Memaparkan catatan dengan label Me and My Little World. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Me and My Little World. Papar semua catatan

Rabu, September 08, 2021

Yuri Van Tanpa Houtten

Kucing saya si Yuri Van Houtten bulan Oktober ini akan genaplah usianya 10 tahun. Dah masuk kategori kucing veteran dah. Jadi, saya kena sentiasa alert dengan sebarang perubahan sikap Yuri. Yalah, apabila masuk fasa ini, kucing ada kecenderungan untuk dapat macam-macam penyakit.

Dua tiga hari yang lalu saya perasan Yuri kurang makan. Semasa tengok bekas makanan, pelik pula sebab makanan masih berbaki. Luak sedikit sahaja. Saya perhatikan tingkah laku Yuri seperti biasa, masih aktif. Tak adalah murung, lemah dan mengasingkan diri. Periksa suhu badan pun tak panas.

Yuri Van Houtten nak pergi klinik.

Semalam dah tak makan langsung. Nampak juga sekali-sekala dia pergi dekat bekas makanan, hidu-hidu kemudian berlalu pergi. Mesti lapar tetapi tak ada selera. 

Khamis, Ogos 12, 2021

Lindung Tangis

Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya baru selesai dapatkan dos vaksin yang pertama pagi tadi. Beberapa jam selepas divaksin, baru rasa lenguh di bahagian tangan dan mengantuk yang sukar ditahan. Pandang skrin pun asyik nak terkelap. 😊

Hari ini hendak kongsi sedikit tentang kelas saya yang berlangsung beberapa hari lepas. Kelas malam tu kelas one-to-one. Murid hanya dua orang, H dan S. Kedua-duanya Tahun 5.

Kelas bermula seperti biasa pada pukul 8.15 tetapi tanpa kehadiran S. Mungkin lambat sedikit kerana saya tidak dimaklumkan yang dia tidak dapat hadir.

Saya dan H teruskan kelas sehinggalah S masuk pada pukul 8.25. Saya perasan suara S seperti tersedu-sedu. Kebetulan, pada masa tu sambungan internet pula ada masalah. Jadi, saya hanya dapat dengar suara S tanpa melihat paparan wajahnya.


Isnin, Julai 12, 2021

Fika dengan Homebaker@Clover Cinnamon Rolls

Khamis lepas, Cekengah hubungi saya untuk maklumkan akan ada orang datang hantar cinnamon rolls. Adik saya yang seorang ni, dia memang ada satu perangai. Setiap kali makan kek atau desserts yang sedap, dia mesti akan teringat pada adik-beradik. Makan benda lain macam sate ke … stik ke … udang galah ke … dia tak ingat sangat pada kami hahaha. 😂 

Lazimnya, apabila dah teringat kami tu, dia akan buat pesanan tambahan untuk dihantar ke rumah saya dan adik bongsu. Jadi, kami tinggal bersedia untuk terima kiriman kasih sayangnya di muka pintu dengan senyuman gembira dan ruang perut yang agak kosong.

Kali ini Cekengah belanja cinnamon rolls dari Homebaker@Clover.

Khamis, Jun 17, 2021

Merasa Makan Sukun Goreng

Assalamualaikum. Semoga kalian semua ceria-ceria selalu.

Hari ini cerita tentang sukun. Saya memang gemar makan sukun sejak kecil. Sukun goreng, kerepek sukun... beri sahaja pada saya. Sekejap sahaja boleh habis saya makan.

Buah sukun. Kredit imej.

Dahulu semasa sekolah, Cekebon ada seorang kawan yang ada banyak pokok sukun. Jadi, setiap kali pokoknya berbuah, Cekebon akan dapat banyak buah sukun. Masa tu hanya kami bertiga di rumah - saya, Baba dan Cekebon. Adik-adik semua di asrama. Memang puaslah saya ulang-ulang makan! 😂

Fasa ini jugalah saya akan rajin bawa bekal ke sekolah. Jika semalam sukun goreng, hari ini cekodok atau cucur sukun. Esoknya, sukun rebus cecah sambal tumis ikan bilis.

Sekarang, susah hendak cari sukun di kawasan saya. Kerepek sukun lagilah tak payah cerita. Sudah buahnya pun tak nampak bayang, macam mana nak jadi kerepek, kan? 

Jumaat, Mei 28, 2021

Sepetang di Klinik Kesihatan Sungai Buloh

Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat.

Isnin lalu saya ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan konsultasi doktor. Minggu sebelumnya semasa saya periksa rekod aktiviti fizikal dan kecergasan saya melalui aplikasi Garmin, saya perasan resting heart rate saya di bawah 60. Malah, pada hari Isnin dan Rabu, bacaannya jatuh hingga ke 50. Sebagai panduan, resting heart rate (bacaan degupan jantung ketika berehat/tidak melakukan apa-apa aktiviti) orang dewasa biasa yang normal ialah dalam julat 60 - 100 beats/minute.

Bacaan boleh jadi lebih rendah daripada 60 dan dianggap normal hanya bagi sesetengah individu seperti atlet. Dalam kes saya yang walau hidup di planet mana sekalipun tidak akan jadi atlet 🤣, perkara ni agak membimbangkanlah. Saya perasan juga ada ketika saya rasa dizzy tetapi saya ingat sebab cuaca panas.

Perhatian: Bacaan degupan jantung pada jam pintar atau fitness tracker hanya boleh dianggap sebagai bacaan kasar. Tidak konklusif untuk membuat sebarang diagnosis/ keputusan tentang tahap kesihatan individu. Dalam situasi saya, saya telah menggunakan Garmin saya lebih dari tiga tahun jadi sedikit sebanyak saya sudah arif dan faham cara device ini berfungsi.

Saya ini penghidap hipertiroid. Ada asma pula tu. Memandangkan tarikh pemeriksaan terdekat untuk tiroid dan asma saya awal bulan 7 nanti, saya rasa saya kena pergi ke klinik lebih awal untuk dapatkan pandangan doktor. 


Guna QueueMed untuk Tetapkan Temujanji di Klinik Kesihatan

Isnin, Mac 08, 2021

Sambutan Hari Lahir Norma Baharu

Assalamu'alaikum. Hujung bulan lepas, hari lahir saya. Lazimnya, akan keluar makan-makan bersama keluarga untuk celebrate. Setiap tahun, birthday saya yang paling awal. Jadi, boleh tahan meriahlah gathering kami sebab dikira sebagai keraian pertama keluarga untuk tahun berkenaan. Lagipun, bab sambut birthday ini saya memang jenis yang paling over terujanya. Kalau boleh, tiap-tiap hari dalam bulan Februari tu nak anggap sebagai hari lahir saya.😁

Tahun ini, disebabkan birthday saya masih dalam tempoh PKP, tidak dapat hendak raikan dengan keluarga. Kami walaupun semua senegeri, tetapi terpisah antara daerah.  Semua kena jadi rakyat yang patuh agar wabak ini dapat dibendung. Makanya, kita buat sambutan norma baharu. 

Pelbagai kiriman kasih sayang yang saya terima. Kiriman melalui akaun bank pun ada juga. 😂 Dah namanya norma baharu, kan... memang betul-betul patuh SOP! Di bawah ini antara keriangan bertambah umur saya.



Bekalan untuk saya, Bott dan Yuri (kucing kesayangan saya, Anies) makan sepanjang tempoh saya anggap hari itu hari lahir saya. 😎 Kek birthday, lasagna super duper yummy, walnut scones. Dalam shopping bag tu ada sedikit buah-buahan, pek pasta, snek untuk kunyah-kunyah dan barang-barang dapur. Sebahagiannya sudah saya keluarkan sebab kena simpan terus dalam peti sejuk.

Rabu, Februari 24, 2021

Temujanji Mata | Nasi Kerabu Sedap

Assalamu’alaikum.

Kelmarin, saya ada temujanji di klinik pakar mata. Positif je cakap kat Bott, musim-musim Covid ni rasanya tak ramai orang.

Sesampai je di Klinik Pakar Hospital Sungai Buloh, muka saya macam dah kemek tengok orang yang beratur menunggu di luar. Tak boleh nyanyi lagu Zarul Umbrella macam ni. Ramalanku tidak benar belaka! Ya Allah, ramainya umat manusia! Baru je nak cari telefon untuk call si Bott, dia dah call terlebih dahulu. Dengan jelas dia hantar warning - Jangan terfikir nak lari balik! Saya dah penat pusing-pusing cari parking nih!

Tak proper ambil gambar kat hospital, tunjuk gambar kad appointment je lah 😊

Ahad, Oktober 25, 2020

Lelaki Langit Bumi | Terima Kasih, Sha Mohamed

Assalamualaikum. 

Selamat berhujung minggu semua.

Bagi kalian yang ikuti blog saya dalam dua tahun belakangan ini pasti perasan yang sekali-sekala saya ada cerita tentang novel 'Lelaki Langit Bumi'.

Terlibat dengan sebuah kajian sosial yang gagal (ambil masa kami dalam dua tahun),  saya dan rakan-rakan sayang pula memikirkan perolehan kajian kami yang ibarat sia-sia. Jadi saya buat keputusan untuk masukkan semua itu ke dalam novel. Dari terbiar begitu sahaja, kita ubah jadi sebuah karya kreatif. 

Setiap kali ada masa terluang, saya akan tulis bab demi bab dan siarkan di Portal Ilham. Saja nak tengok reaksi pembaca di sana. Alhamdulillah, dapat sambutan. Rakan-rakan blogger pun ramai yang beri sokongan baca 'Lelaki Langit Bumi'. Saya siap import beberapa teman saya seperti Sha Mohamed dan Anies untuk buat penampilan istimewa bersama blog mereka di dalam novel itu.

Ada masalah dengan akaun saya di Portal Ilham, saya berpindah ke Wattpad pula. Di sini, sedikit demi sedikit saya mula kumpul pembaca yang setia tunggu kemas kini 'Lelaki Langit Bumi' saban minggu. 

Penghujung 2019, 'Lelaki Langit Bumi' berjaya disudahkan. Ambil masa bertahun! Siap sempat buat giveaway lagi. Ketika itulah ramai yang bertanya tidak mahu terbitkan ke? Saya memang tidak berniat untuk terbitkan sebagai naskhah fizikal kerana bagi saya novel ini sekadar percubaan saya asah bakat menulis. Banyak cacat-cela. Gabung pula tiga bahasa - Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris, dah macam rojak mamak dah! Saya tidak rasa naskhah ini akan diterima oleh mana-mana rumah penerbitan. Tidak lepas piawai. Belum campur sebahagian daripada LLB 'tersangkut' di Portal Ilham lagi, banyak pula isu lain akan timbul - isu hakcipta, karya basi/ second hand.

Tiada naskhah fizikal, ramai yang bertanya hendak beli e-book. Jujur, saya tidak tahu menahu tentang budaya jual beli e-book dalam pasaran pembaca di Malaysia. Jadi, saya diamkan sahaja sebab bagi saya dah siap LLB tu dah puas hati. 

Rabu, Oktober 07, 2020

Itik Berenang Pulang pada Senja

Assalamu'alaikum. Saya sedang kemas kini folder gambar di telefon dan komputer riba. Terjumpa kembali gambar ini. Tidak silap saya, ini gambar lebih kurang tiga tahun lepas. Tahun itu, saya masih ambil students sekolah menengah di kelas tuisyen saya. 

Kes itik berenang pulang pada senja ini berlaku semasa sesi ulang kaji menjelang peperiksaan dengan para pelajar. Kami buat latihan peribahasa bergambar. Sebenarnya, soalan peribahasa bentuk ini sangat mudah. Kita akan diberi bayangan melalui gambar. Bukan tanya maksud, bukan suruh buat ayat. Tetapi, hendak tidak hendak kenalah tahu peribahasa yang asas. Jika tidak, jenuh hendak meneka. Waktu-waktu beginilah akan ada sebahagian daripada anak didik saya yang mula mengarang tajuk novel atau drama Akasia dan Samarinda.

Saya letakkan syarat, fikir betul-betul sebelum jawab! Jangan serampangan sahaja main teka-teka. Try recall peribahasa yang telah dipelajari sebelum ini. Cuba jawab semua. Tengok gambar dan relate dengan peribahasa yang bersesuaian.

... dan ini yang saya dapat.


 😆😝😁

Jawaban yang tepat ialah bagai/ibarat itik pulang petang. Maksudnya, seseorang yang berjalan lambat.

Hahahah ini kira dapat markah untuk mencubalah. Mungkin disebabkan gambar tu agak gelap, daripada ‘petang’ terus diletaknya ‘senja’.

Susah payah itik tu berenang pulang pada waktu senja! Lepas ni cikgu kena lebih gigih lagi 'implan' peribahasa-peribahasa dalam fikiran kalian.

Khamis, Januari 30, 2020

Menang BookDoc Weekly Mystery Gift

Kisah tahun lepas lagi. Siapa di sini guna aplikasi BookDoc? Saya sudah guna aplikasi kesihatan ini beberapa tahun dah. Itupun Cekengah yang sarankan untuk guna supaya dapat keep track of daily steps saya. Aplikasi BookDoc ini antara aplikasi kesihatan yang sangat bermanfaat. Ingin tahu lebih lanjut? cubalah muat turun ye.

Salah satu ciri utama BookDoc ialah BookDoc Activ. Kita boleh sync dengan fitness watch atau fitness app yang lain jumlah tapak harian kita. Di penghujung bulan, andai kita dapat capai target tapak yang ditetapkan, kita boleh tebus pelbagai rewards. Misalnya potongan diskaun untuk pembelian di Secret Recipe, MPH, Caring Pharmacy, Komugi dan banyak lagilah. Macam-macam rewards ada!

Selain itu, setiap minggu, BookDoc akan pilih Mystery Gift Winners. Gembiranya saya apabila dihubungi oleh pihak BookDoc.



Khamis, Mac 29, 2018

Burung Merpati Kedai Recycle

Dah menjadi rutin saya dan Bott sama ada setahun sekali atau setahun dua kali untuk ke kedai recycle - jual kertas, buku, majalah, plastik dan kotak terpakai. Selalunya kami memang akan kumpul banyak-banyak baru pergi jual sekaligus. Bab asingkan kertas, kotak, plastik ni memang jadi kerja Bott. Dia kalau susun-susun barang ikut jenis, ikat, stack kemas-kemas memang hobi dia! Sejenis terapi katanya 😃 

Rasa-rasa stor dah mula sesak,.. agak-agak bonet dan bahagian tempat duduk belakang boleh dipundat dengan barang-barang yang kami dah kumpul,...maka it's time for the trip. Pergilah kami ke kedai recycle berhampiran dengan tempat kami tinggal.

Sampai-sampai je, seperti biasa pekerjanya akan terus approach kami dan angkat barang-barang keluar untuk ditimbang. Sementara nak menunggu tu mata saya melilau ke sana ke mari. Tiba-tiba nampak sekawan burung merpati tengah makan. Gemuk-gemuk. Sihat-sihat!

Jumaat, Januari 05, 2018

Kopi yang Sangat Tak Sesuai

Assalamu'alaikum. 
Hari ini kisah kopi. Tetapi bukan perihal secangkir kopi beraroma yang boleh dinikmati. Kisah pasir kucing. Hihihi. Ye, pasir untuk kucing poo poo (cat litter sand).

Alkisahnya, cat litter Yuri sudah habis. Baik saya mahupun Bott tak perasan dan tak teringat langsung nak beli. Jadi, apabila baki pasir yang ada dah mula berbau, bergegaslah kami berdua pergi kedai pet cari pasir kucing.

Yuri VanHoutten

Lazimnya, kalau pergi beli makanan atau cat litter, Bott yang akan turun dan beli. Bott ni simple je. Dia masuk kedai, terus pergi ke tempat food, tempat pasir, pergi kaunter bayar. Selesai. Kalau saya, masuk masuk je, dah sangkut kat pintu. Tengok mainan untuk kucing. Then, saya sangkut kat aisle yang jual perfume kucing la, syampu kucing la, ubat, suplemen dan macam-macam lagi. Last sekali saya akan bersidai kat bahagian dalam kedai, mengintai kucing-kucing yang 'masuk hotel'. Ralit tengok kucing-kucing tu main. Adalah dalam dua puluh ke tiga puluh minit dalam kedai tu. 😆

Selasa, Disember 26, 2017

Sambutan Bertema Starwars untuk Uje di Makan Kitchen

Hujung bulan lepas, keluarga kecil saya berkumpul untuk makan tengah hari, meraikan hari lahir adik bongsu saya, si Uje. Hari lahirnya jatuh pada hari kerja. So, we decided to have a small birthday lunch celebration for him - pergi makan buffet di Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur (yang dekat The Intermark tu).

Bab-bab booking tempat semuanya si Dhila uruskan. We even managed to get a private dining area. Cantik sangat! Tengok gambar kat bawah ni. Ruang bulat yang berlangsir tu tempat makan kami untuk hari tu. Siap boleh tutup langsir! Privacy lah sikit 😃 Thanks again to you, Dhila. Kalau harapkan Along, kita makan kat rumah jelah jawabnya. Hahahah!

Kredit

Jumaat, Mei 26, 2017

Mi Band 2 - Fitness Tracker Mampu Milik yang Awesome dan Berbaloi!

Assalamu'alaikum. Hari ini saya nak kongsi tentang salah satu fitness tracker yang tengah hot - Xiaomi Mi Band 2. Apa yang hot? Haaa, itu kena baca entri saya sampai habis ye :)

Kita semua tahu, peralatan untuk exercise and fitness bukan murah. It's quite costly. Kalau tak ada ratus-ratus dalam tangan, lupakan sahaja hasrat nak beli. Yes, memang ada equipment, gadjet atau fitness tracker yang boleh diperoleh dengan harga murah. Kita kena bersedialah dengan kualitinya yang crappp! Yang tak semenggah! Or lacking in certain important features.

Tetapi tidak dengan Mi Band 2. Apa yang saya boleh kata tentang fitness tracker yang satu ini -
 Mampu milik dan Berbaloi!


Xiaomi Mi Band 2

Khamis, April 06, 2017

Terjah Dunia Whimsical Beauty and The Beast

Isnin lepas, saya memang ada di sini. Isnin saya tak kerja. So, menjeruk jelah di rumah Cekebon. Tengah layan kantuk, tiba-tiba Cekengah called. Dia kata dia ambil half day, ajak saya tengok Beauty and The Beast. Bisa! Bisa! Sepantas kilat saya dan Bott bersiap. Jumpa Cekengah di e@Curve, Mutiara Damansara.

Kitorang masuk slot 1.30 petang. Dari mula scene, sampailah ke credit title,.. I really enjoyed myself. I mean, faham-faham sajalah cerita fairy tales bagaimana kan. Best! Whimsical!💫 Start je filem, saya dah masuk dunia Beauty and The Beast. Tak fikir apa-apa dah pasal kerja ke, komitmen lain ke, barang dapur nak kena beli ke,...semuanya put on hold. It was indeed a good break from my tiring and hectic schedule. Was enticed by each and every scene and all the songs played throughout the movie. Secara keseluruhannya, saya memang puas hati! Cuma secara peribadi, saya lebih suka si Beast berbanding bila dia dah tukar semula jadi manusia. Hehehe rasanya beast lagi comel kot! 😆

Tetapi, kata-kata saya ini hanya boleh diguna pakai untuk kalian yang minat cerita-cerita dongeng begini. Kalau ada yang spesies macam Bott, (cerita Avengers,..Optimus Prime takluk bumi dan disasters apokalips semua dia boleh hadam, tetapi cerita Beauty and The Beast dia kata tak make sense,...) maaf banyak-banyaklah ye. This is not going to be your cup of tea.

Selasa, April 04, 2017

Smurfs The Lost Village

Bukan review filem ye. Cuma nak cerita, saya jumpa dengan si makhluk biru ni di IPC Shopping Centre pertengahan bulan Mac yang lepas. Kebetulan masa tu, saya dan Bott tengah order makanan kat salah satu food truck di luar IPC tu. Ini dah jadi macam hobi kami berdua setiap kali ke IPC - beli something from one of the trucks. Sebab food trucks di IPC ni bertukar-tukar. 3 hari food trucks yang ini, another 3/4 hari food trucks lain pula. So, banyaklah pilihan untuk dicuba :)

Sementara menunggu order siap, saya masuk ke ruang legar IPC. Tak semena-mena melangkah kaki ke perkampungan The Smurfs. Cuti sekolah masa tu, so adalah beberapa aktiviti yang diorang organized untuk budak-budak sempena promosi Smurfs: The Lost Village. Tak toleh kiri kanan, saya dok aim cari seats kosong. Lenguh kaki berjalan. Hari tu sibuk cari buku untuk students dan beli barang party planning.

Tengah-tengah duduk, baru perasan saya lepak sebelah makhluk biru comel ni. Apa lagi,...wefie satuuuu!

Dah ajak fist bump,..layankan aje,.. ;)

Jangan lupa, buat peminat makhluk biru comel-comel ni, Smurfs: The Lost Village akan mula 'membiru' di pawagam bermula 6 April nanti!

Isnin, Februari 20, 2017

Chanel Theme Birthday Party

Sabtu lepas, saya dan keluarga pergi makan-makan sempena birthday saya. Keluarga kami ni kecil je. Jenis susah nak cukup korum pulak tu. Ada orang ni, orang tu tak da. Yang ni available, yang itu pula outstation. Jadi, bila ada occasion sebeginilah, kami berpeluang berkumpul bersama.

Plus, birthday saya ni dikira sebagai celebration pertama untuk setiap tahun. So, semua akan super duper excited. Saya? Lagilah berlipat ganda excitednya. The initial plan was just to go and have a decent meal at Penang Village, Great Eastern Mall. 

but,..my ebullient sister-in-law, Dhila managed to do these! All these!

Chanel Theme Birthday Party
Mula-mula saya kena tunggu kat luar sebab masa saya sampai, mereka tak habis set up tempat lagi. Terharu tengok adik-adik keluar masuk kedai, turun naik tangga dan escalator sebab mengangkut birthday stuff saya. 

Masuk-masuk je,...wahhhhhhhhh!
Decorations di entrance, sebelum masuk ke tempat makan. Yang berbelon-belon tu tempat kami menjamu selera :)

Isnin, Januari 30, 2017

Ziarah Tok Ta Sempena Tahun Baru Cina

Kami sekeluarga ada family friend yang berbangsa Cina. Dah kenal lama. Tok Ta (pangkat datuk bagi saya dan adik-adik) merupakan kawan baik arwah datuk saya. Dulu-dulu semasa Cekebon kecil, sementara nak menunggu arwah datuk habis mengajar sesi petang, Cekebon dijaga oleh keluarga Tok Ta ini.  

Semasa kami adik-beradik membesar, Tok Ta banyak tolong kami. Dia dah anggap Cekebon macam anak dia sendiri dan setiap kali ada di antara kami yang nak lanjutkan pelajaran, dia akan tolong apa yang perlu dari segi khidmat mahupun kewangan. Dulu, masa kami adik-beradik belajar main piano, Tok Ta hadiahkan kami sebuah piano supaya kami boleh berlatih di rumah. Rasanya, yang betul-betul pandai, si Cekengah. Saya dan Uje main ke laut ke gaung semua ada. Saya lagilah,..bab baca not memang lembapppppp habis!

Kebiasaannya, setiap kali perayaan kami akan saling mengunjungi (melainkan kalau betul-betul ada hal/Tok Ta berada di luar negara). Tok Ta pun tak pernah lupa datang berhari raya bersama kami jika ada kesempatan.

Tahun ini, pada awalnya kami tak rancang ke rumah Tok Ta sebab keadaan Cekebon yang agak lemah. A day earlier, Cekebon buat dialysis. So, penatnya masih bersisa. Tetapi, bila telefon nak wish Tok Ta Happy Chinese New Year,...borak-borak dengan Tok Ta....tiba-tiba Cekebon decided nak gagahkan diri jumpa Tok Ta. Dia kata dia sayu dengar suara Tok Ta kat telefon. Tok Ta dah 88 tahun tau! 

Isnin, Januari 09, 2017

...kerana Allah lebih sayang kau.

Beberapa bulan belakangan ini, saya kerap membaca status-statusnya di Facebook. Tidak memberi sebarang respon, Like atau tinggalkan komen (persahabatan kami memang pada dasarnya begitu). Tapi, setiap kali mengikuti perkembangannya yang mengandungkan anak ketiga, saya akan cakap pada diri, nak lawat dia masa berpantang. A lot of catching up need to be done.

Sibuk dengan kerja. Sibuk berulang-alik. Nak masuk Facebook jauh sekali. Tiba-tiba semalam dapat notification daripada Izwana (thanks so much, Izwana), mengatakan yang teman saya itu telah pergi. Pulang kepada Pencipta. Lama saya terpaku depan laptop. Air mata mengalir laju. Berkali-kali saya baca status yang diupdate dan komen teman-teman sekolah. Tak percaya. Betul ke Mar dah tak ada? 😢😢😢

"Farrah, kau nak jadi pengawas tak?"