Sabtu, Disember 06, 2014

Terhebat November

Pagi Sabtu ni nak up entri special sikit. Inilah si hebat, si kacak, si cantik manis, si peramah, si jelita, si manis yang rajin bertandang ke blog saya dan meninggalkan bannnnyyyyyyaaaakkkk komen sepanjang bulan November. Hahhhhhh! Tarik nafas jap. Ayat panjang giler!

Terima kasih daun keladi. Rasanya tidak akan cukup ucapan terima kasih untuk dizahirkan buat kalian. Saya benar-benar hargainya! Tengok sajalah jumlah komen mereka. Terhebat!


Bulan ni Sis JM jadi Ratu Takhta! Insya-Allah, ada something untuk akak saya hantar nanti. Untuk yang lain? Jangan risau...ada sesuatu untuk kalian juga. Tapi, lambat sikitlah. Saya kena tunggu sampai penghujung Disember. Gabung semua sekali. Bolehlah peruntukkan hadiah banyak sikit ;)

In all, terima kasih banyak-banyak semua (tak terhad pada mereka di atas je tau) yang sudi baca entri-entri di FAMF Tower ni. Saya faham kesibukan segelintir daripada kalian yang tidak punya masa tetapi masih luangkan masa untuk ziarah saya. Jangan bimbang, saya susul jejak-jejak kalian.

Alang-alang hujung minggu, saya nak ajak kalian blogwalking ke rumah tetamu-tetamu hebat saya.




Jumaat, Disember 05, 2014

Tutorial Kraf Kertas: Kad Mini Menggunakan Lebihan Kertas

Hari ini saya nak tunjukkan cara buat kad mini dengan mudah. Ya, hanya menggunakan lebihan kertas skrap/kertas warna yang kita ada. Lihat gambar di bawah. Semua tu, baki kertas-kertas projek kraf saya. Walaupun tinggal sedikit, keratan-keratan kertas tu saya tak buang terus. Saya simpan dalam satu bekas khas supaya tak berselerak.

Lebihan kertas warna/skrap
Menggunakan lebihan/cebisan kertas-kertas ini, kita boleh hasilkan kad mini. Kad kecil comel untuk beri pada seseorang atau sebagai tag untuk hadiah. Jom tengok!

...dan sabar itu lebih cantik!

Assalamu'alaikum. Salam Jumaat!
Selamat menyudahkan tugas-tugas kalian dengan tenang dan sabar :)
Esok dah hujung minggu! (Bagi yang dah mulakan hujung minggu hari ni selamat beristirehat ye...)


Something to contemplate for today,...

Surah Yusuf, Ayat 18



Terjemahan:
Dan (Bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."




Khamis, Disember 04, 2014

Jeng jeng jeng! Jom Cuba Nasib...

Apa ni? Haa,..tengok betul-betul gambar di bawah. Scrutinize apa yang patut. Fikir-fikir apa yang perlu. Kenapa? Sebabnya,..Insya Allah esok saya nak buat 'Jom Cuba Nasib'. Dah lama gak tak buat, kan?!

Hidangan Misteri ;)

Jom Cuba Nasib nanti akan ada kena mengena dengan hidangan ini. Ala-ala kasi sneak peek dulu. Jangan risau, tak perlu karang ayat jiwang, tak perlu jawab teka-teki. Bersedia? On your mark, get set...tungguuuuuuu!

Sementara tu, intai-intailah Jom Cuba Nasib yang terdahulu ;)




Kaulah seluruh cinta bagiku,...

...yang slalu menentramkan perasaanku
...dirimu kan slalu ada
...di sisiku selamanya


Siapa minat Tok Ti? Siapa yang ngefans bangat sama Cakra Khan? Ayuh, merapat! Hehehe tukar slang balik. OK. Kalau sebelum ni, kita dah mellow-jiwang dengan lagu Afgan (klik di sini ye), saya nak belanja satu lagi lagu best!

Seluruh Cinta, lagu duet terbaru Dato' Siti Nurhaliza dan Cakra Khan sangat meruntun perasaan! Lagu ciptaan Krishna Balagita ini sesuai untuk orang putus cinta. Orang yang tak bercinta atau tengah syok bercinta pun boleh je enjoy dengar. Bagi saya, melodi 'Seluruh Cinta' best, liriknya pun ada ummmphhhh! Especially bahagian korus. 

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menentramkan perasaanku
Dirimu kan selalu ada
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memuja mu

Hingga nanti kitakan bersama


Apa yang buatkan lagu ni lebih menarik ialah gabungan suara mereka berdua. Bayangkan, suara Dato' Siti yang lemak merdu dengan suara husky Cakra Khan,.. memang menjadilah! Tak jemu dengar! Lagu ni juga jadi OST Suamiku Encik Perfect 10 :)


Credit

Oh, bagi yang nak cuba dengar, sila klik Seluruh Cinta - Dato' Siti Nurhaliza feat. Cakra Khan
Credit to MyMusic Records.

Psst! Pasang lagu ni on repeat mode ;)




Rabu, Disember 03, 2014

Tutorial Kraf Kertas: Cara Buat Trifold Shutter Card (Part 1 - Base)

Saya nak tunaikan janji. Hari ini saya akan tunjukkan cara untuk buat Trifold Shutter Card (seperti dalam entri ini). Untuk Part 1, kita perlu buat card base dahulu ye.

Contoh Trifold Shutter Card
Sebelum tu, nak melancarkan kerja, mari kita tengok material dan peralatan yang diperlukan untuk  hasilkan card base.

  • Kad/kertas keras berukuran 30cm x 14 cm. Kalau kertas tak cukup panjang, boleh tambah di bahagian hujung. Pastikan 30cm. Baru boleh jadi dengan sempurna.
  • Scorer (Boleh baca mengenainya di sini)
  • Cutter/Pisau Pemotong
  • Glue tape/Double-sided tape/Glue stick. Saya tidak galakkan penggunaan gam biasa jenis air tu sebab nanti projek kita basah dan comot.
  • Pembaris panjang

Dah ada semua?

'Untukmu Aku Bertahan' So Touching!

Dah pernah dengar? Sebenarnya 'Untukmu Aku Bertahan' nyanyian Afgan, released tahun lepas dan dijadikan sebagai OST untuk sebuah filem Indonesia, My Idiot Brother. Saya pun baru dengar lagu ni. Ingat lagi tak,... last week masa jawab Liebster Award si Nur As, I did mention yang mata sakit sebab masuk habuk. Tak selesa betul! Puaslah letak eye drops, kelip-kelip mata dalam air...tak keluar juga habuk/kotoran yang masuk tu. Mulalah sindrom grumpy and grouchy saya sampai! Pandang orang pun dengan sebelah mata (sebab sebelah lagi kena pejam!).

Last-last Bott suruh nangis! "Pergilah cuba nangis. Insya-Allah keluarlah habuk tu nanti." Saya pun pergilah duduk diam-diam dalam bilik. Ambil feel, fikir benda-benda sedih, kononnya percubaan untuk mengeluarkan air mata. Hmmmm FAILED! Semua cerita sedih dah gali tapi duktus air mata macam tak berfungsi. Mungkin hari tu mood baik kot!

Fed up dengan diri sendiri, rimas dengan mata yang main memerah, saya on komputer checked email. Ada member recommended lagu 'Untukmu Aku Bertahan' (as usual,.. the recommendation came with a request untuk guitar chords hehehe don't worry Jijie. I will get to that soon.) So, saya klik la pautan video klipnya.

Satu...

Dua...

Belajar mendengar,...




One of the
most sincere
forms of RESPECT
is ACTUALLY
listening
to what another
has to say.


Setiap kali kita berinteraksi dengan orang lain, pastikan kita betul-betul dengar apa yang diperkatakan. Jangan asyik kita je yang bercakap,..tak henti mulut bercerita itu ini. Belajar mendengar ialah salah satu gesture tanda hormat yang paling asas. Lagipun, every good conversation starts with good listening.

HAPPY WEDNESDAY!


Selasa, Disember 02, 2014

Buang Ikut Tingkap Jer

Assalamu'alaikum. Hai semua!

Apa yang buang ikut tingkap? Haaa ... masa untuk belajar perkataan baharu. Semalam baca buku jumpa perkataan defenestrate. Tak dapat figure out makna. So carilah dalam dictionary.


defenestrate
verb
to throw someone or something out of the window


Heheheh kalau diterjemah, defenestrate ialah perbuatan melontar, membuang seseorang atau sesuatu melalui tingkap. Hebat, kan? Ada one specific word to describe that particular action =)

Kalau buang orang ikut tingkap dah kira buat jenayah tu! Paling tidak, boleh cedera dan patah riuk. Hmmm, ada apa-apa tak yang kalian rasa nak defenestrate sekarang? Jangan buang sampah pulak ya. No! No! No!


Isnin, Disember 01, 2014

Tag Roti untuk Label Plag

Satu cara mudah supaya kita tak miserable dengan plag-plag appliances di rumah. Guna semula tag roti!

Tag roti untuk tanda plugs.

Bayangkanlah bila dah berderet plag-plag macam kat atas tu,...boleh keliru plag yang mana untuk appliance yang mana. Mulalah main game petik-petik. Jadi, labelkanlah plugs anda pakai tag roti yang ada. Tulis guna permanent marker dan selitkan je tag roti pada bahagian wayar. Mudah kan!

Tag roti yang berlainan warna boleh dijadikan kod untuk anak-anak sebagai langkah keselamatan. Contohnya, tag berwarna kuning untuk appliances yang selamat dikendalikan oleh si cilik - televisyen, komputer, playstation. Khususkan warna tersebut untuk mereka. So, plug yang warnanya selain daripada kuning tidak boleh disentuh! Convenient kan :)

Sebelum ini, saya pernah kongsikan cara mudah hias party favours menggunakan tag roti. Klik sini untuk lihat hasilnya.

Guna semula tag roti untuk party favours.

Hari ini Hari AIDS Sedunia

Credit

1 Disember 2014 ialah Hari AIDS Sedunia. Siapa-siapa yang rajin, boleh pakai reben merah =) Simbolik keprihatinan dan sokongan kita to those living with HIV

Saya tengok di negara kita, banyak juga acara yang dianjurkan di pelbagai peringkat. Antaranya ceramah agama, seminar dan taklimat kesihatan, pameran HIV & AIDS, dan pengedaran reben merah juga risalah kepada umum. 

Objektif sambutan adalah untuk menarik penglibatan orang ramai supaya sama-sama bertanggungjawab menggembleng tenaga dalam usaha mencegah dan mengawal penyebaran penyakit HIV/AIDS. Tema untuk Hari Aids Sedunia tahun ini ialah:

Focus, Partner, Achieve: An AIDS-free Generation

Maksudnya, setiap ahli masyarakat sepatutnya beri perhatian, berganding bahu dan cuba mencapai target ke arah generasi yang bebas AIDS.

Apa yang penting melalui sambutan dan penganjuran aktiviti-aktiviti bersempena Hari AIDS Sedunia, kita akan dapat semai persepsi yang betul dalam kalangan masyarakat. Stigma negatif, diskriminasi dan rasa takut yang keterlaluan terhadap pesakit-pesakit ini haruslah dikikis.





Ahad, November 30, 2014

My 'fwenly fwends' =)

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Ahad! Quick update sebelum saya keluar melangsaikan urusan dan kerja-kerja. Dua tiga hari belakangan ni memang saya sangat sibuk. Tak sempat nak blogwalking menjengah kawan-kawan dan adik-adik. Balas komen pun tak dan! Tetapi, kunjungan daripada kalian yang tak pernah putus betuk-betul buat saya terharu. Terima kasih banyak-banyak ye.

OK, motif utama entri ni nak ajak kalian jalan-jalan. Di bawah ni senarai blogger yang hampir saban hari datang FAMF Tower dan tinggal jejak. Merekalah tetamu hebat saya yang friendly sepanjang 23 - 29 November. Jadi, saya masukkan pautan blog mereka di sini supaya rakan-rakan yang lain boleh pay them a visit!

My 'fwenly fwends' :)

Jom!

(Nampak tak berapa komen dia?! Itu untuk minggu ni, sekali datang je tau!)


Tak lupa juga buat yang lain,.. yang sudi jenguk saya di 'tower' ni :) Tak ada dalam senarai tak bermaksud saya tak hargai tau! Ada juga beberapa 'tetamu baru' yang datang. Selamat berkenalan. Jangan risau, saya akan 'follow up' dengan kalian semua. Tungguuuuuu! OK, got to go now. Babai!

Jumaat, November 28, 2014

Doa Mohon Sihat Tubuh Badan

Doa yang sangat baik untuk kita amalkan. Doa ni antara potongan-potongan doa yang kita baca dalam Mathurat.


Terjemahan:
Ya Allah, Sejahterakanlah tubuh badanku,
Ya Allah, Sejahterakanlah pendengaranku,
Ya Allah, Sejahterakanlah penglihatanku,
Tiada Tuhan selain Engkau (Ya Allah).


Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, kita akan dikurniakan kesihatan yang sempurna. Tubuh badan yang kuat, pendengaran yang jelas dan penglihatan yang tajam untuk menjalankan rutin harian terutama sekali dalam beribadat.


Rabu, November 26, 2014

Potongan 20% untuk Material Kraf di POPULAR

Cepat! Cepat! Siapa yang suka crafty things, suka buat kad, buat scrapbook, bergegaslah ke cawangan POPULAR yang terdekat. Sekarang ni kedai buku POPULAR sedang menganjurkan SALE besar-besaran! Ada tawaran menarik Back to School,..ada jualan penghabisan stok. Tetapi, yang paling buat saya excited, ada promosi untuk barang-barang dan peralatan kraf PopArtz (rangkaian produk keluaran POPULAR sendiri). Potongan sehingga 20%!

Diskaun 20% untuk embellishments, punches dan scrapbooks.
Masa promosi beginilah saya selalu pergi borong hiasan-hiasan untuk kraf kertas saya. Berbaloi! Boleh beli extra barang sepek dua :) Nanti niat nak beli fonts stickers dan beberapa chip embellishments. Tetapi, kalau nak banyak pilihan, kena pergi ke cawangan-cawangan besar POPULAR. Selalu cawangan kecil tak ambil sangat stok untuk kraf. Kalau ada pun, sedikit je.

Oh ya, promosi di atas sah untuk pemegang kad POPULAR sehingga 14 Disember 2014 (Promosi PopClub). Untuk sale yang lain (buku-buku dan alat tulis) rasanya sampai hujung tahun.


Stay INSPIRED!

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama hari ini :)


Panduan mudah untuk hari-hari yang lebih bertenaga, bersemangat dan ceria! Paling suka nombor 10 - 12. The 50/10 rule (nombor 5) pun bagus untuk dipraktikkan terutama bagi yang bekerja menghadap komputer sepanjang hari. In all, pastikan diri sihat, cukup rehat, terbuka untuk belajar sesuatu yang baru dan sentiasa fikirkan apa yang boleh buat kita gembira :)

Mundane days? Shoooohhhhh! Go away!



Selasa, November 25, 2014

Thanks So Much, Shikin!

Semalam balik rumah je ada sampul surat besar menanti saya. Wahhhh! Terus excited! Siapa bagi ni? Buka-buka makin lebar senyuman saya. Dapat hadiah daripada Shikin. 2 keping piring Tupperware + 1 fridge magnet. Tak silap saya ni hadiah sebagai salah seorang Top Commentators di blognya.

Hadiah-hadiahnya :)
Terima kasih banyak-banyak Shikin. Really appreciate the gifts. Suka sangat-sangat! Thanks juga atas segala ilmu dan perkongsian. Banyak perkara baru yang akak dah belajar melalui blog Shikin.

Fridge Magnet Shikin 'dah naik' board!

Piring cantik tu dah masuk inventori Tupperware hahaha. Fridge magnet tu pula, ada tempat special. Kat mana lagi,..Bloggers' Board la :) Semoga Allah mengurniakan Shikin dengan rezeki melimpah ruah yang pernuh barakah. Siapa-siapa yang belum kenal dengan Shikin, tunggu apa lagi,..mari jengah Life is beautiful...don't waste it.


Isnin, November 24, 2014

Kad Birthday Uje (Trifold Shutter Card - Part 2)

Susulan kepada entri saya yang terdahulu Trifold Shutter Card, inilah version kad yang dah siap :) Kad ini untuk adik saya, Uje yang sambut hari lahirnya Sabtu lepas. (Jemput baca di sini)

Bahagian hadapan

Bahagian dalam.

Haaa, nilah kad bortingkek-tingkek namanya! Panel di bahagian tengah untuk 'wish' (semasa gambar ni diambil, belum ada idea nak tulis apa-apa). Dua gambar hitam putih pada panel yang kecil ialah gambar Uje masa baby. Tak susahpun nak buat kad Trifold Shutter seperti ini. Cuma, ukuran dan potongan kena betul-betul precise. Kalau main agak-agak, nanti kad tak boleh dilipat dengan cantik.

Insya-Allah, ada kelapangan, saya akan buat tutorial atau kongsi template untuk kad di sini.

Updated:



Guitar Chords Hujung Waktu - Azhael


Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Lagu Hujung Waktu - Azhael

(Intro)
Am F C G

Am
Kau selalu meragukan
F                                             C
Apa yang disembunyikan minda
C
Oh, selalu

Am
Kau selalu bertanyakan
F                                      C
Apa benar ku rasakan cinta
C
Oh, selalu

             Dm          G                Dm
Kurasakan tetapi ku hanya kaku
                G
Dan membisu kelu

 

(Chorus)
C                     Em
Aku cinta padamu
                F
Walau tiada lagi
                      Fm
Hijau bumi masih terabadi

C                     Em
Aku cinta padamu
                     F
Biarpun bintang jatuh
                          Fm
Langit gugur hingga hujung waktu



Am
Bila tahu isi hati
F                                        C
Ku tahu kau akan lari pasti
C
Ku rasakan

Am
Biar jadi tanda tanya
F                                        C
Biar ku simpan di dada saja
C
Ku rahsiakan

               Dm                            G
Sampai mati masih ku membisu
              Dm              G       F
Walau aku merasakan

Ulang (Chorus)

Am
Mengapa baru terjaga
Em               
Mengapa baru ku sedar
F
Melihat dunia ku
C        Em         Am
Kian runtuh tanpamu

Am
Bodohnya ku menyendiri
Bm
Segalanya ku sembunyi
C                   F                     C  
Namun ku harus luahkan jua

C Em F Fm

Ulang (Chorus)



Resepi Biskut Kopi Yumm Yumm!

Nak makan cookies perasa kopi yang sedap? Cuba resepi di bawah. Kita gunakan instant coffee (Nescafe ke,...Indocafe ke...terpulang).

Bersedia untuk dibakar!

Bahan-bahan:
  • 180g mentega/marjerin
  • 210 gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh Nescafe/Indocafe
  • 365g tepung naik sendiri

Cara penyediaan:
  1. Pukul mentega/marjerin dengan gula hingga gebu. Kemudian, masukkan kuning telur. Pukul lagi.
  2. Masukkan esen vanila dan Nescafe/Indocafe. Gaul hingga semuanya sekata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh diterap. Agak-agak penggunaan tepung. Jika rasa doh biskut dah cantik dan lembut untuk diterap, tak perlu guna semua. Jika doh agak kering dan berderai, tambahkan sedikit mentaga/marjerin.
  4. Gunakan rolling pin untuk leperkan doh. Terap menggunakan acuan kuih. Susun atas dulang pembakar yang telah dilengser.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit. (Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ye.)

Senang je kan? Biskutnya pun rangup. Rasa kopi just nice. Sedap makan begitu sahaja. Tetapi, kalau rajin boleh upgrade biskut kopi ni jadi biskut mocha pula :)

Mocha Cookies

Saya suka gunakan brown chocolate (compared to dark chocolate) untuk resepi ini. Agak-agaklah coklatnya nak digunakan banyak mana. Timbang. Cairkan coklat (guna teknik double boiler) dengan sedikit cocoa butter. Berapa banyak nak guna? 10% daripada jumlah berat coklat tadi. Jika coklat yang digunakan 300g, cocoa butter hanya 30g. Celup biskut dan taburkan dengan sedikit hiasan/gula manik/coklat urai.

Oh, boleh juga tambah 100g cornflakes yang dikisar halur ke dalam adunan untuk tekstur yang lebih crunchy :)

Selamat Mencuba!



Ahad, November 23, 2014

Without You - Aman AF2014 (Easy Guitar Chords)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Without You  - Aman AF (Easy Chords)


C G Am
Indah, indahnya hatimu
G F Em
Lembut namamu membuat aku
F G
Tenang atas jalan terang

C G Am
Mudah, mudahnya caramu
G F Em
Membuka pintu hati aku
F G
Kau bukakan semua nyata

F G
Jangan, jangan pernah pergi
Am
Tolong datang kembali
F
Ku kan tetap mencari
Dm
Untuk membalas baikmu
G
Untuk menjaga dirimu

C
Without you
G
Aku hilang keliru
Am
Without you
G
Aku diam membisu
F
Siapalah diriku
Dm G F
Yang berdiri tanpamu


C G Am
Hilang, hilang dalam diri
G F Em
Kotak hatimu dibela sepi
F G
Malammu nantikan hariku


F G
Jangan, jangan pernah pergi
Am
Tolong datang kembali
F
Ku kan tetap mencari
Dm
Untuk membalas baikmu
G
Untuk menjaga dirimu

C
Without you
G
Aku hilang keliru
Am
Without you
G
Aku diam membisu
F
Siapalah diriku
Dm G
Yang berdiri tanpamu


Sabtu, November 22, 2014

Selamat Ultah, Uje & Bott!

Happy Birthday!

22 November 2014
Hari ni hari ulang tahun kelahiran Uje & Bott! Time to celebrate! Akan berkumpul untuk small get together birthday lunch.

♪Tanjoobi omedeto♩
♩Tanjoobi omedeto♪♬
♩♬Tanjoobi omedeto Uje & Bott♬
♬Tanjoobi omedeto♪


Dear Uje & Bott,
Happy Birthday! Dengan bertambahnya usia, moga kalian berdua akan lebih menyayangi Allah dan disayangi Allah, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang sempurna dan hidup yang barakah.

Another great year ahead! Insya-Allah :)


Jumaat, November 21, 2014

Trifold Shutter Card

Malam! Saya bersiaran dari bilik kraf ni. Baru selesai buat base untuk Trifold Shutter Card. Kad ala-ala ada panel berlapis gitu. Alhamdulillah, kad-kad ucapan yang orang tempah dah siap dan sampai kepada tuannya :) Sekarang tinggal nak buat kad saya pula. 

Trifold Shutter Card base

Esok birthday dua orang penting dalam hidup saya. Uje (adik bongsu saya) dan Bott (kawan baik saya). Insya Allah, kami buat celebration kecil-kecilan di rumah. Jadi, sekarang ni tengah usaha buat kad untuk mereka berdua. 

Okey, saya nak sambung kerja. Insya-Allah ada masa saya jengah dan balas kunjungan kalian ye. Nak ucapkan 'Selamat Berhujung Minggu' untuk semua! Jangan lupa rehat cukup-cukup dan buat sesuatu yang bermakna :)


Guitar Chords Bukan yang Pertama - Ari & D'Project

Baru first time dengar lagu ni beberapa hari lepas. Terus jatuh cinta. Cari chords ada yang C#m, G#m, F#m...Oh, don't want! Don't want! So, di bawah ini chords yang saya dah transposed ke C. Senang sedikit nak main :)

Nota: Secara komersialnya, lagu ini merupakan lagu kumpulan Katahati yang berjudul 'Tak Akan Pernah Jauh'.

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar & Lirik Bukan yang Pertama - Ari & D'Project (Easy Chords)



(Intro)
C

C                   Am
bukan untuk yang pertama
   F                        E
ku rasakan cinta yang berbunga
C                   Am
bukan untuk yang pertama
   F                        E
ku rasakan rindu yang menggebu


F      G    Am
dan ku berharap
    F            G          Am C
semua ini takkan berakhir lagi


 F           G    Em       Am
aku akan selalu berada dekatmu
   Dm        E   Am C
takkan pernah ku jauh
    F          G     Em       Am
dan semoga selalu bersemi di hati
   Dm     G    C
cinta yang terakhir


C               Am
semalam ku memimpikan
   F                    E
berdua mengarungi samudera
C                  Am
saling berbagi bahagia
    F                  E
dan berjanji untuk setia


F      G    Am
dan ku berharap
   F            G          Am C
semua ini takkan berakhir lagi


 F           G    Em       Am
aku akan selalu berada dekatmu
   Dm        E   Am C
takkan pernah ku jauh
    F          G     Em       Am
dan semoga selalu bersemi di hati


...tapi dia tak calarkan hati kita.

Hari ni bawa Yuri jumpa vet untuk check-up and deworm. Sementara menunggu giliran tu, duduklah berbual dengan seorang mak cik ni. Mak cik ni bawa 3 ekor kucing kesayangannya untuk dapatkan rawatan. Comel-comel dan gebu!

Tengah-tengah berbual, mak cik tu capai dan belek tangan kanan saya.

"Ni calar kat tangan ni, Yuri cakar ke?"

Saya angguk dan jelaskan pada mak cik tu, kucing saya si Yuri ni memang garang sikit. Dia suka dia cakar, manja dia cakar, terkejut dia cakar, marah pun dia cakar! Belum campur tiba-tiba dia rasa sayang sangat kat saya sampai kaki saya jadi mangsa taring gatal dia! Saya memang sentiasa calar-balar dapat trademark daripada Yuri.

Sambil pet kepala Yuri (yang mana puaslah dalam hati saya berzikir dan doa agar kucing bertuah saya tak cakar mak cik tu), penuh makna mak cik tu balas,..

"Calar kat tangan tak apa,...janji dia tak calarkan hati kita,..."

Saya senyum. Makcik, you gave my day a good start!


Khamis, November 20, 2014

Esok Hari Hello!

Esok, 21 November ialah Hari Hello Sedunia. Sambutan ni menggalakkan kita untuk ucap 'Hello' pada sekurang-kurangnya 10 orang yang kita jumpa (atau lebih) sebagai menzahirkan sokongan kita terhadap kepentingan berkomunikasi demi mengekalkan kesejahteraan. Simbolik di sebalik hari ini adalah supaya para pemimpin dunia menggunakan komunikasi yang baik dalam menyelesaikan masalah.

Hello!

Sempena dengan Hari Hello ni, apa kata kita lakukan sesuatu yang lebih baik. Instead of ucap 'Hello', esok kita beri salam pada 10 orang pertama yang kita jumpa (of course lah beri salam pada orang Muslim ye...kalau bukan beragama Islam - HELLO). Tidak kiralah sama ada orang itu kita kenal atau tidak. 

Hello/ Assalamu'alaikum + Senyum manis = Mana tahu kita berjaya gembirakan seseorang dengan tindakan kita ;)

Sedikit perkongsian: 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : “Kamu tidak dapat memasuki syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal maupun yang belum kamu kenal.” (Hadis Riwayat Muslim)


Hello & Assalamu'alaikum untuk kalian semua!


Psst! Entri Hari Hello ini ditujukan khas untuk Budak! Hehehe budak tahu kenapa :)


Takkan Gembira kalau Asyik Fikir Orang

Tengah hari tadi sempat main 'pin-mengepin' dekat Pinterest. Jumpa poster ni.

Credit

Perhatikan nombor 1, 3, 6 dan 10. Memang kalau diikutkan, 'gembira' tu sangat subjektif. Yang penting, gembira tu sebenarnya datang dari dalam diri. Apa yang menggembirakan kita, mungkin tidak bagi orang. Perkara kecil yang boleh datangkan kegirangan pada orang lain, mungkin tidak cukup bagi kita. 

Tetapi, apapun skala dan takrif kegembiraan kita, kalau nak lebih happy, content dan berlapang dada, kita kena berhenti fikir tentang orang lain

(1) Jangan pedulikan apa yang orang fikirkan tentang kita. Baik/buruk, betul/salah, kita tidak akan ubah persepsi mereka. Asyik layan 'apa orang kata' pun tidak menjamin yang kita akan jadi lebih baik.

(3) Jangan sama sekali bandingkan permulaan kisah kita dengan pertengahan kisah orang lain (Erk,..macam direct translation pulak!) Dah nama pun 'permulaan'. Manakan sama dengan pertengahan cerita. Kalau nak bandingkan juga, carilah perbandingan yang setara ;)

(6) As I mentioned earlier, kebahagian kita tak terletak dalam tangan orang!

(10) Belajar jadi diri sendiri. Letih sebenarnya kalau kita cuba nak jadi orang lain ;)


Tak ada sebab untuk tak gembira!


3, 2, 1...Tangguh lagi!

Hari ini, seawal pagi saya dah masuk bilik kraf. Nak siapkan tempahan kad. Tengok reminder board, terus rasa nak copot jantung! Aikkkk?! Macam mana boleh jadi macam ni?! Bukan ada 3 kad je ke nak kena buat? Mulalah keluar jari hitung hari,...saya perlu siapkan:


  • 3 birthday cards (orang tempah) + 2 birthday cards untuk Uje & Bott = 5
  • 2 kad tahniah untuk weddings 
  • 1 kad tahniah untuk newborn baby 

8 kad nak kena siap by esok? Ini kes tangguh-tangguh la ni. Bila tak de mood je, buat nantilah,...buat esoklah,...tahu-tahu statusnya dah jadi - Wajib buat esok orang nak ambillah!

Adik-adik, jangan ikut perangai buruk akak. Do not procrastinate! Hehehe nampak tak masih bertangguh! Sepatutnya dah sibuk cari idea, potong kertas, lipat kad,...tapi sempat lagi tulis entri baru.

OKlah, jumpa lagi! Have a tremendous Thursday :)


Rabu, November 19, 2014

Kord Gitar Surat Undangan - Setia Band (Easy Chords)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kunci Gitar  dan Lirik Surat Undangan - Setia Band (Easy Chords)




(Intro)
C E Am
G F C G  C

C Am F C G
Aku tau cintamu padaku
C Am F  C G
Aku tau cintamu menusuk kalbu oh oh

C
Hancur hatiku
F
Mengenang dirimu
E Am
Terkejutku saat terima undanganmu
Dm G
karna dirimu menusuk hati oh


C Am F C G
Aku tau cintamu padaku
C Am F  C G
Aku tau cintamu menusuk hati oh oh


C
Hancur hatiku
F
Mengenang dirimu
E Am
Terkejutku saat terima undanganmu
Dm G
karna dirimu menusuk hati oh

C
Hilanglah sudah
F
Semua harapanku
E Am
Kini dirimu tak lagi ku mliki
Dm G C
Karna dirimu kahwin yg lain, selain diriku


F G F G
Dm G
Dm E G C 


C
Hancur hatiku
F
Mengenang dirimu
E Am
Terkejutku saat terima undanganmu
Dm G
karna dirimu menusuk hati oh

C
Hilanglah sudah
F
Semua harapanku
E Am
Kini dirimu tak lagi ku mliki
Dm G C
Karna dirimu kahwin yg lain, selain diriku


Selasa, November 18, 2014

Boleh lagi atau Hukum Buang?

Awal tahun yang lalu saya ada kongsikan tips untuk menguji tahap kesegaran telur (lihat di sini), tetapi tiada sebarang rajah/gambar yang boleh dijadikan panduan. Found this! 

Sumber Imej - Perkongsian di Pinterest

Harap-harap bermanfaat :)  Tips ni amat membantu untuk kita kenal pasti yang mana masih edible dengan yang tidak. Ingat ya, kalau dah terapung, hukumnya BUANG!



Buat Embellishments (Hiasan) untuk Kad Ucapan (Part 2)

Sebelum ini, saya ada tulis entri Buat Embellishments (Hiasan) untuk Kad Ucapan dengan menggunakan kertas pembalut hadiah (wrapping paper). Maknanya, kita ambil keratan gambar/ucapan yang ada pada kertas pembalut tu dan ubahsuai sedikit supaya boleh dijadikan hiasan. Tidak kiralah sama ada hiasan untuk kad ucapan ataupun scrapbook.

Keratan-keratan ucapan

Inilah hasilnya!
 
Embellishments for cards :)

Sedia untuk digunakan pada bila-bila masa :)


Isnin, November 17, 2014

Hadiah Dah Dalam Perjalanan

Khusus untuk adinda-adinda yang menang 'Jom Cuba Nasib - Pengorbanan Cinta' awal November dulu, akak dah poskan hadiah kalian petang tadi. Alhamdulillah, berjaya curi masa ke pejabat pos untuk main timbang-timbang dan beli setem :) Maaf ye adik-adik, lambat sikit hantar hadiah. 

Posing dalam bilik kraf sebelum diangkut ke pejabat pos.

Semoga 'warkah-warkah' ni selamat menjejak tuannya :) Kali ini, Dhila, adik ipar akak bermurah hati menaja hadiah untuk Si Paling Kreatif, Si Paling Puitis & Si Paling Bermakna. Jauh datangnya tau! Thanks so much, Dhila :)



Bila Buat Kerja Tak Fikir | Jom Cuci Microwave

Ini kes lambat breakfast-lah ni. Pergi singgah blog Anis, ada pulak gambar-gambar makanan yang buat perut bergendang minta diisi. Tengok dalam peti ais ada pulut dan rendang daging. Apalagi, nak mamam cepat, terus je masukkan dalam microwave. Tingggg!

Rendang all over the microwave!

Bijak kan?! Buat kerja tak fikir! Tahu nak cepat makan je. Dahlah temperature tu saya letak high! Tak pasal-pasal kena bersihkan microwave. OK, jangan pandang lama-lama sangat gambar sisa rendang daging yang meletupkan diri sendiri tu. Saya nak share tips mudah untuk bersihkan microwave.

  1. Letakkan sebuah mangkuk yang berisi air dan cuka di dalam microwave.
  2. Panaskan dalam microwave selama 2 minit.
  3. Keluarkan mangkuk. Hati-hati, panas! Then, ambil tisu dapur dan lap bahagian dalam microwave hingga bersih. Tak perlu sental/gosok. Tak perlu guna sabun. Campuran air dan cuka yang dipanaskan somehow membolehkan sisa makanan yang melekat tanggal dengan mudah.

Bau microwave yuck?
  1. Potong beberapa hirisan lemon/limau nipis.
  2. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang diisi dengan sedikit air.
  3. Panaskan dalam microwave selama 1 - 2 minit.

Prevention is better than menyental/menggosok!
  1. Gunakan bekas khas untuk microwave yang ada lid dan lubang kecil khas  (Tupperware ada!)
  2. Pastikan kalian guna suhu dan masa yang betul. Kalau setakat nak panaskan roti, tak perlulah letak suhu tinggi/sampai 2 minit. 30-40 saat pun cukup!
  3. Untuk makanan yang berkuah dan berminyak, letakkan plastic food wrap yang tahan microwave. So, tak adalah minyak tu melompat-lompat keluar.

Harap tips ni membantu ;)




Ahad, November 16, 2014

Aku - Najwa Latif (Easy Guitar Chords)

Minggu ni sepatutnya belajar main lagu 'Aku'. Share chords dulu :)

Ingatlah dunia hanya sementara
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya
Kalau kau diseksa kalau kau dihina
Percayalah tuhan selalu ada


Kord Gitar dan Lirik Aku - Najwa Latif (Easy Guitar Chords0


(Intro) 
F Am C G

F Am
Ku dengar tangisan di sana
C G
Menangis memanggil ibunya
F Am
Ku lihat air mata di sana
C G
Melihat perjuangan ayahnya

F Am
Tiada siapa yang akan mengerti
C G
Rasa kehilangan yang ada di sisi

F C
Perginya si raja hilangnya permaisuri
F C
Hanya untuk melindungi
G F
Kasih sayang abadi

F Am
Ku lihat awan yang sepi
C G
Ketakutan sentiasa menghantui

F Am
Jeritan dan tangisan yang tidak didengari
C G
Semua bagaikan satu mimpi
F Am C G
Mimpi yang tak pasti

F Am C
Ingatlah dunia hanya sementara
G F
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya
F Am C
kalau kau diseksa kalau kau dihina
G
percayalah tuhan selalu ada

F Am C G

F Am C
Ingatlah dunia hanya sementara
G F
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya
F Am C
kalau diseksa kalau kau dihina
G
percayalah tuhan selalu ada

F Am
Ku dengar tangisan di sana
C G
Menangis memanggil ibunya
F Am
Ku lihat air mata di sana
C G
Melihat perjuangan ayahnya


Ge-rog-gy!

Salam pagi Ahad!

Semalam saya makan nasi lemak dengan sambal sotong. Dap dap dap! Lama tak makan :) Kemudian, ada rezeki makan char kuey teow. Pun ada sotong. Bott dah warning, jangan makan banyak sangat,..nanti itchy

"Sikit je..." (Macamlah makan sikit!)

Menjelang malam saya gatal-gatal satu badan. Masa nilah baru rasa sesal separuh nyawa tu timbul! Dah tahu allergic, tapi makan tak beringat! Apa lagi, keluarlah segala losen dan krim gatal yang ada. Telan ubat gatal sebiji.

Dari begini,...


Lepas mamam ubat gatal,..


Today, I'm still feeling groggy. Nampaknya misi 'jalan-jalan ziarah tetangga' terpaksa ditunda. Jumpa nanti. Please enjoy the rest of your weekend! I'll be away. Entri-entri lain selepas ni semuanya scheduled posts ye.

Sabtu, November 15, 2014

Mahir Bahasa Inggeris dengan MYVI (untuk Anak-anak & Kita juga,..)

Kekangan utama apabila membaca material Bahasa Inggeris ialah kita tidak faham maksud perkataan tertentu. Malas nak cari makna dalam kamus, kita akan cuba figure out makna sendiri. Then, as time goes by, kita lupa terus perkataan tu (tanpa betul-betul tahu makna sebenarnya).

So, here comes MYVI! MYVI ialah singkatan untuk My Vocabulary Index. Just a fun term yang saya dan pelajar guna untuk refer pada buku ini. Basically, My Vocabulary Index mempunyai indeks A, B, C - Z, mengandungi daftar perkataan baru yang kita pelajari berserta maksudnya sekali.


Cara untuk Sediakan MYVI:
  1. Sediakan 1 buku khas. Beli buku berindeks ABC yang sedia ada di pasaran. Kalau tak jumpa, buat sendiri. Belilah buku yang sesuai, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Guna test/examination pad pun boleh.
  2. Gunakan pen warna/ Cap getah ABC (lihat sini) untuk melabel bahagian atas muka surat dengan huruf-huruf. Peruntukkan muka surat tambahan bagi huruf-huruf yang menjadi pangkal banyak perkataan. Contohnya A, B, C, D, M, P dan W. Untuk huruf-huruf seperti X, Y dan Z, satu halaman dah mencukupi.
  3. Kamus mini/poket. Pastikan sentiasa diletakkan bersama dengan MYVI atau di tempat yang senang nak dicapai :)
Contoh My Vocabulary Index
Dalam gambar ni MYVI saya. Nak tunjuk MYVI anak-anak murid (yang comel + ceria sikit), tak dapatlah sebab diorang simpan :) Saya guna test pad biasa. Jika ada muka surat tertentu habis, tambah je yang baru. Then, simpan semuanya dalam fail.

Setiap kali jumpa perkataan baru, cari makna guna kamus dan masukkan ke dalam MYVI.

Contohnya:
  • ambiguous - bermula dengan huruf A, masukkan di bawah A 
  • flibbertigibbet- bermula dengan huruf F, masukkan di bawah F

Jangan lupa untuk tulis maksudnya sekali. Dalam kelas, untuk anak-anak sekolah rendah, saya benarkan mereka tulis makna perkataan dalam Bahasa Malaysia. Tetapi, bagi pelajar sekolah menengah, saya suruh mereka biasakan diri guna English to English Dictionary. Biar mereka faham terjemahan perkataan guna Bahasa Inggeris juga. Kalau masih tak faham, baru guna kamus dwibahasa.

Then, apabila ada masa terluang, selak balik perkataan-perkataan yang kita dah belajar. Pilih satu huruf, baca perkataan dan makna yang ada dalam halaman tersebut untuk refresh ingatan kita. Ibu bapa boleh luangkan masa dengan anak-anak untuk aktiviti ini. Boleh ajar mereka guna kamus. Buat pop quiz guna perkataan-perkataan yang mereka dah belajar.

Konsepnya mudah -  cari makna, masukkan dan baca semula. Kena rajin dan ada kesungguhan sikitlah. Insya-Allah, cara ni memang antara cara terbaik meningkatkan penguasaan kita terhadap perbendaharaan kata :)


Psst! Selamat beristirehat! Dua hari ni saya agak sibuk + banyak urusan di luar. Akan cuba curi masa untuk blogwalking. Kalau tak sempat jumpa minggu hadapan ye. Thanks sebab sudi singgah ke mari :)

Selimut Tetangga - Repvblik (Easy Guitar Chords)

Kord Gitar From FAMF Tower


Kunci Gitar dan Lirik  Selimut Tetangga - Repvblik (Easy Guitar Chords)




(Intro)
G C Em G Am D


Em                 G
Bersabarlah sayang aku akan pulang
Am                     C
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Em                 G
Berjanjilah sayang tuk slalu setia
Am                 D
Meskipun ku tak di sampingmu


    C                   D
Tak usah menangis meratapi aku
    C                           D
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanmu


(Chorus)

         C                 D
Mana mungkin selimut tetangga
             B7               Em
Hangati tubuhku dalam kedinginan
               Am               D         
Malah malam panjang setiap tidurku
             G Dm
Selalu kesepian


         C                 D
Mana mungkin selimut tetangga
             B7              Em
Hangati tubuhku dalam kedinginan
               Am               D
Malah malam panjang setiap tidurku
             G  B7
Selalu kesepian



Em                 G
Berjanjilah sayang tuk slalu setia
Am                 D
Meskipun ku tak di sampingmu


    C                   D
Tak usah menangis meratapi aku
    C                           D
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanmu



Em G Am D



    C                   D
Tak usah menangis meratapi aku
    C                           D
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanmu


Ulang (Chorus)


Em                 G            
Bersabarlah sayang aku akan pulang


Jumaat, November 14, 2014

'Rubber Stamps' untuk Buat Kad Ucapan

Bagi yang suka buat kad ucapan sendiri, 'rubber stamps' (seperti di gambar di bawah) adalah antara keperluan asas yang kalian perlu ada.

Cap getah untuk kad ucapan :)

Selalunya, apabila ada masa lapang, saya akan buat terlebih dahulu 'greetings' yang common/selalu saya guna untuk hasilkan kad.

Sentiments for handmade greeting cards :)

Pilih 'greetings' yang berkenan dan cap atas kertas keras/kad. Saya lebih suka gunakan dakwat hitam dan latar belakang putih berbanding warna lain. Paling tidak pun, saya akan guna kad berwarna kelabu atau 'beige'. Senang nanti nak dipadankan dengan kad kita. Setelah dakwatnya kering, potong ikut bentuk yang dikehendaki. Boleh simpan dalam fail atau sampul surat.

Kemudian, apabila perlukan instant card,..keluarkan je 'greetings' yang dah siap ni. Tampalkan pada kad.

Sekejap sahaja dah siap!

Mudah, bukan?