Memaparkan catatan dengan label Treat for One. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Treat for One. Papar semua catatan

Rabu, Ogos 12, 2015

Resepi Mudah - Banana Puff

Satu hidangan pastri yang amat mudah untuk disediakan. Banana puff ni lebih kurang kacukan antara pastri dengan pie lah. Kebetulan di rumah ada tiga biji pisang yang dah mushy. Nak buat banana pie, rasa malas nak menguli crustnya. Kita guna pastry puff jelah.

Pastry puff yang saya gunakan jenama Kawan. Bersaiz empat segi. Satu pek ada 10 keping dan boleh dibeli di pasar raya. Saya kalau jumpa pastry puff Kawan memang akan beli satu atau dua pek. Jadikan sebagai stok. Senang nak buat treats untuk minum petang. 

Jom tengok resepi Banana Puff.

Resepi Banana Puff

Bahan yang diperlukan:

Sabtu, Julai 25, 2015

Kek Makan 3 Cara!

Hari ni nak cerita sedikit mengenai kek Chocolate Heaven, Le Trianon. Sesiapa yang gemar makan kek coklat, pasti akan suka dengan Chocolate Heaven. Keknya lembap, creamy dan yang paling best, dark chocolate ganachenya menyempurnakan rasa! Terbaik!

First time makan kek-kek Le Trianon ni masa sambutan birthday saya Februari lalu. Boleh baca di sini. Lepas tu terus jatuh chenta! A bit pricey but worth every bite! Berbalik pada kek Chocolate Heaven,...yessss. Boleh makan 3 cara!

1. Biarkan kek pada suhu bilik. Then, potong dan hidang. Kita akan enjoy makan kek yang moist dengan ganache yang smooth and silky. Yummy!

2. Dinginkan kek di dalam peti sejuk hingga ganache mengeras. Potong dan hidang. Kalau cara ni, kita akan nikmati kek dengan chunkiness of the ganache. Extra yummyyyy!

Chocolate Heaven served cold :)

3. Buat ala-ala chocolate lava cake. Panaskan beberapa saat dalam microwave. Serve with one large big scoop of vanilla ice-cream. Heaven yummmmmm!

Ini yang paling saya suka! :)
Sedappppp! Kalori kira kemudian hehehe. Le Trianon ni ada di Ikano Power Center (IPC) dekat underpass tu. Ada satu lagi branch di Citta Mall. Any celebration coming? Bolehlah consider Le Trianon :)


Isnin, Julai 06, 2015

Nasi Goreng Blackpepper

Ni late night supper saya last week. Masa berbuka, saya di luar. Sempat makan roti je. Dah balik baru rasa perut berlubang. So, intai peti ais, godeklah apa yang patut.

Nasi Goreng Blackpepper & Air Coklat Panas

Resepi Jus Alpukat Marvelous!

Jus alpukat @ avocado memang kegemaran saya. Selalu kalau makan di mana-mana restoran makanan Indonesia, memang saya akan pesan jus alpukat. Rasanya lemak-lemak manis, lebih kurang macam smoothie pisang. Tapi, walaupun saya kata sedap, mungkin tak kena dengan selera sesetengah orang. Bott cannot go dengan jus ni. Ct Humairah pon. Maklum sajalah, si paling comel ni kan tak minum susu ;)

Sepanjang bulan puasa, kesukaan terhadap jus alpukat makin menjadi-jadi. Takkanlah tiap-tiap hari nak ajak Bott singgah restoran ayam penyet hanya kerana nak tapau minuman ni. Dapat pula bila nampak je bayang kelibat saya, adik waiter dah sengih dan tanya, "Alpukat ya, mbak?"

Makanya, kita buat sendiri!

Selasa, Mei 05, 2015

Jus Markisa dan Limau Kasturi

Baru-baru ini Cekengah beli buah markisa. Teringin katanya. Tengoklah isi buah markisa ni. Kalau letak atas pavlova, yummmehhhhhh!

Buah markisa

Sabtu, April 25, 2015

French Toast 2 Minit

Di rumah. Petang Sabtu tidak ke mana-mana. Hujan. Time hujan lebat begini, mulalah perut rasa menggigit minta diisi. Nak buat kerja apa pun jadi serba tak kena. Maka, terhasillah French Toast 2 Minit di dalam Mug saya :) 

French Toast in a Mug

Nak sediakan French Toast versi di dalam mug ni tersangatlah mudah. Yang penting kena ada microwave di rumah ye. Tak ada microwave, kita kena buat French Toast atas frying pan, the traditional way.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 - 4 keping roti (bergantung pada saiz mug). Saya gunakan 3 keping roti untuk 2 mug sederhana besar.
  • 1 biji telur 
  • 3 - 4 sudu susu segar. Susu yang bancuh pun tak mengapa. Asalkan dalam bentuk liquid. Jangan letak susu tepung pulak.
  • Serbuk kayu manis mengikut citarasa
  • Sirap mapel atau madu mengikut citarasa


Cara-cara Penyediaan:
  1. Potong dadu roti. Kalau malas, siat-siatkan dan masukkan ke dalam mug. Jangan mampatkan.
  2. Pukul telur, susu dan serbuk kayu manis hingga ketiga-tiganya tergaul sekata. Tuangkan adunan telur ke dalam 2 mug tadi sama rata. Tekan-tekan sedikit bahagian atas roti supaya potongan-potongan roti dapat menyerap adunan telur.
  3. Masukkan ke dalam microwave dan masak selama 1 - 1.30 minit. Masa bergantung pada kepanasan dan suhu microwave. Buat 1 minit dulu, keluarkan. Jika telurnya masih belum masak. Tambah 20 - 30 saat lagi.
  4. Setelah masak, taburkan sedikit lagi serbuk kayu manis dan curahkan sirap mapel atau madu. Nikmati dengan senyuman :)





Isnin, April 20, 2015

Pujuk Diri - Toasted Waffles Aiskrim Coklat

Ya Allah, malasnya nak buat kerja! Dari pagi tadi asyik nak lepak santai je. Baru angkat jari nak buat sesuatu yang ada kena mengena dengan kerja, mood malas berduyun-duyun datang menyerang. Angkat jari je,...tetiba pergi tengok TV. Angkat jari lagi,...pergi main komputer,...angkat jari lagi,..buka peti sejuk :)

Alang-alang dah buka peti sejuk tu, maka terhasillah...

Wafel Bakar dengan Aiskrim Coklat

Rabu, Mac 25, 2015

Ubi Cilembu Bakar

Ni kisah beberapa hari lepas. Bangun pagi je tiba-tiba teringin nak makan ubi cilembu bakar. Melampau tak? Penangan edit manuskriplah ni. Ada pula sentuh bab ubi cilembu. Lepas tu, kenalan saya di Jakarta boleh pula upload gambar dia makan ubi ni. Pingin ubi cilembu! Pingin ubi cilembu!

Ubi cilembu sebenarnya salah satu spesies keledek yang banyak terdapat di Indonesia. Turut dikenali sebagai ubi madu dek kerana rasanya yang manis. Apabila ubi ni dibakar atau dipanggang, kandungan gula di dalam ubi ni akan meleleh keluar dan caramelized. Tekstur ubinya akan kelihatan seperti bersira dengan gula merah.

Pagi tu jugak saya rengek dekat Bott nak pergi cari keledek bakar. Tidak silap saya, dekat kedai yang selalu jual buah berangan, ada baked sweet potato juga. Bott pening kepala. "Confirm ke kat kedai tu ada ubi cilembu?!" Saya dengan confident angguk kepala. Dah masuk Malaysia, tak adalah pakai nama ubi cilembu lagi! Jadi 'honey sweet potato' atau keledek madu ;)

Sabtu, Februari 28, 2015

Aiskrim Vanila Kari

Baru-baru ni saya tengok rancangan Chopped, salah seorang contestant-nya tabur serbuk kari atas aiskrim vanila untuk hidangan pencuci mulut yang dibuat. Saya macam, "Whatttt?! Serbuk kari?"

Semangat nak mencuba terus membuak-buka! Nak tahu juga rasanya bagaimana sebab juri yang adili hidangan tu kata best! Kebetulan, memang ada aiskrim vanila di dalam freezer. Apa lagi, mari kita coba!

Aiskrim Vanila Kari dengan Pretzel Mini
Inilah aiskrim vanila kari yang saya olah semula ikut apa yang ada. Hanya perlu beberapa scoop aiskrim vanila kegemaran kalian, taburkan dengan sedikit serbuk kari. Jangan terlalu sedikit, jangan pula terlalu banyak. Kita letak sedang-sedang aja supaya rasa rempah karinya tidak terlalu kuat dan tidak juga ditenggelamkan dengan rasa aiskrim vanila.

Rasa lemak manis vanila bergabung dengan spiciness rempah kari akan lebih ummmphhh jika ada sesuatu yang crunchy! So, saya letaklah sedikit pretzel mini. Nikmati dengan senyuman =)


Selasa, Februari 17, 2015

Resepi Yee Mee Goreng Mudah

Yee Mee Goreng. Inilah sarapan saya pagi tadi. Err, lebih kepada brunch sebenarnya. Sebab mamam dalam kul 11! Tiba-tiba hari ni teringin nak makan yee mee. Tetapi, tak nak makan versi claypot yang soupy-soupy tu. Mau yang digoreng-goreng aja :)

Santapan saya dan Bott pagi tadi =)


Resepi Yee Mee Goreng Mudah (Portion untuk 2 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Yee Mee 2 atau 3 pcs
  • 3 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 3 biji bawang putih (cincang halus)
  • isi daging/ayam (Saya guna lebihan sate daging and hirisan ayam lauk kelmarin. Boleh juga tambah fishcake atau fish balls kalau mahu.)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • beberapa tangkai cili api (ikut citarasa, hiris halus)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap lemak/manis
  • sedikit air masak


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Rebus yee mee sehingga lembut. Tus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan isi ayam/daging. Tumis buat seketika. Letakkan sedikit air supaya berkuah sedikit.
  3. Masukkan tomato yang telah didadu dan hirisan cili api. Sos tiram dan kicap kita letak agak-agak ye. Saya tak guna garam sebab dah ada sos tiram kan. 
  4. Apabila rasa kuah dah OK dan sedap mengikut selera, barulah masukkan yee mee. Kacau hingga sebati. Padam api. Sedia untuk dihidangkan. Nak lebih sedap? Taburkan dengan sedikit bawang goreng :)

Selamat Mencuba!


Psst! Hidangan tak ada sayur! Kami makan dengan hirisan timun. Boleh letak sayur Pak Choy dan bell peppers untuk meriahkan lagi rasa Yee Mee Goreng kita :)

Khamis, Januari 22, 2015

Kerepek Roti Canai

Menu ni akan 'muncul' di rumah apabila ada lebihan roti canai. Kebiasaannya, apabila adik-adik saya bawa Cekebon pergi 'breakfast date' di restoran mamak kegemaran Cekebon dan saya tak ikut sama, mereka akan tapaukan roti canai untuk saya. Tetapi, adik-adik risau saya tak cukup makan kot,..tapau roti macam cukup untuk stok dua tiga hari! Terlebih sudah! Berapa keping sangatlah saya mampu makan. Alih-alih masuk peti sejuk. Berhari-harilah kat dalam tu.

Jadi, apabila bersih-bersihkan peti sejuk,..maka terhasillah Kerepek Roti Canai!

Kerepek Roti Canai
Senang je nak buat. Roti canai yang ada tu dipotong kecil memanjang. Kemudian, goreng dengan minyak yang panas sehingga garing. Tuskan gorengan. Tabur dengan sedikit gula dan gaul sekata. Selalunya saya goreng guna minyak jagung atau minyak canola. Kononnya health conscious-lah hehehe.

Best tau! Rangupppp! Rasanya ala-ala kuih tiram. Oh, bagi yang ada roti canai frozen/instant pun boleh buat kerepek roti canai terlebih sudah ni :)


Selasa, Januari 13, 2015

Jus Epal Pudina

Minggu lepas saya beli Apple Mint. Daun pudina epal ni salah satu daripada variasi daun pudina yang ada di pasaran. Sedap juga. Sesuai kalau letak dalam salad. Atas saranan Cikgu Hazran, (salah seorang rakan blogger yang minat gardening), saya nak tanam Apple Mint buat tambah koleksi di taman herba saya.

Dah cucuk beberapa keratan dalam pasu, lebihan apple mint saya buat jus epal. Bukan sebarang jus. Jus epal pudina tau :)

Jus Epal dengan Daun Pudina Epal ;)

Potong epal. Kisar bersama beberapa helai daun pudina dan segelas air. Jangan letak banyak sangat. Takut bila terlalu minty, tak ada selera pula nak minum. Sesudah dikisar halus, tapis. Hidangkan dalam gelas dengan ais (kalau nak lebih dingin). Untuk finishing touch, letakkan daun pudina.

Sedapppp! Refreshing! Cubalah :)


Ahad, Januari 04, 2015

Nutella Cheese Toast Sandwich

Gloomy day? Not for me! Hehehe pagi Ahad mood ceria sampai ke langit lepas sarapan. 😊 Hari ini saya usahakan apa yang ada di dalam peti sejuk sahaja untuk buat hidangan sarapan. Gara-gara malas bersiap untuk keluar.


Alhamdulillah. Inilah hasilnya - Nutella Cheese Toast Sandwich. Roti bakar keju bersapu Nutella.

Nutella Cheese Toast Sandwich

Senang sahaja cara untuk menyediakan hidangan roti bakar keju ini. 

Bahan-bahan yang diperlukan - roti potong, keju keping (saya guna jenama Mother’s Choice), parsley dan sapuan Nutella. Jika hendak guna sapuan coklat atau mentega kacang pun boleh. Tiada daun parsley, gantikan dengan hirisan daun bawang. Then, of course kita perlukan sandwich maker.


Dalam proses … 😊

Ambil dua keping roti. Di atas salah satu roti, letakkan keju keping dan taburkan hirisan daun parsley sesuai selera. Katup dengan roti yang satu lagi. Boleh juga sapu sedikit mentega pada bahagian dalam dan luar roti, tapi saya tidak letak :) 

Kemudian, bakar roti menggunakan sandwich maker. This will take about 2 or 3 minutes (depends on your sandwich maker). Setelah siap, sapukan bahagian luar roti dengan Nutella semewahnya. 

Potong kepada dua bahagian. Sedia untuk dinikmati!

Alhamdulillah. Sedap dan yang penting, mengenyangkan! Rasa lemak keju yang mencair pada roti bakar garing, ditambah pula dengan sapuan coklat kacang hazel… memang betul-betul menyelerakan.

Sarapan yang berbaloi untuk memulakan hari dengan ceria. 😊

Have a blessed Sunday!

Selasa, Disember 23, 2014

Layan Blues dengan Bislor


Hari ni seharian tak nampak matahari. Dari pagi gerimis tak berhenti. Sejuk-sejuk begini, nak buat apa pun tak ada mood. Macam nak berkelubung bawah selimut dan bobok je. Dalam pada tu risau juga, harap-harap boipren bernama Mr. Asthma tidak datang menjengah. Nafas dah mula acah-acah rasa sempit ni. 

Tengah blink-blink fikir apa nak buat, saya pun masuklah ke zon selesa kegemaran saya. My kitchen! Mata roaming cari apa nak buat untuk dimamam. Sebab mood tak berapa nak best, saya buat Bislor! Bislor i.e. biskut + telur ni ala - ala comfort food buat saya. Dulu-dulu kalau bad mood ke, demam, tak ada selera nak makan ke,..selalu rengek Cekebon buatkan Bislor. Ada orang suka makan biskut tawar dengan susu pekat dan Milo kan...haaa saya kurang gemar yang itu. Too sweet for me. Tapi kalau biskut dengan telur, saya tidak akan tolak!

Bislor untuk minum petang saya :)

Resepi Bislor Cekebon
Saiz hidangan: 1

  • 4 - 5 keping biskut tawar (pecahkan kepada dua atau empat)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 batang cili hijau (hiris serong dan buang biji)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak canola


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bawang dan cili hijau. Kemudian, masukkan biskut. Biar sehingga biskut soggy sedikit kena minyak. 
  3. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah. Tuangkan telur ke atas biskut. Biarkan seketika.
  4. Gaul rata. Agak-agak telur dah masak dan biskut dah lembik, boleh angkat.
  5. Makan begitu sahaja atau nikmati dengan sedikit sos cili.

Selamat Mencuba!


Khamis, Disember 18, 2014

Roti Bawang Putih Pejam Mata

Garlic Bread

Haaa...pagi-pagi dah buat entri makanan. Inilah hidangan minum petang saya semalam. Kan kononnya tengah edit-edit dokumen, tiba-tiba rasa lapar datang. Tapi, saya tak makan dengan sup cendawan. Makan begitu je krup krap krup krap.

Tengah feeling-feeling santap roti ni, tiba-tiba ada tetamu la pulak. Kak Wa, salah seorang parents kepada anak murid saya, datang nak tanya tentang kelas untuk tahun depan. Heheheh Kak Wa ni mesti 'windu' sama saya,..siap datang rumah lagi. Padahal selalu tu boleh calling-calling je ;)

Langkah kanan Kak Wa petang semalam. Jamu dia minum petang sama-sama. 

"Kau buat ni Farrah?"
"Mmm."
"Pandainya ko! Bukan remeh ke nak buat roti ni?"
"Senang je kak. Akak beli roti perancis tu. Tumbuk 3-4 ulas bawang putih, masukkan minyak zaitun/marjerin, garam sedikit. Sapu kat roti. Tabur parsley. Bakar." 

Kemudian, saya terangkan kat Kak Wa variasi resepi mudah garlic bread yang boleh dibuat.

"Ohhhh senang je rupanya! Mati-mati akak ingat leceh. Pejam mata pun boleh buat!"

Amboi, kak! Tak sesuai pejam mata kat dapur kot! Hahaha so, tataplah 'Roti Bawang Putih Pejam Mata' saya  :) Have a great day!


Khamis, Disember 11, 2014

Susu Pisang ala-ala 'Banana Milk' Korea

Hari ni saya keluar shopping barang keperluan dapur. Dah buat plan keluar, lupa pula hari ni Selangor cuti! Ya Allah, ramainya orang! Atas jalan sesak, dekat hypermarket sesak. Sana-sini penuh orang. Saya yang dah terbiasa shopping waktu lengang tak ada orang, mula pening-pening lalat dibuatnya.

Dalam hypermarket tak usah ceritalah. Setakat laga-laga troli, kena senggol kiri kanan dengan troli yang ditolak oleh 'budak-budak kecil-belum-cukup-umur-belum-cukup-kuat-sudahnya-acik-yang-kena-langgar!' - dah perkara biasa untuk hari ini. Orang beli barang macam esok nak perang! Lagi-lagi sekarang tengah sale sempena Krismas. Bayangkan, saya terpaksa kejar seorang wanita ni hanya kerana dia 'terbawa pergi' troli barang-barang saya. Lama saya terdiam depan troli yang tiba-tiba ada pampers untuk baby huhuhu

Balik rumah, rasa penat sangat! Kalau ultraman, dah menyala-nyalalah alarm kat dada tu. Nak makan pun tak larat. Tapi lapar nih! Alih-alih saya buat susu pisang. Kononnya ala-ala banana milk yang popular di Korea tu.

Susu Pisang

Saya guna pisang segar, segelas susu Anlene dan sedikit gula perang. Since guna pisang betul, teksturnya seperti smoothie. Agak pekat. Alhamdulillah, kenyang! =)

Oh, kalau teringin nak buat banana milk versi Korea, boleh cuba resepi ni:

1 cawan susu full krim
1 sudu besar gula
1/4 sudu teh banana extract

Nite nite! Rombongan blogwalking saya terpaksa ditunda buat sementara waktu. 'Acik' kena rehat ;)


Jumaat, September 26, 2014

Peanut Butter French Toast untuk Sarapan

Selamat Hari Jumaat, semua! Dah sarapan? Makan apa? Hari ni saya buat french toast untuk sarapan (yang lebih kepada brunch sebenarnya). Tetapi, ini bukan french toast biasa. Ada filling peanut butter di dalamnya :) 

Tidak cukup itu, lapisan luar disalut pula dengan oat. Rangup emping oat di bahagian luar roti … peanut butter yang meleleh keluar … memang lazat dan mengenyangkan! 

Jom intai resepi french toast mentega kacang di bawah. Mana tahu bakal jadi salah satu hidangan sarapan kegemaran kalian pula.


Peanut Butter French Toast with Oat

Peanut Butter French Toast with Oat (Portion for 1-2 pax)

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 biji telur
  • 4 keping roti (Saya guna roti fibre.)
  • Mentega kacang yang secukupnya (Kebetulan di rumah ada mentega kacang berlapis dengan coklat)
  • 3 sudu besar instant oat
  • 2 sudu besar susu (Kalau tak letak pun tak apa)
  • Secubit garam jika mahu. (Saya tak letak pun.)
  • Sedikit mentega/marjerin untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Ambil dua keping roti. Sapukan mentega kacang pada roti semewahnya. Kapit roti kemudian potong kepada dua bahagian. Lakukan yang sama pada baki dua keping roti lagi.
  2. Pukul sedikit telur + garam (jika menggunakan garam).
  3. Ratakan instant oat di atas piring.
  4. Celup roti ke dalam telur. Kemudian, letak roti di atas piring dan sadurkan sehingga semua bahagian dilitupi dengan oat.
  5. Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit mentega atau marjerin. Masak roti di atas kuali leper selama 2 - 3 minit. Terbalikkan roti dan masak sisi yang satu lagi untuk tempoh yang sama. 
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!



Rabu, September 17, 2014

Kepak Ayam BBQ Mudah


Untuk 'Treat For One', saya nak share resepi super simple Ayam BBQ Mudah. Hehehe,.. mana tak mudahnya, pakai sos BBQ yang ready made. OK, yang ini Hunt's Honey Hickory BBQ Sauce. A bit manis bagi saya tapi sedapppp!

So, apa yang perlu dilakukan,...lumur ayam yang hendak dipanggang dengan sos BBQ tadi. Then, masukkan dalam oven (Panaskan dahulu lebih kurang 15 minit pada suhu 210-230 darjah celcius - bergantung pada oven masing-masing ye). Panggang selama 10 minit. Kemudian, keluarkan dari oven. Terbalikkan ayam. Sapu satu lagi lapisan sos dan panggang selama sepuluh hingga lima belas minit. Sedia untuk dimakan!

Sos BBQ seperti ini ada macam-macam jenis dan perasa di pasaran. Julat harga antara RM8 - RM13 sebotol, bergantung pada jenama. Belilah sebotol buat stok. Time terasa nak makan tapi malas nak prepare meal yang proper,...boleh cuba kepak ayam BBQ ni :)


Selasa, September 09, 2014

Affogato kot,..

'Affogato', yang bermaksud 'drowned' ialah sejenis Italian dessert dibuat daripada kombinasi aiskrim vanila dan espresso. Sedapppp tau! Sibuk buat kerja-kerja depan komputer, tiba-tiba nak makan something sweet.

Kredit: tastefood.typepad.com
Resepi Affogato
1 atau 2 scoop aiskrim vanila
shot of espresso

Cara-cara: 
Scoop aiskrim ke dalam mangkuk. Pastikan aiskrim benar-benar sejuk. Kemudian, apabila hendak makan, tuangkan espresso panas ke dalam mangkuk. Nikmati dengan senyuman :)

Since dekat rumah ni tak ada aiskrim vanila dan espresso, saya buat versi 'drowned' saya sendiri. Guna aiskrim coklat, instant coffee (tanpa gula) dan taburan coklat cip. Rupa tak secantik affogato kat atas, tapi rasanya yummyyyyy! Cubalah!

'My Affogato'

Isnin, Ogos 18, 2014

Roti Telur Kayu Manis

Malam tadi kena stay-up sekejap untuk siapkan kerja. Tiba-tiba perut meraung minta diisi. Aisy...laparlah pula! Terus masuk dapur buat roti telur kayu manis untuk supper.

Roti telur kayu manis.


Resepi Roti Telur Kayu Manis (untuk 1-2 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 keping roti (belah dua)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu (Kalau tidak mahu letak susu pun tidak mengapa)
  • secubit garam
  • sedikit serbuk kayu manis. Banyak mana tu ikut cita rasa. Jika inginkan rasa kayu manis yang lebih ketara, letaklah lebih sedikit.
  • sedikit minyak sayuran/ minyak zaitun/ mentega atau marjerin untuk goreng roti di atas kuali leper.

Cara Penyediaan:

  1. Kacau rata telur, susu, garam dan serbuk kayu manis dalam sebuah mangkuk.
  2. Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit minyak/marjerin atau mentega.
  3. Celup roti ke dalam adunan telur tadi dan goreng hingga kedua-dua sisinya masak.
  4. Sedia untuk dihidang. Kalau nak lebih sedap, taburkan sedikit gula kasar di atas roti. Tetapi, saya lebih suka makan macam tu je :)

Okey, selamat memulakan minggu baru!