Sebelum raya, saya ada beli banyak manik untuk siapkan tempahan projek raya beberapa rakan. Manik-maniknya jenis yang tidak seragam, random pelbagai warna dan saiz seperti di bawah ini.
Pek-pek manik yang dibeli. |
Assalamualaikum. Selamat Hari Khamis. Sekejap betul masa berlalu sekarang ini. Tahu-tahu, dah nak dekat hujung minggu semula.
Hari ini saya hendak cerita tentang kerongsang mini yang saya buat untuk acara free market sebuah sekolah hujung tahun lepas. Adik ipar saya dan keluarganya antara yang terlibat dengan aktiviti ini. Jadi, saya pun ‘sibuk’ sama menyelit nak sediakan sesuatu untuk meriahkan suasana. 😂
Puas juga fikir mahu beri apa. Pelajar-pelajarnya semua perempuan. Fikir punya fikir punya fikir… saya putuskan untuk buat kerongsang resin. Kerongsang mini atau yang biasa orang panggil baby brooch tu.
Kerongsang DIY saya 😊 |
Dah nak mula kerja 😊 |
Ini gambar lama. Projek tahun lepas sebenarnya. Saya sediakan goodies untuk satu majlis kecil. Ada coklat, biskut, kek potong dan teh uncang. Lengkaplah satu set buat sesi fika atau minum petang.
Semasa sediakan goodies ni, saya tengok teh uncang macam togel je. Item lain ada pembungkusan sweet-sweet, teh uncang pula yang tinggal terkontang-kanting seolah-olah tak belong hahahah. Jadi, saya pun carilah video di Youtube untuk idea pembungkusan pek teh. Kita buat tea bag holder.
Sebelum ini pernah lihat di Pinterest, orang selalu kongsi buat pek individu untuk teh, kopi dan air coklat. Single pack begini sesuai diberi pada kenalan, rakan pejabat sebagai hadiah kecil dan tanda ingatan sempena keraian tertentu.
Setelah jumpa video yang berkenan di hati ... sesudah lipat-lipat, potong-potong dan tampal ... inilah hasilnya!
Assalamu'alaikum. Salam sejahtera.
Baru-baru ini saya beli kertas pelekat di Lazada. Bersaiz A4, kemasan matte (bukan jenis kilat yang mirrorcote or glossy tu), ditawarkan dalam tiga variasi - putih, coklat cair dan kertas kraf. Disebabkan penyakit saya yang memang tidak boleh nampak kertas cantik dan apa jua yang seangkatan dengannya, saya beli tiga-tiga sekali.
Hendak buat apa dengan kertas pelekat ini? Saya nak buat DIY stickers. Belakangan ini, apabila ada masa terluang saya memang super duper rajin buat hiasan kraf (crafts embellishments). Nanti bolehlah saya gunakan untuk hias jurnal dan planner saya.
Untuk 10 keping kertas pelekat bersaiz A4 dengan harga RM2.60, bagi saya amat berbaloi. Malah, lebih murah jika dibandingkan dengan kertas pelekat yang lebih kurang sama, yang saya pernah beli di POPULAR dahulu (di bawah range produk alat tulis keluaran POPULAR sendiri).
Photo Accordian Card |