Memaparkan catatan dengan label Tips Berguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Berguna. Papar semua catatan

Ahad, Ogos 18, 2019

Berbaloi di DAISO - Metamine Sponge

Jika ke DAISO, antara barang yang akan saya beli dan jadikan stok di rumah ialah 'Metamine Sponge'. Bagi saya sponge di bawah ini sangat berbaloi untuk dibeli. Metamine sponge DAISO ini didatangkan dalam pelbagai saiz; ada besar, sederhana dan kecil. Tidak silap saya, yang saya pilih ini saiz kiub kiut-miut paling kecil. Apa kegunaan metamine sponge?

Banyak! Sponge ini boleh bantu kita dalam nak bersihkan kotoran degil pada permukaan tertentu. Tidak perlu gosok, tenyeh atau sental. Simply ambil kiub yang hendak digunakan, rendam seketika di dalam air kemudian sapukan pada bahagian yang hendak dibersihkan.


Metamine sponge DAISO

Kebiasaannya saya guna sponge ini untuk bersihkan celah-celah dapur memasak, cuci sneakers dan beg yang kotor kena stain. Macam beg saya dalam gambar ini, hodoh betul kotoran yang melekat kan? Bercapuk-capuk, berbintat sana sini. Jadi, di sinilah peranan metamine sponge diperlukan!

Khamis, Februari 07, 2019

Stainless Steel Straw

Ini kisah penghujung tahun lepas tidak silap saya. Tetapi, nak cerita juga di sini sebab sekarang ini kita dah tak boleh guna straw plastik. Bagi yang biasa minum guna straw atau yang memang sukar minum tanpa straw (sebab nanti rasa ngilu ke tak selesa ke) ini alternatif untuk kalian - stainless steel straw.



Set straw stainless steel ini saya belikan untuk Cekengah semasa sale 12.12 Lazada tahun lalu. Asalnya, Cekengah bawa saya bersarapan di Common Man Coffee Roasters, TTDI. Kebetulan, air yang dipesan Cekengah tak ada straw. Bila kami minta, dapat pula straw stainless steel. Punyalah Cekengah excited. Saya pula jenis tak kisah sangat ada straw atau tidak. Lagipun, selalu jika makan di luar, saya akan pesan air panas atau minum air putih yang dibawa dari rumah sahaja.

Selasa, September 11, 2018

Tips Dapur - Cara Simpan Kelapa Parut

Sebelum ini saya pernah tulis entri mengenai cara menyimpan halia supaya tahan lebih lama dan tidak kecut/rosak. Kali ini, tips dapur yang ingin saya kongsi ialah cara saya simpan kelapa parut untuk masakan.

Kebiasaannya, sebelum ini saya guna santan kotak yang telah ditrim lemaknya. Tetapi, sekarang ini saya cuba kurangkan penggunaan produk yang diproses dalam diet harian. Tidaklah secara total. Apa yang termampu. Bila terdesak dan tak sempat, guna santan kotak juga.

Berbanding santan yang telah diperah, saya lebih suka beli kelapa parut. Seronok sekali sekala perah santan masa nak masak. Satu bentuk terapi gitu! Jadi, apa yang akan saya lakukan, setiap kali ke kedai runcit, saya akan beli dalam 2 ke 3 biji kelapa, siap diparut.

Jika ada dalam perancangan nak buat kuih seperti onde-onde atau kaswi, saya akan minta pekedai tu asing siap-siap kelapa parut yang putih. Jika tidak, campur je sekali dengan kelapa parut yang ada cebisan-cebisan kecil tempurung.

Balik rumah, asingkan kepada beberapa bahagian. Saya buat dua portion berbeza. Yang besar untuk hidangan memerlukan banyak santan seperti nasi lemak, gulai dan kari. Manakala yang kecil untuk dibuat lempeng atau cucur. Masukkan ke dalam plastik. Leperkan kandungannya supaya lebih mudah disusun dalam peti dingin beku.



Jumaat, Ogos 24, 2018

Papan Pemotong IKEA

Papan pemotong IKEA di bawah ini memang antara produk IKEA kegemaran saya. Satu, sebab landasannya besar, luas. Papannya pun tebal. Sturdy. Jadi tahan lama. Masa mula-mula keluar dahulu harganya cuma RM5/sebuah. 



Di rumah ni, saya ada 3 papan pemotong. Satu untuk kegunaan biasa - potong bawang, potong buah dan sayur. Satu lagi untuk daging, ikan dan ayam dan yang terakhir untuk potong roti/baking purpose. Selalunya apabila papan pemotong untuk kegunaan biasa ni dah teruk rupanya, saya akan ganti yang baharu. Yang lama tu dijadikan untuk daging, ikan dan ayam. Papan lama daging, ikan dan ayam dibuang. Bgitulah kitarnya. Yang untuk roti pula jarang tukar, tahan lama berbanding yang lain sebab guna masa nak potong sandwic, baguette dan uli roti je.


Sekarang jarang ke IKEA. Jadi, apabila Cekengah singgah IKEA Mutiara Damansara baru-baru ini, saya kirim papan pemotong kesukaan saya. Harganya RM7.90 sahaja. Punyalah excited! Untuk papan berkualiti dan tebal begitu, bagi saya sangat-sangat berbaloi apabila dapat purchase dengan harga bawah RM10.

Selasa, Jun 19, 2018

"Cikgu ... tercabut kat tengah!"

"Cikgu ... tercabut kat tengah!" Itu rengekan manja yang biasa didengar daripada anak didik saya tatkala halaman buku latihan tercabut di bahagian tengah.

Pernah berdepan dengan situasi begini?

Jumaat, Disember 22, 2017

Cara Buat Huruf Blok 4 x 7

Pernah dengar tentang huruf blok? Biasanya orang panggil huruf tiga lima (3 X 5). Ada yang terimbau kenangan buat huruf blok waktu sekolah dulu-dulu? Saya semasa di sekolah menengah pelajar art stream dan memang ambil subjek Pendidikan Seni. Bukan pandai sangat pun bab-bab seni ni. Tetapi nak cukupkan 9 subjek untuk SPM punya pasal heheheh. Jadi, familiar jugalah dengan huruf blok. Terutama sekali kalau buat tugasan poster. Mahu tidak mahu kena tahu cara-cara buat huruf blok. Senang untuk reka letak tulisan pada poster.

Sebelum ini, saya pernah tulis entri berkenaan huruf 3 X 5 dan cara-cara nak membuatnya. Sebenarnya 3 dan 5 merujuk kepada bilangan kotak yang kita gunakan untuk buat huruf. Dengan adanya kotak-kotak ini, lebih seragamlah huruf blok yang dihasilkan. Jemput baca mengenainya di sini - Cara Buat Huruf Blok 3 x 5

Selain ukuran 3 X 5, kita turut boleh membuat huruf blok dengan ukuran 4 X 7. Di bawah ini saya sertakan gambar sebagai panduan. Setiap huruf menggunakan 4 kotak melintang atau mendatar dan 7 kotak menegak kecuali huruf M dan W.

Rabu, Mei 03, 2017

Memilih Swimming Suit yang Sesuai untuk Aktiviti Air


How to choose the right swimming suit? Bagaimana hendak memilih swimsuit yang sesuai? Haaa, tentunya persoalan ini menghantui fikiran kita dan buat kita jadi tertanya-tanya. Bagaimana caranya untuk memilih pakaian renang yang terbaik, yang padan untuk diri sendiri? Apatah lagi jika kita sedang menyiapkan diri untuk percutian indah lagi mendamaikan di tepi pantai mahupun di pulau.

Bagi sesetengah wanita membeli swimming suit ada masanya memenatkan. Prosesnya boleh jadi rumit, melecehkan dan akhirnya kita ended up dengan sepasang (atau dua) swimsuit yang ‘hanya cukup makan’, sekadar main beli sahaja. Akhirnya, hati berdongkol sebab swimsuit yang dibeli tak menepati kehendak. Sayang kan,..

Sebenarnya, nak dapatkan swimsuit sesuai untuk badan dan membuatkan kita rasa selesa adalah tidak mustahil. Saya ulang,...TIDAK MUSTAHIL! 😃

Jumaat, Januari 20, 2017

Carabiner untuk Shopping

Baru-baru ini semasa saya dan Bott bersiap-siap nak keluar, si Bott kecoh carabiner dia hilang. Sibuk menggagau cari ke sana ke mari, tak ingat dia letak mana. Tak tahu apa itu carabiner? Ni salah satu contohnya,..


Carabiner ni selalu digunakan untuk outdoor activities. Tapi, kami berdua bukan nak keluar buat aktiviti-aktiviti mencabar macam climbing ke apa. Kitorang nak pergi shopping je. Heheheh. Yes, pergi shopping pun kena ada carabiner tau! Barulah tenteram jiwa nak berbelanja sepanjang hari.

Isnin, Oktober 17, 2016

Mulakan Hari dengan Teh Halia dan Lemon

Sejauh manapun addiction saya pada kopi, sekali-sekala saya kena struggle jugak untuk kata tidak pada minuman kegemaran saya ni. Banyak sangat coffee consumption tak elok untuk badan. Almaklumlah, kandungan kopi tu sendiri berasid.

Jadi, pada hari-hari yang saya tidak (more to terpaksa) minum kopi, saya akan mulakan hari dengan secawan teh lemon dan halia. Teh lemon dan halia ni elok tau untuk badan.


Antara manfaat dan kebaikan teh halia dan lemon ialah:

Khamis, Oktober 13, 2016

Idea Hadiah Perkahwinan dan Ulang Tahun Perkahwinan

Untuk bulan Oktober ini saya terima beberapa jemputan kahwin dan majlis sambutan ulang tahun perkahwinan. First thing that came into my mind, nak beri hadiah apa?

Dalam keadaan saya yang masih ulang-alik berpindah, terkejar-kejar melunaskan urusan dalam dunia baru saya,..memang mati akal. These people are close to me so niat di hati memang nak beri sesuatu yang istimewa. Nak keluar pusing-pusing untuk cari hadiah memang tak sempat, apa lagi nak buat sendiri.

Makanya, masa untuk berurusan dengan pakar personalised gifts saya - Printcious. Tengok ni, Printcious ada solutionnya :) Cuci mata dan pilihlah hadiah yang sesuai.


I already have a few things dalam fikiran yang rasanya sesuai dijadikan hadiah perkahwinan atau ulang tahun perkahwinan teman-teman saya.

Jumaat, Julai 29, 2016

Nak Paksa Anak Pandai Karangan

Sepanjang lebih sedekad saya buka kelas bantuan belajar, subjek bahasa merupakan kelemahan utama pelajar-pelajar. Satu, dek kerana sikap sendiri yang menganggap bahasa itu mudah. Ambil lewa jelah. "Kita kan tiap-tiap hari cakap BM, tak kanlah tak boleh score!" Itu baru 'omelan yakin' si anak. Jangan terkejut jika ada parents yang share the same view! Ada ibu bapa yang hantar anak kepada saya memilih untuk tidak mengambil subjek bahasa. "BI dengan BM tu dia boleh belajar di rumah!" Sedangkan apabila saya melihat keputusan peperiksaan si anak, setara lemahnya dengan subjek Sains dan Matematik. Malah, BM yang 'boleh belajar di rumah' itu pun grednya bukan B, bukan C, tetapi GAGAL.

Dua, anak-anak ini tiada budaya membaca. Generasi gajetlah katakan. Kurang membaca, maka kuranglah kemahiran nak menghasilkan ayat. Penulisan atau Essay dah ibarat satu beban buat mereka. 

Hari ini saya nak kongsi pengalaman saya mengatasi masalah ini. Berkesan untuk semua peringkat baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Memandangkan kita tidak boleh paksa mereka membaca (walaupun ada Program Nilam di sekolah), kita paksa mereka baca contoh karangan supaya boleh hasilkan karangan yang baik.

Khamis, Jun 02, 2016

Kayu Sakti Betulkan Alignment Tulisan Si Cilik

Pernah tengok tulisan si cilik begini?

It's actually four yellow buttons. S dia dah tertelan ;)

Sakit mata kan? Sesak nafas dibuatnya. Ini antara senario biasa dalam Kelas Membaca dan Menulis saya. Belum campur yang tulis senget, tulisan naik ke langit, cangkuk naik atas baris,...Masalah tulisan di atas ialah tiada jarak yang betul antara perkataan-perkataan yang ditulis. Dia main lajak sampai habis. Rasanya kalau letak pencungkil gigi antara perkataan pun tak lepas tu sebab rapat sangat! [Jeling SS kat sini jap!] Berbuih dah mulut cikgu pesan, jarak guna jari...jarak guna jari...tapi dia main redah jugak!

Isnin, Mei 02, 2016

Kalau tak boleh pam ... potong jer!

Assalamu'alaikum,
Selamat datang Mei! 2 haribulan sudah! 
Hari ini saya nak kongsi tips untuk botol losyen berpam. Selalunya apabila kandungannya mula surut dan makin sedikit, kita susah nak pam losyen keluar. Jangan terus buang ye. Buka botol, intai dulu banyak mana lagi tinggal isi kandungannya.



Macam botol Ezerra di atas ni. Pam pam,..yang keluar secotet jek! Pam dah nak sampai mengah dah! Disebabkan di dalamnya ada losyen lagi, jadi saya akan potong dan pendekkan botol ni.

Khamis, Februari 25, 2016

Projek Membantutkan Pertumbuhan Rumput dan Lalang

Projek ini akan saya buat setiap kali selepas potong rumput. Rumah yang saya diami sekarang halamannya luas. Nama nak rajin-rajin potong rumput pakai shears memang tak mampu. Ciput je kawasan yang dapat saya potong. Penatnya dua tiga hari! Jadi, memang kena upah tukang potong rumput. Kebiasaannya, sekali potong sampai pendek, pangkas pokok itu ini, kemas-kemas all in kena dalam dua ke tiga ratus jugalah. (Ini kos untuk satu bulan setengah ke dua bulan.)

Masalahnya, sementara nak tunggu sesi potong rumput yang seterusnya, halaman rumah saya ditumbuhi tompokan-tompokan rumput/lalang yang akan tinggi memanjang mengalahkan rumput-rumput lain! Tak silap saya, orang panggil crabgrass. Sakit mata tengok rumpun-rumpun ni naik mencanak tinggi sedangkan rumput lain masih sederhana panjangnya. Bertambah sakit hati, makin tinggi ala-ala nak jadi skyscrapper, makin kuat akarnya mencengkam bumi. Setiap kali nak get rid of the rumpun-rumpun, kena korek gali hingga akarnya keluar.

Jumaat, Februari 19, 2016

Cara Simpan Halia Agar Tahan Lebih Lama

Assalamu'alaikum.
Salam Jumaat.

Entri kali ini saya nak kongsi cara bagaimana untuk memastikan halia tahan lebih lama. Di rumah saya, halia memang antara ramuan yang perlu sentiasa ada di dapur. Stok tak boleh putus. Selain gunakan untuk masak, boleh buat air halia/teh halia dan sebagai salah satu ingredients utama untuk home remedy - buang angin dan penawar untuk batuk. [Petuanya di sini.]

Saya memang setiap kali beli barang keperluan dapur akan grab halia banyak-banyak. Masalahnya, kadang-kadang akan ada musim kurang/tak pakai halia. Maka terbiarlah halia tu sampai bertunas di dapur. Time rajin pergi tanam, saya tanamlah. Tetapi, dibuatnya waktu tu penyakit M melanda,...terabai 'koleksi'  halia-halia sampai kecut lisut. Masa tulah nak rasa menyesal sebab membazir,...huhuhu

So, I came up with one solution. Disebabkan saya memang suka beli halia dalam kuantiti yang banyak (seperti lemon juga, kononnya nak memastikan kelangsungan stok), saya kena pastikanlah yang halia-halia saya tahan lama. Lagi-lagi jika saya beli stok Reduced To Clear begini.

Isnin, Disember 07, 2015

Ikat Reben Guna Garpu

Assalamu'alaikum,
Apa khabar, semua?
Selamat memulakan minggu baru.
Jangan lupa untuk senyummmmmmm!

Minggu lepas punya search keywords, ramai yang cari cara ikat reben guna garpu :)
Ya, memang tidak salah. Ikat atau simpul reben menggunakan garpu.

Khamis, Oktober 01, 2015

Petua Hilangkan Bengkak Gigitan Kucing

Salam 1 Oktober!

Sekitar minggu perayaan Hari Raya Qurban, jari saya digigit oleh kucing kesayangan. Tak teruk dan tak luka pun tapi terbenamlah sikit giginya yang tajam tu. Si Yuri ni memang jenis suka cakar dan suka gigit. Saya pernah ceritakan di entri ...tapi dia tak calarkan hati kita. Dah biasa kena. Di rumah ni pun, saya seorang je yang berani nak usap, peluk atau gomol dia.

Cuma kali ini, saya cuai. Saya lupa nak bersihkan tangan yang digigit. PENTING! Perkara pertama yang kita kena buat apabila digigit atau dicakar kucing ialah bersihkan luka dengan air yang bersih. Tengok separah mana kecederaannya. Kemudian sapulah dengan antiseptik seperti Betadine. 

Betadine Antiseptic Solution
 Shopee  |  Lazada


Jika teruk, segera jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Bab luka gigitan dan cakaran kucing tak boleh pandang enteng.

Jumaat, Ogos 07, 2015

Get Organized - Cara Kemas Hiasan (Embellishments) Kraf

Salam Jumaat!
Bersiaran sekejap sebelum keluar melangsaikan urusan.

Baru-baru ini, ada seorang adik comel dan sweet e-mel saya, bertanyakan bagaimana saya simpan barang-barang dan material kraf (especially yang kecil) yang saya ada. Bagaimana nak pastikan barang-barang tu sentiasa accessible dan boleh kita maksimakan penggunaannnya.

Hari ini, kita sentuh tentang organizing crafts embellishments. Saya nak tunjuk cara mudah untuk memastikan hiasan-hiasan kraf (crafts embellishments) kita kemas, tersusun dan well-organized. Perkara ni penting sebab kita boleh tahu apa yang kita ada dalam stok untuk dipadankan dengan projek kraf yang kita buat.

Sabtu, Februari 21, 2015

Minyak Kayu Putih untuk Batuk Berkahak

Assalamu'alaikum! Salam Sabtu semua! Hari ni nak cerita tentang khasiat minyak kayu putih untuk redakan batuk berkahak. Belakangan ni, saya berlawan-lawan batuk dengan anak murid. Sakit dada dibuatnya. Dah macam bunyi enjin motorbot tak boleh start pun ada. Saat-saat beginilah Cajuput Oil @ Minyak Kayu Putih jadi peneman setia.

Minyak Kayu Putih Cap Lang

Setiap kali saya kena asma, batuk berkahak, bernafas pun mula whizzing,... saya akan sapukan minyak kayu putih pada dada dan bahagian belakang. Alhamdulillah, minyak ni berkesan dan serasi dengan saya! Tidak lama lepas sapu minyak, akan keluarlah kahak yang menyesakkan dada. Kiranya Cajuput Oil ni ala-ala my 'kahak' inducer lah. Tak perlu pakai Mucinex!

Saya tak pasti keberkesanan jenama minyak kayu putih yang lain, tetapi saya memang pilih Minyak Kayu Putih Cap Lang ni. Harga botol besar 120ml begini sekitar RM10-RM12. Ada juga botol yang kecil. Minyaknya jenis light dan berwarna hijau cair. Tak greasy dan jenis tak panas (bukan macam minyak angin). Bau pun menyenangkan. Jadi, sangat sesuai untuk digunakan pada anak-anak. Bukan sahaja jika mereka batuk, kalau nak sapu untuk panaskan dada elak dingin malam dan kembung perut pun boleh. Cubalah beli sebotol dan simpan di rumah untuk kegunaan satu keluarga :)


Entri lain yang menarik: Panas dalam? Boleh cari Adem Sari :)

Psst! Jumpa nanti. Saya nak sambung edit a few chapters lagi. Then, baru nak blogwalking :)





Selasa, Februari 03, 2015

Cara Mudah Rebus Pasta

Baru-baru ni kat Facebook, ramai kawan-kawan yang shared video cara paling mudah untuk rebus pasta. Memang betul-betul senang! Jimat masa, jimat air. Tak perlu kita didih sampai satu periuk besar air semata-mata nak rebus pasta hingga lembut.

Caranya?
  1. Letakkan pasta yang hendak digunakan dalam periuk atau frying pan.
  2. Tuang air sejuk (Air dari dalam peti ais tau!) sehingga cover permukaan pasta.
  3. Hidupkan api. Biarkan hingga mendidih. Sambil tu kacau-kacau sedikit supaya pasta tak melekat pada bahagian bawah kuali/periuk. Tindakan haba dengan air sejuk akan membuatkan pasta kita lebih cepat masak.

Saya sendiri dah cuba. Tengok ni,..

Al dente! :)

Selalunya apabila nak buat kuah, saya akan simpan secawan dua air rebusan pasta. Haa,..apabila guna method ni, disebabkan airnya dah evaporated, kita akan dapat air rebusan yang kawww...yang pekat! Lagi dap dap dap lah kuah yang bakal disediakan tu :)


Kalau nak tengok cara-cara dengan lebih jelas, tonton videonya di sini.