Rabu, Mei 03, 2017

Kord Gitar Jampi - Hael Husaini (Easy Guitar Chords)

Sebenarnya, sebelum ini dah beberapa kali saya dengar lagu Jampi. Tetapi tak terpancing telinga hehehe. Dengar begitu-begitu je. Mungkin masa dengar tu saya tengah buat kerja, fikiran serabut nak siapkan itu ini, so I didn't really enjoy the song. Bagi saya, suara Hael melalui lagu tu agak tenggelam dalam kemeriahan susunan muzik. [Mode fikiran serabutlah katakan]

Baru-baru ini, di kedai kami ada anjurkan Acoustic Night. Jadi, siapa-siapa nak mengamen, nak perform, bolehlah tunjuk bakat, berdendang sambil petik gitar. Sambil-sambil tu, boleh hiburkan customers yang datang. Ketika itulah saya dengar lagu Jampi versi akustik dan terus jatuh cinta! Lagu apa ni?! Jampi?! 

Siap buat 'research' dekat Youtube tengok cover-cover Jampi yang lain. Cover si Haqiem Rusli antara yang best! Oh, nyanyian Hael untuk AkustikHot pun superb! Apabila dah suka, mestilah kena ada chords yang menyusul kan,...Tetapi, bukan saya yang buat. Saya minta chordsnya daripada Wira, anak muda yang performed lagu Jampi malam tu. Thanks so much, Wira! Enjoy!

Selasa, Mei 02, 2017

Semua 50 Persen

Hari ini saya masih lagi bercuti. Tidak ke mana-mana. Ada tempahan photo booth props yang perlu disiapkan. Kemudian, nak kemas bilik kraf sikit. Bayangkan, sibuk sangat dengan rutin harian, ada beberapa bungkusan plastik dan beg kertas (berisi bahan-bahan buat kraf yang saya beli) yang masih tak terusik. Dari hari beli sehinggalah ke hari ni, duduk terperam je kat satu sudut.

Ini salah satu plastik yang berjaya dibuka. Semua barang di bawah saya dapat potongan 50 peratus daripada harga asal. Beli awal bulan April tak silap. Ketika tu, POPULAR Cawangan IPC buat Pre-Renovation Sale.

Yipppieeeeee!
Ink pads, punches and ribbons :)
Punyalah gembira tengok banyak barang kraf dijual separuh harga! Rambang mata dibuatnya! Itu pun  saya dah 'saring' betul-betul. Kalau tak abis semua nak diborong. A copuple of new addition to my craft punches and ribbons collection dan beberapa warna tambahan ink pads untuk stamping. Berbaloi-baloi!!!

Isnin, Mei 01, 2017

DIY Kad Hari Guru

Intai search keywords minggu ni, dah mula ada yang cari diy kad hari guru. Jika diikutkan perancangan asal. saya ingin buat beberapa tutorial mudah untuk diy kad hari guru. Tetapi, masa nak membuatnya terhad. Jadi, buat sementara ini, tengok entri lama dahulu ye. Moga dapat jadi idea dan inspirasi.

Insya-Allah, by the end of this week saya cuba kongsi tutorial/idea baru untuk buat kad hari guru mudah dan yang penting jimat kos! 

Kad Hari Guru - Tema Bunga


Selasa, April 25, 2017

DIY Hiasan Kraf (Crafts Embellishments)

Sebelum ini, ada beberapa pembaca yang personally e-mel saya bertanyakan hiasan kraf yang saya guna dalam projek kraf seperti kad ucapan dan scrap page (scrapbook). Maaf ye, kalau jawapan dan info yang saya beri kurang lengkap atau kurang memuaskan. Ketika itu, saya agak tergesa-gesa dan sibuk melunaskan urusan kerja. Ada yang ingin tahu sama ada saya buat sendiri embellishments atau beli di kedai kraf. Jawapan saya, kedua-duanya. 

Kadang-kadang, untuk isi masa senggang, saya akan buat hiasan kraf sendiri menggunakan barang-barang yang saya ada. Jimat pun jimat. Pada masa yang sama, kita dapat buat hiasan bersesuaian dengan projek kraf yang sedang dihasilkan dan lebih menepati citarasa kita. Ada kalanya, saya akan beli crafts embellishments di kedai terutamanya apabila ada promosi/diskaun dan hiasan kraf itu boleh digunakan dalam kebanyakan projek saya. 

Sabtu, April 22, 2017

Pilihan Hotel Murah, Bajet dan Selesa Sekitar Langkawi

LANGKAWI? Sebut sahaja tentang destinasi pelancongan yang satu ini, pasti macam-macam yang indah, yang menarik terlintas di kepala, kan? Coklat murah, shopping barang-barang murah, tempat-tempat bersejarah, keindahan alam semula jadi dan aktiviti-aktiviti riadah yang menyeronokkan untuk dicuba.

Kredit

Isnin, April 17, 2017

Chords Kekasih Bayangan - Cakra Khan (Easy Guitar Chords)

Happy Monday! Selamat memulakan minggu baru! Memandangkan hari ini memang saya tidak kerja dan kebetulan tidak ke mana-mana, jadi luangkan masa dengan Si Kapok. Kita petik lagu Cakra Khan - Kekasih Bayangan. Mellow je lagunya. Mungkin tidak segah Mencari Cinta Sejati atau tidak sehebat Seluruh Cinta. Tetapi, secara peribadi, saya rasa Kekasih Bayangan punya keindahan dan sweet+jiwang yang tersendiri.

Seperti biasa, kord mudah untuk kalian. Selamat berdendang!

Kord Gitar From FAMF Tower


Kunci Gitar dan Lirik Kekasih Bayangan - Cakra Khan (Easy Chords)



(Intro)
C G Am 
Dm F G

C G
Padamu pemilik
Am Em
Hati yang tak pernah ku miliki
F Em-Am
Yang hadir sebagai
Dm-F C G
Bagian dari kisah hidupku

Khamis, April 13, 2017

KPOP Theme Birthday Party - Preparation

Hujung Mac baru-baru ini, saya dapat task party planning. Temanya - KPOP. Heheheh! Siapa peminat KPOP mesti sukalah! Pada asalnya, saya hanya dapat tempahan untuk photo props sahaja. Alhamdulillah, along the way, si penganjur parti minta saya siapkan item untuk goodie bags, table mat, centerpiece dan birthday card sekali.

Sebenarnya, hari ini tak larat + tak ada mood nak tulis entry party planning panjang-panjang. Makanya, hari ini saya kasi teaser dululah ye. Tunjuk sikit-sikit preparation buat task ni. Nanti saya follow up dengan entri penuh pula.


Photo props - Sebelum dipotong, disembur dengan acrylic clear paint dan dipasangkan lidi.
Kenal tak gambar siapa tu?

Isnin, April 10, 2017

Terima Kasih Tertunggak - Hadiah Math Challenge Izzeyda

Satu lagi entri penghargaan tertunggak. Kali ini khusus buat Izzeyda, teman blogger dari utara yang sebaya dengan saya. Sekitar bulan Februari, asal ada kesempatan, saya paksa diri untuk blogwalking. Jengah rakan-rakan blogger. Semenjak saya terikat dengan komitmen di Kota B, dah tak dapat nak berblogging, blogwalking dan saling berbalas komen seperti dahulu. Jika dapat tinggal satu dua komen per blog tu dah kira capai targetlah!

Ketika berkunjung ke blog Izzeyda, ada entri Math Challenge. Entri Uji Mindanya di sini. Saja jelah suka-suka saya mengira sama. Playar campur playar,.. playar campur gerudi,...gerudi tolak pemutar skru,...

Rupa-rupanya, jawapan saya betul! Entri keputusan Math Challenge  di sini. Heheheh dan Izzeyda beri ganjaran buat peneka-peneka yang berjaya! Wahhhhh! Tak sangka! Ini rezeki blogwalking terpijak namanya! 😃😃😃

Thanks so much, Eyda. Hadiah wang tunai pemberian Eyda telah selamat akaun saya terima. Moga Eyda dan anak-anak sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan dikurniakan rezeki berlipat ganda! Jom terjah blog Izzeyda ramai-ramai! Ada banyak kisah Eyda bersama dua puteranya, reviews tentang tempat dan aktiviti-aktiviti menarik khususnya di belah utara dan macam-macam lagilah. Eyda ni sekarang aktif sertai run tau! Respect betullah! Kalau saya, setakat lari kejar si Yuri tu, mampulah 😆


Buat Kad Lipat-lipat

Ini percubaan pertama saya buat kad lipat - lipat begini. Birthday card. Temanya biru dan polka dots. Kad lipat-lipat begini sesuai untuk letak banyak gambar sebab sisi depan sisi belakang semuanya kita hias.


Baru 70% siap! Tiba-tiba abandoned begitu sahaja sebab sekarang saya suka buat card in a box pula. Hehehe. Nantilah, apabila berjaya disiapkan, saya kongsi hasilnya. Insya-Allah, kalau ada masa, saya sertakan dengan tutorialnya sekali. Dah lama dah tak buat entri tutorial kraf kertas.

Sabtu, April 08, 2017

Kord Gitar Aku Sanggup - Sufi (Easy Chords)

Selamat berhujung minggu! Hujung-hujung minggu ni tak ada mood nak buat entri baru. Jadi, kita layan chords gitar jelah ye. Lagu Aku Sanggup nyanyian Sufi ni satu lagi lagu untuk halwa telinga kalian yang gemar hits 90-an. Asyik layan Aiman Tino je,...cuba-cubalah dengar Aku Sanggup pula ;) Rasanya pertaruhan Sufi kali ni sesuai dengan kehendak pasaran yang giat mengembalikan kegemilangan lagu-lagu 90-an. Sekurang-kurangnya, lagu Sufi yang ini jauh lebih sedap daripada single pertama ciptaannya yang dibawa semasa final AF. OK, seperti biasa, chords yang sudah ditransposed menjadin lebih mudah. Enjoy!

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar Aku Sanggup - Sufi (Easy Chords)





(Intro)
Am Em B7 Em

Em   
Termenung sendu
         Am        
Ratapi luka yang telah terguris
B
Mengejar bayang
Em                          B
Moga terbukanya pintu hati

Em
Rindu saat kita
            Am              
Seperti lalu saling menyayangi
B7            
Namun kau berubah
                            Em 
Tawar hilangnya kasih

Khamis, April 06, 2017

Terjah Dunia Whimsical Beauty and The Beast

Isnin lepas, saya memang ada di sini. Isnin saya tak kerja. So, menjeruk jelah di rumah Cekebon. Tengah layan kantuk, tiba-tiba Cekengah called. Dia kata dia ambil half day, ajak saya tengok Beauty and The Beast. Bisa! Bisa! Sepantas kilat saya dan Bott bersiap. Jumpa Cekengah di e@Curve, Mutiara Damansara.

Kitorang masuk slot 1.30 petang. Dari mula scene, sampailah ke credit title,.. I really enjoyed myself. I mean, faham-faham sajalah cerita fairy tales bagaimana kan. Best! Whimsical!💫 Start je filem, saya dah masuk dunia Beauty and The Beast. Tak fikir apa-apa dah pasal kerja ke, komitmen lain ke, barang dapur nak kena beli ke,...semuanya put on hold. It was indeed a good break from my tiring and hectic schedule. Was enticed by each and every scene and all the songs played throughout the movie. Secara keseluruhannya, saya memang puas hati! Cuma secara peribadi, saya lebih suka si Beast berbanding bila dia dah tukar semula jadi manusia. Hehehe rasanya beast lagi comel kot! 😆

Tetapi, kata-kata saya ini hanya boleh diguna pakai untuk kalian yang minat cerita-cerita dongeng begini. Kalau ada yang spesies macam Bott, (cerita Avengers,..Optimus Prime takluk bumi dan disasters apokalips semua dia boleh hadam, tetapi cerita Beauty and The Beast dia kata tak make sense,...) maaf banyak-banyaklah ye. This is not going to be your cup of tea.

Selasa, April 04, 2017

Smurfs The Lost Village

Bukan review filem ye. Cuma nak cerita, saya jumpa dengan si makhluk biru ni di IPC Shopping Centre pertengahan bulan Mac yang lepas. Kebetulan masa tu, saya dan Bott tengah order makanan kat salah satu food truck di luar IPC tu. Ini dah jadi macam hobi kami berdua setiap kali ke IPC - beli something from one of the trucks. Sebab food trucks di IPC ni bertukar-tukar. 3 hari food trucks yang ini, another 3/4 hari food trucks lain pula. So, banyaklah pilihan untuk dicuba :)

Sementara menunggu order siap, saya masuk ke ruang legar IPC. Tak semena-mena melangkah kaki ke perkampungan The Smurfs. Cuti sekolah masa tu, so adalah beberapa aktiviti yang diorang organized untuk budak-budak sempena promosi Smurfs: The Lost Village. Tak toleh kiri kanan, saya dok aim cari seats kosong. Lenguh kaki berjalan. Hari tu sibuk cari buku untuk students dan beli barang party planning.

Tengah-tengah duduk, baru perasan saya lepak sebelah makhluk biru comel ni. Apa lagi,...wefie satuuuu!

Dah ajak fist bump,..layankan aje,.. ;)

Jangan lupa, buat peminat makhluk biru comel-comel ni, Smurfs: The Lost Village akan mula 'membiru' di pawagam bermula 6 April nanti!

Isnin, April 03, 2017

Terima Kasih Tertunggak - Hadiah GA Dylla Rezan

Hujung tahun lepas saya ada joined Yindia Segmen untuk Bloggers & Instagrammers anjuran adinda Dylla Rezan. Segmen ini diadakan setelah Dylla pulang dari trip kembaranya ke India. Alhamdulillah, ada rezeki terpilih sebagai salah seorang pemenang. Hadiah ini pun saya terima sekitar bulan Februari, tak silap. Lebih kurang sama masa dengan ole-ole London Anies. Cuma lambat update di blog ;)

Ini yang saya terima. Sebuah bekas cantik berwarna hijau, rantai kunci dan sekeping poskad Taj Mahal. Terima kasih banyak-banyak, Dylla for the gifts. Merasa dapat sayup-sayup angin India.  😆Suka sangat! Bertambah koleksi poskad, bertambah koleksi rantai kunci dan bekas hijau tu pula,... dah terletak cantik depan meja cermin jadi bekas kerongsang :) 


Jumaat, Mac 31, 2017

Tutorial Kraf Kertas - DIY Watercolour Art

Hari ini saya nak tunjuk cara buat Watercolour DIY Decor. Haaa,...jangan risau. Jangan fikir berat-berat. DIY ini sangat mudah! Tidak perlu skill khusus, tak perlu pergi kelas watercolour art. Ala ala DIY ceneke-lah kiranya. Tapi, kalau hasilnya cantik, apa salahnya kan?!

Apa yang diperlukan? Ini yang penting. 👇👇👇


Khamis, Mac 30, 2017

Sticker Book of Phrases | Foil Statement Pad

Antara bahan baru untuk stok kraf saya. Foiled Statement Pad dan Sticker Book of Phrases ni bukan sahaja sesuai untuk buat kad/scrapbook/projek kraf kertas, malah sangat sesuai untuk planner addicts hias planner. Boleh dapatkan di POPULAR. Tak silap saya harga Sticker Book of Phrases - RM7.90. Foiled Statement Pad tu mahal sedikit sebab ada banyak hiasan/sticker yang guna gold foil. Cantik memang cantik. 👍👍👍 Bling-bling berseri projek kita dibuatnya. Harga RM12.90. 


Bahagian dalam.
Cantik-cantik kan? 😃

Kalau berminat, cari di cawangan POPULAR terdekat. Semasa saya beli kedua-dua buku sticker ni, Popular IPC sedang buat Pre-renovation Sale. Jadi, rezeki dapat 30% diskaun. Yeayyyyyy!

Saya nak buat inspirational magnetic bookmark dengan stickers di atas.

Kemas kini:
Hasilnya lihat di sini.


Isnin, Mac 27, 2017

Terima Kasih Tertunggak - Ole-ole daripada Anies

Terima hadiah pemberian daripada Anies, pemilik blog Anies ❤ You sebenarnya sekitar bulan Februari yang lalu. Tetapi, memandangkan dua bulan belakangan ini kesempatan saya berblogging amat terhad, lambatlah entri penghargaan ini dapat diterbitkan.

Anies hantar ole-ole istimewa dari London. Tidak silap saya ole-ole ini kerana saya jadi salah seorang antara 20 pengomen terbanyak di blog Anies ❤ You sepanjang 2016.


Fridge magnet London yang cantik. Ada Big Ben, double decker bus dan National Gallery (rasanyalah,..), among the main attractions yang ada di Kota London. Suka sangat-sangat. Bertambahlah koleksi fridge magnet saya!

Terima kasih banyak-banyak, Anies! Domo arigato! Saya amat hargainya. Semoga ada rezeki Anies untuk travel lebih jauh lagi, banyak tempat lagi! Oh, jangan lupa baca kisah kembara London Anies dan kisah-kisah kembara yang lain di sini. Kisah bola pun ada! Anies ni fan bola tegar tau! 😆


Resepi Air Coklat Panas

Saya penggemar air coklat panas. Selalu minum malam-malam time cuaca sejuk atau ketika berjaga siapkan kerja.  Di bawah ini, resepi air coklat panas pekat kawww kegemaran saya.

Air coklat pekat dan lazatttt!

Resepi Air Coklat Panas | Resepi Air Koko Panas

Portion untuk 2 orang atau 1 mug besar untuk seorang 😆


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 1/2 cawan susu (Full Cream/Fresh Milk/Low Fat) - Jika mahu lebih sedap, gunakan susu full cream
  • 20 - 25 gram dark chocolate. Saya suka air coklat yang strong rasa kokonya. Jika kalian suka yang lebih manis, gunakan milk chocolate. Coklat apa? Terpulang. Ikut citarasa masing-masing. Saya guna Ghirardelli Dark Chocolate yang kandungan cocoanya 60%. Guna Beryl's pun sedappp!
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • secubit garam

Isnin, Mac 20, 2017

Resepi Overnight Oat - Strawberry and Peanut Butter

Assalamu'alaikum,

Selamat Hari Isnin! Selamat kembali bekerja dan mulakan minggu baru.

Saya cuti hari ni. Paksa diri untuk jengah tower sekejap. 
Lama terbiar sepi.


Hari ini nak kongsi satu resepi overnight oat (OO). Memang sekarang, saya lebih gemar makan OO untuk sarapan. Dulu-dulu, saya buat oat dengan air panas dan susu. Tabur kismis dan sedikit serbuk kayu manis. Sekarang, semua nak mudah, nak cepat,..jadi OO menjadi pilihan. Malam sebelum tidur, masukkan bahan-bahan dalam botol/bekas/mason jar,...esoknya bangun pagi, buka peti sejuk dah ada OO sedia untuk dimakan.

Resepi pertama OO yang ingin saya kongsi - Strawberry and Peanut Butter 


Selasa, Mac 14, 2017

Tempah Dryfit Shirt untuk Hadiah Birthday Cekengah

*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.

Sebelum ini saya pernah kongsi pengalaman saya membuat personalised gift di Printcious. Ada magic mug untuk Bott dan photo jigsaw puzzles. Kali ini buat hadiah untuk Cekengah pula. Birthday Cekengah awal bulan Mac, tetapi hadiahnya saya dah tempah sejak hujung tahun lepas lagi. Bukan apa,..takut terlupa. Time flies very fast, right?

Apa hadiah yang sesuai untuk Cekengah? Well, adik saya yang seorang ini sedang sibuk dan gigih meneruskan fitness journeynya. Dalam keluarga kami, dialah si fitness addict hehehe Rajin workout, rajin sertai run, rajin pergi hiking, jogging. Sekarang ni, tengah dalam proses belajar untuk jadi certified trainer/coach. Yang lain-lain, especially kakaknya ni, hanya exercise guna minda, dalam imaginasi je ;)

Isnin, Mac 13, 2017

Resepi Air Fryer - Ayam Goreng Rempah ala Nasi Kukus

*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.

Assalamualaikum. Kita buat ayam rempah ya hari ini. Sabar ... sabar ... walaupun tajuk entrinya resepi air fryer, hidangan ayam goreng rempah ini boleh disediakan seperti biasa. Cuma bagi yang ada air fryer tu, gunalah air fryer. Insya-Allah dapat sediakan hidangan yang lebih sihat dan kurang minyak. Nak bakar dalam ketuhar pembakar pun boleh. Balut ayam dengan aluminium foil supaya isi ayam tidak jadi terlalu kering. Hasilnya memang wallllahhhhhhh! Yummy! Tak kisahlah cara masaknya bagaimana 😃 

Ayam goreng rempah siap! Tidak guna sebarang minyak tambahan. Hanya minyak pada ayam tu je :)

Jumaat, Mac 10, 2017

Guitar Chords Mencinta Kamu - Drama Band (Easy Chords) OST Nahu Rindu

Lagu Mencinta Kamu ni bagi saya memang best! Suka sangat dengar ulang ulang dan ulang! Tetapi, sebab saya di rumah nombor 2 dan si Kapok tinggal di rumah 'menemankan' Cekebon 😆, jarang saya ada masa nak petik gitar. Si Kapok pun gagah je tersadai atas guitar stand mengumpul habuk dan debu.

Baru-baru ni ada masa lapang, sempatlah belajar main lagu-lagu yang tengah in dan popular. Sekadar nak hiburkan hati sendiri. Layan lagu ni seround dua. Lagu ni rasanya dah pernah jadi OST beberapa drama yang ditayangkan di TV. Sekarang, tak silap saya, jadi OST untuk drama Nahu Rindu. Tak sempat nak follow drama-drama best dah sekarang. Kat sini, saya layan cerita FTV SCTV je. Janji ada bunyi bising temankan saya buat kerja.

Chords di bawah sebenarnya boleh dianggap senang. Nampak Fm jangan panik pulak! Kita mainlah Fm yang easy peasy.

Khamis, Mac 09, 2017

Bila Cekengah Craving ...

*This is a scheduled entry. I'm away until the end of March.

Saya memang suka sangat dengan Marmite. Dari kecil suka makan Marmite atau Bouvril dengan bubur. Dap dap dap!!! Selain makan dengan bubur, kadang-kadang bila tekak teringin nak makan something different, saya buatlah spageti atau makaroni Marmite.

Nak dijadikan cerita, Cekengah bawa balik Bagel Crisps Marmite ni. Dia kalau tetiba datang fenomena craving, semua benda dia nampak dia akan beli. Dah makan itu ini, rasa guilty,..balik semuanya dia beri pada saya. Huhuhuh! Score!!!! Akakla yang untung!

Macam rupa keropok segera pun ada ;)

Isnin, Mac 06, 2017

Movie Night Party Theme (Part 2)

*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.

Entry on party planning. Bahagian 1 di sini.

OK. Kita sambung tentang Movie Night Party Theme. Jika di Bahagian 1, dah cerita mengenai clapper board, bottled water dan candy packs, Bahagian 2 kita akan sambung dengan Popcorn Packs dan Photo Booth Props.

Popcorn Packs

Mana lengkap Movie Night tanpa popcorn kan? Disebabkan perancangan parti ini dibuat last minute (seperti yang diceritakan di Bahagian 1), saya tak sempat nak cari packaging yang sesuai untuk buat popcorn treat. Ada muffin cups, kecil sangat. Itu yang saya jadikan sebagai packaging candy packs.

So, for popcorn, saya hanya guna brown bags. Alaa,..beg kertas biasa yang orang guna untuk bungkus goreng-gorengan tuh! Satu pek hanya sekitar RM3 - RM4. Saya memang sentiasa ada stok brown bags ni di rumah. Selain daripada guna untuk pack food, boleh jadi item berguna waktu terdesak begini. 

Selasa, Februari 28, 2017

Resepi Air Fryer - Sayur Campur Honey BBQ

*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.
 
Siapa yang suka hidangan sayur campur? Sebelum ini, saya pernah kongsi resepinya di sini. Hari ini, satu variasi sayur campur untuk kalian - Sayur Campur Honey BBQ. Rasanya manis-manis gitu! Untuk pilihan sayur-sayuran, ikutlah citarasa kalian hendak letak/guna apa. Resepi kali ini, saya hanya guna brokoli, lobak merah dan lada benggala hijau. Boleh juga dimasukkan kubis bunga, kacang peas, kacang buncis dan jagung kecil. Dah nama pun sayur campur kan,...campurkan aja ikut selera! 😀



Apa yang berbeza ialah penyediaan kuahnya. Jika sayur campur biasa kita gunakan sos tiram, sayur campur yang ini kita gunakan sos BBQ dan madu. Apa yang diperlukan:- Lobak merah, brokoli, lada benggala yang telah dibasuh, dibersihkan dan dipotong, 3 ulas bawang putih dihiris halus,  2 - 3 sudu besar, sos BBQ dan 1 sudu besar madu.

Saya masak sayur ni guna airfryer. Jadi, apa yang saya buat ialah campurkan kedua-dua sos BBQ dan madu hingga sekata. Setelah itu, gaulkan pada sayur-sayur yang telah dipotong tadi. Saya masukkan sayur-sayuran di dalam aluminium foil (kerajang aluminium) dan bungkus (macam nak bakar ikan tu) supaya tidak menjadi kering sesudah dimasak. Masak di dalam airfyer pada suhu 180-200 darjah celcius selama 15 - 20 minit. Siap!

Alternatively, jika hendak memasak menggunakan kaedah biasa, panaskan satu sudu besar minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu sehingga naik bau. Sesudah itu, masukkan sayur-sayuran diikuti dengan sos BBQ dan madu. Letakkan sedikit air jika sos terlalu pekat dan inginkan lebih kuah. Biarkan seketika di atas dapur sehingga sayur lembut.

Selamat Mencuba!

Psstt! Jika tiada sos BBQ, boleh juga gantikan dengan sos lada hitam. Nak lagi senang? Dapatkan je  Honey BBQ Sauce yang ready-made di pasaran. 🙂


Rabu, Februari 22, 2017

Chords Menahan Rindu - Wany Hasrita (Easy Guitar Chords)

*This is a scheduled entry. I'm away until end of March.

Lagu ni antara lagu kegemaran Bott sekarang. Si Bott jarang suka lagu Melayu. Satu, dia memang jarang dengar radio dan cari lagu-lagu macam saya hehehe. Dua, dia ni jenis prefer dengar soundtrack. Macam lagu-lagu citer Now You See Mee, Iron Man yang Brian Tyler buat memang santapan telinga dialah tuh. Kalau tiba-tiba tengah buat kerja di komputer, ada lagu pelik-pelik yang muncul, saya akan cepat-cepat periksa. Confirm tersesat masuk playlist dia.

Lagu Menahan Rindu antara lagu yang Bott dengar, terus berkenan. Then, dia akan request, "F, belajar main lagu ni!" Sebelum ini, dia bukan main suka lagu OST Biar Aku Jadi Penunggu nyanyian Ronnie Hussien. Boleh dapatkan easy chordsnya di sini.

Saya suka jugak, tapi macam lagu Redha, saya gemar bahagian verse sahaja :)

Kord Gitar From FAMF Tower



Kord Gitar dan Lirik Menahan Rindu - Wany Hasrita

(Intro)
Am F Dm E
Am F Dm E

Am
Sejenak ku termenung
F
Awan pun mulai murung
G C
Tiada siulan-siulan burung-burung

Dm E
Menemani hariku
Am F
Menemani sepiku
Dm F E
Tersiksa angkara menanggung rindu

Isnin, Februari 20, 2017

Chanel Theme Birthday Party

Sabtu lepas, saya dan keluarga pergi makan-makan sempena birthday saya. Keluarga kami ni kecil je. Jenis susah nak cukup korum pulak tu. Ada orang ni, orang tu tak da. Yang ni available, yang itu pula outstation. Jadi, bila ada occasion sebeginilah, kami berpeluang berkumpul bersama.

Plus, birthday saya ni dikira sebagai celebration pertama untuk setiap tahun. So, semua akan super duper excited. Saya? Lagilah berlipat ganda excitednya. The initial plan was just to go and have a decent meal at Penang Village, Great Eastern Mall. 

but,..my ebullient sister-in-law, Dhila managed to do these! All these!

Chanel Theme Birthday Party
Mula-mula saya kena tunggu kat luar sebab masa saya sampai, mereka tak habis set up tempat lagi. Terharu tengok adik-adik keluar masuk kedai, turun naik tangga dan escalator sebab mengangkut birthday stuff saya. 

Masuk-masuk je,...wahhhhhhhhh!
Decorations di entrance, sebelum masuk ke tempat makan. Yang berbelon-belon tu tempat kami menjamu selera :)

Rabu, Februari 15, 2017

Gosip Pasal Nak Pergi KLCC

Malam tadi, habis kelas sekitar pukul 10, saya tak terus balik rumah. Lepas kunci sekolah pondok siap-siap, saya dan Bott pergi kedai runcit. Jalan kaki je sebab kedai tu cuma sepelaung dari rumah. Lagipun saja nak ambil angin, jalan-jalan sambil beli barang rumah yang habis.

Selesai beli barang, kami pun ambil own sweet time menapak balik. Plus, barang-barang yang saya bawa plastiknya besar dan berat. Makanya, jalanlah terkedek-kedek slow-slow. Sampai rumah dah pukul 10.30. Tengok-tengok si Cekengah masih belum tidur. Dok melanguk di meja makan tunggu saya balik.

Bukan tunggu kosong, ada burger untuk saya dan Bott. Yeayyyyy!!! Supper time! Alang-alang dia menemankan kitorang supper, sempatlah borak-borak + gosip-gosip sikit. Selalunya waktu beginilah saya jadi tok selampit, jadi tukang update cerita-berita-kisah yang dia tak sempat ambil tahu termasuklah kisah viral 'Nak pergi KLCC'! 

Ahad, Februari 12, 2017

Thumbprint Animals - Aktiviti untuk Anak-anak

Bulan lepas, saya buat aktiviti thumbprint animals dengan si cilik tahun satu. Tajuk awal untuk English lessons mereka berkaitan dengan bunyi termasuklah bunyi-bunyi haiwan. Jadi, sambil-sambil belajar bunyi haiwan, kita lukis haiwan dengan cap jari.

Untuk aktiviti ini, perlu sediakan:

  • Ink/Dakwat untuk buat thumb/finger prints - boleh cari di kedai buku dan alat tulis seperti POPULAR atau kedai yang menjual peralatan kraf.
  • Wet tissue - untuk bersihkan jari apabila nak tukar-tukar warna ink dan sebagai langkah berjaga-jaga supaya tak bertepek di tempat yang tidak sepatutnya 😃


Salah satu daripada hasil si cilik saya.

Guitar Chords Wanita Terakhir - Fattah Amin (Easy Chords)

Masa mula-mula dengar lagu Wanita Terakhir ni rasa macam hehhhhh?! Lagu sedap,..tengoklah siapa yang buat kan,..but I personally feel that his singing don't do justice to the song. Dia macam tak owned the song. Pendapat peribadi saya yang kurang arif je nih! Maaf kalau pendapat kita berbeda 😆 Citarasa lain-lain kan,...

So, sebarang request daripada adik-adik yang minta easy chords untuk lagu Wanita Terakhir memang langsung saya tidak pertimbangkan. I don't like the song, tentunya saya tak akan 'berkapok' dengan lagu ni. 

Satu hari Bott bosan, dia pergi cari cover lagu ni di Youtube. Adalah a few covers yang dia tengok. Kebetulan saya terdengar dan sekali lagi, ini pandangan peribadi ye,..saya rasa mereka yang buat cover song lagu ni nyanyi lagi sedapppp daripada penyanyi asal hikhikhik. Mungkin feel lebih sikit,..suara lebih merdu,...

Enough said, chordsnya di bawah ye :) Bukan saya buat, saya tolong simplified kan sahaja.

Kord Gitar From FAMF Tower

Selasa, Februari 07, 2017

Resepi Air Fryer - Cendawan Tiram Goreng

Hari ini, satu lagi resepi mudah menggunakan airfryer - Cendawan Goreng. Saya tidak guna tepung Kentucky atau tepung sadur yang berada di pasaran. Saya suka buat tepung sadur sendiri. Kita boleh pelbagaikan rasa ikut selera. Nak letak serbuk paprika, chilli flakes, serbuk jintan, serbuk telur masin … terpulang. Macam saya, saya boleh kawal kandungan garam dan perasa lain supaya Cekebon dapat nikmati sekali hidangan yang saya sediakan. Something light in flavour for Cekebon, yang lain pandai-pandailah tambah seasoning sendiri.

Resepi Cendawan Goreng

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Cendawan tiram yang telah dibersihkan
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan tepung jagung* 
  • 1 sudu besar serbuk kari*
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah/lada hitam*
  • 1 - 2 biji telur (saya tambah beberapa sudu susu segar dan pukul telur hingga sekata)
  • garam secukup rasa*

Jumaat, Februari 03, 2017

DIY Bingkai Hari Lahir | Birthday Frame

Idea buat birthday frame sebagai menggantikan kad hari lahir ni datang apabila saya pergi shopping di IKEA. Pergi kat bahagian frame sebab ada projek party planning. Puaslah saya membelek pelbagai jenis bingkai yang dijual di sana. Mahal, murah, plain, cantik berukir,...pilih sahaja mana yang berkenan.

Then, I came across LIMHALL frame. Tak silap saya harganya hanya RM2.90/sebuah. Saiz just nice. Sedang-sedang aja. Masa nilah terfikir, why not,..instead of buat kad hari lahir, kita buat bingkai hari lahir. Selain berfungsi sebagai kad ucapan, boleh juga jadi hiasan. Adalah kelainan sedikit 😁

Untuk buat birthday frame, boleh dikatakan bahan utama yang diperlukan HANYA frame gambar. Selebihnya, bergantung pada kalian nak hias bingkai tersebut mengikut tema/barang-barang yang ada.

Seperti di bawah ini, saya nak buat ala-ala buntings + ala -ala memo board. Jadi, saya sediakanlah bahan-bahan berkenaan yang dirasakan sesuai (yang ada dalam stok barang-barang kraf saya).