Memaparkan catatan dengan label Me and My Little World. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Me and My Little World. Papar semua catatan

Jumaat, Disember 16, 2016

Bila Jalan Tak Pakai Mata,...


Kisah pagi Jumaat,..
bila jalan tak pakai mata,
tak pandang-pandang,
tiba-tiba,...
Eh, lantai hilang?!

Gedebukkkkk!
...dan  gempa kecil dirasakan di kawasan berhampiran 😣

Kaki 'terpeleot' :(

Mujur ada PAMOGA ehhhh,... PERSKINDOL!

Selamat Berhujung Minggu!


Jumaat, September 02, 2016

Saudara Bawa Bacang!

Baru-baru ini saya buat kuiz mengejut - Simpulan Bahasa dalam kelas BM Tahun 5. Anak-anak Tahun 5 saya agak lemah dalam peribahasa dan penjodoh bilangan. Jadi, selalulah dapat kuiz mengejut daripada saya =) Kali ini kuiz dalam bentuk bertulis. Saya bacakan soalan, mereka salin dan beri jawapan yang sesuai dalam masa yang telah ditetapkan. Nanti, dalam kelas akan datang, kami akan bincang sama-sama jawapannya.

Ini salah satu jawapan anak murid saya yang buat saya gelak mengekek-ngekek.

Khamis, Mei 19, 2016

Kena Pakai Braces Dekat Leher

Alkisahnya, bangun pagi checked reminder kena pakaikan ubat bulu gugur untuk Si Yuri. Ini obatnya. Dermoscent Essential 6. Jenis spot on. Kena titiskan ngam-ngam kat belakang tengkuk supaya kucing tak dapat jilat.

Dermoscent Essential 6 Spot-on

Rabu, September 30, 2015

Just because you're mad,..



Just because you're MAD at someone,
doesn't mean 
you STOP LOVING THEM.


...even though that 'someone' in this case is a 'gatal gigi cat' with sharp teeth. 

Isnin, September 21, 2015

Si Bibir Bulat Seksi

Kisah minggu lepas.
Dapat posto daripada pihak Mentholatum.
Suratnya ada bonjol-bonjol.

apabila dibuka,...
terkeluarlah sebijik bibir bulat seksi ni.

Chu Lip NY, Brilliant My Way

Khamis, September 17, 2015

...Something that reminds me of tarian kecak

Baru-baru ini, salah seorang kenalan rapat saya pergi bercuti di Bali. Sebelum ke sana, sempat dia menelefon saya dan bertanyakan sama ada saya mahu sebarang ole-ole yang spesifik dari sana. Bali? Tak terfikir apa yang saya inginkan, saya hanya doakan teman saya ini selamat pergi dan selama balik.

Dia: Oklah. Kalau macam tu aku belikan kau keychain ke fridge magnet ke,..

Saya: Itu semua kawan-kawan blogger aku boleh bagi! (Don't take this wrongly. Bukannya saya berlagak atau kufur nikmat. Tetapi, dengan teman saya yang ini kami memang biasa gurau-gurau kasar begini.)

Dia: Yelahhhhh, orang tu ada ramai kawan blogger best-best! (Teman saya ini, antara yang terlopong tengok Bloggers Board saya penuh dengan kiriman rakan-rakan maya. 'Unsangkarable!' Omelnya yang sukar comprehend the facts that saya tak pernah jumpa pun dengan kawan-kawan blogger saya.) Habis tu, apa kau nak ni? Nanti sampai sana senanglah aku cari!

Selasa, September 08, 2015

Terima Kasih 3 Muhammad

Tarikh: 7 September 2015
Masa: 11. 45 pagi
Tempat: Bukit Manjalara, berhampiran masjid di SMAKL

Saya dan Bott ada urusan di luar.

Tiba-tiba, kereta kami berhenti. Aikkk? Apa sudah jadi? Kereta servis regularly. Tapi yelah, perkara nak berlaku. Macam-macam simbol dah keluar dekat paparan dashboard. Panik juga saya dan Bott kerana kami memang di jalan besar. Mujurlah Bott ambil lane kiri. Dalam panik terpinga-pinga tu, saya cepat-cepat tekan butang lampu kecemasan. Working. So, at least bukan masalah alternator la...dan yang penting kenderaan lain nampak kami. Bimbang juga kereta laju keluar selekoh hentam kitorang dari belakang.

Saya mula memanggil talian-talian hayat yang ada. Fikiran ligat fikir nak panggil siapa, nak tow kereta ke mana. Tidak berapa lama lepas tu, datang tiga anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan sekitar bertanyakan masalah kami. Nampak tiga buah motor peronda polis parking belakang kereta dah mula buat saya lega :)

Isnin, Jun 22, 2015

Thank You ST12, Thank You Ayam Brand

Short update before iftar.

Maaf hujung minggu ni tak dan langsung nak blogwalking atau balas komen.
Sibuk buat persediaan untuk bimbing students PT3 siapkan tugasan Geografi mereka.
Saya dan team FunCrayons EduSpace tak menang tangan nak update bahan rujukan.

Sambil-sambil sibuk prepare bahan yang sesuai untuk dikongsikan di blog FunCrayons EduSpace, sempat pula mereka ni main google diri sendiri! Dah puas google diri, main search FAMF Tower pula.
Kes dah penat lah tu!

Hik hik hik..ini antara hasil carian yang mereka jumpa di Twitter dan boleh buat saya senyum lebar.

Khamis, Jun 18, 2015

Cekebon Tersentuh di Pagi Ramadan

Assalamu'alaikum.
Salam 1 Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa. Dah baca doa untuk 1 Ramadan? 

Pagi tadi selepas Subuh, saya memerap dalam bilik buat kerja editing. Dah pukul 10 lebih baru keluar gi intai Cekebon.

"Kak, ada surat poslaju. Nek Piah yang ambilkan." (Referring to jiran sebelah rumah tempat surat-surat saya selalu 'mendarat'.)

Saya ambil surat tu dan letak depan Cekebon.

Isnin, Mei 25, 2015

Hadiah Hari Guru Paling Thoughtful

Ini kisah Sabtu lepas. Kisah hari guru.

Pagi-pagi Sabtu, checked letter box ada satu bungkusan kecil. Surat semalam, lupa nak ambil. Rupa-rupanya saya dapat satu set guitar string kiriman seorang silent reader FAMF Tower, D. D selalu ambil guitar chords di blog ini. Mudah dan senang nak main katanya. Kebetulan terbaca entri saya Yuri, Kadal & Kapok, D buat suprise untuk saya sempena hari guru. Tali gitar untuk si Kapok. Extra light tau! :)

Darco Acoustic Strings

Khamis, Mei 21, 2015

Saya Cukup Tidak Suka

Catatan untuk Kamu, Kamu dan Kamu


Saya cukup tidak suka, 
apabila hidup saya tengah tenang, 
saya terpaksa selesaikan masalah orang
(yang malangnya berkait dengan saya,..
jika tidak sudah tentu saya buat bena tidak bena.)

Saya paling tidak suka,
apabila saya bersusah payah selesaikan masalah tersebut,
guna kudrat, tenaga dan wang ringgit saya,
cuba jaga hati setiap pihak,
bertindak ibarat menarik rambut dalam tepung.

dan bilamana saya rasa masalah itu sudah selesai,
ada pihak yang punya kepentingan,
ada pihak yang suka menangguk di air keruh,
buat onar,
putar belitkan cerita.

and people used my words against me,
tindakan saya semuanya salah,
kata-kata lembut dan diplomasi saya,
tiba-tiba 'bertukar' jadi herdikan dan caci-cerca.
Cubalah berfikir ikut waras akal,
dengan kebiadapan dan sikap baran,
masakan ada masalah yang boleh selesai?

Saya betul-betul kecewa, sedih,
Rasa tak cukup tanah nak betulkan keadaan, 
Nak jelaskan salah faham orang terhadap diri saya.

Alhamdulillah, saya cepat sedar,
untuk apa saya rusuh hati,
biar orang pandang kita keji, 
biarlah siapa sahaja nak reka cerita demi kepentingan diri,
saya rela nama dan diri saya terpalit cela di mata manusia, 
daripada cela di mata Sang Pencipta.
 
Saya tidak mahu ambil pusing lagi,
ikhtiar saya ternoktah di sini,
saya mahu kembali kepada kehidupan tenang saya,
langkah kita tidak sama, pemikiran juga berbeza,
dan saya juga tidak akan cuba bersihkan nama saya.

Terima kasih,
kalian sempat bekalkan saya pengajaran bernilai tentang hidup.
Tetapi ingatlah,
kalau hari ini kalian bisa menari,
dengan gah, bongkak, menindas orang,
memfitnah insan lain,
hari esok, 
mungkin ada langkah yang sumbang,
ada kaki yang tersadung.
dan bila sudah tersungkur,...
Ingat satu perkara,..Tuhan kita tetap sama. 
Allah yang Satu.



Pssst! Of course, coretan ini tidak ditujukan sama sekali buat rakan-rakan blogger saya heheheh


Isnin, Mei 11, 2015

Breakfast at Tiffany's | Hello Kitty

Saya dapat task untuk sediakan party props. Jadi, sepanjang minggu lepas, saya memang tak menang tangan. Dengan kelasnya,... dengan siapkan props untuk partynya. Tambah pula, props yang perlu dihasilkan ada tema yang khusus. Kenalah extra meticulous supaya apabila para tetamu tengok, mereka boleh terus relate dengan tema majlis :)

Breakfast at Tiffany's

Tema keraian ialah Breakfast at Tiffany's - diambil sempena sebuah filem lama era 60-an (yang merupakan adaptasi novel) lakonan Audrey Hepburn. Breakfast at Tiffany's ni biasa dijadikan theme for birthday parties, mother's day celebration and brunches. Berminat nak tahu lebih lanjut? Boleh google for this theme atau search di Pinterest.

Sabtu, Mei 09, 2015

Hadiah Kasih Sayang Siti Humairah

Assalamu'alaikum. Salam Sabtu! Selamat Berhujung Minggu. Ini entri penghargaan buat adinda Siti Humairah a.ka. sitiroro a.k.a S.Y.M. Rasanya kalian semua dah kenal dengan Dik Siti kita yang sweet and 'fwenly' ni.

Awal minggu lepas, Siti dah maklumkan pada saya yang dia akan pos something. Apa yang dihantar,..sebab apa,...Surpriseeeee! Cik adik manis ni suruh saya tunggu dengan sabar sebab tu 'parcel kasih sayang'.

Terima kasih kepada perkhidmatan cemerlang dan efisien Poslaju Malaysia. Genap 7 hari saya terima parcel saya. Memang menanti dengan penuh pasrah dan redha. Kalau semai benih dah naik jadi anak pokok dah! Tak mengapalah. Alhamdulillah, sampai juga dengan selamat.

Momen paling indah,..buka parcel!

Khamis, Mei 07, 2015

Selamat Hari Lahir, Syurgaku.

Hari ini hari lahir, Cekebon! Hari ini hari lahir si Dhila juga! Malangnya tak dapat nak berkumpul sebab weekdays, adik-adik sibuk kerja belah siang, belah malam saya pula ada kelas. Kita tangguhkan keraian ke hujung minggu ye, Bon!

Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia Cekebon. Syukur, tahap kesihatan Cekebon pun dah bertambah baik berbanding dua bulan lepas... walaupun mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. 

Selamat Hari Lahir, Cekebon!

US, decades ago ;)

Ahad, Mei 03, 2015

Turn right at Jalan Setapang

Baru sahaja kelmarin buat aksi kucing malas bersantai sebab kerja-kerja saya dah selesai. Semalam, atas urusan mengejut, saya dan Bott terpaksa ke Bandaraya Bersejarah Tapak Warisan Dunia. Bimbang terjebak dengan kesesakan lalu lintas, kami grabbed barang apa yang sempat dan terus mulakan perjalanan. 

Alhamdulillah, perjalanan smooth. Cuma sesak sedikit dari tol Seremban ke Port Dickson sebab ada kemalangan. Masuk je bandar Melaka, mata kami berdua berkelip di luar kebiasaan. Kes tak tahu jalan. Last time kami berkunjung ke tempat yang hendak dituju rasanya lebih sedasawarsa yang lalu.

Mujurlah ada Waze. Dengan confident ikut arahan mat saleh suruh belok kiri belok kanan. Jika tiada aral, akan sampai ke destinasi yg dituju dalam masa setengah jam. Tengah kalut ikut arahan dan cari jalan, baru perasan yang bateri handphone dah nyawa-nyawa ikan. Dalam hati puas berdoa, harap-harap sempatlah bateri ni.

Dah nama pun nyawa-nyawa ikan,..

Sabtu, April 18, 2015

Cenonet je!

Baru-baru ni, ada baca entri di blog Izzeyda mengenai belon tepung. Tak pernah tahu pun wujudnya belon tepung sebelum ini. Suka je tengok Eyda dan anak-anak bentuk belon tepung tu jadi bintang. Petang semalam, semasa slot home tuition, saya minta murid saya tolong hulurkan pemadam. With a cheeky smile, dihulurkan kepada saya seketul objek rubbery berwarna merah jambu. Beria-ia saya menenyeh objek merah jambu ke buku sebelum saya sedar yang objek berkenaan bukannya getah pemadam. Rupa-rupanya belon tepung! 

Laaaa cenonet je! Berkali-kali saya belek belon tepung tu. Kecil bebenor saiznya! Besar sikit daripada saiz ibu jari saya je. Begini bentuk dan rupanya, jangankan anak-anak Eyda, saya main dua tiga minit pun boleh bersepai tepungnya ;)

Nampak tak,.. getah pemadam saya lagi besar daripada belon tepung tu!


Rabu, Mac 25, 2015

Ubi Cilembu Bakar

Ni kisah beberapa hari lepas. Bangun pagi je tiba-tiba teringin nak makan ubi cilembu bakar. Melampau tak? Penangan edit manuskriplah ni. Ada pula sentuh bab ubi cilembu. Lepas tu, kenalan saya di Jakarta boleh pula upload gambar dia makan ubi ni. Pingin ubi cilembu! Pingin ubi cilembu!

Ubi cilembu sebenarnya salah satu spesies keledek yang banyak terdapat di Indonesia. Turut dikenali sebagai ubi madu dek kerana rasanya yang manis. Apabila ubi ni dibakar atau dipanggang, kandungan gula di dalam ubi ni akan meleleh keluar dan caramelized. Tekstur ubinya akan kelihatan seperti bersira dengan gula merah.

Pagi tu jugak saya rengek dekat Bott nak pergi cari keledek bakar. Tidak silap saya, dekat kedai yang selalu jual buah berangan, ada baked sweet potato juga. Bott pening kepala. "Confirm ke kat kedai tu ada ubi cilembu?!" Saya dengan confident angguk kepala. Dah masuk Malaysia, tak adalah pakai nama ubi cilembu lagi! Jadi 'honey sweet potato' atau keledek madu ;)

Selasa, Mac 24, 2015

Cekengah & Lagu Cinta

"Long, nak request lagu boleh?" Dengan mukanya yang sedih baru lepas nangis, saya layankan juga Cekengah. Kesian kat dia. Lately, stress dengan macam-macam hal. Kitorang tengah lepak kat bilik kraf sambil saya mengunyah dengan berseleranya 1/2 biji burger lebihan lunch Cekengah bawa balik. Adik saya ni memang kalau dia rasa portion makanan dia besar,..tak terhabis...dia memang akan asingkan siap-siap. Bawa balik untuk 'mulut sentiasa nak makan' kat rumah ni.

"Eh, lagu apa?" Pelik saya mendengarnya. Selalu Cekebon yang rajin minta dimainkan lagu itu ini. (Baca kisah Cekebon dengan lagu Aduka di sini.)

"Lagu cinta."

"Ye lah, lagu apa?"

"Lagu Cinta-lah. Tajuk lagu tu memang Lagu Cinta. Kumpulan Asmara."

Eh, kumpulan Asmara ni bukan kumpulan dari Indonesia ke? Sejak bila Cekengah pandai layan lagu Indonesia. Selalu bukan main lagi kutuk saya, cakap lagu-lagu along tak best! Saya yang tengah syok melayan kekecohan konflik drama Keluarga Karaoke (nampak tak tahap bosan saya hihihih) terus ambil remote TV dan tekan butang mute.

"Aikkk? Dah pandai dengar lagu Indonesia pulak?!"

"Dengar kat radio masa nak pergi kerja. Best, Long! Kalau Angah yang tak minat lagu seberang pun boleh suka,...paham-paham je lah."  

Oh, that one make sense. Citarasa muzik kitorang berbeza. So, kalau tiba-tiba ada lagu yang dia suka dan bukan dalam range lagu favourite dia, saya tahulah dia dengar kat radio. On the way pergi balik kerja. Sikit hari dulu, risau gak saya dia berjangkit fenomena 'Sakitnya Tuh Di sini' sebab Hotfm asyik dok pasang lagu tu ;)

Cekengah beri saya dengar. Not bad! Boleh layanlah! Ada iras-bau lagu Dadali sikit. Siapa yang belum pernah dengar, search di Youtube ye. So, hari ni seawal pagi saya dah memeluk si Kapok, 'menyumbangkan' suasana buat chords  'Lagu Cinta' untuk adik saya. Nampak tak Cekengah? Gigih Along nak gembirakan adik sendiri? Tak mau nangis-nangis lagi! Lepas ni kita rakam, Angah leh nyanyi sepuas-puasnya provided that Along tak ada within earshot and vicinity. Ahaks!

Chords Lagu Cinta dah siap. Seperti biasa easy chords, sesuai untuk beginners. Nanti saya kongsikan. Malas nak taip lirik. Nak gi mamam dulu. Da..da......



Khamis, Mac 19, 2015

Sobremesa

Assalamu'alaikum. Selamat pagi! Dua tiga menjak ni tak dapat bersiaran setiap hari. Jadual dan rutin masih haywire. Alhamdulillah, Cekebon dah discharged. Cuma perlu ulang alik ke hospital a few times untuk rawatan susulan.

Pagi ni nak belanja gambar toasted bagel dan creamcheese. Ni masa sesi sobremesa dengan adik-beradik dan Bott ketika kami dok melabun tunggu ibu kat hospital. Cekebon dah tentu-tentu tak ada selera nak makan. Kitorang pula yang lebih-lebih lapar. Kerja asyik nak isi perut je!

Bagel with creamcheese dalam operasi ternak lemak saya ;)

Jumaat, Mac 13, 2015

Tak Bersedia Terima Panggilan yang Ini

Dah beberapa tahun saya kerap pertikaikan kemampuan saya - bersedia tak kalau terima panggilan yang satu ini? Setiap kali saya fikirkan, setiap kali itulah saya akan kata tidak. Pagi 9 Mac, 15 minit sebelum masuk waktu Subuh, saya terima panggilan daripada Hafiz, adik lelaki saya yang duduk di Banting. Entah mengapa rasa berat hati nak angkat. Saya hanya pandang nombornya yang tertera dan biar hingga telefon berhenti berbunyi. Dalam hati dah terdetik,...takkanlah,..ishhh aku tak bersedia!

Selang seminit, apabila Cekengah ketuk pintu bilik dengan cemas, saya dah tahu...apa yang saya nak elak sangat, saya terpaksa dengar. Mandi, solat Subuh, bersiap, masuk kereta dan sumbat diri masuk kereta Cekengah. Tak ingat apa-apa,...tak dengar dan lihat apa-apa dah. Semua blur. Dalam hati saya, masih lagi berperang dengan diri - SAYA TAK BERSEDIA.

Sampai di muka pintu, masuk dan bersalaman dengan tetamu yang ada, duduk berkumpul dengan Cekebon, mak cik dan adik-beradik, saya masih dalam keadaan expressionless. Sehinggalah apabila melihat wajahnya, (itupun setelah saya minta pada Cekengah untuk tolong bukakan kain yang menutup tubuh dan muka), baru otak ni betul-betul menerima input yang ayah saya sudah meninggal dunia :'(

Babah dipanggil ketika lena dalam tidur. Mulalah bertindih-tindih rasa terkilan. Tak sempat jumpa babah, tak sempat luangkan masa bersamanya pada hari-hari akhir arwah, tak sempat minta maaf. Tetapi, kita memang harus bersedia untuk meninggalkan dan ditinggalkan. Sudah sampai janjinya dengan Sang Pemilik Nyawa. Mahu tidak mahu, saya kena redha. Apa yang saya sangat-sangat syukuri, hal-hal pengurusan jenazah berjalan dengan lancar. Cepat disempurnakan semuanya. 

Selamat jalan, Babah. Moga babah tenang di sana. 

Al-Fatihah
Mohd. Fahmy Mohd. Shariff
13 Jun 1955 - 9 Mac 2015


Terima kasih tidak terhingga buat saudara-mara, kenalan, badan khairat kematian dan penduduk-penduduk taman yang sudi membantu meringankan kesulitan kami sekeluarga.