Memaparkan catatan dengan label Products & Services. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Products & Services. Papar semua catatan

Khamis, Januari 27, 2022

Kintry Gift Box yang Hantar Segantang Ceria

Sebelum ini melalui entri Warna-warna Pastel yang Menggembirakan, saya ada kongsi mengenai Kintry Gift Box pemberian adik saya, si Cekengah. Namanya Kintry Anak Malaysia Gift Box.


Kintry Anak Malaysia Gift Box

Cantiknya! Berwarna-warni! Memang apabila buka bungkusan dan nampak kotak ni, automatik jadi ceria dan gembira! 😂 Kintry bekerjasama dengan artis berbakat Fazarizan Mukhtar dalam menghasilkan ilustrasi menarik untuk pembungkusan kotak hadiah ini. Semangat Malaysia sangat!

Rabu, Disember 08, 2021

Beaukids Aafiyah Nutri-Jelly Drink untuk The Cenonets

Sekarang saya sedang sibuk sediakan gift box untuk The Cenonets (panggilan untuk anak-anak murid tuisyen saya). Lama dah tak jumpa sebab semenjak PKP sehinggalah sekarang saya tetap buat kelas secara dalam talian. Tiada kelas secara bersemuka dah. Jadi, memandangkan sudah hujung tahun, saya niat hendak belanja mereka. Tak ada belanja besar-besar pun... buat surprise gift box isi coklat sikit, biskut sikit. Nanti ibu atau bapa boleh datang ambil di dewan. 

Sewaktu sibuk sediakan barang-barang untuk dimasukkan ke dalam kotak, seorang teman saya dapat tahu dan dia dengan senang hati sponsor dua kotak Beaukids Aafiyah Nutri-Jelly Drink supaya turut dapat dijadikan sebahagian daripada isi kandungan gift box.

Pucuk dicita ulam mendatang. Bertambah meriahlah gift box saya. Selama ini saya hanya pernah dengar sepintas lalu tentang Beaukids atau produk Aafiyah ini. Inilah kali pertama tengok depan-depan.


Bukan main comel lagi Aafiyah dekat sini.

Minuman Jeli Berkhasiat Beaukids Aafiyah BeauSiti X WonderLab

Isnin, Oktober 11, 2021

Perencah Nasi Daging Nasi Briyani Iman

Sewaktu terima kiriman ini, punyalah saya gembira. Rezeki dapat sebungkus asam keping, Perencah Nasi Daging dan Perencah Nasi Briyani Iman. 

Bott apabila ternampak je perencah nasi daging tu, terus dia kata hendak buat nasi bukhari. Sebelum ini memang pernah masak menggunakan perencah nasi daging jenama Iman. Selain nasi daging dan nasi beriani, ada juga perencah untuk nasi tomato. Yang dua lagi tu saya belum pernah cuba. Perencah nasi daging pula, saya tidak buat nasi daging hidangan tradisi dari utara yang popular tu. Sebaliknya, guna untuk buat nasi bukhari ayam.

Jumaat, Oktober 08, 2021

Nissin Ramen Tokyo Shoyu

Ini entri selongkar pantri. Biasalah apabila cuaca bertukar-tukar, sekejap panas sekejap sejuk ... yang malar tidak bertukar cuma selera dan hala langkah saya sahaja. Laju menapak pergi dapur selongkar pantri tengok apa yang boleh dimakan atau dibuat kunyah-kunyah.

Penemuan saya untuk kali ini - Sepek Nissin Ramen Tokyo Shoyu. Interesting! Ada yang pernah makan tak?

Nissin Ramen Tokyo Shoyu

Isnin, September 13, 2021

Canelé Burrow Sedap Sampai Teringat-ingat

Pengalaman pertama kali menikmati canelé dari kafe Burrow, saya terus jatuh cinta. Selama ini hanya berpeluang lihat gambar dan baca ulasan mengenai keenakannya sahaja. Hujung bulan lalu, adik-adik saya yang berdua tu tiba-tiba sahaja tekak mereka tukar warganegara. Teringin sangat hendak makan pastri Perancis ini. Gigih pergi borong canelé di Burrow, BSC. 

Alhamdulillah, ada juga terselit rezeki saya. Selepas makan tengah hari, sekotak canelé selamat sampai kepada saya.

9 biji canelé enak Burrow

Burrow memang terkenal dengan canelé mereka selain beberapa jenis kek, biskut dan pemanis mulut yang lain. Canelé di Burrow ada enam perasa - The OG (Original), Cocoa-Nut, Espresso Ganache, Matcha, Maple Pecan dan Lucky Marmalade.

Isnin, September 06, 2021

Mi Goreng Spicylicious Mi Sedaap

Sudah rasa Mi Goreng Spicy’licious dengan Sambal Hijau Mi Sedaap yang baharu? Baru tak baru, sudah sebulan lebih rasanya produk ni berada di pasaran. 

Saya sebenarnya tidak perasan pun yang di rumah ni ada Mi Sedaap Spicy’licious. 

Cuma baru-baru ini apabila lapar dan teringin hendak makan mi segera jenis goreng, selongkar pantri jumpa satu pek. Tak pasti dari mana dapat. Mungkin masa beli barang dapur di Econsave dapat hadiah percuma. Tak pun Cekengah yang bagi. Adik saya ni ada kecenderungan suka cuba produk baharu yang dia nampak sedap. Apabila dah makan, tak kena selera atau telinga berasap sebab tak tahan pedas, semua dihantar ke rumah saya. 

Inilah rupanya Mi Goreng Spicy’licious dengan Sambal Hijau.  

Khamis, September 02, 2021

Biscoff Krunchee buat Penggemar Lotus Biscoff

Baru-baru ini, saya dan Bott manjakan tunas rasa kami dengan Biscoff Krunchee Soyeah Krunchee.

Sebenarnya Biscoff Krunchee ini pemberian Cekengah. Semasa dapat tu, memang sengaja sorok dalam pantri. Biar jauh dari pandangan mata. Benda-benda manis begini hanya boleh makan sekali-sekala. Masa cheat day ke... masa nak reward diri apabila berjaya sudahkan kerja ke... barulah berbaloi! 😁


Isnin, Ogos 23, 2021

Satu Per Dua Pandan Kelapa

Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu.

Belakangan ini, banyak pula produk makanan dengan perasa pandan kelapa yang dijual di pasaran. Biasalah, ikut musim, kan? Waktu keju tengah 'in', semua produk makanan diolah dengan keju. Begitu juga dengan telur masin. Sana sini kita nampak salted egg.

Dua produk pandan kelapa yang tengah hangat sekarang dan benar-benar menarik perhatian saya ialah Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut dan Gardenia Toastem Pandan Coconut. Memang semenjak nampak kedua-dua produk ini lalu-lalang di hadapan mata - di media sosial, di blog kawan-kawan, saya memang masukkan ke dalam senarai barang untuk dibeli. Siap lampirkan gambar sekali untuk Bott sebab dia yang keluar rumah beli barang. 

Baik roti mahupun coklat, dua-dua laku keras! Beberapa kali Bott keluar ke kedai, memang tak nampak bayang langsung. 

Alhamdulillah, baru-baru ini Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut mendarat betul-betul di depan mata Bott. Bott dah bersedia hendak membuat pembayaran di kaunter. Kebetulan ada seorang pekerja kedai datang dengan beberapa kotak di tangan ke bahagian tepi kaunter untuk restock coklat-coklat di situ. Guess what? Kotak pertama yang dibuka ialah coklat pandan kelapa Cadbury. 😁

Cadbury Dairy Milk Pandan Coconut

Rabu, Ogos 18, 2021

Tisu Panda Comel

Berbanding Lazada, saya jarang membuat pembelian di Shopee. Lazimnya, kalau  di Shopee, saya cuma akan cari material kraf atau bahan-bahan untuk card making, scrapbook, jurnal dan projek saya. Itu pun puas kawal diri. Kecenderungan untuk terlajak beli sangat tinggi!

Baru-baru ini, sambil cuci mata lihat hiasan planner dan jurnal saya cari tisu poket sekali. Jarang-jarang keluar, tidak perasan langsung tisu poket dah kehabisan stok. Tengok di Lazada, tiada tawaran yang menarik. Agak mahal juga harga tisu poket yang ada.

Akhirnya, ada rezeki saya jumpa tisu poket yang saya berkenan. Bamboo pocket tissue. Preffered+ seller. Greenleaf_my. Harga memang murah. Ulasan pembeli pun boleh tahan. Rata-rata berpuas hati dengan kualiti tisu tersebut.


Inilah hasil pembelian saya. 

Khamis, April 29, 2021

Titipan Manis daripada Uyum

Petang semalam masa mata tengah berat buat kerja depan komputer, tiba-tiba kedengaran suara jiran sebelah laung-laung nama saya. Baru pukul 3.30 petang, tak kan Nenek P dah nak beri hidangan berbuka? 

Teringatkan yang mungkin Nenek P hendak beri parcel saya, meloncat saya pergi siap dan buka pintu. Kebetulan dari semalam, saya sudah dimaklumkan yang ada sesuatu ‘on the way’ untuk saya.

Benar jangkaan saya, buat sekelian kalinya parcel saya sesat di rumah Nenek P. Memang kalau guna J&T, alamat rumah saya seolah-olah tak diiktiraf. 😅 Adik kurier tu tetap akan hantar barang ke rumah sebelah.

Setelah sembang-sembang sekejap dengan Nek P, saya bergegas masuk. Bungkusan ini saya terima daripada seseorang yang istimewa 😊 Nak tahu siapa?

Ahad, April 25, 2021

Sambal Uleg Finna

Assalamualaikum. Hari ini saya hendak bercerita tentang sambal uleg. Cerita kira-kira pertengahan Mac, tetapi baru nak tulis entri. 😅 Seorang teman lama menghubungi saya. Macam-macamlah yang kami bualkan memandangkan hampir dua tahun tidak bertukar cerita. Dalam pada sembang itu sembang ini, tertimbullah cerita saya dengan Sambal Uleg Finna saya. Suatu masa dahulu, saya memang tidak berenggang dengan sambal ini.

Dah berborak tentang Sambal Uleg Finna, terus kecur air liur dibuatnya. Lama dah saya tidak makan sambal uleg. 

Beberapa hari kemudian, saya dapat kiriman tidak dijangka yang berisi berpaket-paket Sambal Uleg Finna dengan ucapan berbaur usikan - ‘Sekarang semua bisa beli online!’

Alhamdulillah, rezeki! Gembira betul saya dibuatnya. Yalah, dalam pada rindu nak makan Sambal Uleg Finna, saya tak terfikir langsung untuk cari sambal Indonesia ni kat sini.

Okey, jom tengok dulu sambal uleg saya. Uleg atau ulek ni sebenarnya sejenis alat di Indonesia macam alu dan lesung batu kitalah cuma permukaannya lebih lebar. Pernah nampak, kan? Selalu kalau nak buat sambal, memang syok kalau cili dan ramuan lain dilumatkan guna ulekan.

Sambal Uleg Finna
Dari kiri: Sambal Terasi, Sambal Bawang, Sambal Ijo dan Sambal Pedas.

Isnin, Februari 15, 2021

eCaque Fruit Cake by Faridah Borham

Penggemar-penggemar kek buah mari merapat! Hari ini saya hendak cerita tentang kek buah yang baru-baru ini saya makan. eCaque Fruit Cake by Faridah Borham. Cekengah yang belikan untuk saya. Alhamdulillah, merasalah makan kek buah. Kalau harapkan saya, dua tiga bulan ini saya on genjatan shopping online. Hahaha hanya barang perlu sahaja boleh beli. Kehendak atau benda yang simply teringin atau terliur, abaikan. Jika tidak, jari tu laju je tekan butan 'Add to Cart.' 😆 Lagi-lagi makanan dan barang kraf!

OK, berbalik kepada kek buah tadi. Dalam keluarga saya, semua memang suka kek buah. Jadi, apabila dapat makan kek buah yang betul-betul sedap, kena dengan selera memang gembira tak terkata. Senyum sampai telinga!

Inilah kek buah Faridah Borham yang saya maksudkan. Tengok pembungkusan je saya dah tergoda. Cantik! Sesuai untuk buat gift, dah cukup presentable. Dalam otak siap fikir, packaging boleh guna buat kad atau bookmark ni hehehe

Selasa, Februari 09, 2021

Beli Syampu Rambut Murah 3 Liter

Baru-baru ini saya beli syampu rambut murah 3 liter. Teman saya, Angela yang sarankan satu online shop di Shopee. 

Teman saya ini rajin berkongsi perkara-perkara baik yang bermanfaat untuk saya. Asalnya kami berkenalan sebab sama-sama suka buat kraf. Bila dah makin rapat tu, macam-macam bendalah yang dikongsikan. Baik dan caring orangnya. 

Ada satu masa, saya selesema, time tu juga dia hantar resepi sup herba untuk saya buat. Saya kata nak start diet, ambil makanan lebih sihat, berdedai-dedai resepi sedap dengan bahan-bahan budget-friendly yang masuk inbox saya. Siap nak hadiahkan saya pressure cooker baharu untuk memudahkan saya rangka menu diet. Malah, ketika mula-mula PKP dahulu, dia yang ajar saya di mana hendak beli hand sanitizer, multiporpose sanitizer, bleach apa semua tu dalam saiz jumbo dengan harga yang amat berpatutan. Saya kalau bab-bab jimat, diskaun, pembelian berbaloi memang suka sangat! Happy tak terkata!

Samalah dengan syampu rambut 3 liter ni. Kira kita beli produk penjagaan rambut dengan harga borong. Tak pernah terlintas pun sebelum ini. Selama ini, paling besar saiz syampu yang saya beli 1 liter je, yang Family Pack. Ini 3 liter tau! Jimat? Memang jimat sangat!



Setiap botol berisipadu 3 liter di atas cuma berharga RM12/ sebotol.  Sebelah kiri perapi rambut manakala sebelah kanan, syampu.

Syampu ni syampu serai. Bau wangi-wangi herba gitu. Memang puas hati. Selalu kalau kita beli syampu yang murah, bau pada rambut tak tahan sangat, kan... syampu ni wangi dan bau tahan lama. 

Selain daripada syampu serai, ada juga varian cool mint dan jasmin. Perapi rambut pun OK. Cuma bau yang saya pilih ini ada hint macam bedak bayi sikit. Nanti pada masa akan datang, saya hendak cuba syampu cool mint dan perapi honey dew pula.

Rambut saya jenis normal, tiada masalah dan tidak perlu penjagaan khusus. Jadi, tak sukar sangat bab pilih syampu ini. Saya pula memang kerap bersyampu. Sesuailah produk ini untuk kegunaan saya. Tetapi, seandainya rambut kalian perlu rawatan khas, syampu di atas mungkin tidak sesuai untuk kalian ya.

Jumlah pembelian hanya RM24 (guna baucar free shipping), saya boleh berlapang dada tanpa memikirkan stok syampu dan perapi untuk satu tempoh masa yang agak lama. 😂

Berbaloi, kan?

Bagi yang berkenan, bolehlah cuba intai-intai kat Shopee. Saya lupa nak ambil link. Kalian cari pakai nama tu jelah ya.




Ahad, Disember 06, 2020

Cincau Ayraa Super Lembut

Assalamu'alaikum. Salam Jumaat!

Hari ini kita borak pasal cincau ya.

Saya sebenarnya seorang penggemar cincau. Cincau dalam ABC, cincau dalam sirap bandung atau soda gembira, cincau dalam air soya, semua saya suka! Paling suka tentulah cincau dalam kopi saya! 

Tetapi, saya agak cerewet bab hendak memilih cincau sebab ragu-ragu akan kebersihan produk dan tempat produk itu dihasilkan. Maklum sahajalah, kerap sangat disogokkan dengan berita kilang tauhu, tempe, kilang itu, kilang ini yang ditutup kerana tahap kebersihan yang sangat teruk. Jadi loya dan kembang tekak dibuatnya.

Selalu kalau pergi kedai runcit, nampak cincau pun akan berkalau-kalau hendak beli. Makanya, hasrat nak menikmati minuman menyegarkan dengan cincau asyik tertangguh.

Rezeki saya, balik kampung ada dalam kalangan saudara saya, adinda Ann Izuani yang menjual cincau homemade. Cincau Ayraa nama produknya. Selama ini dah banyak kali lalu lalang di siaran Facebook saya tetapi saya tak sempat balik Kuang. 

Ada peluang balik sana, terus saya beli dua bekas. Puaslah saya ber-coffee moment dengan Cincau Ayraa ini. 

Satu bekas penuh ini cuma RM6. Beratnya lebih kurang 700g. Maaf, teruja lebih masa dapat cincau ni. Lupa nak ambil gambar penuh.

Khamis, Oktober 13, 2016

Idea Hadiah Perkahwinan dan Ulang Tahun Perkahwinan

Untuk bulan Oktober ini saya terima beberapa jemputan kahwin dan majlis sambutan ulang tahun perkahwinan. First thing that came into my mind, nak beri hadiah apa?

Dalam keadaan saya yang masih ulang-alik berpindah, terkejar-kejar melunaskan urusan dalam dunia baru saya,..memang mati akal. These people are close to me so niat di hati memang nak beri sesuatu yang istimewa. Nak keluar pusing-pusing untuk cari hadiah memang tak sempat, apa lagi nak buat sendiri.

Makanya, masa untuk berurusan dengan pakar personalised gifts saya - Printcious. Tengok ni, Printcious ada solutionnya :) Cuci mata dan pilihlah hadiah yang sesuai.


I already have a few things dalam fikiran yang rasanya sesuai dijadikan hadiah perkahwinan atau ulang tahun perkahwinan teman-teman saya.

Rabu, Ogos 03, 2016

Magic Mug Bott Dah Sampai - Printcious

Ingat lagi tak entri mengenai magic mug yang saya belikan untuk Bott di Printcious? Magic mug tu saya nak jadikan hadiah bersempena sambutan Friendship Day pada Ahad, 7 Ogos nanti. Boleh baca mengenainya di sini. As a matter of fact, sengaja nak belanja Bott something. Lama tak kasi dia present. Nak tunggu birthday, bulan November jauh lagi.

So, I finalised my order with Printcious on Saturday, 30th June. Rasanya pada sebelah malam. Jika ikut standard penghantaran biasa, produk akan dihantar  dalam tempoh 3 - 5 hari bekerja (untuk lokasi sekitar Semenanjung Malaysia). So, saya target dapat pada hari Khamis atau Jumaatlah akan terima parcel. Tup tup sampai semalam, Selasa (2 Ogos). Whoaaaaa! So fast! Cepat dan efisien. Hadiah yang ditempah sampai beberapa hari sebelum tarikh event yang sebenar. Ada ruang masa untuk saya 'sorok' sekejap dan balut hadiah cantik-cantik.

Sabtu, Julai 30, 2016

Hadiah Friendship Day untuk Bott di Printcious

Saya nak tanya satu perkara. Kalian familiar tak dengan personalised gifts? Personalised gifts ni sebenarnya hadiah yang dibuat/dihasilkan istimewa dan khusus untuk seseorang. Contohnya kalau bagi gelang, ada engrave nama si penerima. Beri mug yang ada gambar atau kata-kata yang ditujukan kepadanya. Ada banyak jenis personalised gifts sebenarnya. Siapa yang tak suka terima personalised gifts? Betul tak? Si penerima akan rasa lebih dihargai. Lebih dekat dengan si pemberi.

Baru-baru ini, saya berbual dengan seorang kenalan yang sedang berusaha menyediakan hadiah kejutan untuk suaminya.

"Akak ni tak berseni macam kau. Keinginan nak buat personalised gifts tu memang ada, tapi tak ada masa. Lagi satu, kalau tak jadi mesti kecewa bertingkat-tingkat!"

Sabtu, Mei 28, 2016

Jom Kenal Serizawa Buskers

Assalamu'alaikum,

Pernah dengar Serizawa Buskers? Haaa,...mari mari! Lai..lai..lai! Tuan tower nak tolong uar-uarkan. Serizawa Buskers sekarang dah jadi antara 'ahli muzik' kegemaran saya. 

Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang anak muda berbakat besar:-
Man Serizawa (Vokalis)
Ain (Vokalis)
Fendi (Vokalis)
Nazrin Biskut (Vokalis)
Ijat (Lead Guitar)
Haikal (2nd Guitar)
Madi (Percussionist)
Wan (Bassist)
Farid (Toys)

Serizawa Buskers diasaskan oleh Zainul Luqman bin Zainul Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Man Serizawa. Baru berusia 22 tahun, merupakan mahasiswa Bacelor Komunikasi, UPM, Man dan teman-teman aktif berbusking demi menaikkan nama Serizawa Buskers. Mereka dah buat persembahan di banyak events and functions terutama sekali acara-acara di universiti.

Rabu, Mac 30, 2016

Win-win Notebook POPULAR

Minggu lepas saya dan Bott keluar berjumpa dengan teman lama kami, N. Lepas makan, sembang-sembang, kami masuklah ke kedai kegemaran saya, POPULAR. Kebetulan saya perlu beli beberapa jenis kertas untuk projek kraf dalam masa terdekat ni. Saya seperti biasa, pergi section kraf, Bott hilang pergi tengok novel seram dia manakala N cari buku kerja dan alat tulis untuk anaknya.

Setelah lebih kurang setengah jam 'bergelut' cari barang dan rambang mata dalam POPULAR tu, kami pun pergilah membawa harta-harta pancingan ke kaunter bayaran. Sebaik sahaja di kaunter, saya terus tertarik dengan buku yang dipamerkan di situ. Win-win Notebook? Cantiknya cover dia!

"Notebook ni special sikit kak, kak. Dalam tu ada beberapa muka surat juga untuk mewarna," jelas adik manis yang peramah dari belakang kaunter. Saya pun belek setiap satu buku. Masa tu, si N pandang sebelah mata je.

"Lepas tu dalam tu ada voucher RM10." Terus N buntang mata.

Khamis, Januari 28, 2016

Selendang Pelengkap Gaya

Satu keunikan dan kelebihan Malaysia ialah rakyatnya yang berbilang kaum, bangsa dan anutan agama. Kepelbagaian ini secara tidak langsung membolehkan kita belajar untuk hidup menghormati satu sama lain, side-by-side, bebas mengamalkan cara hidup, budaya dan ritual agama masing-masing dengan penuh tolenrasi dan aman. Betul tak?

Okay, kita luaskan topik sedikit. Dek kerana wujudnya variasi ini, maka budaya harmoni sudah lama sebati dalam diri kita. Kita mudah untuk mendapatkan pelbagai pakaian tradisional yang mempamerkan ciri-ciri kaum dan adat masing-masing. Malah, pemakaian pakaian tradisional ini tidak terikat kepada satu-satu kaum sahaja. Gadis berbangsa Cina atau India memakai sepersalinan baju kurung bukan sesuatu yang aneh. Jejaka Melayu yang mengenakan kurta juga bukan sesuatu yang pelik pada pandangan mata.

Tidak dinafikan, pakaian tradisional Melayu dan busana Muslimah merupakan antara yang paling popular. Kedua-duanya mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran. Haaa,..hari ini kita angkat bicara soal selendang. Tudung wanita adalah antara produk bagi kedua-dua kategori di atas yang sering menjadi pilihan utama dalam kalangan wanita Malaysia. Tudung adalah antara persalinan penting yang perlu dipadankan sebagai pelengkap gaya selain daripada beg tangan, kasut dan aksesori lain.