Memaparkan catatan dengan label Tips Berguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Berguna. Papar semua catatan

Rabu, Januari 14, 2015

Siapkan MYVI

MYVI in the making :)

MYVI? Bukan kereta tu ye. Ini kependekan untuk 'My Vocabulary Index' yang saya guna dalam kelas Bahasa Inggeris bersama anak-anak murid. Saya buat sendiri indeksnya guna cap getah ABC (baca mengenainya di sini). Jimat sedikit berbanding beli buku indeks yang ada di pasaran. Apa itu MYVI dan apa fungsinya? Haaaa,...jemput baca di sini.

Psst! Siapa nak tolong saya main cop-cop? Ada dalam lebih kurang 25 buah buku lagi nak kena buat ni :)


Khamis, Disember 18, 2014

Cara Mudah untuk Pilih Font (Senang jer,...)

Kebiasaannya apabila saya nak buat bahan mengajar, kad atau scrapbook, saya akan berdepan dengan masalah nak memilih font. Jenuh nak tengok satu-satu font apa yang cantik, font mana yang sesuai. Klik sana, klik sini, cuba yang ini, cuba yang itu...Last-last berpinar mata dibuatnya! Itu belum tentu puas hati lagi dengan font yang dipilih.

Saya jumpa satu laman yang sangat berguna. Wordmark.it. Laman ini akan load semua fonts yang kita ada supaya kita dapat lihat, bandingkan dan pilih yang paling sesuai! Bagaimana? OK. Klik pada pautan ini - Wordmark.it

Laman wordmark

Isnin, Disember 15, 2014

Monday Blues? Buka Tingkap Cepat!

Selamat Hari Isnin! Kita dah masuk minggu ke-51 untuk 2014. Siapa hari ni Monday Blues? Mood tu lemau je. Nak angkat jari pun tak bermaya...

Haaa, cuba ikut saranan saya. Pergi buka tingkap cepat! Tak,..tak...kita bukannya nak defenestrate apa-apa. Kita nak beri udara luar masuk je.

Sebenarnya, kebanyakan 'kes' Monday Blues berpunca daripada keadaan di sekeliling kita. Pernah tak alami - pada pagi Isnin kita betul-betul bersemangat nak mulakan hari. Ceria je sepanjang perjalanan nak ke tempat kerja.  Then sampai pejabat, mood kita tiba-tiba jatuh merudum. Rasa malas mula bersarang. Hmmm, kalau begitu, pergilah buka tingkap atau pintu yang ada berhampiran ruang kalian.

Kenapa? Sebab dah dua hari ruang tu terkepam. Hujung minggu cuti,.. habuk, debu dan bakteria berkumpul. Keadaan bilik yang terkepam begitu boleh buat kita rasa tak selesa (walaupun tanpa kita sedar) dan akan pengaruhi mood kita. 

Penyelesaiannya, dapatkan pengudaraan yang baik. Biarkan udara segar masuk dan nyahkan udara-terkepam-dua-hari yang kalian inhale tu. Penggunaan air freshener dengan bau-bauan segar juga turut membantu :)

So, fikir betul-betul - Monday Blues ke KEPAM?

Selamat memulakan minggu baru! Moga kalian lebih produktif hari ini ;)


Ahad, Disember 14, 2014

Buat Sendiri Masker Teh Hijau

Assalamu'alaikum. Happy Sunday!

Pagi-pagi buka peti ais, ternampak uncang-uncang teh yang saya simpan. Ada teh hijau, ada teh biasa. Saya memang tak buang. Simpan untuk letak kat mata bila rajin. Tiba-tiba hari ni datang angin nak manjakan diri. So, saya buat masker teh hijau untuk muka.

Masker Teh Hijau

Masker teh hijau elok untuk mengecilkan pori pada wajah. Gandingkan dengan bahan-bahan lain seperti tomato, strawberi, lemon atau madu, kita boleh dapat kulit yang lembut dan segar lepas pakai masker ni. Kalau tumbuh jerawat batu, tepekkan je teh hijau supaya jerawat tu lebih cepat mengecut.

Cara nak buat masker teh hijau sangat mudah. Yang di atas tu, saya hanya gabungkan teh hijau dan madu.
  • 2 uncang teh hijau (keluarkan serbuk teh hijau daripada uncang dan letakkan ke dalam mangkuk)
  • 1 sudu besar madu
  • Gaulkan hingga sekata. Letak pada muka.
  • Biarkan 15 - 20 minit. Kemudian, basuh wajah dengan air suam.

Selain itu, boleh juga cuba kombinasi di bawah:
  • teh hijau + sesudu kecil perahan lemon + sesudu kecil air
  • teh hijau + tomato yang telah dilenyek
  • teh hijau + buah strawberi yang telah dihiris halus

Selamat Memanjakan Wajah!



Isnin, Disember 01, 2014

Tag Roti untuk Label Plag

Satu cara mudah supaya kita tak miserable dengan plag-plag appliances di rumah. Guna semula tag roti!

Tag roti untuk tanda plugs.

Bayangkanlah bila dah berderet plag-plag macam kat atas tu,...boleh keliru plag yang mana untuk appliance yang mana. Mulalah main game petik-petik. Jadi, labelkanlah plugs anda pakai tag roti yang ada. Tulis guna permanent marker dan selitkan je tag roti pada bahagian wayar. Mudah kan!

Tag roti yang berlainan warna boleh dijadikan kod untuk anak-anak sebagai langkah keselamatan. Contohnya, tag berwarna kuning untuk appliances yang selamat dikendalikan oleh si cilik - televisyen, komputer, playstation. Khususkan warna tersebut untuk mereka. So, plug yang warnanya selain daripada kuning tidak boleh disentuh! Convenient kan :)

Sebelum ini, saya pernah kongsikan cara mudah hias party favours menggunakan tag roti. Klik sini untuk lihat hasilnya.

Guna semula tag roti untuk party favours.

Rabu, November 26, 2014

Stay INSPIRED!

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama hari ini :)


Panduan mudah untuk hari-hari yang lebih bertenaga, bersemangat dan ceria! Paling suka nombor 10 - 12. The 50/10 rule (nombor 5) pun bagus untuk dipraktikkan terutama bagi yang bekerja menghadap komputer sepanjang hari. In all, pastikan diri sihat, cukup rehat, terbuka untuk belajar sesuatu yang baru dan sentiasa fikirkan apa yang boleh buat kita gembira :)

Mundane days? Shoooohhhhh! Go away!



Selasa, November 18, 2014

Boleh lagi atau Hukum Buang?

Awal tahun yang lalu saya ada kongsikan tips untuk menguji tahap kesegaran telur (lihat di sini), tetapi tiada sebarang rajah/gambar yang boleh dijadikan panduan. Found this! 

Sumber Imej - Perkongsian di Pinterest

Harap-harap bermanfaat :)  Tips ni amat membantu untuk kita kenal pasti yang mana masih edible dengan yang tidak. Ingat ya, kalau dah terapung, hukumnya BUANG!



Isnin, November 17, 2014

Bila Buat Kerja Tak Fikir | Jom Cuci Microwave

Ini kes lambat breakfast-lah ni. Pergi singgah blog Anis, ada pulak gambar-gambar makanan yang buat perut bergendang minta diisi. Tengok dalam peti ais ada pulut dan rendang daging. Apalagi, nak mamam cepat, terus je masukkan dalam microwave. Tingggg!

Rendang all over the microwave!

Bijak kan?! Buat kerja tak fikir! Tahu nak cepat makan je. Dahlah temperature tu saya letak high! Tak pasal-pasal kena bersihkan microwave. OK, jangan pandang lama-lama sangat gambar sisa rendang daging yang meletupkan diri sendiri tu. Saya nak share tips mudah untuk bersihkan microwave.

  1. Letakkan sebuah mangkuk yang berisi air dan cuka di dalam microwave.
  2. Panaskan dalam microwave selama 2 minit.
  3. Keluarkan mangkuk. Hati-hati, panas! Then, ambil tisu dapur dan lap bahagian dalam microwave hingga bersih. Tak perlu sental/gosok. Tak perlu guna sabun. Campuran air dan cuka yang dipanaskan somehow membolehkan sisa makanan yang melekat tanggal dengan mudah.

Bau microwave yuck?
  1. Potong beberapa hirisan lemon/limau nipis.
  2. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang diisi dengan sedikit air.
  3. Panaskan dalam microwave selama 1 - 2 minit.

Prevention is better than menyental/menggosok!
  1. Gunakan bekas khas untuk microwave yang ada lid dan lubang kecil khas  (Tupperware ada!)
  2. Pastikan kalian guna suhu dan masa yang betul. Kalau setakat nak panaskan roti, tak perlulah letak suhu tinggi/sampai 2 minit. 30-40 saat pun cukup!
  3. Untuk makanan yang berkuah dan berminyak, letakkan plastic food wrap yang tahan microwave. So, tak adalah minyak tu melompat-lompat keluar.

Harap tips ni membantu ;)




Ahad, Ogos 24, 2014

Cara Mudah Kemas Reben

Haa,..siapa-siapa minat buat kraf mesti ada banyak stok reben, kan? Sebelum ni, saya pernah kongsi cara saya kemas reben-reben guna penyangkut baju berlapis. (Lihat sini)



Tapi, cara di atas sesuai untuk reben yang bergulung je. Kadang-kala, saya rajin juga beli reben-reben secara loose. Beli semeter ke,...dua meter ke,..ikut corak yang berkenan di hati. Masalahnya, bila beli ikut meter, inilah jadinya...


Berselirat! Ni pun jumpa dalam plastik kecil yang terselit celah almari. Saya pernah tengok di Pinterest, ada yang lilit reben keliling batang aiskrim atau styrofoam board for the purpose of storage. Dua-dua saya takda. So, saya gunalah kad keras yang jadi partition kotak teh.

Tattadaaaaa!
Guna bahan terbuang je. Yang penting kemas!

Sedap je mata memandang. Nak tengok design reben pun senang. Dah siap buat macam ni, bolehlah masukkan ke dalam bekas/kotak supaya tak berhabuk.




Selasa, Ogos 19, 2014

Tips Atasi Masalah Semut di Rumah

Pernah berdepan dengan masalah semut di rumah? Hurung meja makan,.. buat jejak dekat dapur,...Saya kadang-kadang jadi ngeri sendiri bila tengok koloni semut mula jajah ruang rumah saya. Bayangkanlah (atas saranan seorang teman), saya sampai bercakap dengan semut-semut tu suruh mereka pindah! Hmm ...adalah pindah sekejap je. Lepas tu datang rombongan baru pula.

Rupa-rupanya ada beberapa petua yang boleh kita guna untuk hindar 'serangan' semut-semut ni. Yang 'best'nya, kita hanya perlu bahan-bahan yang memang ada di dalam rumah.

1. Air Campuran Garam
Ya, garam biasa. Apa yang perlu kita buat, jerang air panas di dalam periuk kecil. Masukkan segenggam besar garam dan kacau hingga larut. Sejukkan. Kemudian, masukkan dalam botol penyembur. Sembur pada kawasan yang kebiasaannya jadi laluan semut. Insya-Allah, selagi semburan garam tu masih bersisa di situ, semut memang tak akan datang.

2. Cuka putih
Ambil cuka putih, sapukan pada kawasan laluan semut. Tetapi, bagi yang alah pada bau cuka pasti akan rasa kurang selesa. So, pilihlah cara yang pertama.

3. Bedak Bayi
Taburkan bedak bayi di sekeliling bilik/di tepi dinding yang selalu dijengah semut. Hati-hati! Jangan tabur bedak di kawasan lalu-lalang. Ada yang jatuh berdebuk pula nanti.

4. Jus lemon
Semut memang alah pada lemon. Buat air semburan dengan jus lemon dan sembur pada kawasan-kawasan yang selalu bersemut. Pada masa yang sama, ruang yang disembur akan berbau segar :)

Selain daripada itu, untuk almari dan rak, bolehlah letakkan kantung kecil berisi kayu manis atau daun pudina. Semut tak suka. Saya dah cuba semua petua di atas. Alhamdulillah, setakat ni berkesan. Kadang-kadang, kalau malas nak buat air semburan garam, saya tabur garam kasar je. Pun boleh juga.

Selamat Mencuba! Nanti jangan lupa kongsikan dengan saya hasilnya ya.




Ahad, Ogos 17, 2014

Beli Crafts Embellishments (Hiasan Kraf) Lagi ...

Semalam, waktu mengemas bilik kraf, saya kemaslah sekali barang-barang kraf yang dibeli tapi masih lagi terperap dalam beg shopping. Selalunya memang kalau lepas beli barang, saya campak je masuk dalam bilik kraf. Bila ada masa senggang baru keluarkan dari shopping bag, belek-belek, sengih-sengih seorang diri then susun dalam almari. 

Inilah hiasan kraf yang baru saya beli. Beli di mana? Kedai favourite sayalah, POPULAR :) Sekarang ni rangkaian produk POPARTZ untuk kraf dah semakin banyak pilihan. Memang boleh rambang mata.


Seperti biasa, saya beli embellishments untuk buat kad ucapan dan hias buku skrap. Pembelian berbaloi ialah hiasan yang paling kiri tu. Sebelum ni saya pernah beli designer papers dengan tema yang sama (Baca mengenainya di sini).

A4 Designer Paper (Japanica)

Selain itu, yang paling saya berkenan ialah Chipboard Butterflies (sebelah kanan) specifically yang paling atas sebelah kiri! Butterfly not muzik! Cantikkkkkknya! Saya memang tak boleh tengok apa-apa benda yang ada not muzik. Kertas pembalut hadiah ke,...hiasan kraf ke,...music sheet ke,...semua saya suka!

Oh, bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan kraf kertas, di bawah ada beberapa tips berguna yang boleh dijadikan panduan ketika membeli hiasan kraf.


Tips Membeli Hiasan Kraf (Crafts Embellishments)
  • Peruntukkan bajet yang sesuai. Biasakan 'window shopping' terlebih dahulu untuk dapat gambaran kasar julat harga barangan kraf yang hendak dibeli.
  • Jangan terus beli hiasan kraf di kedai menjual peralatan kraf. Selalunya, harganya agak tinggi kerana kebanyakan crafts embellishments diimport dari luar negara. Sebagai newbie, cuba cari hiasan kraf dengan harga yang berpatutan di POPULAR dan DAISO. Produk in-house brand seperti yang dikeluarkan oleh POPULAR lebih murah dan berkualiti, walaupun tidak setanding dengan produk import. Jangan risau, anda baru nak mula. Tak perlu habiskan duit beli material kraf yang mahal-mahal.
  • Jika membeli barang di DAISO pula, perlu berhati-hati. Memang banyak barang kiut-kiut yang sesuai untuk kraf di sana. Tetapi, tidak semuanya berbaloi dibeli dengan harga RM5. (Baca lebih lanjut di sini)
  • Apabila memilih hiasan kraf, pilih yang temanya umum. Tidak terlalu spesifik. Contohnya, hiasan rama-rama, bunga dan bentuk hati (love) sesuai untuk apa jua occasion. Embellishments yang bertemakan 'Have A Nice Day', 'Hello!',  dan 'Miss You' boleh dipertimbangkan kerana kita akan dapat ubah atau tambah apa yang patut pada projek kraf kita kelak. Jangan beli hiasan kraf yang terlalu spesifik seperti 'Happy Father's Day' atau 'Congratulations on Your Wedding' melainkan anda memang ada projek khas menggunakan tema tersebut.
  • Apabila memilih crafts embellishment, cuba bayangkan apa yang anda boleh lakukan dengan hiasan-hiasan tersebut sebelum buat keputusan untuk membelinya. Cuba imagine design apa yang boleh dihasilkan untuk jadikan projek kraf anda lebih menarik. Jangan cepat rambang mata dengan kecantikan embellishments. The last thing yang kita mahu ialah kita beli embellishments yang tak sesuai dengan mana-mana projek kita.

Harap tips di atas dapat membantu ;)




Sabtu, Ogos 16, 2014

How To Stay Creative - Jom sahut cabaran ini :)

Tertarik dengan poster ini. 29 saranan yang boleh dipraktikkan. Tetapi, cara-cara di bawah tidak terhad untuk kita dan daya kreativiti sahaja. Ada yang boleh dibuat sekadar untuk kurangkan tekanan, rehatkan diri dan buat kita rasa lebih relaks.

Kredit Imej: Islam Abudaoud

Hmm, ada tak yang kalian pernah/biasa/selalu buat? 

Saya biasa buat No. 1, 8, 9, 18 & 28.
Hujung minggu ni berniat nak buat:
  • No. 4 - Get away from the computer - Saya bercadang hujung minggu ni nak baca novel dan buat kraf. Tak mahu ada sebarang aktiviti dengan komputer. Hikhikhik boleh ke?
  • No. 19 - Get lots of rest - SEMESTINYA!
  • No. 23 - Read a page of the dictionary - Yang ini interesting! Simply pick one page and learn all the words. Satu cara mudah dan spontan untuk belajar perkataan baru :)
  • No. 27 - Clean your work place - Ini memang wajib. Kemas meja kraf dan kemas meja kerja saya di dewan tuisyen. Dua-dua bersepah! Cari apa pun dah tak jumpa dah.

Selamat Berhujung Minggu!



Ahad, Ogos 10, 2014

Panas Dalam? Cari Adem Sari

Hari ni badan rasa tak best. Mr. Influenza yang menyerang belum ready nak bid Goodbye gamaknya. Tekak kering dan payau. Bibir pun dah mula pecah-pecah. Badan saya panas dalam ni :( Kena minum Adem Sari.

Teringat pada Adem Sari, barulah tergopoh-gapah cari balik kotak Adem Sari saya. Selalunya saya memang akan simpan stok untuk diri sendiri. Cuma kadang-kadang, cara 'sistematik' saya menyimpan barang-barang (tak kisahlah ubat-ubatan, suplemen atau benda-benda penting) memang tip top sampai saya sendiri boleh lupa dan tak jumpa! 

Setiap kali nak kemas/simpan barang,.."Letak kat sinilah, tersusun sikit." "Simpan kat almari ni lah. Tak sakit mata." Niat murni nak organize benda memang terbukti sia-sia. Saya akan end up bongkar+geledah+tunggang terbalikkan stuff yang saya dah kemas semata-mata untuk cari saaaatuuuuu, ye...1 barang yang saya perlukan huhuhu.

Berbalik pada Adem Sari, akhirnya setelah buat treasure hunt dengan diri sendiri,...jumpa juga kotak Adem Sari saya. Ya Ampunnnnn! Kotak je nampak gah,...dalam tu hanya tinggal 1 pek! 

Adem Sari

Saya selalu minum Adem Sari ni untuk hilangkan panas dalam badan. Ada orang suka minum air badak kan...haaa saya lebih serasi minum Adem Sari. Air ni macam Eno. Saya suka rasa limaunya. Sesuailah untuk tekak yang payau+pahit. Rasalah segar sikit! Kebiasaannnya, orang dewasa kena minum 2 atau 3 pek sehari untuk legakan panas dalam. Nampak gayanya, petang ni kenalah saya gagahkan diri pergi kedai runcit beli Adem Sari lagi. 


Nota Senyum: Kena minum air masak banyak-banyakkkkkkkkk!




Isnin, Ogos 04, 2014

Petua untuk Surutkan Bengkak Kaki

Hehehe petua ni sesuai untuk yang suka/kerap terseliuh seperti saya. Saya dah cuba petua-petua di bawah ni untuk surutkan bengkak pada kaki yang terkehel. Bahan-bahan yang diperlukan pun memang ada di rumah dan tak susah nak cari.

Petua 1
  1. Ambil halia tua dan tumbuk hingga lumat.
  2. Lumurkan pada bahagian kaki yang bengkak. 
  3. Balut dengan bandage atau pakai stoking.

Petua 2
  1. Ambil ragi dan larutkan dengan sedikit cuka putih.
  2. Sapukan pada bahagian kaki yang bengkak.
  3. Balut dengan bandage atau pakai stoking.
Amalkan petua-petua di atas sehingga bengkak surut.




Ahad, Julai 06, 2014

Tips Berguna - Cara untuk Bahagi Dua Sukatan Resepi yang Menggunakan Cawan dan Sudu

Hmmm,..sekarang ni mesti dah ada yang mula buat biskut raya. Cuba resepi ini,..cuba resepi itu. Bagi yang nak cuba resepi baru, jangan terus buat satu adunan. Mana tahu kalau tak menjadi,..bantat ke,...rasa tak sedap ke,..atau adalah yang tidak kena, tidaklah kita membazir bahan-bahan kita.

Apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah panduan berguna untuk bahagi dua (setengah) resepi yang menggunakan sukatan cawan dan sudu. Kalau ikut gram, senang je kita nak kira, kan. Tetapi, macam mana nak bahagikan 1/3 cawan tepung? Rujuk rajah di bawah ye.


Semoga jadual ini dapat membantu! :)



Isnin, Jun 23, 2014

Persiapan Menyambut Ramadhan - Menu Planner untuk Ramadhan

Beberapa hari je lagi kita nak sambut ketibaan Ramadhan. Saya pasti dalam kepala ibu-ibu dan isteri-isteri sudah mula berfikir macam-macam. Nak masak apa untuk berbuka puasa? Sahur nanti lauk apa? Biskut raya apa nak cuba buat tahun ni? Bawa bertenang. Jangan berselirat sangat otak tu. Nanti stress! 

Gunakan 'menu planner' di bawah ini untuk rancang lebih awal apa yang hendak dimasak. Ambil masa (disarankan pada hujung minggu/bila free) untuk duduk sekejap dan 'plan ahead' juadah-juadah yang akan disediakan dalam minggu seterusnya. Kemudian, senaraikan terus bahan-bahan yang diperlukan supaya bila pergi shopping barang dapur, kita tahu apa yang nak kena beli :)

Jadi, sepanjang minggu tu kita dah relaks. Dah tahu nak masak apa. Bahan-bahan semua dah ready. Teratur sikit perjalanan Ramadhan kita. Nak buat lebih exciting, letakkan 'Menu Planner' ini di peti sejuk/ notice board keluarga. Biar setiap isi rumah teruja tengok menu yang bakal dihidangkan sepanjang minggu terutamanya si kecil. Apatah lagi kalau makanan kegemaran mereka tersenarai sebagai sajian berbuka puasa hari itu.



Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan!


Rabu, Jun 18, 2014

Cara yang Lebih Terurus untuk Simpan Washi Tapes

Jangan buang kotak aluminium foil. Gunakan untuk simpan washi/masking atau printed tapes milik kalian supaya lebih terurus. Gigi pemotong pada sisi kotak boleh digunakan untuk potong pita yang dikehendaki :) Fungsi 2 dalam 1 lagi! As kotak untuk menyimpan tapes dan tape dipenser.

Jika rajin, balut dan hias kotak supaya nampak lebih menarik. Kalau tak, biarkan begitu sahaja. Yang penting kotak tu dah boleh serve for another purpose. 




Jumaat, Mei 02, 2014

Panduan Ketika Membantu OKU Penglihatan

Kadangkala, apabila terserempak dengan golongan tunanetra ni, ramai yang tergerak hati untuk menghulurkan bantuan. Apalagi apabila insan istimewa tersebut ingin melintas jalan atau memerlukan bantuan tunjuk arah. Tetapi, ada beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan.

Jika mahu memimpin atau menuntun mereka:

  • Jangan sekali-kali mengambil atau menarik tongkat mereka. Segelintir daripada kita beranggapan bahawa cara paling mudah untuk menunjukkan jalan kepada golongan ini adalah dengan menarik/memegang mana-mana bahagian tongkat mereka (dgn niat mereka akan lebih senang menurut langkah anda). Sebenarnya, tindakan ini akan 'melemaskan' mereka. Tidak keterlaluan jika saya katakan akan membuatkan mereka panik. Tongkat umpama mata buat mereka. Jika kita gunakan mata untuk lihat lubang, tunggul, batu atau kayu,...mereka guna tongkat untuk kenal pasti semua objek ini. Jadi, apabila kita tarik tongkat mereka (tongkat tak cecah bumi), mereka tak dapat rasa apa-apa. Secara tak langsung, kita dah buat mereka rasa bimbang kerana tidak pasti dengan apa yang ada di sekeliling mereka.
  • Pimpin mereka dengan memegang bahagian siku atau lengan dengan lembut.
  • Jangan 'heret' atau 'tarik' mereka. Langkah kita tidak sama dengan langkah mereka. Jadi, sebaiknya, jalan beriringan dan biar mereka ikut 'pace' langkah mereka dengan selesa. 
  • Jika perlu, berikan arahan dengan jelas. Seandainya mahu belok ke kiri, nyatakan yang kita perlu belok ke kiri sekarang,.../lepas langkah longkang ni, kita akan belok ke kanan,...Ingat, yang ada mata untuk melihat tu kita dan yang kita pimpin tu tak tahu apa yang bermain di fikiran kita. Elok-elok jalan lurus, tiba-tiba kena heret ke kiri. Nanti tak pasal-pasal kita buat dia tersentak.

Mudah je kan? Membantu golongan ini memang amalan yang terpuji, tetapi biarlah kena dengan gayanya. Jangan niat kita nak menolong tetapi akhirnya memudaratkan mereka pula. 

*Panduan ini sekadar perkongsian berdasarkan pemerhatian dan pergaulan saya dengan insan-insan istimewa :) Semoga bermanfaat buat kita semua.




Ahad, April 20, 2014

Cara Mengurus Beg Plastik di Rumah


Familiar dengan pandangan semak sebegini?


Jangan buang plastik-plastik ni. Kita boleh guna semula. Cuma, supaya mata kita tak sakit tengok 'situasi plastik bergelimpangan' ni, kenalah buat sesuatu. So, hari ini saya nak kongsi cara untuk melipat beg plastik. Mudah sangat! Sambil-sambil tengok TV tu boleh buat. Perhatikan tutorial ringkas di bawah ye.

  1. Letak plastik atas permukaan meja. Ratakan plastik dan kemaskan lipatan ke bentuk asal.
  2. Lipat plastik supaya menjadi setengah daripada saiz asal. Kemudian, lipat lagi supaya menjadi suku.
  3. Buat lipatan berbentuk segi tiga bermula dari bucu bahagian bawah. Terus lipat hingga sampai ke bahagian tangkai plastik.
  4. Selitkan bahagian tangkai plastik ke dalam lipatan yang telah dibuat. Hasilnya akan kelihatan seperti gambar di bawah.
 

Once dah lipat banyak-banyak, bolehlah disimpan di dalam kotak/bekas/laci. Dapat jimat ruang. Bukan sahaja beg-beg plastik kita dah tak bersepah, malah lebih mudah untuk kita cari saiz beg plastik yang sesuai apabila kita nak guna. Saiz segi tiga yang kecil, maknanya beg plastik tu kecil. Kalau nak plastik yang besar, pilihlah segi tiga yang bersaiz besar.

Yang penting, kita tak simply buang plastik. Kita guna semula. Kuranglah sikit sampah kat muka bumi ni ;)
Let's Go Green!

Rabu, Mac 26, 2014

Tips Kraf Kertas - Cara Menjaga Rubber Stamps (Cap Getah)

Bagi anda yang suka buat kad ucapan dan scrapbook, pasti mempunyai koleksi 'rubber stamps' yang cantik-cantik dan menarik, kan? Seperti yang kita sedia maklum, 'rubber stamps' atau cap getah untuk paper-crafts biasanya a bit pricey. Jadi, kena pandai-pandai jagalah supaya tahan lebih lama.

Apa yang saya biasa lakukan setiap kali sesudah menggunakan 'rubber stamp', saya akan lap permukaan getah tersebut dengan 'baby wipes'. Just dapatkan satu pek 'baby wipes' yang 'odourless' di pasaran dan guna untuk bersihkan sisa kesan dakwat pada 'rubber stamp' tersebut. 

Biarkan kering seketika dan kemudian bolehlah disimpan semula.

Wet tissue yang saya gunakan untuk cuci cap getah :)


Harap tips ini bermanfaat.