Indonesia untuk Dicuba

Assalamualaikum. Buntu memikirkan hendak masak apa hari ini? Apa kata kalian cuba hidangan dari seberang? Hari ini saya ingin kongsi lima lauk-pauk Indonesia yang enak untuk dijadikan juadah santapan seisi keluarga. Selamat mencuba!


Semur Ayam

Semur Ayam