Memaparkan catatan dengan label Handmade Greeting Cards. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Handmade Greeting Cards. Papar semua catatan

Rabu, April 01, 2020

Twist and Turn Card

Kali ini saya ingin tunjuk dua contoh 'twist and turn card' yang telah saya buat beberapa bulan yang lalu. Asyik bertangguh, baru hari ini dapat muat naik dan kongsi di blog. Sekeping kad tahniah untuk graduation/convocation manakala sekeping lagi kad ucap Selamat Hari Lahir. Kenapa kad ini dipanggil 'twist and turn card'? Dari luar, kad ini biasa sahaja. Tidak ada beza dengan kad ucapan lain. Cuma apabila kita buka, ada panel berlipat pada bahagian dalam kad yang akan berpusing dan paparkan sentimen/ucapan. Selain dipanggil 'twist and turn card', kad jenis ini turut dipanggil sebagai pivot card.

Ini kad tahniah untuk graduasi yang saya buat. Bahagian hadapan cuma mortar board yang dilambung ke udara. Mortar board tu saya guna foam tape untuk dapatkan efek timbul. Awan-awan comel dipotong menggunakan dies awan yang saya beli di LAZADA. Lihat entri mengenainya di sini.

Sabtu, Oktober 26, 2019

Buat Kad Flamingo

Sebelum ini saya pernah tulis mengenai pelekat burung flamingo (Kecintaan pada Si Flamingoyang sangat sesuai dijadikan hiasan pada kad ucapan atau scrapbook. Tengok gambar di bawah. Cantik kan? Saya suka pada warnanya yang vibrant dan tema tropika yang datang bersama burung-burung merah jambu ini.


Kali ini saya hendak kongsi hasilnya pula. Ada beberapa kad ucapan yang saya buat menggunakan pelekat-pelekat flamingo di atas. Dah ada hiasan cantik sebegini, tak perlu kerah idea sangat nak buat kad macam mana. Main tampal-tampal, tepek ikut suka je 😉

Selasa, Oktober 15, 2019

Birthday Impossible Card untuk Dik Amy Syeera

Geleng kepala saya apabila lihat draf entri ini dalam blog. Tahu tak, kad ini saya buat pada hujung bulan November tahun lepas jika tidak silap. Dah nak satu tahun baru terhegeh-hegeh terbitkan entri di blog? Nazak betul rentak berbloging saya sekarang ini!

Baiklah. Berbalik pada kad yang hendak dikongsikan hari ini, a birthday impossible card. Jangan terkejut. Nama kad ini sahaja yang impossible. Tiada apa-apa yang mustahil pun. Cuma teknik lipatan kad sahaja yang agak berbeza. Sebelum ini, saya pernah kongsi mengenai impossible card. Baca lebih lanjut di sini dan di sini.



Kad ini ditempah oleh seorang rakan blogger, adinda Amy Syeera. Kenal tak? Alah, pemilik blog The Minimalist Traveler tuh. Kad ini untuk diberikan kepada Syafiq, tunangnya yang meraikan hari lahir pada bulan Disember. Huhuhuh budak-budak ni dah nak kahwin dah, baru story pasal kad ni keluar?! Teruk betul saya ni kan?

Amy sendiri yang pilih kombinasi warna dan kemasan emas pada kad. Something kind of futuristic with a hint of gold. Panel di tengah tu boleh letak gambar penerima. Bahagian belakangnya pula untuk tulis ucapan. Then, saya buat matching envelope dan tag hadiah. 

Thanks so much, Amy sebab tempah kad daripada akak. Mesti adik seorang ini sedang sibuk buat persediaan majlis perkahwinannya. Thanks for the invitation, dik. Inshaa Allah, jika tiada aral, akak akan hadir sama-sama meraikan hari bahagia Amy dan Syafiq ya!

Selasa, Ogos 06, 2019

Kad Klef Trebel - Just For You Card

Sebenarnya sudah lama saya siapkan kad yang satu ini. Terperam ibarat jeruk maman dalam draf. Baru sekarang sempat buat entri. Saya hendak berikan kepada seorang kawan merangkap bekas majikan saya untuk wish dia 'Good Luck'. Ini dikira sebagai kad 'Selamat Maju Jaya' lah.


Pandangan hadapan


Bahagian hadapan kad ini merupakan bentuk klef trebel yang dibuat menggunakan susunan not-not muzik kecil. Not-not kecil tu hasil tebukan craft punches. Kemudian, disusun satu persatu sehingga membentuk satu klef trebel besar. Seingat saya, bahagian hadapan kad yang bikin mata saya berpinar semasa menyusunnya ni, saya buat pada penghujung tahun lepas. Tetapi, ketika itu sekadar buat suka-suka. Tak decide pun lagi hendak buat kad apa atau beri pada siapa. Lagipun saya memang ada sejenis 'kecintaan' pada klef trebel sejak kecil. Kalau conteng-conteng buku saya kerap lukis klef trebel, sampaikan alas meja, buku nota malah pakai inai kat tangan pun pilih design klef trebel. 

Sabtu, Jun 01, 2019

Projek Kad Raya 2019

Assalamu'alaikum. Dah sampai ke hujung-hujung Ramadan dah kita. Syawal pun dah mula melambai-lambai. Ada yang dah sampai ke kampung? Atau ada yang masih bertugas awal minggu hadapan? Apapun, semoga setiap urusan kalian berjalan lancar ye.

Tidak seperti tahun-tahun lepas, Ramadan kali ini saya punyalah sibuk sehingga tidak sempat untuk buat entri tutorial kad hari raya DIY. Jika tengok stats, banyak carian untuk DIY kad raya. Harap entri-entri terdahulu dapatlah membantu kalian, beri idea mana yang patut.

Dalam berkejar ke sana ke mari, saya tetap juga sediakan kad hari raya untuk dikirim pada kenalan dan saudara-mara. Maklumlah, makcik, pakcik, datuk saudara, nenek saudara duduk merata. Jadi, waktu-waktu beginilah titip kad ucapan hari raya sebagai tanda ingatan.

Untuk Syawal 1440, tema kad hari raya saya ialah 'Nutrisi Lebaran'. Dapat idea masa tengah seronok mengunyah snek di hadapan komputer. Syok-syok kunyah, saya tergerak hati nak baca label makanan. Hihihi konon-konon health conscious lah. Tiba-tiba terfikir...eh, buat kad raya menarik juga! 

Kebetulan, saya memang ada template jar/balang kosong. Cetak atas kertas kraf tebal dan potong ikut bentuk balang. Bahagian penutup jar tu saya warnakan sedikit supaya nampak lebih hidup. Tak adalah dull sangat.

Jumaat, Mei 03, 2019

Idea DIY Hadiah Hari Guru

Tercari-cari idea untuk DIY hadiah hari guru? Saya kongsikan semula beberapa contoh hadiah hari guru. Boleh dihasilkan sendiri baik oleh pelajar-pelajar, mahupun ibu-ibu yang pening kepala fikir nak beri hadiah apa kepada pendidik-pendidik anak mereka. Kos untuk menghasilkan hadiah-hadiah diy di bawah memang murah. Cuma kena cari barang dan mula buat dari awallah supaya tidak tergesa-gesa menjelang sambutan  Hari Guru nanti.

Post - It Pad


Post-It Pad untuk para guru.


Saya telah sediakan tutorial langkah demi langkah untuk membuat pek Post-It Note ini. Entri berkenaan Post - It Pad terbahagi kepada 3 bahagian:

Khamis, Mac 07, 2019

Photo Accordion Card

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Lama saya tak jengah blog ni. Sibuk memanjang. Asyik tak cukup masa. Makanya, update blog dalam mimpi jelah. Bangun pagi dengan harapan memang betullah ada terbitkan entri, hampa. Hahahah.🤣

Hari ini punya sedikit kelapangan. Jadi, nak tunjukkan kad kotak bergambar yang saya panggil Photo Accordian Card

Apa istimewanya Photo Accordian Card? Kad ini boleh letak banyak gambar. Ala-ala macam buat kolaj/scrapbook. Kenapa pula dipanggil accordian card? Sebab bahagian dalamnya yang berlipat-lipat seperti alat muzik accordian.


Inilah rupa luarannya. Kad kotak ini, panjang lebar dan tingginya lebih kurang macam saiz kotak pen. Dapat gambaran? Seperti biasa, apabila cuba buat kad design baharu, saya akan pilih warna hitam putih. Tema kad - butterfly. Ini kad hari lahir yang saya buatkan untuk rakan pejabat Cekengah yang dah jadi adik angkat saya. 😀

Photo Accordian Card

Rabu, Januari 30, 2019

Kad Ucapan Tema Rama-rama | Butterfly

Sebelum ini saya ada buat entri tentang sebahagian daripada kad yang saya hasilkan bertema Hot Air Balloon. Kali ini, saya nak tunjuk kad-kad dengan tema butterfly pula. Hiasan dan tema butterfly sesuai untuk buat kad hari lahir, kad good luck, kad terima kasih dan macam-macam lagi. Boleh buat kad untuk kanak-kanak (something playful and fun), boleh juga untuk orang dewasa tetapi rekaannya kena lebih sweet and elegant.


A 'Just Because' Card

Kad di bawah ini bukan final look. Gambar diambil ketika baru separa siap. This is a 'Just Because' card. Gabungan tiga warna; hitam, emas dan putih.


Tiga ekor butterfly tu die-cuts. Saya potong menggunakan die butterfly kegemaran saya yang dibeli melalui Lazada tahun lepas. Baca mengenainya di sini. Bahagian tengah bukaan kad pula (jalur hitam tempat saya tampal butterfly) dikemaskan dengan decorative border punch

Jika tiada border punch, boleh juga guna gunting kraf bercorak. Mana nak dapat? Mr. DIY, DAISO, POPULAR dan kedai alat tulis kebanyakannya ada. Cuma julat harga dan jenis gunting yang berbeza-beza. Kemasan akhir buat kad di atas, saya tampal dengan tulisan sentimen 'Just Because' berwarna emas di bahagian bawah kanan kad.

Rabu, Oktober 17, 2018

Kad Ucapan Tema Belon Panas | Hot Air Balloon

Dalam seni kraf kertas, jika nak hasilkan handmade cards, gift tags atau nak hias scrapbook, antara tema menarik yang boleh dipilih ialah Hot Air BalloonTema belon panas ni turut sesuai diangkat sebagai tema keraian istimewa. Misalnya,  birthday party, anniversary atau farewell.

Di bawah ini, saya kongsikan beberapa projek kraf kertas saya bertemakan hot air balloon


Hot Air Balloon Cards


Kad di bawah ini dipanggil explosion box. Kad ini berbentuk kotak yang ada beberapa layer dengan pelbagai hiasan dan features menarik. Insya-Allah, apabila ada masa saya akan buat satu entri khas mengenai explosion box.

Ini bahagian atas (hiasan pada cover kotak). A Good Luck Card. Belum siap sepenuhnya. Bahagian bawah sebelah kanan yang kosong akan diletakkan ucapan 'Good Luck' dan nama si penerima. Barulah ada sentuhan istimewa.

Jumaat, Oktober 05, 2018

Rumit Tetapi Terapeutik

Dua tiga bulan belakangan ini saya cepat tertekan. Banyak kerja, banyak komitmen tetapi saya malas hendak selesaikan. Sudahnya, seolah-olah mengheret, menghela diri dalam menyudahkan kerja. Belum campur masalah-masalah lain. Aisey, mana boleh stress kan?! Tak elok untuk kesihatan. 

Saya ni jenis malas berfikir. Bila kena berfikir, automatik mata jadi mengantuk! Kena fikir, tidur. Ngantuk, tidur. Stress, tidur. Muka dah macam pau kembung, sembab sebab asyik tidur! Makanya, untuk mengelak gejala sayang bantal dan tilam berlebihan ini, saya masuk bilik kraf buat kad. Biar produktif sikit.

Pada mulanya saya tidak perasan. Tetapi, apabila ditengok-tengok balik, sepanjang fasa minda dan jiwa libang-libu ni, saya cenderung untuk buat kad yang intricate. Yang rumit dan sedikit leceh sebab kena susun-susun, tampal-tampal.

OK, ini yang pertama. Setiap bentuk love di bawah, saya tebuk menggunakan craft punches yang berbeza, guna kertas dan warna yang berbeza. Kemudian, satu demi satu saya susun bentuk love di atas kad. Setelah siap, keluar bilik dengan senyuman lebar. Puas hatilah konon-kononnya.


Selasa, September 11, 2018

Buat Kad dengan Coffee Clear Stamps

Untuk projek kraf (buat kad atau scrapbook layout), saya selalu beli clear stamps ikut tema. Misalnya birthday, bunga-bungaan dan travel. Senang nanti nak buat design kalau dah ada set yang bertema begini.

Di bawah ini antara koleksi clear stamps saya dengan tema kopi. Faham-faham sahajalah, saya dengan kopi memang tak boleh pisah. Buat kad dan scrapbook pun nak heret elemen kopi juga! 

Memang suka sangat dengan ketiga-tiga set ni. Comel-comel! Geram!


Alang-alang dah ada depan mata,...dah belek-belek, terus decide nak buat kad. Saya suka dengan stamps yang kecil-kecil tu (atas sebelah kiri). Tetapi, jika nak pilih satu sahaja dan djadikan hiasan utama kad macam kecil sangat pula.

Jadi, saya guna beberapa stamps sekaligus dan hasilkan latar belakang untuk kad. Di bawah ini salah satu daripada hasilnya. Saya guna teknik tone-on-tone. Maknanya saya stamp guna dakwat yang sama shades atau tona dengan warna kad.

Khamis, Ogos 23, 2018

Buat Spinner Card

Pertengahan bulan baru-baru ini saya buat spinner card. Saya dalam proses nak bayar hutang hadiah kepada kawan-kawan. Heheheh lama benar tertunggak sebab saya tidak ada masa nak duduk betul-betul, buat kad, pilih hadiah. Kadang-kadang dah beli hadiah, malas pergi pos. Datang pula occasion terdesak yang memerlukan saya korbankan hadiah tu beri pada orag lain. Dah kena fikir hadiah lain. Saya rasa sayalah 'si penangguh' paling teruk huhuhu. Alang-alang cuti, saya cuba selesaikan urusan tertangguh mana yang sempat.

Sudah lama tak bertapa dalam bilik kraf, luangkan masa buat kad, buat scrapbook. Jadi, kali ini saya cubalah hasilkan spinner card. Sebelum ini pernah buat swing card. Boleh baca mengenainya di sini. Spinner card yang saya buat ini jenis lipatan Z (Z-fold).

Proses awal. Kita nak hiasan berbentuk love tu berpusing-pusing apabila kad dibuka si penerima. Saya guna tali pancing yang halus dan lekatkan di bahagian belakang kad guna gam putih. Gam putih yang saya maksudkan ni jenis clear finish. Maksudnya, apabila gam ini kering, kesan gam tidak ketara kerana akan jadi jernih. So, tak comot sangatlah.


Selasa, Julai 10, 2018

Impossible Card

Belakangan ini saya seronok buat impossible card. Apa yang impossible? Apa yang mustahil? Sebenarnya, kad ini tidaklah mustahil dihasilkan. Cuma seni lipatan yang kita gunakan untuk buat kad ini yang buat kad ni nampak pelik dan unik.

Salah satu kad 'impossible' yang telah saya buat.

Menariknya, impossible card ini dihasilkan dengan hanya menggunakan sekeping kad sahaja (tidak termasuk kertas untuk hiasan) yang dipotong pada 3 bahagian berbeza dan dipusingkan. Di bawah ini contoh template for impossible card.

Rabu, Mei 30, 2018

DIY Kad Hari Raya Guna Colouring Pages

Assalamualaikum,
Salam Ramadan ke - 14.

Hari ini entri berkenaan kad hari raya DIY.

Jika tahun kepas, saya kongsi tutorial DIY Kad Hari Raya Menggunakan Decorative Tape yang dibeli di Mr. DIY, tahun ini saya guna colouring page atau colouring book pula. Jangan bimbang, kebanyakan tutorial kraf kertas dan card making yang saya sediakan sempena keraian sebegini berkos rendah, mudah dan mampu dibuat. Jadi, bolehlah buat banyak-banyak dan kirim pada kenalan dan keluarga.


Lihat Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:


Pada asalnya, saya tengah mengemas stationeries dan stok barang kraf. Terjumpa buku colouring for adults yang terabai sebab saya hangat-hangat tahi ayam je nak mewarna. Design dalam buku tu punyalah details, kecil-kecil … sampai naik pening dan stres pula saya sewaktu mewarna hahaha. Nasiblah masa beli harganya sekitar RM5 - RM7/sebuah. 

Daripada terbiar begitu sahaja, baiklah dimanfaatkan sebaiknya. Kita buat kad. Bagi yang tidak ada colouring page atau colouring book, tak perlu bazir duit beli buku mewarna sampai dua puluh ke tiga puluh ringgit tu. Search atau google 'colouring pages for adults', pilih gambar yang berkenan dan cetak. Jimat!

Selasa, Februari 06, 2018

Jedi Inspired Birthday Card

Hujung tahun lepas, kami sekeluarga buat mini celebration sempena hari lahir adik bongsu saya di Makan Kitchen. Buat tema Starwars. (Jemput baca mengenainya di sini.) Demi nak menepati tema, kad birthday pun kenalah ada kena mengena dengan Starwars kan,..😃

Pada mulanya saya ingat nak buat card in a box. Lihat contohnya di sini. Dah bayang dalam kepala dah elemen-elemen Starwars tercacak-cacak keluar dari kotak. Tetapi, apabila difikir-fikir balik, saya dah biasa buat card in a box. Boringlah pulak hehehe. Sambil cari-cari pasal Starwars, tiba-tiba ternampak imej costume jedi ni. 

Credit goes to the original owner of the image.

Tinggggg! 💡💡💡 Buat jedi inspired card lah! Menarik juga kan? Untuk bentuk kad, saya gunakan template kad kimono seperti di bawah ini. Saya buat kad bersaiz A4 supaya cukup besar untuk ditegakkan di atas easel. Jadi, template di bawah saya bahagikan kepada 3 kertas A4 - bahagian badan, lengan kanan dan lengan kiri. (Jika dicetak atas sekeping kertas A4 sahaja pun tidak ada masalah, cuma setelah dilipat saiznya akan jadi kecillah.)

Selasa, Januari 02, 2018

Tutorial Kraf Kertas - Screen Divider Card | Pink Polka Dots and Stripes

Assalamu'alaikum. 
Entri tutorial kraf kertas hari ini kita belajar buat screen divider card. Apa yang dimaksudkan dengan screen divider card? Kad yang diinspirasikan daripada screen divider atau pemisah ruang seperti dalam gambar di bawah.
Kredit

Khamis, Ogos 24, 2017

Another Card in A Box

Assalamu'alaikum. Fuhhh! Lama betul tak bersiaran. Mujurlah ingat lagi 'jalan pulang' nak kembali ke tower. Hari ini entri berkenaan card making. Kad kotak a.k.a card in a box. Sebelum ini saya pernah buat beberapa card in a box (atau ada yang panggil boxcard). Kad yang di bawah ini pun jenis yang sama. Tak silap saya, saya buat sebelum raya. Nak dekat raya haji baru sempat nak buat entri!

Card in a box - Hey There
Apa yang istimewa tentang kad ini ialah bentuk 3 dimensinya. Tidaklah flat sahaja seperti kad biasa. Basically, card in a box ni ala-ala bouquet of flowers la. Kita susun hiasan (embellishments) dalam the so-called box. Nampak meriahlah hiasan-hiasan tu as if 'tersembul' keluar dari dalam kotak.

Isnin, Julai 31, 2017

Buat Kad Guna Deep Border Punch

Saya memang suka beli border punch untuk projek kraf saya. Adalah beberapa pieces dalam koleksi dan salah satunya deep border punch. Deep border punch ni corak tebukannya lebih intricate dan lebih besar jika dibandingkan dengan border punch biasa. Saya pernah tulis tentang deep border punch di sini.

Deep border punch. Cantik kan?! 😃

Isnin, Julai 24, 2017

Kad Lipat- lipat - The Final Look

Sebelum ini saya pernah cerita tentang kad lipat-lipat yang saya buat (boleh baca di sini), tetapi tidak berkesempatan hendak tunjuk rupa hasil sepenuhnya. Masa tu belum betul-betul siap. Apa yang berlipat-lipat? Apa istimewanya kita lipat-lipat? Haaa, mari saya cerita sikit!

Pada dasarnya, kad lipat-lipat ini dibuat menggunakan kertas kraf bersaiz besar (12 x 12) yang dilipat kepada beberapa bahagian (dan ada bahagian yang saya potong kerana tak mahu jadi terlalu tebal apabila dilipat). Ada banyak ruang untuk kad ini. Depaan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan,.. jadi boleh letak banyak gambar, hiasan atau sentimen buat si penerima. Banyak ruang untuk menulis. Mana tahu ada nak tulis surat cinta ke, buat puisi berbunga-bunga ke,...😉


So, here is the final look.

Ini bahagian hadapan kad. Kad hari lahir dengan tema biru - polka-dots and small sweet flowers. Untuk bahagian hadapan, saya tampal dengan kad polka dots berwarna biru putih. Kemudian, saya tambah chipboard embellishment - Happy Birthday. Bahagian sentimen 'just for you' itu saya buat dengan menggunakan clear stamps, assembled atas cebisan kertas kuning dan hijau. Kemasan tepi yang bercorak lengkung lengkung tu dibuat pakai patterned scissors.

Isnin, Jun 05, 2017

DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 2)

Sebelum ini di Bahagian 1, saya tunjukkan cara buat kad hari raya menggunakan decorative tape. Kali ini saya ingin kongsi beberapa kad yang dihias dengan potongan craft punches. Craft punch/punches yang saya maksudkan ini jenis yang murah dan mudah didapati. Harga untuk satu craft punch sekitar RM3 - RM5 jika dibeli di Mr. DIY, dan RM5.90/punch di DAISO.

Kad yang pertama ini, base putih. Saya punched pattern bunga atas kertas merah dan hitam. Boleh pilih kombinasi warna yang kalian suka:- merah + biru, ungu + kuning atau ungu + biru muda.

Susun bunga secara rawak dan tampal menggunakan glue tape. Kemudian, hias dengan adhesive diamentes. Saya lekatkan gold foil alphabet stickers untuk perkataan AIDILFITRI.