Assalamualaikum. Salam santai Ahad.
Perasan tak sebarang perubahan pada tower saya? Sudah beberapa hari blog saya ini bertukar paras rupa. Ini semua Alien Oren (AO) punya kerja! Apa yang kelakar, saya tidak sedar pun blog dah bertukar wajah. Semasa hendak terbitkan komen, saya sendiri pelik apabila Kak Sheila Adziz, NA dan Kak Ret sentuh tentang template baharu. 😂
Rupa-rupanya pada masa itu, AO tengah ‘menyihirkan’ tower saya dengan sumpahan biru lembut.
Perubahan blog ini merupakan hadiah #luckyblog contest yang dianjurkan oleh AO. Alhamdulillah, ada rezeki menang tempat kedua. Baca lanjut mengenainya di sini.
Hadiah yang dimenangi ialah:
- 1 template Etsy bernilai RM30 + blog header + colours customization
Tentu-tentulah saya teruja. Jika ikut saya, selamanya tower ni kekal suram dan hambar sedemikian rupa. Saya tak pandai nak godek-godek.
Berurusan dengan AO sangat mudah. Saya pilih template yang saya inginkan di Etsy, beritahu serba sedikit apa yang saya mahukan untuk blog, beri akses blog pada AO dan selebihnya AO guna kepakaran dan magisnya untuk mengubah rupa tower saya.