Memaparkan catatan dengan label Snek Kunyah-kunyah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Snek Kunyah-kunyah. Papar semua catatan

Rabu, Januari 20, 2021

Resepi Air Fryer - Biskut Oat Tiga Bahan

Hari ini saya ingin kongsi resepi biskut oat kegemaran saya yang disediakan menggunakan air fryer. Resepi ini versi sihat dan rendah kalori. Boleh dijadikan sarapan ringkas malah sesuai sangat sebagai snek buat yang suka mengunyah macam saya.

Apa yang menarik ialah biskut ini hanya menggunakan 3 bahan. Ya, 3 bahan. Bagi yang mengamalkan diet eat clean, ketiga-tiga bahannya lulus untuk kalian 👍🏼. Okey, mari kita tengok apa tiga bahan yang saya maksudkan.


Resepi Biskut Oat Sihat 3 Bahan

Biskut Oat Rendah Kalori

Rabu, November 04, 2020

Resepi Popcorn Tauhu

Hai semua! Hari ini saya ingin kongsi satu lagi hidangan mudah berasaskan tauhu. Popcorn tauhu. Boleh dijadikan lauk, makan bersama nasi atau sediakan sebagai makanan cekut untuk dihidangkan kepada keluarga atau tetamu. Hendak masak popcorn tauhu ini sangat mudah. Bahan utama yang kalian perlukan ialah tauhu dan Tepung Bestari. Ya, betul. Tepung Serbaguna Bestari yang orang selalu guna untuk buat goreng-gorengan tu. 

Beginilah rupa paras kejadiannya.

Popcorn tauhu yang enak!

Terliur tak? Sudah rangup bersalut begini, orang yang kurang gemar makan tauhu pun akan suka tau! OK, waktu untuk intai resepi.

Ahad, Oktober 25, 2020

Resepi Air Fryer - Tempe Goreng Garing dan Sos Harrah

Siapa suka makan tempe? Selain dibuat lauk, saya suka makan tempe goreng garing begitu sahaja. Sedap dikunyah sebagai snek waktu gatal gigi. 😆 Kali ini goreng tempe guna air fryer. Untuk resepi tempe ini, tempe dihiris nipis. Kemudian, saya perasakan dengan sedikit serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. 

Banyak mana? Agak-agak je. Oh, jangan lupa letak garam secukup rasa. Gaul sekata semua rempah dan sedia untuk digoreng.

Sejak ada air fryer, memang apa hidangan yang boleh disediakan menggunakan air fryer, saya akan guna air fryer. Dapatlah sediakan juadah yang lebih sihat, kurang minyak. Letakkan ke dalam bekas air fryer. Jangan terlalu penuh, nanti susah udara panas nak circulate untuk masak hidangan kita) dan masak selama 15 minit.

Bersedia untuk dimasak manja dengan air fryer 😉

Isnin, April 20, 2020

Layan Jiwang dengan Starbucks Parmesan and Dill Cashews

Saya ni jenis suka mengunyah. Mulut tak boleh nak rehat hahahah. Kalau menonton televisyen, buat kerja di hadapan komputer atau sekadar duduk-duduk rehat di ruang tamu, mesti nak kena ada sesuatu untuk dimakan. 

Inilah tabiat tidak sihat saya yang sukar dikikis sejak dahulu. Asyik 'gatal gigi' sepanjang masa! Dahulu stok kerepek, kacang, maruku dan potato chips (macam-macam jenama dan perasa) memang sentiasa ada dekat rumah. Dah tua nilah baru rasa insaf sedikit, tak sampai hati nak aniaya tubuh sendiri lagi. Jadi, perlahan-lahan ubah kepada snek dan makanan 'kunyah-kunyah' yang lebih sihat, pilihan yang lebih berakal konon-kononnya. Tidaklah junk food semata!

Hari ini nak kongsi salah satu snek kunyah-kunyah kegemaran saya - Starbucks Parmesan and Dill Cashews. Sekali rasa terus jatuh cinta! Sedapnya! Gajus yang diperasakan dengan keju parmesan dan herba dill memang kombinasi terbaik! Cukup rasa lemak, masin berempah semua. Sebelum ini saya agak skeptikal dengan herba dill ni. Tak sangka saya suka rasanya. 

Starbucks Parmesan and Dill Cashews ini memang tak boleh bajet nak makan satu genggam kecil je. Lupakanlah andai punya hasrat konon-konon nak makan/snacking ikut portion. Tahu-tahu tanpa sedar boleh habis satu bungkus terus! 


Starbucks Parmesan and Dill Cashews.

Isnin, Oktober 07, 2019

Kacang Kuda untuk Kunyah-kunyah

Assalamualaikum semua. 
Selamat sejahtera. 
Moga hari ini kalian baik-baik sahaja.

Ini entri pertama saya untuk bulan sepuluh. Seperti biasalah, harap dapat konsisten tulis entri blog. Tetapi, ada sahaja kekangan. Baru sekarang sempat jengah blog balik.

Siapa di sini suka makan kacang kuda rebus? Well, chickpea is my favourite. Boleh kata apa sahaja hidangan yang ada kacang kuda, saya akan suka apatah lagi kacang kuda rebus.

Dahulu semasa kecil, Cekebon hantar kuih untuk dijual di kantin sekolah. Selain daripada kuih udang, Cekebon akan buat kacang kuda rebus dan bungkus dalam pek kecil-kecil. Dalam pada Cekebon sibuk membungkus kacang kuda, saya tolong bungkus masuk perut. 😜

Sekarang ini, stok kacang kuda memang sentiasa ada di rumah. Senang sebab apabila gigi ni gatal dan rasa nak mengunyah, bolehlah rebus kacang kuda untuk dijadikan snek. Selain itu, saya suka guna kacang kuda untuk letak dalam salad, buat inti sandwic dan falafel. Uishhh, sebut pasal falafel, terus rasa air liur meleleh! 

Kacang kuda rebus sesuai untuk dijadikan sebahagian daripada menu harian (snek atara meal) kerana kandungan glisemiknya rendah dan mengenyangkan. Jadi, tidaklah kita akan craving makan yang bukan-bukan.

Bagi yang eat clean, kacang kuda rebus seeloknya dinikmati begitu sahaja. Rebus kosong hingga kacang empuk tanpa garam atau sebarang perasa tambahan. Portion untuk sekali makan agak-agaklah dalam segenggam. 

Kacang kuda rebus saya dan Bott. Yang ini, saya kukus kacang bersama daun kari. Wangi je aromanya.

Isnin, Januari 08, 2018

Jom Buat Kerepek Ngaku | Kerepek Biji Durian

Assalamu'alaikum, 
Kita dah masuk minggu ke-2 untuk tahun 2018. Memandangkan sekarang ni musim durian dan ngaku, saya nak ajak kalian buat kerepek. Kerepek biji durian dan kerepek ngaku. Kedua-duanya rangup berlemak dan sedap dimakan.

Kerepek Ngaku

Kerepek Ngaku (Arrowhead Root Chips)


Ngaku atau arrowhead root ini biasanya jumpa setahun sekali je. Around this time of the year sehinggalah ke Tahun Baru Cina, kita akan nampak ngaku dan kerepek ngaku banyak dijual di kedai dan pasar raya. Malah kerepek ngaku memang menjadi antara snek pilihan yang popular sepanjang keraian ini.

Isnin, Oktober 09, 2017

Honey Butter Cashewnut Korea

Baru-baru ini saya berpeluang merasa salah satu snek dari Korea yang sedap yumm yummm! Sedap bukan main-main! Kacang gajus bersalut mentega dan madu. Siapa yang jenis gatal gigi suka kunyah-kunyah tu memang tidak akan cakap tidaklah. Rugi kalau tolak tau! Snek ini Cekengah kirim pada kawan dia yang pergi ke Korea baru-baru ini.

Haaa, beginilah rupa paras packaging snek Honey Butter Cashewnut yang saya maksudkan.


Bagi yang suka mengunyah macam saya, kalian memang akan enjoy snek ni. Sekali dah masuk mulut, memang tak boleh berhenti! Ketagih dibuatnya. Lepas satu, satu masuk mulut. Kacangnya rangup. Ditambah pula dengan rasa lemak mentega dan manis madu yang rich sangat,...oh,..heaven in your mouth! Krup krap krup krap. Bayangkanlah kacang gajus biasa pun dah cukup sedap, inikan pula yang disaluti madu dan mentega. Habis rosak diet saya huhuhu. Masa makan tu dah tak kira dah calorie intake untuk hari tu, Calorie what?! Tiba-tiba buat lupa 😃 Bott dengan Cekebon kat tepi pun saya tak pelawa. Hahaha! Honey Butter Cashewnut punya pasal, diet berterabur, kita pejamkan mata aja. Berbaloi! Memang berbaloi-baloi!

Khamis, Mac 09, 2017

Bila Cekengah Craving ...

*This is a scheduled entry. I'm away until the end of March.

Saya memang suka sangat dengan Marmite. Dari kecil suka makan Marmite atau Bouvril dengan bubur. Dap dap dap!!! Selain makan dengan bubur, kadang-kadang bila tekak teringin nak makan something different, saya buatlah spageti atau makaroni Marmite.

Nak dijadikan cerita, Cekengah bawa balik Bagel Crisps Marmite ni. Dia kalau tetiba datang fenomena craving, semua benda dia nampak dia akan beli. Dah makan itu ini, rasa guilty,..balik semuanya dia beri pada saya. Huhuhuh! Score!!!! Akakla yang untung!

Macam rupa keropok segera pun ada ;)

Selasa, Februari 07, 2017

Resepi Air Fryer - Cendawan Tiram Goreng

Hari ini, satu lagi resepi mudah menggunakan airfryer - Cendawan Goreng. Saya tidak guna tepung Kentucky atau tepung sadur yang berada di pasaran. Saya suka buat tepung sadur sendiri. Kita boleh pelbagaikan rasa ikut selera. Nak letak serbuk paprika, chilli flakes, serbuk jintan, serbuk telur masin … terpulang. Macam saya, saya boleh kawal kandungan garam dan perasa lain supaya Cekebon dapat nikmati sekali hidangan yang saya sediakan. Something light in flavour for Cekebon, yang lain pandai-pandailah tambah seasoning sendiri.

Resepi Cendawan Goreng

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Cendawan tiram yang telah dibersihkan
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan tepung jagung* 
  • 1 sudu besar serbuk kari*
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam*
  • 1 - 2 biji telur (saya tambah beberapa sudu susu segar dan pukul telur hingga sekata)
  • garam secukup rasa*

Khamis, Oktober 20, 2016

Resepi Onion Rings Mudah dan Sedap

Onion rings antara snek kunyah-kunyah kegemaran saya dan Bott. Rasa-rasa tak ada benda nak makan untuk minum petang, buatlah onion rings. Dalam banyak-banyak resepi onion rings yang sudah saya cuba, paling berkenan dengan resepi di bawah ini. Satu, kerana bahan-bahan yang diperlukan memang ada di rumah. Ada sesetengah resepi perlu guna serbuk roti untuk hasil yang rangup. Version yang ini tidak perlu.

Dua, saya suka kerana onion rings tidak akan jadi soggy walaupun setelah dibiarkan lama. Memanglah hidangan ini enak dinikmati ketika masih panas-panas. Tetapi, kalau selepas tu ada berbaki, tetap sedap dimakan :)

Isnin, Ogos 29, 2016

Popcorn Hangit Siti Yang Menaip

Assalamu'alaikum, selamat memulakan minggu baru. Minggu ni saya boleh rehat lebih sikit sebab hanya akan ada kelas selepas cuti merdeka. :) Sebenarnya hari ini saya nak kongsi satu resepi popcorn yang mudah dan sihat. Bukan popcorn manis berkaramel berkeju berkacang macam Garrett tu tau! Bagi yang suka mengunyah (sampai dagu jatuh) macam saya ni, memang sesuailah buat popcorn ringkas yang kurang manis dan kurang kalori. Ala-ala guilt-free gitu!

Inilah seperiuk bertih jagung yang saya buat pada malam debaran mengharap pingat emas daripada Datuk LCW. Konon-konon Popcorn DCLW lah. Mana datangnya Popcorn Hangit Siti Yang Menaip?

Ahad, Ogos 07, 2016

Resepi Ubi Goreng Berempah

Ubi goreng,..ubi rebus,..ubi bakar...ubi lenyek, semuanya kegemaran saya. Kali ini dapur di tower buat ubi goreng berempah pula. Sedapppppp! Bahagian luarnya garing-garing, tetapi bahagian dalam tetap lembut dan sangat enjoyable untuk dinikmati.



Resepi Mudah Ubi Goreng Berempah

Bahan-bahan yang diperlukan:

Khamis, November 26, 2015

Resepi Kepingan Oat dan Cornflakes

Ingat lagi Projek Oven saya lebih kurang dua minggu lepas? Hari ini saya kongsi resepi kepingan Oat & Cornflakes ye.

Stok kunyah-kunyah yang ala-ala sihat gitu ;)

Ahad, November 15, 2015

Projek Oven

Dah nama pun 'Projek Oven', faham-fahamlah ye tentu aktivitinya berkaitan baking :)
Semalam, misi 'Productive November' saya lebih kepada produktif jana lemak di badan.


Sebelah pagi - Tengah-tengah bosan menonton TV tak ada benda nak kunyah, saya ke dapur. Buat kepingan oat & cornflakes ni.

Stok gatal gigi siap!

Ahad, Oktober 04, 2015

Snek Gatal Gigi - Kuaci Sangai

Buat stok untuk kunyah-kunyah. Kuaci :)


Saya gunakan:

  • 100g sunflower seeds
  • 50g melon seeeds

Langkah-langkah mudah penyediaan:

  1. Sangai (dry toast) atas kuali leper dengan api sederhana perlahan hingga warnanya bertukar keperangan. Jangan lama sangat, nanti hangit pula. Dalam 3 ke 5 minit. Once bau nutty dah naik, boleh padamkan api.
  2. Taburkan garam secukup rasa. Gaul sekata.
  3. Biarkan sejuk. Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara.

Isnin, September 21, 2015

Creamy Sweet Potatoes

Hidangan ini sepatutnya hidangan salad. Hajat hati nak buat salad keledek. Kebetulan ada lebihan keledek jepun bakar dan sedikit romaine lettuce. Tengah prep bahan-bahan lain, saya pergi buat panggilan jap. Lepas tu terus hilang fokus. Pergi kemas fail, angkat kain, main kejar-kejar dengan Yuri, sakat Cekebon,...dah buat macam-macam baru teringat yang saya nak buat salad sebenarnya.

Masuk dapur balik, I lost my greens! Dengan muka tak bersalah, si Bott tengah mengunyah daun salad terakhir. Bott ni memang dah macam kambing dah. Pantang nampak sayur! Daun salad ke,..ulam ke,..semua dia bedal dengan penuh selera.

Makanya,..tukar plan! Jadilah Creamy Sweet Potatoes.

Rabu, Mac 25, 2015

Ubi Cilembu Bakar

Ni kisah beberapa hari lepas. Bangun pagi je tiba-tiba teringin nak makan ubi cilembu bakar. Melampau tak? Penangan edit manuskriplah ni. Ada pula sentuh bab ubi cilembu. Lepas tu, kenalan saya di Jakarta boleh pula upload gambar dia makan ubi ni. Pingin ubi cilembu! Pingin ubi cilembu!

Ubi cilembu sebenarnya salah satu spesies keledek yang banyak terdapat di Indonesia. Turut dikenali sebagai ubi madu dek kerana rasanya yang manis. Apabila ubi ni dibakar atau dipanggang, kandungan gula di dalam ubi ni akan meleleh keluar dan caramelized. Tekstur ubinya akan kelihatan seperti bersira dengan gula merah.

Pagi tu jugak saya rengek dekat Bott nak pergi cari keledek bakar. Tidak silap saya, dekat kedai yang selalu jual buah berangan, ada baked sweet potato juga. Bott pening kepala. "Confirm ke kat kedai tu ada ubi cilembu?!" Saya dengan confident angguk kepala. Dah masuk Malaysia, tak adalah pakai nama ubi cilembu lagi! Jadi 'honey sweet potato' atau keledek madu ;)

Khamis, Januari 22, 2015

Kerepek Roti Canai

Menu ni akan 'muncul' di rumah apabila ada lebihan roti canai. Kebiasaannya, apabila adik-adik saya bawa Cekebon pergi 'breakfast date' di restoran mamak kegemaran Cekebon dan saya tak ikut sama, mereka akan tapaukan roti canai untuk saya. Tetapi, adik-adik risau saya tak cukup makan kot,..tapau roti macam cukup untuk stok dua tiga hari! Terlebih sudah! Berapa keping sangatlah saya mampu makan. Alih-alih masuk peti sejuk. Berhari-harilah kat dalam tu.

Jadi, apabila bersih-bersihkan peti sejuk,..maka terhasillah Kerepek Roti Canai!

Kerepek Roti Canai
Senang je nak buat. Roti canai yang ada tu dipotong kecil memanjang. Kemudian, goreng dengan minyak yang panas sehingga garing. Tuskan gorengan. Tabur dengan sedikit gula dan gaul sekata. Selalunya saya goreng guna minyak jagung atau minyak canola. Kononnya health conscious-lah hehehe.

Best tau! Rangupppp! Rasanya ala-ala kuih tiram. Oh, bagi yang ada roti canai frozen/instant pun boleh buat kerepek roti canai terlebih sudah ni :)


Selasa, Disember 23, 2014

Layan Blues dengan Bislor


Hari ni seharian tak nampak matahari. Dari pagi gerimis tak berhenti. Sejuk-sejuk begini, nak buat apa pun tak ada mood. Macam nak berkelubung bawah selimut dan bobok je. Dalam pada tu risau juga, harap-harap boipren bernama Mr. Asthma tidak datang menjengah. Nafas dah mula acah-acah rasa sempit ni. 

Tengah blink-blink fikir apa nak buat, saya pun masuklah ke zon selesa kegemaran saya. My kitchen! Mata roaming cari apa nak buat untuk dimamam. Sebab mood tak berapa nak best, saya buat Bislor! Bislor i.e. biskut + telur ni ala - ala comfort food buat saya. Dulu-dulu kalau bad mood ke, demam, tak ada selera nak makan ke,..selalu rengek Cekebon buatkan Bislor. Ada orang suka makan biskut tawar dengan susu pekat dan Milo kan...haaa saya kurang gemar yang itu. Too sweet for me. Tapi kalau biskut dengan telur, saya tidak akan tolak!

Bislor untuk minum petang saya :)

Resepi Bislor Cekebon
Saiz hidangan: 1

  • 4 - 5 keping biskut tawar (pecahkan kepada dua atau empat)
  • 1/2 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 batang cili hijau (hiris serong dan buang biji)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar minyak zaitun/minyak canola


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bawang dan cili hijau. Kemudian, masukkan biskut. Biar sehingga biskut soggy sedikit kena minyak. 
  3. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada sulah. Tuangkan telur ke atas biskut. Biarkan seketika.
  4. Gaul rata. Agak-agak telur dah masak dan biskut dah lembik, boleh angkat.
  5. Makan begitu sahaja atau nikmati dengan sedikit sos cili.

Selamat Mencuba!