Memaparkan catatan dengan label Tutorial Kraf Kertas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial Kraf Kertas. Papar semua catatan

Khamis, Mei 07, 2015

DIY Gift Ideas untuk Hari Guru - KIip Kertas Penanda Buku

Assalamu'alaikum!
Hujung bulan lepas saya dah tunjuk DIY mudah yang boleh kita buat dengan hanya menggunakan lebihan kertas warna/corak dan klip kertas.  

Ini klip kertas dwifungsi yang saya maksudkan :)

Rabu, April 29, 2015

Selasa, April 28, 2015

DIY Gift Ideas untuk Hari Guru - Post-It Pad (Part 2)


Selamat memulakan minggu baru! Hari ini kita sambung hias Post-It Pad kita ye. Tak perlu dapatkan material kraf yang mahal-mahal. Kita nak buat gift yang ekonomi. Simple and nice. Antara bahan-bahan yang boleh dipertimbangkan ialah:

  • Reben
  • Washi Tapes
  • Butang
  • Sticker/Pelekat bergambar
  • Adhesive Diamentes
  • Cetakan ucapan 'Selamat Hari Guru' atau 'Happy Teacher's Day'
  • Marker Pen/ Gel Pen/ Sharpie Pen/Magic Pen

OK, inilah Post-It Pad yang sudah siap dihias.

Ahad, April 26, 2015

DIY Gift Ideas untuk Hari Guru - Post-It Pad (Part 1)

OK. Salah satu DIY gifts yang sesuai untuk keraian Hari Guru ialah Post-It Pad @ Sticky Notes. Selalunya, pelekat Post-It cenderung untuk kotor, terlipat atau tercabut kalau kita masukkan dalam beg begitu sahaja. So, kita buatkanlah 'jaket'. Apabila dah pakai baju begini, kita boleh hias dan hasilkan hadiah comel untuk guru.
Barang-barang yang diperlukan.

Selasa, Mac 03, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Google Inspired Birthday Card


Google Inspired Birthday Card

Selalunya apabila hari lahir kita tiba, Encik Google akan keluarkan paparan begini untuk wish kita. Jadi, beroleh inspirasi daripada itu, saya buatkan birthday card untuk Cekengah. Berminat nak buat kad sebegini?

OK, kalian perlukan:

Jumaat, Disember 26, 2014

Tutorial Kraf Kertas: Buat & Hias Kad dengan 'Squares'

Hari ini saya nak kongsi satu lagi cara mudah untuk hias kad ucapan yang kita buat. Guna squares. Ya, segi empat sama! Seperti Kad Mini dan Penanda Buku daripada Sampul Surat Terpakai, kita boleh gunakan lebihan-lebihan kertas yang kita ada.

Potong kertas mengikut saiz yang dikehendaki. Kebiasaannya, saya suka 2.5 X 2.5cm atau 3 X 3 cm.  

Squares sedia untuk digunakan :)

Selasa, Disember 16, 2014

Tutorial Kraf Kertas - Memo Pad Mini daripada Kertas Terpakai

Hari ni saya nak tunjukkan satu lagi projek DIY ringkas dengan menggunakan kertas terpakai. Kertas-kertas yang belakangnya kosong tak bercetak/bertulis. Asingkan ye. Kita akan buat memo pad mini.

Saiz? Terpulang. Nak besar, potonglah kertas tu ikut besar mana yang kalian mahu. Luas sikit ruang untuk menulis. Di bawah ini, saya potong kertas mengikut saiz standard kad nama (name card/business card).


Material yang diperlukan:
  • Kad nama untuk cover hadapan
  • Kertas terpakai yang telah dipotong mengikut saiz kad
  • Kertas keras untuk cover belakang (Selalunya saya ambil bahagian belakang test pad. Boleh je potong kotak atau cover buku yang dah tak digunakan lagi.)
  • Gam (Jika boleh, guna yang strong bond - gam dalam botol besar yang ada tulis untuk office use & bookbinding.)
  • Berus lukisan
  • Beberapa keping kertas keras/card board sebagai pelapik
  • Klip kertas sederhana besar

Dah bersedia? Jom kita buat.

Selasa, Disember 09, 2014

Tutorial Kraf Kertas: Cara Buat Trifold Shutter Card (Part 2 - Hias)

Assalamu'alaikum. Hari ini kita nak sambung hias Trifold Shutter Card kita. Last week dah buat base (sila baca di sini), jadi sekarang ni kita nak decorate. Seperti yang saya nyatakan sebelum ni, pemilihan kad yang bercorak untuk base card lebih memudahkan kerja kita. Kalau tak nak hias sangat pun tak mengapa. 

Baiklah, untul kad ini, saya memilih tema pink, stripes & Japan. Beri sentuhan ala-ala Jepun sedikit. Once dah decide on tema tertentu, carilah kertas bercorak/berwarna yang dirasakan sesuai dengan tema yang kita pilih.

Base card & kertas-kertas untuk hiasan.

Saya pilih designed/patterned papers dari tona warna yang sama; kertas dengan design belang-belang dan satu kertas dengan corak payung orang Jepun. Yang bulat-bulat tu pula, embellishments 3D seakan-akan bentuk tanglung. Oh, kita juga akan guna sedikit crafts diamentes. Sila rujuk di sini.


Jumaat, Disember 05, 2014

Tutorial Kraf Kertas: Kad Mini Menggunakan Lebihan Kertas

Hari ini saya nak tunjukkan cara buat kad mini dengan mudah. Ya, hanya menggunakan lebihan kertas skrap/kertas warna yang kita ada. Lihat gambar di bawah. Semua tu, baki kertas-kertas projek kraf saya. Walaupun tinggal sedikit, keratan-keratan kertas tu saya tak buang terus. Saya simpan dalam satu bekas khas supaya tak berselerak.

Lebihan kertas warna/skrap
Menggunakan lebihan/cebisan kertas-kertas ini, kita boleh hasilkan kad mini. Kad kecil comel untuk beri pada seseorang atau sebagai tag untuk hadiah. Jom tengok!

Rabu, Disember 03, 2014

Tutorial Kraf Kertas: Cara Buat Trifold Shutter Card (Part 1 - Base)

Saya nak tunaikan janji. Hari ini saya akan tunjukkan cara untuk buat Trifold Shutter Card (seperti dalam entri ini). Untuk Part 1, kita perlu buat card base dahulu ye.

Contoh Trifold Shutter Card
Sebelum tu, nak melancarkan kerja, mari kita tengok material dan peralatan yang diperlukan untuk  hasilkan card base.

  • Kad/kertas keras berukuran 30cm x 14 cm. Kalau kertas tak cukup panjang, boleh tambah di bahagian hujung. Pastikan 30cm. Baru boleh jadi dengan sempurna.
  • Scorer (Boleh baca mengenainya di sini)
  • Cutter/Pisau Pemotong
  • Glue tape/Double-sided tape/Glue stick. Saya tidak galakkan penggunaan gam biasa jenis air tu sebab nanti projek kita basah dan comot.
  • Pembaris panjang

Dah ada semua?

Jumaat, November 14, 2014

'Rubber Stamps' untuk Buat Kad Ucapan

Bagi yang suka buat kad ucapan sendiri, 'rubber stamps' (seperti di gambar di bawah) adalah antara keperluan asas yang kalian perlu ada.

Cap getah untuk kad ucapan :)

Selalunya, apabila ada masa lapang, saya akan buat terlebih dahulu 'greetings' yang common/selalu saya guna untuk hasilkan kad.

Sentiments for handmade greeting cards :)

Pilih 'greetings' yang berkenan dan cap atas kertas keras/kad. Saya lebih suka gunakan dakwat hitam dan latar belakang putih berbanding warna lain. Paling tidak pun, saya akan guna kad berwarna kelabu atau 'beige'. Senang nanti nak dipadankan dengan kad kita. Setelah dakwatnya kering, potong ikut bentuk yang dikehendaki. Boleh simpan dalam fail atau sampul surat.

Kemudian, apabila perlukan instant card,..keluarkan je 'greetings' yang dah siap ni. Tampalkan pada kad.

Sekejap sahaja dah siap!

Mudah, bukan?


Jumaat, Ogos 22, 2014

Tutorial Kraf - Cantikkan Projek Kraf dengan 'Eyelets'


Tag dengan kemasan 'eyelet'.

Cuba tengok tag di atas. Ada gegelang di sekeliling bulatan yang saya buat. Gegelang tu dipanggil eyelet. Tujuan kita letakkan eyelet adalah untuk beri sentuhan yang lebih kemas dan cantik pada tag berkenaan. Nampak lebih stylish dan sempurna. Sebenarnya, eyelets ada banyak saiz, warna dan kegunaan. Selain buat kemasan pada tag, kita boleh gunakan eyelet untuk buat rantai kunci dan bookbinding projects.

Eyelet Pliers

Alat di atas dinamakan 'eyelet pliers'. Juga dikenali sebagai 'eyelet puncher'. Kita perlukan alat ini untuk pastikan eyelet mencengkam pada material yang kita gunakan dengan baik. Jangan guna tukul tau. Tak cantik nanti hasilnya. Cara menggunakannya 'eyelet pliers' sangat mudah. Letakkan eyelet dengan betul pada mata alat. Tekan kuat-kuat hingga bahagian bawah eyelet meleper. Siappp!

Nota Senyum: Boleh dapatkan eyelet pliers di kedai barangan kraf atau kedai alat tulis. Saya punya saya dapatkan di DAISO. Hanya RM5.


Ahad, Ogos 17, 2014

Beli Crafts Embellishments (Hiasan Kraf) Lagi ...

Semalam, waktu mengemas bilik kraf, saya kemaslah sekali barang-barang kraf yang dibeli tapi masih lagi terperap dalam beg shopping. Selalunya memang kalau lepas beli barang, saya campak je masuk dalam bilik kraf. Bila ada masa senggang baru keluarkan dari shopping bag, belek-belek, sengih-sengih seorang diri then susun dalam almari. 

Inilah hiasan kraf yang baru saya beli. Beli di mana? Kedai favourite sayalah, POPULAR :) Sekarang ni rangkaian produk POPARTZ untuk kraf dah semakin banyak pilihan. Memang boleh rambang mata.


Seperti biasa, saya beli embellishments untuk buat kad ucapan dan hias buku skrap. Pembelian berbaloi ialah hiasan yang paling kiri tu. Sebelum ni saya pernah beli designer papers dengan tema yang sama (Baca mengenainya di sini).

A4 Designer Paper (Japanica)

Selain itu, yang paling saya berkenan ialah Chipboard Butterflies (sebelah kanan) specifically yang paling atas sebelah kiri! Butterfly not muzik! Cantikkkkkknya! Saya memang tak boleh tengok apa-apa benda yang ada not muzik. Kertas pembalut hadiah ke,...hiasan kraf ke,...music sheet ke,...semua saya suka!

Oh, bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan kraf kertas, di bawah ada beberapa tips berguna yang boleh dijadikan panduan ketika membeli hiasan kraf.


Tips Membeli Hiasan Kraf (Crafts Embellishments)
  • Peruntukkan bajet yang sesuai. Biasakan 'window shopping' terlebih dahulu untuk dapat gambaran kasar julat harga barangan kraf yang hendak dibeli.
  • Jangan terus beli hiasan kraf di kedai menjual peralatan kraf. Selalunya, harganya agak tinggi kerana kebanyakan crafts embellishments diimport dari luar negara. Sebagai newbie, cuba cari hiasan kraf dengan harga yang berpatutan di POPULAR dan DAISO. Produk in-house brand seperti yang dikeluarkan oleh POPULAR lebih murah dan berkualiti, walaupun tidak setanding dengan produk import. Jangan risau, anda baru nak mula. Tak perlu habiskan duit beli material kraf yang mahal-mahal.
  • Jika membeli barang di DAISO pula, perlu berhati-hati. Memang banyak barang kiut-kiut yang sesuai untuk kraf di sana. Tetapi, tidak semuanya berbaloi dibeli dengan harga RM5. (Baca lebih lanjut di sini)
  • Apabila memilih hiasan kraf, pilih yang temanya umum. Tidak terlalu spesifik. Contohnya, hiasan rama-rama, bunga dan bentuk hati (love) sesuai untuk apa jua occasion. Embellishments yang bertemakan 'Have A Nice Day', 'Hello!',  dan 'Miss You' boleh dipertimbangkan kerana kita akan dapat ubah atau tambah apa yang patut pada projek kraf kita kelak. Jangan beli hiasan kraf yang terlalu spesifik seperti 'Happy Father's Day' atau 'Congratulations on Your Wedding' melainkan anda memang ada projek khas menggunakan tema tersebut.
  • Apabila memilih crafts embellishment, cuba bayangkan apa yang anda boleh lakukan dengan hiasan-hiasan tersebut sebelum buat keputusan untuk membelinya. Cuba imagine design apa yang boleh dihasilkan untuk jadikan projek kraf anda lebih menarik. Jangan cepat rambang mata dengan kecantikan embellishments. The last thing yang kita mahu ialah kita beli embellishments yang tak sesuai dengan mana-mana projek kita.

Harap tips di atas dapat membantu ;)




Sabtu, Ogos 09, 2014

Origami Rama-rama yang Mudah

Bersiaran dari bilik kraf sekejap ya ... 


Hari ni saya mengemas cebisan-cebisan dan lebihan kertas yang sebelum ni digunakan untuk buat kad atau buku skrap. Terfikir nak buat origami. Cuba origami rama-rama pula lah. Sebenarnya, ada pelbagai version origami butterfly yang boleh kita hasilkan. Bagi saya yang ini paling simple! Tidak terlalu banyak langkah-langkahnya dan tidak terlalu complicated. Jadi, kalau kita nak ajar anak-anak pun senang.

Kredit Imej: deschdanja.ch

Rama-rama ni comel sangat! Saya nak buat banyak-banyak untuk letak di atas meja belajar si cilik di kelas tuisyen saya. Selain itu, boleh juga dibuat sebagai party garland. Selamat buat origami!


Boleh cuba buat:

Isnin, Jun 16, 2014

Tutorial Kraf - Cara Buat Fridge Magnet (2)

Sebelum ini, saya dah tunjukkan cara-cara untuk buat 'fridge magnet' menggunakan gambar pilihan kita. Kali ini, kita buat 'fridge magnet' yang ada sticky notes pula. Bolehlah digunakan untuk tinggalkan mesej pada ahli keluarga atau tulis senarai barang dapur yang perlu dibeli. OK, bahan-bahan asas yang diperlukan ialah:


Langkah-langkah:
  1. Potong 'magnet sheet' besar sedikit daripada saiz 'sticky notes' yang kita nak gunakan. Untuk 'fridge magnet' yang ini, saya buat ukurannya 9cm X 5.5cm.
  2. Potong 'plush decoration sticker' mengikut saiz yang sama dan lekatkan pada permukaan 'magnet sheet'. 'Plush decoration sticker' ini biasanya saya beli di DAISO atau Mr. DIY. Selalu nampak budak-budak remaja sekolah guna decoration sticker ini untuk hias telefon bimbit dan kalkulator mereka. Senang sahaja nak guna. Buka pelekat dan tampal. Tak perlu susah-susah guna gam :)
  3. Kemudian, gunakan 'double-sided tape' atau 'art gum' untuk lekatkan sticky notes pada magnet tadi.
  4. Waktu untuk menghias! Memandangkan magnet ini ditempah untuk hadiah hari bapa, saya gunakan 'embellishment' yang bersesuaian dengan tema.

 
Inilah hasilnya!
Hias 'fridge magnet' ikut kreativiti dan apa bahan yang ada. Boleh guna 'font chips' dan bunga seperti yang pernah saya buat sebelum ini :)

Personalised Fridge Magnet with Sticky Notes

Selamat mencuba! 
Jangan lupa kongsikan hasilnya dengan saya :)



Sabtu, Jun 07, 2014

Tutorial Kraf - Buat Bunga 3D Guna 'Craft Punch'

Sebelum ini saya beri sneak peek je, kan? Hari ni, saya tunjukkan caranya.

1. Pilih mana-mana craft punch bentuk bunga. 'Punch' kertas atau kad untuk dapat potongan seperti dalam gambar di atas.

2. Carilah pelapik yang berspan (misalnya pelapik yang biasa kita jumpa dalam bekas kerongsang tu). Dengan menggunakan 'tip'/muncung bulat alat hias kek*, tekan bahagian tengah bunga hingga kelopaknya naik ke atas.

*Alat ni selalu digunakan untuk buat bunga fondant dalam seni hias kek. Kalau jumpa set yang murah, belilah. Sebab dalam kraf kita boleh guna untuk bentuk 'clay'. 

3. Kuntuman bunga yang sudah dibentuk. Belum cukup cantik lagi ;) So, masa untuk tambah manik atau 'diamentes'. Lekatkan pada bahagian tengah bunga.

Sudah siap! Gunakan untuk hias scrapbook, hias kad atau kalau nak tambah seri 'notice board' dalam kelas/pejabat pun boleh. Selamat Mencuba!



Rabu, Jun 04, 2014

Buat Kad Mudah Menggunakan Masking Tape | Washi Tape

Perlukan kad atau gift tag untuk hadiah yang bakal diberikan? Apa kata kalian buat sendiri. Tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan kalian hanya perlukan tiga bahan di bawah sahaja:

  • Kad/kertas keras
  • Washi tape/masking tape (apa-apa design yang ada dalam koleksi)
  • Gel pen

Tag hadiah simple dan mudah

Mula-mula, potong kad atau kertas mengikut saiz yang dikehendaki. Hias dengan masking tape/washi tape ikut kreativiti. Gunakan gel pen untuk tulis ucapan. 

Dah siap! Tidak perlu susah-susah nak beli, kan?

Selasa, Jun 03, 2014

Bunga 3D yang Kecil dan Comel

Alhamdulillah, menjelang pukul 12 tengah hari, saya sudah selesai masak sekali untuk makan malam. Hari ni kena masak awal sedikit sebab sebelah petang nanti saya ada kelas. So, ada masa terluang tu masuk bilik kraf sekejap. Siapkan bunga-bunga kecil ni.


Comel tak? Bunga-bunga ni telah dibentuk supaya kelopaknya terjungkit sedikit di atas. Biar nampak realistik. Ala-ala efek 3D gitu. Kemudian, untuk finishing touch, saya letak craft diamentes. Saya nak gunakan bunga kecil-kiut-comel ni untuk hias kad. Nanti kalau rajin, saya tunjukkan tutorial mudahnya ye.

Kemas kini

Klik pautan di bawah untuk lihat tutorial cara membuat bunga di atas.



Sabtu, Mei 31, 2014

Tutorial Kraf - Cara Buat Origami Kemeja

Nak buat origami kemeja seperti di bawah tak?


Sila ikut tutorial mudah di bawah. Sempena sambutan Hari Bapa bulan Jun nanti, bolehlah buat kad istimewa. Tidakpun, hasilkan photo props untuk ambil gambar dengan kemeja ini. 


Kredit: origami-resource-center


Isnin, Mei 26, 2014

Tutorial Kraf - Penyangkut Baju Mini daripada Klip Kertas

Selamat Hari Isnin! Hari ini saya ingin tunjukkan cara untuk buat penyangkut baju mini daripada klip kertas. Senang dan comel! Of course, boleh dijadikan hiasan untuk projek kraf kalian. Selamat mencuba! Sila perhatikan langkah demi langkah di bawah.

Penyangkut baju mini daripada klip kertas