Memaparkan catatan dengan label Yummy Drinks | Beverages. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yummy Drinks | Beverages. Papar semua catatan

Jumaat, November 04, 2022

Goguma Latte | Latte Keledek Manis

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin kongsi resepi mudah goguma latte. Cuaca dingin selepas hujan membuatkan saya ingin mencicip sesuatu yang pekat, berperisa dan hangat. 

Pada mulanya, saya mahu sediakan air coklat panas bercili untuk panaskan badan. Tetapi, masuk dapur nampak ada keledek Jepun. Terus putuskan untuk buat goguma latte. 

Baca juga: Resepi Air Coklat Panas Bercili

Bagi yang selalu tengok cerita Korea tu, pasti goguma latte (sweet potato latte) bukan sesuatu yang asing buat kalian. Keledek manis yang direbus (boleh juga dibakar), dikisar dengan susu dan sedikit madu sebagai pemanis, menghasilkan minuman enak yang memanjakan tunas rasa. 

Goguma Latte | Latte Keledek Manis

Jumaat, Mac 11, 2022

Berehat Seketika dengan Horlicks Take A Moment Chocolate

Minggu ini menjelang ke petang je hujan. Lebat selebat-lebatnya. Memang kalau ikut ramalan cuaca banyak negeri akan alami hujan lebat dan ribut petir. Kalau begitulah aturan keadaannya, semoga setiap titisan air yang turun ke bumi menjadi air yang bermanfaat. 

Harap-harap tiada musibah atau kejadian yang tidak diingini menimpa kita lagi. Janganlah air naik, banjir kilat atau angin kuat sangat hingga rosakkan harta benda. Simpati akan nasib yang menimpa mangsa tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang. Moga keadaan di sana tidak akan bertambah buruk.

Saya seperti biasa, apabila matahari sembunyi main cak-cak, cuaca pula sejuk semacam, mulalah kelopak mata memberat. Badan dah kesejukan. Kalau boleh nak berkelubung dalam selimut! Tetapi banyak tugas yang harus dirampungkan. 

Saya perlukan air panas, kena bancuh sesuatu yang boleh diminum buat memanaskan badan.


Seawal pagi menyelongkar pantri, tahu tak apa yang saya jumpa?

Horlicks Take A Moment Chocolate

Horlicks Chocolate Hot Malty Goodness

Ahad, Januari 16, 2022

Apa itu Cold Brew Coffee

Makluman: Ini entri lama yang secara tidak sengaja statusnya jadi draf.  Saya terbitkan semula. 

Pernah cuba cold brew coffee?

Kopi Bru Sejuk

Ini percubaan pertama saya. Selama ini, setiap kali teringin menikmati kopi bru sejuk (cold brew coffee), saya akan fikir dua tiga kali. Kononnya malas hendak menunggulah, kena ada kesabaran tinggilah ... Hahaha, jikalau hendak seribu daya, bukan? Okey, sebelum itu, mari kita belajar sedikit apa itu cold brew coffee dan mengapa proses bru yang ini berbeza dengan hot brew coffee.

Kebiasaannya, apabila kita hendak bancuh atau bru kopi kita akan guna air panas. Ini kita panggil hot brew. Haba panas yang kena pada serbuk kopi akan keluarkan minyak pada serbuk kopi tersebut. Dari situlah datangnya rasa pahit-pahit kopi. Sifatnya akan jadi berasid. Jadi, itulah sebabnya sesetengah orang alah pada kopi sebab tak tahan dengan keasidannya.

Cold brew coffee berbeza kerana kopi dibru menggunakan air sejuk atau air pada suhu bilik. Tetapi, proses penyediaan kopi bru sejuk mengambil masa lebih kurang satu hari satu malam! Kita bru kopi dalam tempoh 12 - 24 jam. Maknanya, kalau tiba-tiba rasa teringin cold brew coffee, bertindak segera rendam kopi hari ini supaya dapat minum pada esok hari.

Selasa, Januari 04, 2022

Beli Teh Kamomil Lale di Mahnaz Food

Saya memang penggemar kopi tetapi pada masa yang sama saya rajin juga bereksperimen dengan pelbagai jenis teh yang terdapat di pasaran.

Sekali-sekala tukar selera apa salahnya, kan? Lagi pula sekarang ini ada beraneka teh di pasaran. Dari daun teh, serbuk teh hinggalah bunga-bungaan yang dikeringkan. Ada yang dalam uncang, dalam bentuk stick yang merembes keluar apabila direndam ... macam-macamlah. Teh cold brew yang uncang boleh terus rendam dalam air sejuk pun ada.

Baru-baru ini saya beli teh kamomil. Sebenarnya, saya tiada jenis atau jenama tertentu untuk produk teh. Tetapi, teh kamomil memang akan sentiasa ada sebab merupakan antara kegemaran saya.

Kamomil ialah bunga dari spesies tumbuhan Asteraceae yang kelihatan seperti bunga daisy. Bunga dan tangkainya dikeringkan untuk dijadikan teh.

Teh bunga kamomil

Ahad, Januari 02, 2022

Kopi Labu untuk Cuaca Dingin

Assalamualaikum. Salam 2 Januari! Setakat ini 2022 okey? 

Di tempat saya, semalam hujan sepanjang hari. Sekejap lebat, sekejap gerimis. Gusar kalau hujan tidak berhenti, nanti kawasan yang rendah naik air lagi. Alhamdulillah, hari ini tidak hujan. Tetapi, dari pagi sehinggalah menjelang tengah hari cuaca sejuk sangat. Kedinginan saya dibuatnya. 

Dah kesejukan tu, mulalah mencari kopi. Siap cakap dengan diri sendiri, sejuk-sejuk begini kena buat kopi istimewa. Extra lemak berkrim, extra sedap. 


Secangkir kopi labu.

Kopi labu untuk cuaca dingin


Abaikan contengan sos coklat yang saya lukis di atas kopi tersebut. Semasa hendak ambil gambar, saya terima panggilan telefon. Terabailah kopi saya sebentar. Buih kecil surut, sos coklat tu pun dah tenggelam sedikit apabila saya kembali.

Kopi labu ini mengandungi puri atau pes labu. Sebelum ini saya ada beli sebiji buah labu yang boleh tahan besar saiznya. Macam-macam hidangan dah saya hasilkan, masih ada baki lagi. Jadi, saya buat puri labu, masukkan ke dalam kiub ais dan dinginbekukan. Lebih kurang cara saya bekukan cili kisar yang saya kongsikan di sini.

Mudahlah nanti hendak guna kiub puri labu jika ingin bancuh kopi atau masak hidangan pasta labu. 


Pernah cuba kopi avokado? Kopi avokado atau kopi alpukat pun sedap tau. Nak cuba? Lihat resepi di sini.


Resepi Kopi Labu Tahun Baharu 😊

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan susu pilihan. Kali ini saya guna susu badam.
  • 2 sudu besar puri labu
  • 2 sudu teh sirap mapel atau madu
  • 1/2 sudu teh ekstrak vanila
  • 1/2 sudu teh rempah pai labu. Jika tiada rempah pai labu, boleh juga tukar kepada serbuk buah pala atau serbuk kayu manis. Tetapi, untuk serbuk buah pala saya sarankan guna 1/4 sudu teh dahulu. Bimbang terlalu kuat rasanya untuk kopi yang dibancuh.
  • 1/2 cawan kopi yang telah dibru. Ini saya bru pakai mesin kopi biasa. Perlukan setengah cawan sahaja kerana nanti kita hendak gabungkan dengan campuran susu dan labu.


Langkah-langkah penyediaan:

  1. Masak susu, puri labu, sirap mapel, ekstrak vanila dan rempah pai labu di atas api sederhana selama beberapa minit. Kacau hingga semua bahan larut sekata. Tidak perlu tunggu sehingga campuran susu mendidih membuak-buak. Memadai dengan buih-buih kecil halus di permukaan susu.
  2. Pindahkan campuran susu hangat tadi bersama kopi ke dalam pengisar. Kisar seketika supaya bancuhan tergaul sebati dan lapisan froth dapat dihasilkan. Tuang ke dalam kole, sedia untuk dinikmati.

Jika miliki milk frother, lakukan langkah 1 menggunakan milk frother. Setelah itu masukkan ke dalam kole yang berisi kopi panas.


Selamat mencuba!


Psstt! Terima kasih kerana sudi datang jenguk blog saya. Nanti perlahan-perlahan saya balas kunjungan kalian ya. 



Jumaat, Disember 24, 2021

Kegirangan ialah ... Kopi dan Brownut

 


Hapiness is ... by lastlemon


Coffee and cupcakes? Memang gabungan terbaik, kan? Saya tidak akan kata TIDAK pada secawan kopi dan sebiji dua kek cawan. Bayangkanlah kita santai-santai, duduk lepak dengan kawan untuk catching up session. Gosip gosip sikit. Hirup kopi panas yang berasap tipis sambil makan kek cawan yang manis berperisa. Indahnya!

Rabu, Oktober 20, 2021

Kamomil

 Teh kamomil untuk petang yang santai.


Teh kamomil saya ini hasil rendaman bunga kamomil yang telah dikeringkan. Boleh juga didapati dalam bentuk serbuk atau uncang. Terdapat banyak jenis produk teh kamomil di pasaran. Kamomil merupakan antara teh bunga yang selalu jadi pilihan bukan sahaja kerana rasanya yang lembut, menenangkan malah disebabkan khasiatnya yang banyak untuk kesihatan kita. Teh kamomil turut dijadikan home remedy untuk merawat beberapa sakit ringan.

Saya lebih gemar beli bunga kamomil kering kerana saya sendiri boleh ubah tahap kepekatan teh dan rasa mengikut selera sendiri. Jika ingin rasa teh yang kuat, saya rendamlah bunga tu banyak sedikit. Jika mahukan yang mild, sekadar satu sudu teh sudah memadai.

Jemput minum, semua!


Pstt! iPhone kalian rosak? Haaa untuk ini kalian tak perlukan teh kamomil, kalian perlukan Chamo! Kunjungi Chamo di Seri Kembangan segera!


Laman Web: Chamo

017-282 8089

118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 

43300 Seri Kembangan, Selangor.



Khamis, September 16, 2021

Jus Timun yang Menyegarkan

Semalam, semasa hendak makan tengah hari, Bott potong timun untuk dibuat ulam. Tetapi, timun tu pula dah lembik sedikit terutamanya pada bahagian empulur. Kami nak buat cecah sambal belacan. Tak kick sebab timunnya tak rangup.

Terpandang hirisan-hirisan timun di atas papan pemotong, terus saya minta kesemuanya daripada Bott. Suruh dia ambil dan potong timun lain. Saya hendak buat jus timun.

Jus Timun Mudah

Selasa, April 06, 2021

Air Coklat Rendah Kalori

Siapa di sini penggemar hot chocolate? Saya memang suka minum air coklat panas. Lagi mewah rasa coklat, lagi pekat teksturnya, lagilah saya suka. Sebelum ini, saya sudah kongsi beberapa resepi air susu coklat iaitu Air Coklat Panas | Air Koko Panas dan Air Koko Panas Bercili.

Hari ini saya ingin kongsi satu lagi resepi air coklat panas. Yang ini lebih istimewa sebab versi rendah kalori. Untuk yang sedang berdiet atau kawal pemakanan, bolehlah nikmati air coklat panas tanpa rasa bersalah.



Resepi Air Coklat Panas Rendah Kalori

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 1/2 sudu besar serbuk koko. Saya biasa gunakan serbuk koko Van Houtten atau Hershey's.
  • 1/4 sudu teh serbuk kopi segera. Saya guna Nescafe. Penggunaan serbuk kopi segera ini bertujuan untuk serlahkan lagi rasa coklat.
  • 2/3 cawan susu rendah lemak
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • secubit garam
  • Pemanis tanpa kalori pilihan masing-masing

Sabtu, Mac 13, 2021

Pahit Kopi Pahit Hidup

Assalamualaikum. Salam santai Sabtu! Hari ini saya ingin kongsi salah satu petikan kata-kata (quotes) tentang kehidupan yang saya suka. Bertambah-tambah suka sebab kata-kata ini berkaitan kopi! Hahaha hantu kopi seperti saya, baca sesuatu tentang kopi pun boleh terbau-bau aromanya. 😂


Mengada tiba-tiba pos status speaking bahasa Jawa. Rasanya masa ni tengah teringin nak makan sambal dadak. 😄  

Ahad, Disember 06, 2020

Cincau Ayraa Super Lembut

Assalamu'alaikum. Salam Jumaat!

Hari ini kita borak pasal cincau ya.

Saya sebenarnya seorang penggemar cincau. Cincau dalam ABC, cincau dalam sirap bandung atau soda gembira, cincau dalam air soya, semua saya suka! Paling suka tentulah cincau dalam kopi saya! 

Tetapi, saya agak cerewet bab hendak memilih cincau sebab ragu-ragu akan kebersihan produk dan tempat produk itu dihasilkan. Maklum sahajalah, kerap sangat disogokkan dengan berita kilang tauhu, tempe, kilang itu, kilang ini yang ditutup kerana tahap kebersihan yang sangat teruk. Jadi loya dan kembang tekak dibuatnya.

Selalu kalau pergi kedai runcit, nampak cincau pun akan berkalau-kalau hendak beli. Makanya, hasrat nak menikmati minuman menyegarkan dengan cincau asyik tertangguh.

Rezeki saya, balik kampung ada dalam kalangan saudara saya, adinda Ann Izuani yang menjual cincau homemade. Cincau Ayraa nama produknya. Selama ini dah banyak kali lalu lalang di siaran Facebook saya tetapi saya tak sempat balik Kuang. 

Ada peluang balik sana, terus saya beli dua bekas. Puaslah saya ber-coffee moment dengan Cincau Ayraa ini. 

Satu bekas penuh ini cuma RM6. Beratnya lebih kurang 700g. Maaf, teruja lebih masa dapat cincau ni. Lupa nak ambil gambar penuh.

Isnin, Oktober 05, 2020

Beli Avokado Murah

Ini kisah lebih kurang dua minggu yang lepas. Saya pergi buat urusan pos, hantar barang untuk pelanggan di Carousell. Alang-alang dah keluar tu, saya singgahlah ke Econsave untuk beli bahan basah dan keperluan dapur.

Semasa saya sampai, masih awal lagi. Sekitar pukul sepuluh pagi. Tengah teruja belek sayur yang segar-segar, ternampak satu bahagian kat tepi kaunter untuk mark down fruits. Kiranya, ruangan ini khusus untuk reduced to clear items lah. Dengan gembira saya memilih pisang, buah pir dan mangga. Semuanya berharga RM2 sebungkus. Tengah pilih-pilih tu, ada satu bungkus buah avokado juga. Punyalah saya excited. Jika diikutkan kondisi buahnya dah lembut, tak boleh simpan lama tetapi macam-macam boleh buat kot! Especially jus alpukat dan smoothie.


Tengoklah ni, dalam satu plastik ada dalam tujuh biji tidak silap saya. RM2 sahaja! Berbaloi-baloi!

 

Sabtu, Jun 13, 2020

Ice Blended Farm Fresh Cafe Latte

Saya memang suka akan produk-produk Farm Fresh. Dari susu segar, susu kurma, susu coklat, yogurt, soya sehinggalah ke cafe latte. Selalu yang ada stok di rumah on regular basis ialah susu segar atau skinny low fat milk untuk buat kopi dan overnight oat. Yang lain tu, beli secara berkala, ikut selera apabila teringin je.

Cafe latte ni Cekengah yang beri. Dia beli satu kotak, separuh untuk rumah dia manakala selebihnya untuk saya dan Bott. Punyalah happy saya ada kopi sejuk beratur dalam peti ais! Waktu cuaca panas atau menjelang petang apabila badan dah mula lemau, minum cafe latte sejuk ini memang boleh terus celik mata. Saya suka sebab rasa kopinya kuat. Tidak ditenggelamkan oleh susu.

Lama juga stok cafe latte bertahan dalam peti sejuk. Pandai berjimatlah konon-kononnya. Lagipun, selalu saya minum kopi panas untuk mulakan hari. Tetapi, ada satu hari ni tekak teringin nak something sejuk dingin gitu. Buka peti sejuk nampak cafe latte ni terus grab. Ambil ais sedikit, letak dalam smoothie blender, tadaaaaaaaa! Jadilah ice blended cafe latte.  

Isnin, Mac 27, 2017

Resepi Air Coklat Panas

Saya penggemar air coklat panas. Selalu minum malam-malam time cuaca sejuk atau ketika berjaga siapkan kerja.  Di bawah ini, resepi air coklat panas pekat kawww kegemaran saya.

Air coklat pekat dan lazatttt!

Resepi Air Coklat Panas | Resepi Air Koko Panas

Portion untuk 2 orang atau 1 mug besar untuk seorang 😆


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 1/2 cawan susu (Full Cream/Fresh Milk/Low Fat) - Jika mahu lebih sedap, gunakan susu full cream
  • 20 - 25 gram dark chocolate. Saya suka air coklat yang strong rasa kokonya. Jika kalian suka yang lebih manis, gunakan milk chocolate. Coklat apa? Terpulang. Ikut citarasa masing-masing. Saya guna Ghirardelli Dark Chocolate yang kandungan cocoanya 60%. Guna Beryl's pun sedappp!
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • secubit garam

Selasa, November 01, 2016

Resepi Smoothie Avokado

Avocado Smoothie

Avocado smoothie merupakan antara smoothie kegemaran saya. Rasanya hampir setiap pagi, on my 'hari tanpa kopi', saya akan buat avocado smoothie. Lagipun, di tempat baru saya sekarang, mudah sangat nak dapatkan stok alpukat. Kedai kat hujung jalan ada jual. Boleh buat delivery untuk orang malas bergerak macam saya pulak tuh! Hanya satu panggilan, beberapa biji buah alpukat selamat sampai ke doorstep! :)

Isnin, Oktober 17, 2016

Mulakan Hari dengan Teh Halia dan Lemon

Sejauh manapun addiction saya pada kopi, sekali-sekala saya kena struggle jugak untuk kata tidak pada minuman kegemaran saya ni. Banyak sangat coffee consumption tak elok untuk badan. Almaklumlah, kandungan kopi tu sendiri berasid.

Jadi, pada hari-hari yang saya tidak (more to terpaksa) minum kopi, saya akan mulakan hari dengan secawan teh lemon dan halia. Teh lemon dan halia ni elok tau untuk badan.


Antara manfaat dan kebaikan teh halia dan lemon ialah:

Sabtu, Oktober 01, 2016

...sebab hari ini Hari Kopi Sedunia

Salam Hujung Minggu!
Saya berstesen di rumah dua tiga hari ini. Jadi, adalah ruang untuk berblog sedikit.

Selamat Menyambut Hari Kopi Sedunia! Hari ini 1 Oktober, kita raikan hari kopi peringkat international. Satu dunia raikan kopi :) Earlier, 29 September, Hari Kopi Malaysia. Saya tengok, banyak jugalah kafe-kafe, coffee shops dan pengeluar produk berasaskan kopi yang buat macam-macam promo sempena Hari Kopi.

Dek kerana hari ini Hari Kopi Sedunia, saya nak kongsi semula entri-entri resepi saya sebelum ini yang menggunakan kopi :)


Basically, kopi alpukat ini coffee ice blended with avocado. Sedappppp. Rasanya lemak creamy lagi-lagi apabila kita serve dengan aiskrim vanila.

Isnin, Jun 27, 2016

Teh Tarik Cupcake | Caramel Eclair | Chilli Hot Choc

Minggu lepas Uje dan Dhila berbuka di rumah. Mereka bawa banyak desserts. Dhila ni sweet tooth orangnya. Bab nak cari manisan sedap sedap, serah jelah kat dia. Selepas berbuka, semua dah kekenyangan tak lalu nak makan pencuci mulut sangat. Makanya, jadi rezeki sayalah!

Kebetulan sepanjang hari tu hujan lebat. Cuaca dingin sangat. Bila dah sejuk, apa lagi,..mulalah perut berlubang. Normally, saya tak biasakan diri makan treats yang manis-manis. Tapi, this time justified-lah konon-kononnya. Sebab nak panaskan badan ;)

Untuk moreh, saya makan Teh Tarik Cupcake. Yummehhhh! The cupcakes were made by one of Dhila's friends. Apa yang unik, kek cawan yang dihasilkan semuanya ada sentuhan citarasa Malaysia! Selain daripada perasa teh tarik, ada cupcake perasa cendol, onde-onde Melaka,...Bukan main excited lagi saya cuba rasa itu sikit ini sikit...

Isnin, April 18, 2016

Resepi Kopi Alpukat

Saya memang penggemar jus avokado a.k.a alpukat. Selain daripada menikmatinya di restoran makanan Indonesia kegemaran saya, saya juga gemar buat sendiri jus avokado. Boleh adjust ikut citarasa, kita sendiri yang kawal rasa manis dan lemaknya. Boleh cuba resepi jus alpukat di sini.

Kopi Alpukat saya ;)

Jumaat, Februari 05, 2016

Macam pelik je ... tapi yummehhhh!

Assalamu'alaikum,
Salam Jumaat. Beberapa hari ni tak larat nak masuk blog, tulis entri, balas komen atau blogwalking. Penangan ubat batuk + ubat selesema = groggy! Hari ni pun, matahari dah meninggi masih lagi nak bermalas-malasan atas katil. Mata tu ruyup je. Tambah pula, lately cuaca di tempat saya sejuk-sejuk dingin. Tak panas terik membahang seperti dua tiga hari sebelumnya. Ergo, officially I am a slugabed!

So, kita buat entri throwback la ye. Throwback jengah entri-entri saya yang dahulu. Kali ni saya picked hidangan/treat yang sekali dengar rasa macam pelik,..tetapi apabila dinikmati, memang yummy super awesome-lah!