Memaparkan catatan dengan label Resepi Mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Mudah. Papar semua catatan

Khamis, Mac 29, 2018

Resepi Spageti Ikan Bilis Cili Api

Kebiasaannya apabila membeli barang dapur atau stok makanan, saya akan beli sebungkus dua pasta. Tidak kiralah jenis apa,..jenama apa. Kiranya pasta dah jadi antara benda yang wajib ada dalam stok pantri. Bukanlah kaki makan pasta sangat. Tetapi, sekali-sekala bila lapar tak tahu nak makan apa, I can simply make a simple dish. Tak pun kalau dah bosan dengan menu nasi dan lauk-pauk, bolehlah disediakan hidangan seperti makaroni atau spageti goreng, makaroni bakar ke,..apa-apalah asalkan kena dengan cita rasa.

Antara resepi pasta kegemaran saya yang pernah saya kongsikan di blog ini:


Hari ini satu lagi resepi mudah menggunakan pasta - Spageti Ikan Bilis dan Cili Api. Kawwwww! Berair hidung makan! Sesuai sangat bagi yang suka makan pedas.


Rabu, Januari 10, 2018

Resepi Jering Goreng

Jering memang kegemaran saya. Lagi-lagi jering tua. Saya suka rasanya yang macam biji buah cempedak. Tetapi, menu jering ini hanya muncul once in a blue moon je di rumah. Jarang-jarang sebab jering, petai tidak sesuai untuk orang-orang yang mengamalkan low potassium diet. Cekebon tidak boleh makan. Kasihan pula kalau dia pandang sahaja. Jadi, semasa ketiadaan Cekebon lah, (tika bermalam rumah Uje ke, bercuti dengan Cekengah ke...) baru saya makan jering. Itupun jika jumpa jering kat kedai.

Hidangan jering saya jenis yang simple sahaja. Yang penting ada cili, biar rasa pedas-pedas sedikit dan ada ikan bilis rangup. Kadang-kadang, saya rebus terlebih dahulu jering tua, kemudian cicah budu, makan dengan nasi panas. Nyummmm nyummmmm! Tidak pun, setelah direbus saya goreng sebentar dan ratah begitu sahaja. Sedapppppp! OK, jom tengok resepi mudah jering goreng versi saya.


Resepi Jering Goreng

Selasa, Mei 30, 2017

Resepi Air Fryer - Ayam Goreng Kunyit Sepinggan Lengkap

Sebelum ini saya pernah tulis beberapa entri resepi menggunakan air fryer seperti Cendawan Goreng, Sayur Campur Honey BBQ dan Ayam Goreng Rempah. Hari ini, satu lagi resepi mudah (dan tidak menggunakan minyak langsung) - Ayam Goreng Kunyit.

Untuk hidangan ini, kesemua bahan kita masukkan dalam airfryer. Tak ada goreng atau tumis di kuali. Bahan-bahan yang diperlukan: 400 - 500 g ayam yang telah dipotong dan dibersihkan, 2 labu bawang besar dipotong bulat-bulat, kacang panjang, lobak merah, sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa. 

Mula-mula, perap ayam yang telah dibersihkan dengan serbuk kunyit dan garam. Potong bawang, kacang panjang dan lobak. Banyak mana hendak guna kacang panjang dan lobak merah, terpulang pada cita rasa. 

Setelah itu, masukkan potongan ayam yang telah diperap ke dalam air fryer  dan masak selama 20 - 25 minit. Guna suhu antara 180 - 200 darjah celcius. Sebenarnya, suhu dan jangka masa memasak bergantung kepada saiz potongan ayam dan tekstur ayam yang dikehendaki. Jika saiz potongan ayam kecil, memadai untuk guna 180 darjah celcius, 15 ke 18 minit. Jika potongan ayamnya besar, 25 minit. Inginkan tekstur yang rangup di luar, lembut di dalam? Masak pada suhu 180 darjah celcius selama 25 - 30 minit. Pandai-pandailah adjust suhu dan masa asalkan hasilnya kena dengan selera. Bab-bab suhu ini kena bergantung kepada jenis air fryer anda juga.

Ahad, Januari 31, 2016

Kek Lemon 90 saat

Susulan kepada entri Selera Sitrus beberapa hari lepas. Inilah resepi mudah-super-duper-simple kek lemon 90 saat saya. Rasa-rasa craving inginkan sesuatu yang manis dan segar, boleh cuba buat kek ni. Tak perlu kepakaran. Kalian hanya perlu sukatan bahan yang betul dan of course, sebuah microwave. Kalau pakai, dapur arang ke, pemanggang ajaib ke,..tak jadi ye. OK, jom tengok resepinya.


Kek lemon dalam mug Cekebon :)

Resepi Kek Lemon 90 Saat

Saiz hidangan: 1 mug/1 pax
Mug kat atas tu jenis yang besar gabak. Cekebon takut kek lemonnya melimpah keluar. Tetapi, kalau guna mug saiz biasa, cantik je kejadiannya 3/4 penuh mug.

Khamis, Mac 26, 2015

Resepi Mudah - Kerabu Jambu Batu

Saya suka makan buah jambu batu. Kaya dengan serat, buah ini juga jatuh kategori rendah indeks glasemik. Jadi, apabila makan ikut portion yang betul, kandungan gula dalam darah tidak akan spike dan kita akan lambat rasa lapar.


Sebut tentang jambu batu, siapa pernah makan kerabu jambu batu? Jom cuba resepi mudah ni. Senang sahaja untuk membuatnya. Sedap ke tidak? Dap dap dap!

Kerabu Jambu Batu
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 biji jambu batu (hiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • beberapa tangkai cili padi (hiris)
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 3 - 4 sudu besar kerisik kering/kelapa goreng
  • garam dan gula secukup rasa
  • perahan jus air limau nipis secukupnya

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Tumbuk cili api bersama bawang putih dan belacan.
  2. Satukan dengan bahan-bahan lain. Masukkan air limau nipis mengikut kemasaman yang dikehendaki. 
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul hingga semuanya sekata.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!


Selasa, Januari 27, 2015

Resepi Mudah - Lobak Merah Rosemary

Lobak Merah Rosemary

Bagi siapa-siapa yang tak ada idea nak prepare hidangan sayur, boleh cuba resepi simple ni. Lobak merah dihiris memanjang, 2 - 3 ulas bawang putih dicincang halus (Jangan ikut macam akak yang malas ni. Bawang putih tu dah besar saiz sebiji dadu hihihi).

Panaskan sedikit minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh,..nak guna marjerin atau mentega pun boleh), tumis bawang putih. Kemudian, masukkan beberapa tangkai daun rosemary sebelum kita masukkan lobak. Gaul sekata. Perasakan dengan garam. Biarkan seketika atas dapur. Dah boleh angkat dan dihidangkan. Saya suka lobak yang crunchy, jadi tak masak lama sangat. Kalau mahu, tambahkan sedikit air dan masaklah lebih lama untuk lembutkan lobak tu.

Selamat Mencuba!


Psttt! Guna resepi yang sama, hidangan lobak ni boleh juga disediakan dengan kaedah panggang/bakar di dalam oven. Sedap gak!


Khamis, Oktober 16, 2014

Resepi Mudah - Ikan Bilis Air Asam

Mari! Mari! Mari! Siapa-siapa yang suka makan ikan bilis tu, jom cuba buat resepi ni. Sangat mudah untuk disediakan. Wajib buat dalam portion yang besar sebab takut berebut apabila makan ramai-ramai hahaha!


Ikan Bilis Air Asam


Resepi Ikan Bilis Air Asam

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Segenggam atau dua ikan bilis (buang kepala dan bersihkan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 batang cili hijau (hiris serong)
  • 7 batang cili api (hiris serong) *Kalau tak makan pedas, jangan letak.
  • 1 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga rangup. Ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam lebih kurang dua sudu minyak. Tumis bawang besar, cili hijau dan cili api.
  3. Masukkan air asam jawa. Jangan terus tuang semua. Agak-agaklah kemasamannya. Perasakan dengan garam. Biarkan hingga mendidih. Siap dah!
  4. Untuk kekalkan kerangupan ikan bilis, masukkan ikan bilis ke dalam kuah asam hanya apabila lauk sedia untuk dihidangkan.

Pertama kali saya cuba resepi simple ni. Best sangat! Licin-licau! Selama ni kalau buat ikan bilis goreng, saya tidak letak air asam jawa. Hanya tumis dengan bawang besar dan cili hijau je. Nanti kalau dah cuba, jangan lupa kongsi pendapat kalian di sini ye!


Sabtu, Julai 19, 2014

Resepi Mudah - Sambal Hijau Tempe dan Tauhu


Sambal tempe dan tauhu ni mudah je nak disediakan. Selalunya saya buat guna cili merah atau cili kering. Kali ni tukar selera, kita guna cili hijau pula. Goreng tauhu dan tempe yang telah diperasakan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. Tumbuk kasar cili hijau (lebih kurang 10 biji) dan tumis bersama sebiji bawang besar (didadu) sehingga cili masak. Masukkan dua sudu besar cuka putih dan sedikit garam. Biarkan seketika. Kemudian, gaulkan dengan tempe dan tauhu. Sedia untuk dihidang :)


Eh, kejap! Biar saya tepek resepi sambal hijau di bawah ini:


Resepi Sambal Hijau Mudah

Bahan yang diperlukan:
  • 1 - 2 labu bawang besar (potong dadu)
  • 4 - 5 ulas bawang putih (mayang)
  • 6 batang cili hijau dan 5 batang cili api (cili ni ikut citarasa masing-masing - boleh tumbuk/blend saja)
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Panaskan kuali. Masukkan 2 ke 3 sudu minyak. Tumis bawang merah, diikuti dengan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili hijau dan cili api. Tumis hingga garing. Masukkan asam keping. Perisakan dengan garam. Hasilnya sepatutnya jadi macam sambal berlada hijau.