728 x 90

Isnin, 29 Februari 2016

Bissextus

Assalamu'alaikum.

29 Februari 2016



Hari ini bissextus. Hari tambahan untuk kita dalam 2016. Selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat yang lahir pada tanggal empat tahun sekali. Sejak kecil, once saya dah tahu wujudnya hari extra pada bulan Februari, saya 'kasihan' pada mereka tak dapat celebrate birthday tiap-tiap tahun. Siap tanya Cekebon, "...habis tu, bila sebenarnya orang yang lahir 29 Februari ni boleh sambut birthday dia? 28 Feb ke 1 Mac? Umur kira macam mana?"  Then, saya rasa pelik + creepy (over kan?!) bila mengenangkan boleh pula hari/tarikh 29 Feb tu kejap ada kejap takde! 

Ahad, 28 Februari 2016

Sampul Surat | Envelopes

Search keywords semalam. Ada yang cari tentang cara nak buat sampul surat menarik.


Oleh itu, hari ini kita santai-santai intai entri lama saya tentang sampul surat ye. Di blog ni, saya pernah kongsi dua cara untuk buat sampul surat. Satu daripada bentuk hati dan satu lagi sampul surat lipat-lipat tanpa gam. Kedua-duanya mudah untuk dibuat, tidak kiralah sama ada menggunakan kertas kosong ataupun kertas warna/bercorak. Selain itu, ada juga tutorial membuat sampul surat menggunakan lembaran muka surat buku lama & terpakai. Seandainya mahu dijadikan aktiviti bersama anak-anak pun boleh. Buat kraf comel-comel. Kuatkan daya motor halus mereka :)

Jumaat, 26 Februari 2016

Can't Take That Away From Me

Hari ini entri chords lagu lama, Can't Take That Away From Me, nyanyian Mariah Carey. Sengaja pilih lagu ini sebab saya suka liriknya yang sangat inspiring dan motivational. Kebetulan, ada beberapa insan yang dekat dengan saya tengah down, a bit gloomy dengan kemelut masing-masing. 

Ini antara lagu kegemaran saya. I really love the lyrics. Deep! Sangat-sangat mendalam. Apa yang cuba disampaikan melalui lirik lagu ini ialah segalanya terletak pada diri kita. ON US! Orang luar akan dan mampu hurt kita seandainya kita izinkan perkara itu berlaku. Memanglah kita tak boleh halang pakai penghadang atau tembok,..tetapi jika dari dalam diri kita dah ampuh dan tak ambil peduli akan benda tu, sedikitpun tindakan onar mereka tidak akan tinggalkan kelar di hati.

Credit

Khamis, 25 Februari 2016

Projek Membantutkan Pertumbuhan Rumput dan Lalang

Projek ini akan saya buat setiap kali selepas potong rumput. Rumah yang saya diami sekarang halamannya luas. Nama nak rajin-rajin potong rumput pakai shears memang tak mampu. Ciput je kawasan yang dapat saya potong. Penatnya dua tiga hari! Jadi, memang kena upah tukang potong rumput. Kebiasaannya, sekali potong sampai pendek, pangkas pokok itu ini, kemas-kemas all in kena dalam dua ke tiga ratus jugalah. (Ini kos untuk satu bulan setengah ke dua bulan.)

Masalahnya, sementara nak tunggu sesi potong rumput yang seterusnya, halaman rumah saya ditumbuhi tompokan-tompokan rumput/lalang yang akan tinggi memanjang mengalahkan rumput-rumput lain! Tak silap saya, orang panggil crabgrass. Sakit mata tengok rumpun-rumpun ni naik mencanak tinggi sedangkan rumput lain masih sederhana panjangnya. Bertambah sakit hati, makin tinggi ala-ala nak jadi skyscrapper, makin kuat akarnya mencengkam bumi. Setiap kali nak get rid of the rumpun-rumpun, kena korek gali hingga akarnya keluar.

I've Got A GUN!

I've got a gun! I've got a gun! My beloved one and only sister-in-law yang beri. Nampak tak,..bukan main cantik meriah berbunga-bunga bungkusan hadiah saya. Kad birthday pun berbunga-bunga but don't play-play! Apabila dibuka, ada senapang! Hadiah stylo penuh bergaya! Mana ada adik beri senjata dekat kakak untuk birthday? Dhila-lah orangnya :)


Rabu, 24 Februari 2016

Resepi Kouign-Amann Paling Simple

Salam Rabu!

Pernah dengar 'kouign-amann'? 'Kouign-amann' ialah sejenis kek yang berasal daripada Perancis. Tetapi, teksturnya lebih kepada roti sebab 'kouign-amann' dibuat menggunakan doh roti, kaya dengan mentega dan gula. Macam mana rasanya? OK, bayangkan roti croissant, luarnya rangup dan manis sebab ada gula yang caramelized di bahagian atas,... dalamnya lemak manis kerana doh 'kouign-amann' kaya dengan kandungan mentega dan lapisan gula.

Saya tengok di TV, terus teringin nak makan. Nama nak membuatnya dari mula, memang tak mampulah. Saya kalau resepi tu complicated, banyak sangat langkah-langkahnya,.. saya angkat senduk, lari pergi tengok TV. Jadi, kita guna shortcut ye. Ini resepi paling simple untuk 'kouign-amann'. Diulangi sekali lagi, paling simple. Bukan 'kouign-amann' yang betul-betul sempurna. Kita imitate je. Seperti biasa, apabila membuat hidangan pastri begini, saya akan guna kawan baik saya, puff pastry jenama Kawan :)

Selasa, 23 Februari 2016

25 THINGS THAT MAKE ME HAPPY

Assalamu'alaikum,

Saya ditag oleh adinda Yana (The Kehalusan Kelembutan)  untuk entri ini. Thanks so much, Yana. 25 perkara yang buat kita gembira. Fuhhh! Banyak sebenarnya! Saya ni jenis benda-benda kecil pun boleh buat saya happy berhari-hari. Makanya, saya senaraikan apa yang terlintas di kepala buat masa inilah ye,...


What to do?
Create a new post + Insert picture above 
List 25 things that make you happy 
Mention the blog that have tagged you 
Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

Isnin, 22 Februari 2016

Utusan Muzik Scdha Sein

Assalamu'alaikum,
Petang Jumaat lepas, saya di dapur ketika dengar suara Cekebon berbual dengan seseorang. Apabila saya intai, nampak Cekebon tengah hulur air mineral dekat pintu. Eh, poslaju ke?! Cekebon memang ada stok air kotak/air mineral di ruang tamu untuk beri pada adik poslaju. Kasihan mereka haus, kerja tengah panas. Kira dah jadi aktiviti wajib Cekebon, terima parcel, hulur air. Terima parcel, hulur air.

Sebaik sahaja tutup pintu, Cekebon laung nama saya. Mungkin hadiah tebus HP kot...(boleh baca mengenainya di sini). Once tengok cetakan nama pada  bungkusan, saya excited sendiri. Dah tahu siapa pengirimnya. Scdha Sein. Ya Allah, terharunya! SS hantar hadiah birthday! Jika diikutkan tarikh kirim, sepatutnya boleh sampai betul-betul pada hari lahir saya. Tetapi, memandangkan poslaju area saya ni memang ala ala pos siput. Rezekinya lambat sehari :)

Jumaat, 19 Februari 2016

Cara Simpan Halia Agar Tahan Lebih Lama

Assalamu'alaikum.
Salam Jumaat.

Entri kali ini saya nak kongsi cara bagaimana untuk memastikan halia tahan lebih lama. Di rumah saya, halia memang antara ramuan yang perlu sentiasa ada di dapur. Stok tak boleh putus. Selain gunakan untuk masak, boleh buat air halia/teh halia dan sebagai salah satu ingredients utama untuk home remedy - buang angin dan penawar untuk batuk. [Petuanya di sini.]

Saya memang setiap kali beli barang keperluan dapur akan grab halia banyak-banyak. Masalahnya, kadang-kadang akan ada musim kurang/tak pakai halia. Maka terbiarlah halia tu sampai bertunas di dapur. Time rajin pergi tanam, saya tanamlah. Tetapi, dibuatnya waktu tu penyakit M melanda,...terabai 'koleksi'  halia-halia sampai kecut lisut. Masa tulah nak rasa menyesal sebab membazir,...huhuhu

So, I came up with one solution. Disebabkan saya memang suka beli halia dalam kuantiti yang banyak (seperti lemon juga, kononnya nak memastikan kelangsungan stok), saya kena pastikanlah yang halia-halia saya tahan lama. Lagi-lagi jika saya beli stok Reduced To Clear begini.

Khamis, 18 Februari 2016

Your Mail Is On Its Way =)

Assalamu'alaikum,

Hari ini seharian saya di luar. Kumpul semua urusan, langsaikan sekali harung. Alhamdulillah, gembira sangat sebab hari berjalan dengan lancar, urusan-urusan dapat dilunaskan dengan sempurna. Termasuklah projek posto. Hehehe projek posto ni urusan hadiah, gifts, souvenirs untuk rakan-rakan blogger. Projek terkumpul sejak hujung tahun lepas lagi. Ingat tak entri Wordless Wednesday saya berkenaan gifts tracker?

My Gifts Tracker - 1st page

Rabu, 17 Februari 2016

All The Way from OSAKA

Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah. Saya terima happy mail lagi. Kali ini daripada Intan (Dorsett Pink). Intan telah bercuti di Jepun sekitar bulan November tahun lalu. Tak sangka, ada rezeki merasa ole-ole dari sana.

Hadiah daripada Intan.
Saya dapat pek sampul surat cantik yang Intan beli di Osaka. Katanya, apabila ternampak sampul tu, teringat pada saya. So sweet and thoughtful of you, Intan. Memang saya suka sangat sampul suratnya. Cantik!!! Dari dulu fascinate dengan seni lipat-lipat dan origami Jepun. Even cara mereka lipat surat/ sampul surat pun unik berseni.

Selasa, 16 Februari 2016

Resepi Pai Nanas Mini

Assalamu'alaikum,

Ini satu lagi resepi mudah menggunakan puff pastry. Mini pineapple pie. Panggil puff nanas pun boleh kot. Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini,  puff pastry yang saya maksudkan bukanlah yang kita buat from the scratch Puff pastry ini yang instant dan sedia untuk digunakan. Jenama KAWAN. Hanya biarkan puff pastry selama lebih kurang sepuluh ke lima belas minit pada suhu bilik. Once dah lembut, bolehlah kita buat pai nanas kita :)

Mini Pineapple Pie

Isnin, 15 Februari 2016

Kiriman Bermakna daripada Sis Sheila Adziz

Assalamu'alaikum,
Ini merupakan entri penghargaan khusus buat Sis Sheila Adziz. Sebenarnya saya terima kiriman daripada Sis Sheila dah beberapa minggu dah. Unfortunately, setiap kali nak buat entri terima kasih, setiap kali itulah ada urusan yang magically appeared depan mata. Tangguh. Hari seterusnya, elok je nak mula menaip, tiba-tiba rasa mengantuk datang bertimpa-timpa! Keyboard pun nampak berbalam-balam. Tunda. Bila nak siapnya? Ni baru gigih nak menaip. Siap pesan kat diri sendiri, selagi tak siap entri ni tak boleh ngelat nak publish entri lain. Yelah, orang berbudi, kita berbahasa kan,...tak bolehlah asyik pandai 'menerima' je :)

Saya terima kiriman bermakna ini kerana saya merupakan salah seorang pengomen terbanyak di blog Sheila Inspire. Dapat sebuah buku Energi Asmaul Husna dalam Pekerjaan oleh Dr. Wan Maseri Binti Wan Mohd dan Ustaz Abd Latiff Bin Abdul Haliff, beberapa salinan Asmaul Husna dan beberapa salinan Amalan-amalan untuk Menjadi Seorang Pelajar Cemerlang. Gembiranya hati Allah sahaja yang tahu. Hadiah ini, bukan sahaja saya dan keluarga dapat manfaatkan, malah ada bahagian untuk anak-anak murid saya juga.

Ahad, 14 Februari 2016

Kord Gitar Catatanku - Melly Goeslow feat. Baim (Easy Chords)

Lagu ini sebenarnya lagu lama. Si cilik Baim yang pelat-pelat nyanyi berduet dengan Melly dah besar dah pun. Tetapi, lagu Catatanku kembali dapat perhatian sejak salah sebuah stesen televisyen, tak pasti TV3 atau TV9 ulang siar sinetron Buku Harian Baim. Mulalah inbox akak dijengah dengan permintaan nak chords mudah untuk OST Buku Harian Baim ni. For this piece, disarankan pluck. Lebih indahhhhhhh :)

Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.
Klik imej di atas

Kord Gitar dan Lirik Catatanku - Melly Goeslow feat. Baim (Easy Chords)
OST Buku Harian Baim
Ciptaan - Melly Goeslow

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am Dm F E

Am Dm F E

Melly:

Am
Awan awan menghitam
Dm                             C
Langit runtuhkan bumi
Dm            Am             Dm                E
Saat aku tahu kenyataan menyakitkan

Jumaat, 12 Februari 2016

Tutorial Kraf Kertas - Sampul Surat Paling Mudah untuk Kad Anda

Ini memang sampul surat paling mudah! Paling simple. Tidak perlu guna gam, corner rounder punch atau scoring board. Kita lipat-lipat sahaja. Untuk tutorial membuat sampul surat easy-peasy-pejam-sebelah-mata-pun-boleh-buat ni, saya gunakan kad mini bersaiz 7 cm X 7 cm sebagai contoh. Sebelum itu, boleh intai tutorial-tutorial membuat kad mini di pautan di bawah:

Sebenarnya, idea buat sampul surat sebegini terinspirasi melalui perkongsian di Pinterest. Teknik lipat-lipat selit yang saya kongsi di bawah pada asalnya digunakan untuk balut/simpan CD. Tak perlulah kita susah-susah nak beli sampul surat khas atau plastic casing. Bila tengok, terus terfikir,..betapa cool dan awesome-nya kalau kita buat sampul surat lipat untuk kad! Hanya dapatkan ukuran yang sesuai, tak perlu gam, tak perlu potong sana potong sini. Dapat pula time tengah nak cepat,..masa tulah nak potong kertas, terkial-kial nak buat sampul surat untuk kad ucapan,..thus, this is the best solution.

Khamis, 11 Februari 2016

Makoko Canapa

makoko canapa
egg in the hole
toad in the hole
bird in the nest
one eyed jack
egg in the frame


Inilah antara hidangan yang ada paling banyak nama julukan. Walhal, sebenarnya it's just toast and egg in the middle. Roti bakar dengan telur di bahagian tengah. Sekali-sekala, saya suka juga makan untuk sarapan. Pagi-pagi pancing selera dan mata dengan toast comel ini ok juga kan,..

Selasa, 9 Februari 2016

Photo Paper Percuma daripada HP

Sebelum ini, saya memang pengguna setia printer (mesin pencetak) Canon. Mungkin kerana sudah biasa dengan jenama ini yang mesra pengguna dan featuresnya yang tidak complicated. Malah, untuk cetak bahan mengajar dan material anak-anak murid pun saya guna pencetak Canon yang telah diubahsuai (yang dakwat super jimat, macam ada buah pinggang di luar tu). Semasa saya beli printer yang diubahsuai supaya jimat dakwat ni, belum ada lagi ciri ink advantage pada printer.

Sekarang, nak cetak banyak-banyak pun tak perlu gusar dengan adanya printer bercirikan ink advantage. Dengan ciri ini, katrij dakwat harganya jauh lebih murah dan boleh mencetak dalam kuantiti yang banyak. Rasanya kebanyakan jenama printer di pasaran memang dah ada model sebegini. Satu katrij berharga antara RM25 - RM35 berbanding dahulu sekitar RM60-RM80 dan boleh cetak lebih kurang 400 keping.

Isnin, 8 Februari 2016

DIY Mudah - Bekas Tisu daripada Cawan Kopi

Assalamu'alaikum,
Selamat bercuti dan bersantai.

Siapa di sini coffee lover? Peminat tegar kopi? Haaa,..bagi yang selalu minum kopi ke teh ke,..paper cups tu jangan dibuang begitu sahaja. Marilah kita amalkan 'gaya hidup hijau'. Kita guna semula cawan kertas untuk dijadikan kotak/bekas tisu. Cawan kopi jadi kotak tisu? Easy peasy. Cuba lihat gambar di bawah ni.

Bekas tisu daripada paper cups.

Ini antara DIY paling mudah yang kalian boleh cuba. Pada masa yang sama, kita didik diri kita untuk guna semula bahan-bahan terpakai. As easy as ABC. Semudah 123! Apa yang diperlukan? Hanya paper cup terpakai dan tisu! Then, of course kita perlu alat seperti gunting atau circle cutter (Baca mengenainya di sini).

Jumaat, 5 Februari 2016

Macam pelik je,..tapi yummehhhh!

Assalamu'alaikum,
Salam Jumaat. Beberapa hari ni tak larat nak masuk blog, tulis entri, balas komen atau blogwalking. Penangan ubat batuk + ubat selesema = groggy! Hari ni pun, matahari dah meninggi masih lagi nak bermalas-malasan atas katil. Mata tu ruyup je. Tambah pula, lately cuaca di tempat saya sejuk-sejuk dingin. Tak panas terik membahang seperti dua tiga hari sebelumnya. Ergo, officially I am a slugabed!

So, kita buat entri throwback la ye. Throwback jengah entri-entri saya yang dahulu. Kali ni saya picked hidangan/treat yang sekali dengar rasa macam pelik,..tetapi apabila dinikmati, memang yummy super awesome-lah!



Rabu, 3 Februari 2016

Belanja 200 lebih, bayar 6 hengget je ;)

23 haribulan lepas, saya ada urusan di sekitar Kota Damansara. Selesai urusan, ended up di Giant, kononnya nak quench the thirst dan omnomnom sikit. Alang-alang dah sampai Giant, saya dan Bott masuklah ke dalam pasar raya. Saya nak cari T-shirt untuk Uje. Kebetulan, T-shirt Rock Express kegemaran adik bongsu saya memang ada dijual di situ.

Berbelanja di section pakaian, beli something untuk saya, Bott, Cekebon dan Uje, kami pun pergilah bayar. Total RM179.00. Rupa-rupanya hari itu, sempena Tahun Baru Cina, setiap RM68 yang kita belanja akan layak dapat 1 ang pau Giant. Ang pau ada isi tau! Kami dapat dua. Adik cashier yang peramah dengan senyuman manis suruh Bott pilih ang pau. Menurutnya, kandungan ang pau tak menentu. Ada yang dapat voucher,..ada dapat kupon diskaun untuk produk. Dengan excitednya, adik cashier tu cerita pada kami, earlier ada dua orang yang dapat voucher Giant RM100.

Khàwp Ja̖i Lãi Lãi, Nina Garcia

Assalamu'alaikum,
Entri ini khas buat Nina Garcia yang jauh di utara. Sebenarnya saya terima kiriman daripada Nina dah berminggu-minggu dah,..tetapi almaklum sajalah,..apabila kesibukan menghambat diri,..banyak sangat benda nak dibuat yang tertunda.

Kadang-kala apabila saya tiada di rumah dan kebetulan adik posmen ada kiriman yang perlu dihantar ke rumah jiran sebelah, jiran saya akan ambilkan parcel bagi pihak saya. Kebiasaannya, barang-barang yang saya tebus dari Woop lah. Jadi, apabila jiran saya telefon dan maklumkan ada parcel, saya lengah-lengah je. Nanti dululah,..esok lusalah...kerana ketika itu memang hanya expect kiriman daripada Woop.

Sekali, apabila pergi claimed, ada dua bungkusanlah! Kiriman tidak diduga daripada Nina! Apa yang saya terima? Jeng jeng jeng!

Selasa, 2 Februari 2016

Tetamu Hebat Januari 2016

Assalamu'alaikum.
Happy February!
Entri pertama untuk bulan ini ialah entri penghargaan khusus buat tukang komen - tukang komen berjari pantas dan panas!

Tattadaaaaaaaaa! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...