Memaparkan catatan dengan label DIY Mudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY Mudah. Papar semua catatan

Jumaat, September 18, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Sampul Duit daripada Kertas Buku Lama

Entri sebelumnya boleh baca di sini dan di sini.

Tutorial kraf kertas lagi. Masih menggunakan kertas buku lama sebagai bahan utama. Siapa-siapa yang tak minat kraf pun boleh cuba buat sampul mini, sampul duit atau sampul ang pau ni.

Buat sampul mini begini jadi antara hobi Cekebon di rumah. Tetapi kebiasaannya Cekebon akan gunakan kertas pembalut hadiah (tidak kiralah sama ada yang baru ataupun yang terpakai). Nanti, bila nak beri duit atau sumbangan untuk kenduri ke, baby baru lahir ke, sedekah untuk orang tua atau anak-anak yatim ke, sampul-sampul mini ini dah tersedia untuk digunakan.

Bagaimana nak buat sendiri sampul ang pau atau duit raya ni? Mudah sahaja. Kita hanya perlukan kertas buku lama, gam dan gunting.

Jumaat, September 11, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Gift Tag Penanda Buku daripada Kertas Buku Lama

Assalamu'alaikum, 
Selamat berhujung minggu. 

Dah lama tertunda entri kraf kertas menggunakan halaman (muka surat buku-buku lama) ni. Hari ini kita belajar buat gift tag (tag untuk hadiah) yang dwifungsi. Maknanya selain daripada dijadikan tag hadiah, kita boleh guna sebagai penanda buku.

Material dan peralatan untuk hasilkan DIY gift tag seperti dalam gambar di bawah:

Keperluan asas yang diperlukan.

Selasa, September 01, 2015

Kraf Kertas Menggunakan Muka Surat Buku Lama

Baru-baru ini saya terlibat dengan aktiviti anjuran sebuah syarikat untuk kakitangannya. Saya dijemput untuk mengajar dan beri tips mengenai kraf kertas, cardmaking dan cara untuk menghias buku skrap.  Antara 'modul' dalam sesi saya ialah membuat kraf kertas menggunakan lembaran muka surat buku lama. I really like this idea sebab kita tak perlukan kos yang banyak. Pada masa yang sama kita guna semula kertas-kertas lama. Yeayyyyy! Go greeen!

Saya tidak banyak gambar dari event tersebut. So, buat masa ni saya kongsi apa yang saya sediakan lebih awal.

Bayangkan daripada helaian muka surat buku lama yang kekuningan begini...

Beberapa helaian muka surat buku lama.

Rabu, Ogos 26, 2015

DIY Mudah - Mini Puzzle daripada Batang Aiskrim

Hari ini, saya ingin tunjukkan cara nak membuat Mini Puzzle daripada batang aiskrim. Mini puzzle sesuai dijadikan bahan aktiviti untuk anak-anak sama ada sebagai bahan pembelajaran tambahan ataupun sekadar aktiviti santai (galakkan perkembangan minda) di rumah.

Apa yang diperlukan:
  • Batang Aiskrim (Saya ada anak-anak cilik yang rajin kumpul batang aiskrim untuk saya + pek yang saya beli di Mr. DIY) 
  • Acrylic Paint
  • Berus Lukisan
  • Pensel, getah pemadam
  • Cellotape

Rabu, Ogos 05, 2015

Gift Ideas - Travel Keepsake Chain

Hari ini saya ingin kongsi satu gift idea menarik. Mudah dibuat, sesuai dan handy untuk si penerima yang kaki travel. Yes, diulangi untuk kaki travel :) Mana-mana sahabat atau kenalan kalian yang suka berkembara tu ... tak ada idea hendak beri apa ... bolehlah cuba DIY Travel Keepsake Chain ini.

Travel Keepsake Chain

Selasa, Ogos 04, 2015

DIY Mudah Guna Craft Charms

Happy Monday! 
Selamat Memulakan Minggu Baru!
Hari ni ada yang lemau tak? ;)

Untuk entri ini saya ingin berkongsi cara membuat DIY mudah menggunakan craft charms. Pek craft charms yang cantik ini saya beli di DAISO. 

Crafts Charms

Selasa, Julai 28, 2015

DIY Mudah - Body Scrub daripada Hampas Kelapa



Selalunya untuk memasak saya tak pakai santan biasa atau beli kelapa parut. Santan kotak Ayam Brands (Fat Trimmed) jadi pilihan. Rendah lemak. Elok untuk kesihatan :) Tapi, masa bulan puasa hari tu, Cekebon teringin nak makan onde-onde. Jadi, belilah kelapa parut sebiji. Asingkan yang putih untuk kuih, selebihnya diperah untuk buat serawa durian.

Selasa, Jun 30, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Kad Hari Raya (Anyaman Mudah)

Entri susulan untuk Projek Kad Raya.

Dalam entri terdahulu, saya dah potong kertas warna/bercorak menjadi jalur-jalur panjang. Saiznya lebih kurang 10cm X 1cm. Pendek sedikit pun tak mengapa, panjang terlebih pun tak jadi masalah kerana kita boleh trim kemudian :)

Baiklah, selain jalur kertas, apa yang diperlukan untuk membuat Kad Hari Raya DIY ialah:

  • Kad kosong (warna dan saiz ikut pilihan/citarasa) - Saya memilih untuk menggunakan kad manila berwarna buff dan kad bercetakan timbul flora kecil berwarna putih. Kedua-duanya bersaiz A4. Setiap keping kad akan dibahagi dua untuk menghasilkan dua keping kad ucapan.

Base card

Ahad, Jun 28, 2015

Ramadan 1436 - Projek Kad Raya

Dua tiga hari ni badan rasa lemah sikit time puasa. Tak cukup air kot. Tambahan pula cuaca panas terik sekarang. SABTU, sepanjang hari saya hibernate dalam bilik kraf. Kalah beruang kutub! Sampai masa nak masak baru keluar pergi dapur. Aduhai, lemaunya rasa badan!

Makanya, aktiviti dari pagi ke petang semuanya yang menggunakan tenaga minima. Paling minima. Kemas itu sikit,..susun ini sikit. Nak blogging ke blogwalking ke memang tak larat. Guna tenaga banyak tau nak membaca dan taip komen hihihih. Last-last sambil menonton, saya potong lebihan kertas skrap saya menjadi jalur-jalur kertas kecil.

Jalur-jalur kertas skrap

Isnin, Jun 08, 2015

Projek Buat Instant Shawl (Bahagian 2)

Entri susulan kepada Projek Buat Instant Shawl.
Alhamdulillah, percubaan pertama buat 'shawl segera' menjadi!!!

Setelah belek, belek dan belek lagi instant shawl yang saya beli, inilah lakaran kasar cara mudah untuk jahit shawl kita. Oh, maafkan lakaran tangan kejung saya! Bagi yang pertama kali cuba, disarankan untuk pakai shawl di atas kepala (jangan main redah jahit je!) dan pinkan. So, apabila shawl siap nanti akan mengikut kesesuaian wajah dan keselesaan kita.

'Orang malas' macam saya jahit di tempat-tempat tertentu je.

Khamis, Mei 07, 2015

DIY Gift Ideas untuk Hari Guru - KIip Kertas Penanda Buku

Assalamu'alaikum!
Hujung bulan lepas saya dah tunjuk DIY mudah yang boleh kita buat dengan hanya menggunakan lebihan kertas warna/corak dan klip kertas.  

Ini klip kertas dwifungsi yang saya maksudkan :)

Rabu, April 29, 2015

Selasa, April 28, 2015

DIY Gift Ideas untuk Hari Guru - Post-It Pad (Part 2)


Selamat memulakan minggu baru! Hari ini kita sambung hias Post-It Pad kita ye. Tak perlu dapatkan material kraf yang mahal-mahal. Kita nak buat gift yang ekonomi. Simple and nice. Antara bahan-bahan yang boleh dipertimbangkan ialah:

  • Reben
  • Washi Tapes
  • Butang
  • Sticker/Pelekat bergambar
  • Adhesive Diamentes
  • Cetakan ucapan 'Selamat Hari Guru' atau 'Happy Teacher's Day'
  • Marker Pen/ Gel Pen/ Sharpie Pen/Magic Pen

OK, inilah Post-It Pad yang sudah siap dihias.

Ahad, April 26, 2015

DIY Gift Ideas untuk Hari Guru - Post-It Pad (Part 1)

OK. Salah satu DIY gifts yang sesuai untuk keraian Hari Guru ialah Post-It Pad @ Sticky Notes. Selalunya, pelekat Post-It cenderung untuk kotor, terlipat atau tercabut kalau kita masukkan dalam beg begitu sahaja. So, kita buatkanlah 'jaket'. Apabila dah pakai baju begini, kita boleh hias dan hasilkan hadiah comel untuk guru.
Barang-barang yang diperlukan.

Rabu, April 22, 2015

Projek Tak Ada Kerja (Decoupage Part 1)


Bekas kayu ni sebenarnya pemberian Dhila, si adik ipar kesayangan yang rajin beri saya stuff untuk buat kraf. Fikir punya fikir, saya pilih warna kuning untuk cat bekas kayu. Mengapa kuning? Sebab saya nak padankan dengan kertas tisu yang saya ada.

Paint dah kering. Sedia untuk proses seterusnya.

Apa kena mengena dengan tisu ros merah tu? Sebenarnya, saya nak buat projek mini decoupage. Apa itu decoupage? Decoupage ni sejenis kraf menghias barang-barang dengan tampalan kertas misalnya kertas tisu. Mudah je nak membuatnya. Apa yang diperlukan ialah:

Rabu, April 01, 2015

Wiggly Googly Eyes


Animal Foam Stickers with Wiggly Eyes

Sebenarnya ini untuk bahan aktiviti anak-anak didik saya. Tema haiwan. Foam stickers haiwan beli di Mr. DIY, RM1.80/pek. Wiggle eyes tu pula dari POPULAR. Tak silap saya harga sekitar RM4 - 5. Bukan jenis self-adhesive. Jadi, kena letak sapuan gam nipis untuk lekatkan pada foam.


Saranan aktiviti: 

Ahad, Mac 29, 2015

Gift Ideas - The OUCH! Kit

Salam Ahad! Another gift idea untuk jadi inspirasi kalian - The OUCH! Kit

The OUCH! Kit? It's a basic first aid kit yang kita personalised untuk someone. Lebih kurang begitulah konsepnya. The OUCH! Kit ini saya buatkan untuk Cekengah. Adik saya, kalau bab ubat-ubatan memang fail sikit. Benda basic macam plaster dan panadol pun tak ada. Well, sometimes ada...tapi dia sendiri tak tahu kat mana dia simpan atau letak. Bila dia batuk ke semput ke dan saya tanya ubat mana,...dia sendiri tak boleh nak locate.

Dari situlah tercetus idea nak buat The OUCH! Kit untuk Cekengah. Saja namakan OUCH! sebab nak bagi nampak fancy sikit :) Jom tengok apa yang kita perlukan.

  • Beg kecil, pouch atau kotak kecil - Kita nak buat kit bersaiz kecil, yang ringan dan portable. Senang masuk beg atau letak dalam kereta.
  • Keperluan asas first aid kit + ubat-ubatan tambahan (jika ada). Untuk Cekengah saya masukkan sekali Salbutamol Inhaler & pil Ventolin (ubat ashtma).
  • Reben dan tag sebagai hiasan.


Abaikan tag Youtube sebab itu sekadar nak sesuaikan dengan tema Social Media Madness sempena birthday dia awal Mac yang lalu. (Baca di sini - Cekengah's Birthday Lunch)

The OUCH! Kit
Ini kandungan The OUCH! Kit Cekengah.
Isi kandungan kit
  1. Inhaler Asthma
  2. Ubat Ashtma
  3. Plaster
  4. Panadol
  5. Pil 'Chi Kit' Teck Aun (Cekengah suka sakit perut.)
  6. Minyak Angin Cap Kapak
  7. Minyak Kayu Putih (untuk redakan batuk berkahak - sila baca di sini.)

Apa yang nak diisi ke dalam The OUCH! Kit bergantung kepada anda. Yang penting, untuk setiap item, tidak perlu letak dalam kuantiti yang banyak. Nanti dah bulky dan berat, siapa yang larat nak bawa ke sana ke mari :)


Psst! Selalu period pain? Pil 'Chi Kit' Teck Aun sesuai dimakan untuk redakan kesakitan saban bulan :)

Isnin, Mac 23, 2015

DIY Mudah - Semburan Bunga Mawar (Rose Mist)

Dulu-dulu apabila dapat bunga, saya rajin keringkan. Guna untuk buat penanda buku atau projek kraf. Tak pun saya jadikan potpourri. Sekarang dah malas! Lagipun takut kumpul extra habuk dalam rumah. So, bunga-bunga mawar yang Cekebon dapat masa warded tempoh hari saya asingkan siap-siap. Kali ni kita buat semburan bunga mawar a.k.a rose mist.

Kelopak bunga mawar :)

Mudah saja! Ikut langkah-langkah di bawah:
  1. Leraikan kelopak-kelopak bunga mawar. Bersihkan dan basuh. Kemudian, masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan air. Paras air cukup sekadar menutupi permukaan kelopak-kelopak bunga.
  3. Masak di atas dapur buat seketika. Sebaik sahaja airnya mendidih, padam api dan tutup periuk. Kita tak mahu wap air yang mengandungi bau harum mawar terlepas ke udara ;)
  4. Setelah sejuk, tapis air mawar dan masukkan ke dalam botol penyembur. Sedia untuk digunakan.
Air semburan bunga mawar atau rose mist ni boleh digunakan sebagai face mist. Sembur pada muka untuk segarkan wajah. Boleh juga digunakan untuk sembur pada kusyen, bantal dan tilam. Wangiiiiii!

Ahad, Mac 22, 2015

Gift Ideas - What I Like About You

Salam Ahad! Hari ini saya nak kongsikan satu idea menarik untuk DIY Gift - What I Like About You Notes

Ingat lagi tak sambutan hari lahir Cekengah yang bertemakan media sosial pada awal Mac? (Baca mengenainya di sini.) Salah satu gift yang saya sediakan untuk Cekengah ialah Her33Likes. Mengangkat tema Facebook, di dalam kotak ini mengandungi 33 catatan 'Like' daripada ahli keluarga dan kawan-kawan Cekengah memberitahu apa yang mereka suka tentang Cekengah@Rena @Koyeen@Ida@Cikibam. Minah ni banyak nama timangan! Mengapa 33? Heheheh sebab tahun ini umurnya cecah 33 tahun! (It's a kind of a gentle reminder to you, sis! Umur dah banyak!)

Cekengah's 33 Likes