728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Ahad, 31 Mei 2015

Masak Easy Peasy

Happy Sunday! Makan apa hari ni? Nampak tak pagi-pagi lagi perut saya dah 'berdengung' fikir pasal makan,... =)

OK, bagi yang tak rancang nak keluar ke mana-mana dan tak de mood sangat nak masak,...jom cuba resepi hidangan sayur 'ringkas-simple-super-duper-easy-pejam-mata-pun-boleh-buat' di bawah.


Lobak Merah Rosemary

Sabtu, 30 Mei 2015

Sertai WOOP Yuk!

WOOP?! Pernah dengar tak? Well, WOOP a.k.a Women of Opinion ni satu lagi portal menarik untuk kita dapat maklumat tentang produk-produk baru di pasaran, kongsi-kongsi pandangan dan berpeluang untuk dapat ganjaran hebat!  

Klik pada gambar untuk sertai WOOP

Jumaat, 29 Mei 2015

Pisang Goreng Kayu Manis

Ini santapan minum petang semalam. Dalam peti sejuk ada satu plastik pisang goreng yang tak berusik. Kat rumah ni yang hantu makan pisang dan apa-apa yang berasaskan pisang saya seorang je. Cekebon tak boleh makan pisang sebab on low potassium diet.

Pisang goreng ni pisang tanduk dan dihiris memanjang nipis-nipis. Bayangkanlah teksturnya apabila dah bermalam dalam peti sejuk. Saya pun ambil pisau, kerat kepada beberapa bahagian kecil dan goreng semula pisang tu guna minyak canola. Setelah angkat dan tuskan minyaknya, saya taburkan dengan serbuk kayu manis. Gaulkan hingga sekata.

Pisang Goreng Kayu Manis

Verdict: Dap dap dap! Aroma kayu manis tu membangkitkan lagi selera. Gabungan rasa lemak manis pisang dan kayu manis menjadi. Not bad!  Kena dengan tekak saya :D

Credit

Hikhikhik tak adalah eksperimen mana. Setakat tambah perasa je. Anyway, selamat berhujung minggu! Selamat Cuti Sekolah!


Khamis, 28 Mei 2015

Lay? Lie? Mana satu nih?

Inilah antara kelemahan saya. Selalu keliru apabila nak guna 'lay' dan 'lie'. Bertambah-tambah confuse masa nak determine mana satu past tense. Haaa, mari kita study sama-sama.

Credit

  1. Lay - to set down, hidang atau meletakkan sesuatu objek. Past tense untuk lay - laid.
  2. Lie - to rest or recline, berbaring atau bersandar. Jadi, kalau kita nak berbaring, kita guna lie down, untuk past tense - lay down.

Understand?


Rasa Nak Tepuk Je Perut Dia!

Nampak tak? Nampak tak kucing bulat yang tengah terbongkang tidur tu? Geramnya tengok!!!! Rasa macam nak tepuk perut dia kasi bangun! Boleh pulak sedap bobok atas paha orang dengan kaki terjuntai. Kaki depan terkuak! Over kan?! Orang imsomnia kalau tengok gambar kucing ni mesti rasa menyesal hidup ;)

Sumber Imej: Facebook Zul Erwan Veterinary Clinic

Rabu, 27 Mei 2015

Wordless Wednesday - Kawwww!


Double dose of coffee :)


Melepaskanmu - Sakura Band (Easy Chords) OST Bidadari

Saya tak tonton drama Bidadari, tetapi saya suka lagu ini. Bagi saya cara vokalisnya bawakan lagu ini sangat natural dan bersahaja.

Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.
Klik imej di atas


Kord Gitar dan Lirik Melepaskanmu - Sakura Band (Easy Chords
OST Bidadari

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
C Em Dm G

C F
Aku menjaga utuhnya cinta
D G
Tapi kau selalu mengingkarinya
Em A
Cukup sudah aku menahan sakit
Dm G
Sebelum teruskan cinta ini

C F
Terlalu lama ku berdiam diri
D G 
Saat kau selalu sakiti hati
Em A
Maafkan ku harus meninggalkanmu
Dm G
Usaikan semua yang ku rasa

(Chorus)
C E
Dan aku pun terluka karenamu
Am
kerna cintamu
C F
Aku harus melangkah jauh darimu
G
dari cintamu


C F
Terlalu lama ku berdiam diri
D G 
Saat kau selalu sakiti hati
Em A
Maafkan ku harus meninggalkanmu
Dm G
Usaikan semua yang ku rasa


C F C G Am Dm

G F G
Hapuskanlah semua tentang kita
C Am
Aku harus melepaskanmu
Dm G
Walaupun ku tak bisa ohhhh

Ulang (Chorus)

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Friends | Friendship

Credit: Lastlemon
It is a privilege :)


Wonderful & Weird, I need both :D



Will always be,.. :)


Hi, friends! Enjoy your day!
Insya-Allah, I'll drop by and visit all of you soon :)


Selasa, 26 Mei 2015

Apabila Sis JM 'balik kampung',...

Tengok tajuk je mesti dah dapat agak entri ini mengenai apa. Rasanya Sis Jari Manis tak perlu any introduction. Kenal kan,...siapa yang follow blog akak kita yang 'fwenly' dan pemurah ni mesti sedia maklum betapa Sis JM dan Korea bagai tak dapat dipisahkan. Kekerapan menjejakkan kaki di bumi Korea dah macam balik kampung!

Apa yang seronoknya, setiap kali Sis JM 'balik kampung', merasalah kita dapat mementos dari sana. Oppa je dia tak angkut balik. Heheheh. Mari tengok kiriman ole-ole Korea Sis JM yang saya terima Rabu lepas. Hadiah ni saya dapat sebab menjadi salah seorang pengomen tegar untuk bulan Januari - April 2015.

Err, Kopi Senyum tu made in Malaysia.

Isnin, 25 Mei 2015

Party Theme - Breakfast at Tiffany's (Part 1)

Sebelum ini saya pernah bercerita tentang persiapan majlis dengan tema Breakfast at Tiffany's. Boleh baca di sini. Hari ini, saya nak kongsi sedikit sebanyak idea yang ada,..yang sesuai untuk tema ini. Memandangkan majlis ini merupakan private event (majlis orang pula tu), saya kurang selesa untuk kongsi gambar-gambar sekitar majlis. Jadi, kita tengok apa yang saya buat di rumah jelah ye :)

Main piece - The Chandelier

Hadiah Hari Guru Paling Thoughtful

Ini kisah Sabtu lepas. Kisah hari guru.

Pagi-pagi Sabtu, checked letter box ada satu bungkusan kecil. Surat semalam, lupa nak ambil. Rupa-rupanya saya dapat satu set guitar string kiriman seorang silent reader FAMF Tower, D. D selalu ambil guitar chords di blog ini. Mudah dan senang nak main katanya. Kebetulan terbaca entri saya Yuri, Kadal & Kapok, D buat suprise untuk saya sempena hari guru. Tali gitar untuk si Kapok. Extra light tau! :)

Darco Acoustic Strings

Ahad, 24 Mei 2015

Hantu atau Buaya - NanaSheme (Easy Guitar Chords)

Mula-mula tahu mengenai NanaSheme ni masa tengok cover yang dia buat. Tak silap saya lagu kumpulan Republik - Hanya Ingin Kau Tahu dan All of Me - John Legend. Best! Suara sedap, ada style tersendiri. Tak sangka dah jadi artis dah budak ni! Lagu baru pertaruhannya memang boleh memancing perhatian adik-adik remaja dan anak-anak muda. Untuk orang tua macam saya ni kurang sesuai sikit dengan telinga :) This song is easy to play too. Sesuai untuk beginners.

Kord Gitar & Lirik Hantu atau Buaya - NanaSheme

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
 C Am G C

C Am G C
Sakit hatiku memikirkan kamu
C Am G C
Sakit mataku melihat wajahmu

Bridge
C Am G
Di mana sayangmu di mana kasihmu
G F G C
Bila ku pilu engkau jauh engkau jauh
C Am G
Di mana dirimu di mana waktu ku
G F G C
Bila ku perlu engkau jauh

C Am
Terpulanglah mau jadi apa
G C
Mau jadi hantu mau jadi buaya
C Am
Terpulanglah mau bikin apa
G C
Mau bikin masalah serah teruskan saja

C Am G C
Andainya aku kau ingin semula
C Am G C
Maafkan aku ku tak mahu ku tak rela

C Am G
Di mana sayangmu di mana kasihmu
G F G C
Bila ku pilu engkau jauh engkau jauh
C Am G
Di mana dirimu di mana waktu ku
G F G C
Bila ku perlu engkau jauh

C Am
Terpulanglah mau jadi apa
G C
Mau jadi hantu mau jadi buaya
C Am
Terpulanglah mau bikin apa
G C
Mau bikin masalah serah teruskan saja

C Am
Terpulanglah mau jadi apa
G C
Mau jadi hantu mau jadi buaya


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Sabtu, 23 Mei 2015

Mashup Akim & The Magistrate Stacy - Mewangi My Lifetime

Siapa suka lagu Mewangi? Potret? Haaaa, mari merapat! Bayangkan dua lagu ni kita mashup dengan lagu lain yang tak kurang hebatnya. Bagi yang kurang jelas, mashup songs/music ni adalah apabila kita ambil bahagian-bahagian tertentu dari dua/beberapa lagu yang berbeza dan gabungkan menjadi satu gubahan baru.

Minggu ni saya sibuk gali idea, cari lagu-lagu yang sesuai untuk di mash up-kan. (Please excuse my language hihihihi). Ada projek sedikit. So, I came across #MashUpHotFM - Akim & The Magistrate dan Stacy. They sang a few songs tetapi yang paling memancing perhatian saya ialah Mewangi My Lifetime. Besssstttttt! A good combo! Kena sangat susunan muziknya. 

Selain itu, mash up Potret Someone Like You pun syiokkkk!


Credit


Jom tonton video kolaborasi Stacy dan Akim & The Magistrate untuk slot #MashUpHotFM.  Klik pada pautan di bawah ye.


Dah dengar? Suka tak?


Psst! Tak sabarnya nak balik. Panas terik kat luar ni.


Jumaat, 22 Mei 2015

Happines = ?

Credit

Selamat Pagi Jumaat! Nah, ambil seorang satu 'budak suka senyum' ni dan berwajah manislah sepanjang hari. Kita semua nak happy, nak girang gembira. Tetapi, tafsiran happy kita berbeza. Apa yang buat saya gembira mungkin biasa-biasa aja bagi kalian. Perkara yang melonjakkan meter 'gumbira' kalian, mungkin tidak memberi kesan pada saya. 

Apa itu kegembiraan?

Khamis, 21 Mei 2015

Saya Cukup Tidak Suka

Catatan untuk Kamu, Kamu dan Kamu


Saya cukup tidak suka, 
apabila hidup saya tengah tenang, 
saya terpaksa selesaikan masalah orang
(yang malangnya berkait dengan saya,..
jika tidak sudah tentu saya buat bena tidak bena.)

Saya paling tidak suka,
apabila saya bersusah payah selesaikan masalah tersebut,
guna kudrat, tenaga dan wang ringgit saya,
cuba jaga hati setiap pihak,
bertindak ibarat menarik rambut dalam tepung.

dan bilamana saya rasa masalah itu sudah selesai,
ada pihak yang punya kepentingan,
ada pihak yang suka menangguk di air keruh,
buat onar,
putar belitkan cerita.

and people used my words against me,
tindakan saya semuanya salah,
kata-kata lembut dan diplomasi saya,
tiba-tiba 'bertukar' jadi herdikan dan caci-cerca.
Cubalah berfikir ikut waras akal,
dengan kebiadapan dan sikap baran,
masakan ada masalah yang boleh selesai?

Saya betul-betul kecewa, sedih,
Rasa tak cukup tanah nak betulkan keadaan, 
Nak jelaskan salah faham orang terhadap diri saya.

Alhamdulillah, saya cepat sedar,
untuk apa saya rusuh hati,
biar orang pandang kita keji, 
biarlah siapa sahaja nak reka cerita demi kepentingan diri,
saya rela nama dan diri saya terpalit cela di mata manusia, 
daripada cela di mata Sang Pencipta.
 
Saya tidak mahu ambil pusing lagi,
ikhtiar saya ternoktah di sini,
saya mahu kembali kepada kehidupan tenang saya,
langkah kita tidak sama, pemikiran juga berbeza,
dan saya juga tidak akan cuba bersihkan nama saya.

Terima kasih,
kalian sempat bekalkan saya pengajaran bernilai tentang hidup.
Tetapi ingatlah,
kalau hari ini kalian bisa menari,
dengan gah, bongkak, menindas orang,
memfitnah insan lain,
hari esok, 
mungkin ada langkah yang sumbang,
ada kaki yang tersadung.
dan bila sudah tersungkur,...
Ingat satu perkara,..Tuhan kita tetap sama. 
Allah yang Satu.



Pssst! Of course, coretan ini tidak ditujukan sama sekali buat rakan-rakan blogger saya heheheh


Tempe Masak Sambal Kicap Mudah

Tempe memang kegemaran saya. Hari ni nak kongsi satu resepi hidangan tempe mudah. Sedap makan dengan nasi panas atau ratah begitu sahaja. Tetapi, yang ini resepi campak-campak dan agak-agak tau! Tiada sukatan khusus. Ikut apa ada. Ikut citarasa kita.

Tempe Masak Sambal Kicap
Cara-cara Penyediaan:
  1. Tempe dihiris nipis. Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, beberapa ulas bawang putih, beberapa tangkai cili hijau dan sedikit cili padi (jika mahu pedas).
  3. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar buat seketika hingga sambalnya masak. 
  4. Masukkan beberapa sudu kicap. Bukan kicap pekat tau. Saya guna kicap lemak. Perasakan dengan garam. Bila rasa sambal dah OK dan kena dengan citarasa, masukkan tempe goreng. Gaul hingga sekata. Sedia untuk dihidang!
 

Rabu, 20 Mei 2015

Wordless Wednesday - Troli Bott

Troli Cenonet Bott

Entah bila si Bott beli troli kecik fungsi terhad ni. Kalau beli yang besar, boleh gak buat angkut-angkut barang,..

Selasa, 19 Mei 2015

Tutorial Kraf Kertas - Cara Tajamkan Mata Craft Punch

Baru-baru ini semasa sibuk menyiapkan tempahan kad hari ibu dan hari guru, saya perasan yang salah satu daripada craft punches saya dah tumpul matanya. Hasil tebukan jadi tak precise. Frust tengok!

Nampak tak? Bersisa-sisa kesan potongannya.

French Toast Coklat

Sarapan ringkas untuk hari ni. French toast coklat. Konon-konon teringin nak makan something savoury  sweet.

French Toast Coklat

Mudah je nak menyediakannya. Buat bater telur seperti biasa, masukkan sedikit susu, perasakan dengan garam dan sedikit serbuk kayu manis. Kemudian masukkan beberapa sudu besar serbuk malt coklat seperti Milo, Vico atau Ovaltine. Kacau hingga sebati.

Panaskan frying pan. Letak sedikit mentega atau minyak canola. Celupkan roti hingga semua bahagian tersadur. Masak buat seketika hingga warnanya bertukar kecoklatan. Jangan bimbang. Yang coklat kehitaman tu serbuk malt coklat.

Rasa-rasa dah masak, angkat dan taburkan dengan sedikit gula perang atau sirap mapel sebelum dihidangkan. Yummmm yummmmm!


Ahad, 17 Mei 2015

Books and Idioms

Tengah prepare bahan mengajar untuk minggu hadapan. Jumpa bahan grafik ni :)
Jom kita belajar idioms yang menggunakan perkataan 'book'. Credit goes to  macmillan education.




Selain daripada 'don't judge a book by its cover', idiom mana kat atas yang biasa kalian gunakan?
Definitely, I wish I could be in your good book ;)

Enjoy the rest of your weekend!



Sabtu, 16 Mei 2015

Selamat Hari Guru, Pahlawanku

16 Mei 2015 Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik, siapa sahaja,..di mana sahaja kalian berada. Semoga setiap jerih payah kalian, setiap ilmu yang dicurahkan akan dikurniakan oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran. Tahun ni tak sempat langsung nak capture gambar tempahan kad-kad hari guru yang saya buat. Saya belanja 'kad maya' guna gambar tahun lepas ye.

Ini untuk cikgu perempuan. Selamat Hari Guru, Cikgu! Terima kasih atas senyuman dan kelembutan kalian dalam mendidik jiwa barisan pewaris negara.

Terima Kasih, Cikgu

Jumaat, 15 Mei 2015

What Does An Undertaker Do?

Kelas English bersama murid Tahun 5 & 6.
Belajar perkataan baru, tema - Jobs/Occupations.

Aktiviti - Saya beri perkataan berkenaan pekerjaan seperti cartographer, usher and chauffeur. Students perlu cari makna menggunakan kamus dan kemudian kami akan bincangkan apa yang dilakukan dalam satu-satu pekerjaan tu.



Saya: Next word. Undertaker. U.N.D.E.R.T.A.K.E.R.

Murid-murid mula selak lembaran kamus masing-masing.

H : (Yang paling pantas guna kamus) A person who is in charge of burial of the deceased.

J : A person who prepares for funerals. 

Diikuti dengan jawaban beberapa murid lain yang dah jumpa maksud undertaker.

Saya: Yes. Jot that down in your MYVI. (Buku indeks perkataan mereka. Jemput baca di sini ye. Sambil tu sempat juga saya menangkap riak beberapa murid yang kelihatan keliru).

N: Teacher, tak faham err...I don't understand.

Saya pun tanya bahagian mana yang dia tak faham. Burial? Deceased? Funerals? Semuanya saya jelaskan satu persatu. Siap buat perbandingan cara pengurusan jenazah orang Islam dan bukan Islam.

N: Jadi,..kalau dia tak masuk TV, dia buat funerals? (Muka N masih keliru. Beberapa teman di tepinya berbisik sesama sendiri. Saya pun jadi keliru sama. Masuk TV?!)

Saya: What do you mean, N?

Khamis, 14 Mei 2015

Mulut Penuh!

Assalamu'alaikum,

Saya sedang sibuk. 
Sibuk menonton televisyen.
Sibuk menanda buku dan kertas latihan anak-anak cilik.
Sambil mengunyah.

Tetapi nampak gayanya, 
mengunyah tu yang lebih!
macam tak boleh berhenti.

Keropok Belinjau

Keropok belinjau cicah dengan sambal belacan. Fuhhhhh! Bersedia ambil risiko langgar pantang belacan dek kerana keenakannya! Selalunya keropok ni dimakan begitu sahaja pun dah asyik. Tetapi dulu pernah pergi makan dekat Dancing Fish, they all hidang keropok ni dengan sambal pedas. Sedapppppp! Sejak tu, saya kalau makan keropok belinjau ni memang nak kena cicah dengan something. Macam-macam saya eksperimen. Oh, dengan kuah rojak pun dap dap dap! Dengan mayonis yang digaul dengan sedikit serbuk kari pun awesome!

Siapa suka makan keropok ni? Don't worry saya makan bagi pihak kalian ye. Keropok ni pemberian saudara, dari Batam. Jenis yang berkualiti tinggi. Itu yang cantik kembang dan besar saiznya.


Chords Biar Saja - De’Meises

De’Meises - Biar Saja (Easy Guitar Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


( i )
C G Am Em
Entah angin apa yang telah membuatmu
F C Dm G
Tiba-tiba saja membenciku
C G Am Em
Bagaimana lagi ku fahami kamu
F G C
Tak cukupkah pengorbananku

( ii )
Am Em G
Dan memang terkadang kamu membingungkan
Am Em Dm
Kemarin katanya sayang, hari ini hilang

(Chorus)
C G Am
Biar saja cinta pergi sekali ini
F G C
Biar saja nanti pun datang lagi
C G Am
Biar saja tanpa rindu sekali ini
F G C
Biar saja sementara sendiri

Ulang ( i ) dan ( ii )
Ulang (Chorus)

C G Am Em
Biar saja, Biar saja, Biar saja, Biar saja
F G C
Biar saja sementara sendiri

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Selasa, 12 Mei 2015

Answerable Only To Allah


Credit
Dalam hidup ni, at certain points, kita tak perlu nak explain/jelaskan keputusan kita,..tindak tanduk kita, malah thoughts kita sekalipun pada orang lain. It's tiring actually. Benar-benar memenatkan. Apa lagi apabila kita berdepan dengan orang yang hanya perceive sesuatu perkara mengikut tahap minda mereka, apa yang mereka percaya. Mereka tidak akan faham apa yang kita jelaskan kerana persepsi mereka berasaskan tanggapan mereka sendiri. Kepercayaan mereka bertunjangkan apa yang mereka mahu percaya.

Dalam erti kata lain, we don't owe any explanation to this kind of people.



So, stop explaining yourself to others. We are only answerable to Allah.


Have a wonderful day! 
Senyum dan cuba gembirakan orang lain hari ini!

Isnin, 11 Mei 2015

Breakfast at Tiffany's | Hello Kitty

Saya dapat task untuk sediakan party props. Jadi, sepanjang minggu lepas, saya memang tak menang tangan. Dengan kelasnya,... dengan siapkan props untuk partynya. Tambah pula, props yang perlu dihasilkan ada tema yang khusus. Kenalah extra meticulous supaya apabila para tetamu tengok, mereka boleh terus relate dengan tema majlis :)

Breakfast at Tiffany's

Tema keraian ialah Breakfast at Tiffany's - diambil sempena sebuah filem lama era 60-an (yang merupakan adaptasi novel) lakonan Audrey Hepburn. Breakfast at Tiffany's ni biasa dijadikan theme for birthday parties, mother's day celebration and brunches. Berminat nak tahu lebih lanjut? Boleh google for this theme atau search di Pinterest.

Terbiasa Sendiri - Govinda

Happy Monday! Selamat memulakan minggu baru. Sambil buat kerja tu, jom hiburkan diri dengar lagu baru kumpulan dari seberang ni.

Dengar lagu Terbiasa Sendiri - Govinda di sini.


Lirik Lagu Terbiasa Sendiri - Govinda

Aku dekati banyak hati
Aku ke sana dan ke sini
Aku butuh tambatan hati
Mencari jati diri

Tapi satu persatu pergi
Mungkin dia sedang memilih
Atau punya kekasih hati
Lagu lama kembali
Kini terputar lagi

Terbiasa sendiri
Hilang pujaan hati
Lagi lagi sendiri
Nanti pulih kembali

Tapi satu persatu pergi
Mungkin dia sedang memilih
Atau punya kekasih hati
Lagu lama kembali
Kini terputar lagi

Terbiasa sendiri
Hilang pujaan hati
Lagi lagi sendiri


Terbiasa sendiri
Hilang pujaan hati
Lagi lagi sendiri
Nanti pulih kembali
Nanti pulih kembali
Nanti ku cari lagi




DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Sabtu, 9 Mei 2015

Hadiah Kasih Sayang Siti Humairah

Assalamu'alaikum. Salam Sabtu! Selamat Berhujung Minggu. Ini entri penghargaan buat adinda Siti Humairah a.ka. sitiroro a.k.a S.Y.M. Rasanya kalian semua dah kenal dengan Dik Siti kita yang sweet and 'fwenly' ni.

Awal minggu lepas, Siti dah maklumkan pada saya yang dia akan pos something. Apa yang dihantar,..sebab apa,...Surpriseeeee! Cik adik manis ni suruh saya tunggu dengan sabar sebab tu 'parcel kasih sayang'.

Terima kasih kepada perkhidmatan cemerlang dan efisien Poslaju Malaysia. Genap 7 hari saya terima parcel saya. Memang menanti dengan penuh pasrah dan redha. Kalau semai benih dah naik jadi anak pokok dah! Tak mengapalah. Alhamdulillah, sampai juga dengan selamat.

Momen paling indah,..buka parcel!

Mesej Alam Sekitar El Gamma Penumbra

Siapa tengok Asia Got Talent? Well, semalam rancangan ni dah sampai ke kemuncaknya. Grand finale. 9 peserta berjaya tampilkan persembahan-persembahan yang hebat. I am a fan of Triqstar (Japan) and Khusugtun (Mongolia). Suka kerana mereka suntik elemen budaya yang dibawa dari negara masing-masing dalam setiap persembahan.

Tetapi, hari ini kita nak bicara tentang kumpulan anak muda dari Filipina - El Gamma Penumbra. Mereka ni buat shadow play. Persembahan menggunakan layar dan bayang-bayang tu. Apa yang menarik, El Gamma Penumbra bukan sekadar anak muda berpakaian serba hitam yang cuba menghasilkan bayang-bayang objek dan imej. Setiap persembahan mereka mengangkat tema penting yang dipaparkan dalam satu jalan cerita.

Jika di peringkat audition mereka memukau para juri dan penonton dengan kisah cinta sejati, di peringkat separuh akhir dengan tema keamanan dunia,...di peringkat akhir mereka cuba memberi kesedaran pada masyarakat dengan membawa tema alam sekitar. Mother nature. Pada awal persembahan kita akan dapat lihat aksi-aksi mereka membentuk imej pemburu yang memburu haiwan semata-mata untuk mendapatkan tanduk, nelayan yang menuba hidupan akuatik dan wanita yang sesuka hati mencemarkan alam dengan membuang sampah merata-rata.

Jumaat, 8 Mei 2015

Seandainya Elsa Seorang Lelaki

Jumpa ni hasil perkongsian di Twitter. Kelakar juga :)

Elsa and ???
Beginilah rupa paras si Elsa Frozen kalau jalan citer diubah,...dia jadi prince :) Tunjuk kat anak-anak cilik saya memandangkan sebahagian besarnya peminat Frozen tegar. Kalau di kelas, stationeries, botol air, beg tuisyen semuanya Frozen. Each time buat sing-a-long session, mesti kat hujung-hujung tu ada yang buat special request nak nyanyi lagu Frozen juga.

Mengekek-ngekek mereka ketawa tengok gambar ni. Suara masing-masing saling bertingkah nak komen tentang Puteri Elsa. Dalam banyak-banyak tu, telinga saya menangkap satu soalan comel,...

"Kalau dia jadi prince, nama dia apa? Takkan Elsa jugak."

Siapa nak tolong jawab? :)


Khamis, 7 Mei 2015

Selamat Hari Lahir, Syurgaku.

Hari ini hari lahir, Cekebon! Hari ini hari lahir si Dhila juga! Malangnya tak dapat nak berkumpul sebab weekdays, adik-adik sibuk kerja belah siang, belah malam saya pula ada kelas. Kita tangguhkan keraian ke hujung minggu ye, Bon!

Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia Cekebon. Syukur, tahap kesihatan Cekebon pun dah bertambah baik berbanding dua bulan lepas,.. walaupun mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. 

Selamat Hari Lahir, Cekebon!

US, decades ago ;)

DIY Gifts Ideas untuk Hari Guru - KIip Kertas Penanda Buku

Assalamu'alaikum!
Hujung bulan lepas saya dah tunjuk DIY mudah yang boleh kita buat dengan hanya menggunakan lebihan kertas warna/corak dan klip kertas. (Jemput baca di sini.

Ini klip kertas dwifungsi yang saya maksudkan :)

Selasa, 5 Mei 2015

Chords Selamanya Cinta - Kimberly Rider (OST Forever Love 18++)

Lagu ciptaan Melly Goeslow ini merupakan OST untuk filem Forever Love 18++ (2012). Chords ini khusus buat Adik Ayu yang bersungguh-sungguh hantar request sebab nak perform main lagu ni dalam keraian istimewa yang bakal dihadirinya. All the best, dear!

Bagi yang belum pernah dengar lagu Selamanya Cinta nyanyian Kimberly Rider, boleh klik di sini. Lagunya comel-comel kiut gitu.


Kunci Gitar 'Selamanya Cinta' - Kimberly Rider (Easy Chords)
OST Forever Love 18++
Ciptaan: Melly Goeslow

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

G C Am G

G D
apakah bintang pernah tidur
G B
apakah bulan pernah melamun
C G A D
apa matahari pernah nangis

G D
seperti aku yang gelisah
Em Bm
laguku sendu menemani
C G Am D
mencoba mengerti apa yang ku rasa

G Am G D
aku kamu jatuh cinta walau kita berbeda
G Am G C
cubit aku biar jelas aku sedang tak tidur
Am D G
aku bukan bermimpi

G D
sebuah buku tentang cinta
Em Bm
takkan sanggup menempuh semua
C G Am D
gambaran rasaku sama kamu

G Am G D
aku kamu jatuh cinta walau kita berbeda
G Am G C
cubit aku biar jelas aku sedang tak tidur
Am D G
aku bukan bermimpi

A C

G D
apakah bintang pernah tidur
G D
apakah bulan pernah melamun
C G Am D
apa matahari pernah menangis

G Am G D
aku kamu jatuh cinta walau kita berbeda
G Am G C
cubit aku biar jelas aku sedang tak tidur
Am D
aku bukan bermimpi

F C
selamanya hatiku cinta
D G
ada dan tiadanya aku
Am Em
cinta cinta yakinkan hatiku
C D
aku bukan bermimpi

Am G
walau takdirku tak bersamamu
C G
i'm not dreaming now
C D G
i'm not dreaming now

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Jus Markisa dan Limau Kasturi

Baru-baru ini Cekengah beli buah markisa. Teringin katanya. Tengoklah isi buah markisa ni. Kalau letak atas pavlova, yummmehhhhhh!

Buah markisa

Isnin, 4 Mei 2015

Mereka Tetamu Hebat April!

Mei sudah masuk hari yang ke-4. Semoga bulan ini bulan yang lebih baik buat kita semua. OK, to sum up April nicely, di bawah ini ialah senarai Tetamu Hebat saya sepanjang April.

Terhebat April

Sis JM masih selesa di puncak takhta. Masih belum berjaya digulingkan lagi. Kedudukan Sis JM kita makin ampuh dengan SS di tangga ke-2. SS dan JM berpisah tiada hihihih. Terima kasih banyak-banyak ye sudi tinggalkan ratus-ratus komen. Sis JM tunggu ye, nanti saya hantar hadiah pukal sekaligus.

Ahad, 3 Mei 2015

Turn right at Jalan Setapang

Baru sahaja kelmarin buat aksi kucing malas bersantai sebab kerja-kerja saya dah selesai. Semalam, atas urusan mengejut, saya dan Bott terpaksa ke Bandaraya Bersejarah Tapak Warisan Dunia. Bimbang terjebak dengan kesesakan lalu lintas, kami grabbed barang apa yang sempat dan terus mulakan perjalanan. 

Alhamdulillah, perjalanan smooth. Cuma sesak sedikit dari tol Seremban ke Port Dickson sebab ada kemalangan. Masuk je bandar Melaka, mata kami berdua berkelip di luar kebiasaan. Kes tak tahu jalan. Last time kami berkunjung ke tempat yang hendak dituju rasanya lebih sedasawarsa yang lalu.

Mujurlah ada Waze. Dengan confident ikut arahan mat saleh suruh belok kiri belok kanan. Jika tiada aral, akan sampai ke destinasi yg dituju dalam masa setengah jam. Tengah kalut ikut arahan dan cari jalan, baru perasan yang bateri handphone dah nyawa-nyawa ikan. Dalam hati puas berdoa, harap-harap sempatlah bateri ni.

Dah nama pun nyawa-nyawa ikan,..

Jumaat, 1 Mei 2015

Selesai!

Credit
Selamat sampai rumah. Saya dapat selesaikan kerja-kerja saya sebelum malam. Kiranya To Do List untuk hari ni semuanya dah ticked. Mood sekarang lebih kurang macam kucing kat atas tu. Nak landing pejamkan mata dan tak mahu fikir apa-apa. Kita rehat yea,...


Pergi ke hulu membeli bonsai,
Lega hatiku urusan selesai!
:)

Psst! Cuba komen pakai pantun dua kerat hihihihi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...